Wednesday, April 27, 2011

AHLUL BAYT

PENERANGAN AHLUL BAYT MENGIKUT KEFAHAMAN SAYA.
OLEH : SYED HAMDAN BIN SYED JAAFAR AL-EDDRUCCE

Jawapan yang diberikan dalam Facebook pada Hari Ahad, 20 Jun, 2010 jam 5.05 ptg.

Salam Pok Nik, ana mohon laluan. Ana akan cuba menerangkan mengikut kefahaman ana mengambilkira perbincangan dengan Ustaz Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Idris dan Pok Nik sendiri. Kerana kefahaman inilah menjadi penyebab kenapa ana menyertai Abjad Malaysia.

Isu utama perlu disentuh terlebih dahulu ialah isu 'taqwa'.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal".

Pok Nik menafsirkan taqwa (secara am) sebagai :

a) 'takut' (untuk melakukan perkara mungkar iaitu memelihara diri)
b) dari 'takut' akan melahirkan ehsan (ubudiyah seolah-olah kita melihatNya atau Dia Melihat kita)

Ini secara am. Iaitu sinonim dengan 'khauf' dan 'khasha'. Pok Nik juga pernah memaklumkan kepada saya, bahawa secara nahu/tatabahasanya, sinonimnya ialah 'wiqoyah', 'yaqi' atau 'waqa' yang berasal dari perkataan 'memelihara diri, keluarga dan seterusnya perkara-perkara mungkar' sepertimana Firmah Allah SWT dalam surah At Tahrim Ayat 6 mafhumnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

Dalam khutbah Jumaat kalimah 'ittaqullah' (yang juga merupakan rukun khutbah). Allah SWT dalam Al-Qur'an juga menyeru dengan kalimah yang hampir sama (yattaqi atau ittaqu)

Tuan Guru Ustaz Ahmad Junaiddin telah menyimpulkan perbincangan, tafsir dan takrif ini kepada satu lagi persoalan yang paling besar...

"Bagaimana untuk istiqamah dalam taqwa?"



Maka jawapan yang diberikan ialah 'Ittaqullah" yang paling sempurna ialah "hendaklah kamu mengambil Allah sebagai Pelindung/Pembantu/Penolong " (Al-Walliyy)

Maka, taqwa menjadi benteng kepada perkara-perkara keji dan mungkar/mazmumah (rohani dan jasmani) serta mendekatkan kita kepada kebajikan dan kebaikan/makruf/mahmudah. Maka apabila kita mempunyai sifat mahmudah dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada perkara-perkara kebaikan (rohani dan jasmani), maka bermulalah perjalanan kita kepada taqwa. (mahmudah : redha, sabar, pemurah dsb - rujuk Ihya Ulumiddin Imam Ghazali rahimahullah)

Ringkasnya taqwa meliputi banyak perkara - paling utama : menjadikan Allah SWT tempat memohon pertolongan, takut dan harap kepadanya, ihsan, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan, meninggalkan yang haram dan menunaikan yang fardhu, menjauhkan kesyirikan dan taat/beramal, menjauhi kufur dan maksiat dan beriman/taat, melatih diri dengan sifat mahmudah dll.

Berbalik kepada Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa"

ialah orang Islam dibezakan atas darjat ketaqwaannya dan inilah juga maksud Ustaz Ahmad mengenai 'itrah ahlul bayt' (spt. Firman Allah SWT berikutnya) atau 'pewaris asobah' iaitu manusia yang tanpa 'title' Nik, Wan, Tengku, Syed juga tidak mustahil dikurniakan darjat ketaqwaan yang tinggi dengan bimbingan yang betul (berguru/bersanad) sehingga manusia itu InsyaAllah - dikurniakan darjat kewalian dan kesolehan malah sebaris dengan ahlul bayt/ulama warisatul anbia.

* Firman Allah SWT :

”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada mereka (orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)

Pok Nik pernah memberitahu saya bahawa :

"Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat (iman dan taat). Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan (Ahlillah). Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan (NasrunminAllah Al-Waliyy). Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat"

Ahlul bayt dan ulama warisatul anbia adalah golongan yang sama malah saling berkait.

a) Ahlul bayt bernasab secara genetik/silsilah atau baka. Bagi yang sedar akan mewarisi sifat-sifat yang ada pada Rasulullah SAW serta mengambil contoh tauladannya termasuk mengamalkan sunnah-sunnahnya dan sentiasa mengingati baginda (rabitah dan wasilah bagi tafsiran ahlul bayt) Ilmu warisan ini dimiliki oleh Ulama Warisatul Anbia dan Ahlul Bayt perlu mencari Ulama Warisatul Anbia untuk mempelajari ilmu seperti ini.

b) Ulama Warisatul Anbia bernasab pada silsilah perguruan dan ilmunya yang juga sampai kepada Rasulullah SAW - juga menerusi Syeikh Zaini Dahlan, Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (yang juga ahlul bayt secara nasab keturunan) dan tiba kepada Sayyidina Hussin dan Hassan r.a. Mereka juga mewarisi ilmu, sifat-sifat, contoh tauladan, sunnah-sunnah dsb sebagaimana ahlul bayt.

(Ana tertarik pada pendapat Pok Nik akan rasional kita memanggil Abuya kepada Ustaz Ahmad Junaiddin (nasab perguruan) Namun ana juga tertarik pada pendapat Pok Nik mengenai ahli yang memanggilnya 'bapa' tetapi derhaka padanya, tidak mematuhi arahannya, merungkai-rungkai secara negatif akan pendapatnya sehingga 'lari maksud sebenar' dll.)

Bezanya kebanyakan mereka yang termasuk dalam ulama warisatul anbia umpamanya ulama muhaqqiqin, waliyullah tidak kira apa pangkatnya mengambil ciri-ciri ini kerana akhlak Rasulullah itu adalah Al-Qur'anul Karim (rujuk Hadis berkaitan) iaitu kalam yang qadim di atas zat yang qadim. Maka ciri-ciri yang dimiliki Rasulullah SAW perlu diikuti.

c) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia adalah mereka yang berpegang kepada iktiqad ahlus sunnah wal jamaah 4 Madzhab yang rojeh.
d) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia perlu memahami dan menghayati kalimat tauhid dan ditahkikkan dengan dua kalimah syahadah.

Jadi jika Abu Jahal disebut ahlul bayt - maka tidak benar sama-sekali kerana tiada pada dirinya ciri-ciri rahmatul alamin, huluqin azhiim, uswatun hasanah dan makarimul akhlak. Tetapi anaknya Ikrimah bin Abu Jahal adalah ahlul bayt kerana menerima dua kalimah syahadah dari Rasulullah SAW. (4 ciri-ciri ini adalah tanda-tanda besar untuk mengenal ulama warisatul anbia atau ulama muhaqqiqin - ada tanda-tanda kecil lagi - itu kena tanya Pok Nik le..)

Tanpa kalimat tauhid dan dua kalimat syahadah, maka pada pendapat ana, orang itu tidak boleh dipanggil ahlul bayt walaupun terdapat pangkat Syed dsb. kerana tidak berakhlak, tidak membawa rahmat pada sekitarnya serta tidak ada contoh teladan dalam kepimpinannya.

d) Zaid bin Haritsah r.a. (yang namanya disebut dalam Al-Qur'anul Karim) dan Salman Al-Farisi r.a. - jika ditanya kepada Rasulullah SAW maka baginda mengelarkan mereka "putera Rasulullah SAW" dengan kata lain, Rasulullah telah mengangkat taraf/darjat kedua mereka menjadi 'ahli rumahnya' (ahlul bayt).

Samalah kesnya DYMM Sultan Muzaffar 1 Phra On Mahawanser yang diberikan gelaran "Sultan" oleh Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (ahlul bayt dan ulama warisatul anbia) - samalah juga dengan kes 'Mala-u' (Milayu/Melayu) - gelaran Syeikh Abdullah Qumairy (ahlul bayt dan ulama warisatul anbia) kepada baginda Sultan Muzaffar dan rakyat baginda. (Rujuk http://www.abjadmalaysia.blogspot.com/ )

Kalau nak dikira berpandukan pada (d), maka hanya dengan menerima kalimah tauhid dan pentahkikan Dua Kalimah Syahadah dari Ulama Warisatul Anbia (boleh dikatakan kebanyakannya adalah ahlul bayt - rujuk silsilah keturunan mereka. - tanya Pok Nik, dia lagi arif tapi berlagak tak pandai...jangan marah Pok Nik :- ) sahaja yang melayakkan kembali seorang ahlul bayt secara nasab keturunan untuk kembali mendapat 'pingat ahlul bayt' yang sejati. Tanpa ikatan dua kalimah syahadah dari pewaris yang betul, maka yang diwariskan mungkin penyakit 'saka'. (dalam FB Abjad pun ada sumbernya mengenai saka)

e) Islam bukan baka tetapi Islam adalah Pusaka (warisan - rujuk kembali kes Ulama Warisatul Anbia) . Jika Islam itu baka, maka logiknya, baka Rasulullah SAW sahajalah yang akan menjadi lebih Islam dari orang lain. Maka perkara ini mustahil!

f) Mengambilkira semua penerangan di atas :

mengenai Imam Mahdi r.a. yang dinanti-nanti - ramai yang masih berhujjah mengenai perkara ini. Ana setuju dengan Pok Nik mengenai kita hanya mampu mengagak-agak menerusi tanda-tanda yang dipaparkan dalam Al-Qur'an dan Hadith namun ianya tetap rahsia dan tuan empunya badan pun tidak tahu tetapi dia diangkat Allah SWT menerusi tangan-tangah orang yang mulia (ada pendapat yang menyatakan golongan ulama warisatul anbia)

Walaupun yang ianya adalah dari golongan ahlul bayt tetapi kita tidak boleh tafsirkan hadith yang menyatakan bahawa orang yang bernama "Muhammad bin Abdullah" sahaja yang akan menjadi Imam Mahdi. Nama Nabi Muhammad SAW ada banyak sekali - Ahmad, Mahmud, Yasin, Amin dsb. Ibnu Abdullah juga boleh dibangsakan sama dengan "Abdul Majid", "Abdul Hamid" dsb. (ini juga nisbahnya sama dengan Abdullah - Hamba Allah)

Lain-lain isu seperti larangan Rasulullah SAW kepada orang yang menasabkan diri pada bukan keturunannya. Inilah sebabnya Ana ada mendengar pendapat Ustaz Ahmad dan tulisan Pok Nik sendiri mengenai pentingnya asbabul wurud dan tidak mentafsir secara literal sesuatu Firman Allah SWT, Hadith, Ijmak dan Qias. Nanti jadi taklid membuta tuli tanpa merujuk kepada ijmak atau bertajdid dengan cara yang salah atau mengikut nafsu.

Larangan Rasulullah SAW sebenarnya merujuk lebih kepada masalah fiqh - seorang anak (contohnya diambil sebagai anak angkat sejak kecil) angkat di 'bin'kan atau di 'binti'kan kepada bukan bapanya - maka ini adalah haram - terutamanya pula jika anak perempuan - haram bagi 'bapa angkatnya' menjadi wali. Juga dalam kes faraid, jika seseorang itu bukan anaknya yang sebenar tetapi di 'bin' atau di 'binti'kan sebagai anaknya tanpa pengetahuan sesiapapun, maka menjadi ketidakadilan akan berlaku dalam pembahagian harta. Apa lagi dalam kes 'anak luar nikah' (anak zina), atau kes menipu mengaku keturunan.

Satu lagi galakan Rasulullah SAW mengenai ciri-ciri wanita adalah pada keturunan, (wajah), harta dan agama. Ini bukanlah bermakna Rasulullah SAW menyatakan keturunan baik-baik spt. Syed perlu menikah dengan Syarifah atau Nik perlu menikah dengan Nik dsb. Dan Rasulullah SAW menggalakkan pula mencari agama pada wanita berkenaan - maka akan dapatlah keturunan, wajah dan harta kerana agama meliputi keseluruhan itu. Jadi kajilah, apa maksud sebenar keturunan/wajah, apa maksud sebenar harta? Jawapannya ada pada yang ana tuliskan dalam artikel ini.

Begitu jugalah pula dengan "Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik" dsb. Ini bukanlah bermaksud bahawa 'wanita yang jahat' itu tidak termasuk dalam golongan 'wanita yang baik'. Kerana lihat sahaja Nabi Allah Ayub a.s. Maka kita faham bahawa seorang wanita yang 'kurang baik', jika lelaki itu baik, maka sudah pasti dia akan mendidik wanita itu ke jalan yang baik! Maka jadilah wanita yang baik juga.

Jadi bagi mereka yang masih kurang arif mengenai ahlul bayt, ulama warisatul anbia, khalifah amirul mukminin, mestilah terlebih dahulu menjadi pengikut atau murid dan tidak boleh memimpin sesiapa sehingga beliau mahir dalam hal ini.

Bagi mereka yang memimpin, pimpinlah. Bagi mereka yang menjadi guru, mengajarlah. Bagi mereka yang menjadi Khalifah, tadbirlah, bagi mereka yang jadi pengikut,murid - belajar dan mendengarlah.

Suka ana mengingatkan bahawa inilah sebabnya Tuan Guru Ustaz Ahmad dan Haji Idris bersama-sama dengan ana, Pok Nik, Syed Zul Al-Habsyi bersusah-payah menubuhkan Persatuan Warga Melayu yang saudara-saudara ahli Abjad ikuti sekarang. (Mungkin Pok Nik tidak memberitahu kisah sebenar ini)

Inilah perkara yang kita nanti akan persembahkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. InsyaAllah mendapat darjat yang baik seperti Malikus Soleh dsb.

Setakat inilah dahulu, Pok Nik, ana harap dapat tolong perbetulkan yang silap sebab Pok Nik jauh lebih arif dari saya. Apapun, baginda Rasulullah SAW adalah seorang yang benar BIJAKSANA dan Ana sokong seruan Pok Nik untuk mempertahankan maruah baginda.

Wassalam

Syed Hamdan Syed Jaafar Al-Eddruce

-----------------------------------------------------------------------

Artikel ini telah mendapat perhatian ramai yang kebanyakannya ahlul bayt dan para ulama serta pengkaji. Di antara soalan adalah mengenai Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. dan Sayyidina Zaid bin Haritsah r.a. (2 orang sahabat Rasulullah yang terkenal) dan kedudukan mereka sebagai ahlul bayt. Berikut adalah komen Pok Nik :

-----------------------------------------------------------------------

Salam Pak Tuan yang Pok Nik muliakan. Rasanya Pak Tuan dah arif dengan jawapannya kepada persoalan-persoalan berkenaan - cuma ingin pengesahan.

Namun begitu haluan dan niat soalan Pak Tuan itu rasanya Pok Nik dah faham. Biarlah Pok Nik cuba mengagak isu-isu lain dan huraikan secara ringkas.

Secara peribadi, Pok Nik berpendapat :

1. Imam Mahdi r.a. Mujaddid Akhir Zaman yang dinanti-nanti adalah daripada Sayyidina Ali r.a. dan Sayyidatina Fatimah r.a.

At Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Al Ausath daripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. pernah memegang tangan Ali r.a. seraya bersabda,

“AKAN KELUAR DARI SULBI DIA (ALI) INI (dari keturunannya) seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Bila kamu lihat keadaan itu hendaklah kamu ikuti pemuda At Tamimi. Dia akan datang dari Timur dan dialah yang memegang bendera Al Mahdi.” (Ibid j.2 ms.62)

Sayyidina Ali pernah memandang kepada anaknya seraya berkata: “Sesungguhnya ANAKKU INI ADALAH PENGHULU sebagaimana telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya (Al Hasan)”. “DARIPADA KETURUNANNYA (Hasan) akan lahir seorang yang dinamakan dengan nama Nabi kita. Ia menyerupai Baginda pada budi pekertinya
dan tidak menyerupainya pada rupa parasnya”. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Riwayat Ibnu Mas’ud secara marfu’ bahawa, “Sekiranya tidak tinggal kecuali hanya sehari sahaja daripada umur dunia ini nescaya Allah s.w.t. memanjangkan hari itu untuk menghantarkan padanya seorang lelaki DARIKU (dari ahli keluargaku) yang mana namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

dan banyak lagi hadis-hadis seumpamanya.

Kesimpulannya Imam Mahdi r.a. adalah Ahlul Bait dan dari keturunan Sayyidina Ali r.a. dan Sayyidatina Fatimah r.a.

Tetapi definisi ahlul bait ini mencakupi hampir keseluruhan kerabat Baginda SAW cuma bezanya ialah Imam Mahdi r.a. adalah dari Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah dan bukan dari ahlul bait yang lain. Wallahualam

Jadi rasanya kurang tepat memberikan komen bahawa hanya dari keturunan Sayyidina Ali r.a./Sayyidatina Fatimah r.a. sahaja adalah ahlul bait.

Dari hadis di atas kita perlu juga perhatikan frasa "Keadilan dan kesaksamaan" (pada bumi) dan "Budi Pekerti seperti Nabi SAW" iaitu 2 daripada ciri-ciri
yang penting yang melibatkan ahlul bayt secara langsung iaitu Rahmatul Aalamin dan Huluqin Azhiim. Dan banyaklah lagi sifat-sifat yang ada pada Al-Mahdi seperti 'lelaki yang soleh', 'dermawan' dsb.

Mengenai persoalan pengiktirafan ahlul bayt terhadap Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. dan Sayyidina Zaid bin Harisah r.a.

Semasa perang Khandaq, kaum Anshar sama berdiri dan berkata:

“Salman r.a. dari golongan kami”.

Bangkitlah pula kaum Muhajirin, kata mereka:

“Tidak, dia (Salman) dari golongan kami!”

Mereka pun dipanggil oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda:

"SALMAN ADALAH DARI GOLONGAN KAMI (AHLUL BAIT)" (satu riwayat menyatakan Rasulullah menunjukkan kepada dirinya)

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a (kw) menggelarkan Salman r.a. sebagai “Luqmanul Hakim”. Dan sewaktu ditanya mengenai Salman r.a. semasa kewafatan Salman,

maka jawabnya (Sayyidina Ali r.a.) :


“DIA ADALAH SEORANG YANG DATANG DARI KAMI DAN KEMBALI KEPADA KAMI AHLUL BAIT. Siapa pula di antara kamu yang akan dapat menyamai Luqmanul Hakim. Dia telah beroleh ilmu yang pertama begitu juga ilmu yang terakhir. Dan telah dibacanya kitab yang pertama dan juga kitab yang terakhir. Tidak ubahnya dia bagaikan lautan yang airnya tidak pernah kering”.

Cuma Pok Nik tidak pasti Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. adalah juga bergelar putera Baginda SAW tetapi yang pastinya dia telah diangkat sebagai Ahlul Bait dan diiktiraf pula oleh Sayyidina Ali r.a.

Mengenai Sayyidina Zaid bin Haritsah r.a. pula, peristiwa ini berlaku semasa baginda SAW memberikan pilihan kepada Zaid samada memilih untuk terus tinggal bersama Baginda atau kembali kepada keluarga Zaid.

Akhirnya Zaid r.a. tanpa ragu-ragu memilih Rasulullah SAW. Baginda dan Haritsah (ayah kandung Zaid) sama-sama mengalirkan airmata tanda kegembiraan. Rasulullah SAW menarik tangan Zaid dan dibawa ke perkarangan Kaabah, di hadapan orang-orang Quraisy yang ramai berkumpul, baginda mengisytiharkan :

“Saksikan oleh kamu semua (yang hadir) bahawa mulai saat ini ZAID ADALAH PUTERAKU. Yang akan menjadi AHLI WARISKU dan aku jadi AHLI WARISNYA.”

---------------------------------
Bagi penerimaan warisan ilmu dari ulama : lihat hadis tersebut :

Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya ulama adalah pewaris anbia. Sesungguhnya para anbia tidak mewariskan dinar dan dirham (sebaliknya) mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut (maka) dia telah mengambil bahagian yang banyak (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud)

Kebanyakan ulama-ulama besar Nusantara juga susurgalurnya datang daripada ahlul bayt yang mendatangi Nusantara.

Diharap kita janganlah mengambil sifat asobiyah sebagaimana segolongan (bukan semua) dari Muhajirin dan Ansar yang mengaku Salman r.a. adalah dari golongan masing-masing. Bukan apa, kalau kita tidak terima hal ini, takut kita jadi Khawarij pula.

Wallahualam.

Pok Nik

Tuesday, April 26, 2011

WASIAT KARAMAH SELURUH BANI HASYIM TANAH MELAYU...!!





Dalam kemajuan duniawi semasa wajib difahami semua rakyat Malaysia, semua 57 OIC (Dunia Islam) hanya tunggu Malaysia...termasuk juga dlm bidang keagamaan.

Malaysia pula hanya merujuk kepada sebuah negeri di utara semenanjung bila bercakap pa...sal ilmu Agama, iaitu negeri KILAT "Kilatan" (now disebut Kelantan).

Kelantan pula dipengaruhi oleh kelompok-kelompok tertentu, yang mana sejak 1756M segala urusan keagamaan dipegang oleh Long Gaffar dan darah/zuriat keturunannya(sekarang PKLGK) hingga diserang Jepun dan kembali memerintah.

Dan pada 1946, UMNO ditubuhkan(perlembagaan Nik ahmad Kamil) untuk orang Melayu dan seluruh sistem asal Long Gaffar dimansuhkan. Para Wali Allah mula tidak dikenali lagi generasi baru. Tetapi segala amalan dan kaedah Istana Bani Hasyim sempat dikitabkan(Pati Rahsia).

Kitab Musonneh/Muktabar atau kitab kuning dianggap out moded tidak memberi manfaat untuk kaya, mewah, gaji besar, kerjaya terjamin dan sebagainya dan mula dipinggirkan oleh bangsa melayu/islam sendiri tanpa campurtangan mana-mana bangsa kafir British, India China atau sebagainya, hingga pengamalnya pula dianggap sesat oleh generasi baru yang buta isi kitab musnneh tersebut, dan ramailah yang ke hospital dengan pelbagaibala kifarat penyakit jasad...dan majoriti doktor tukang bedah tebuk bagi dadah itu juga kaum kerabat kami..!!.(mereka sendiripun tak makan/guna dadah tu)...guna teknologi "Isim Bikhoffi"...yang lagi canggih..!!

Now kmi bersyukur KDN?Pendaftar Pertubuhan dan Istana menubuhkan MQTK dan memberi kepercayaan kepada kami generasi muda/baru Datuk Syed Kadok-Syed Kuning(penjaga kubur cucu cicit Nabi) mengetuai urusan ke Makkah untuk semu kerabat ini. Moga Allah ampuni kita semua, amin.


WASIAT ARWAH HAJJAH NIK THOM BINTI NIK LAH (Anak saudara Datuk Perwira kelantan) : kepada anakanda bongsunya.
WASIAT KARAMAH SELURUH BANI HASYIM TANAH MELAYU...!!

"Mu himpunlah seramai mungkin, DAN pergilah ambil balik Masjidil-Aqsa tu, jangan takut Allah dah sediakan itu hanya untuk puak-puak mu di akhir zaman ni, orang dulu-dulu semua dah tahu...b...la..bla..bla...!!"
wasiat di hadapan 40 alHafiz Tahfiz MQTK yang diketuai oleh YM Ust. Ahmad Taufk bin Cik Said

Tahun 2000 - WASIAT ARWAH HAJJAH NIK THOM BINTI NIK LAH : kepada anakanda bongsunya.

(sekarang D1-MQTK, dari Ahlul-Bait/Bani Hasyim salasilah Datuk Perwira Hj Nik Daud, Kerabat Long Yunus yang dikahwinkan oleh Datuk Syed Kadok dengan cucunya Nik Lah Nik Mat dari salasilah Datuk Perdana - Syed Kuning - Long Gaffar Kelantan. Melahirkan gabungan benih Bani Hasyim Istana Pattani dan Istana Kelantan, sekarang di dalam MQTK - Malay Quraisy Top Kingship).

"Ya Rabbi, janganlah Engkau hukum kami atas kealpaan ini, kami berjanji tidak akan mengadapMu, kecuali selesai urusan rumahMu, izinkanlah kunci Unit Ketenteraan Baitul Makmur kerajaan MalaikatMu, untuk kami di zaman ini, dan dengan itu ampunilah segala dosa-dosa kami,amin".
Kenapakah para pebesar dan seluruh kerabat Istana Kelantan(Datuk Perdana) bersusah payah membantu Dato' Onn bin Ja'afar menubuhkan UMNO 1946..?? Apakah hubungan dengan Wasiat Mufti Makkah kepada seluruh dunia Islam melalui Munyatul Mushalli yng dikarang dengan karamah hanya untuk Raja Quraisy Tanah Melayu 1756M..?? Dan... kenapakah silibus Tan Sri Nik Ahmad Kamil ini tergendala untuk diterapkan dalam kementerian pada 1952 dan hanya berada di dalam pondok..?? 2009 MQTK jual keluar.
Imam Mahadi a.s - "Sesiapa yang telah mengetahuinya, maka mutlak wajib ke atasnya mendatangi dan berbaiah dengan baginda, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji...kerana selain dari ahli baiah yang diterima oleh baginda selaku makmumnya, yang lain semua ahli suul khotimah(bakal mati terlaknat/terkutuk) yang haram m...enerima syafaat(doa baginda)..!!" - Wasiat Jaafar Saddiq r.a 190H/Datuk Syed Kadok VII 1980M.
Masalah besar ialah apabila kebanyakkan yang ingin bersahabat denganku, langsung tidak pernah mengetahui wasiat 2 pintu Ka'abah dan Kunci Barakatul Habsyi Bani Hasyim Dunia hanya pada Imamnya, jauh sama sekal......i untuk mereka berusaha ke arah itu atau memahami wasiat isi kitab pengasas Perlembagaan Negara Malaysia ini...maka, "Su'ul Khotimah" lah padahnya...!!
Definisi dan terminologi setiap istilah asal Al-Quran dan Hadis Sahih serta Qias telah tidak difahami lagi oleh kebanyakkan generasi baru.

"Cerdik" atau bijaksana bukan lagi difahami "Orang Yang Banyak Mengingati Mati" tetapi didefinisikan s...emula, yang ada PhD, 9A1-SPM, IQ 146 point ke atas dan sebagainya.

"Bala kifarat Allah berupa penyakit jasad yang berhajat kepada doa Ketua Mukminin/Nabi/Rasul/Pengganti Nabi/Wali Qutub dan Abdal didefinisikan sebagai "Biological Disease" yang hanya memerlukan alkohol atau dadah untuk dipulihkan oleh mana-mana orang/manusia bergelar doktor, tak kira sama ada mereka Wali Syaitan/Wali Fasiq/bukan mukmin/tak andi wajib/tak makbul doa - dan tanpa proses taubatan nasuha dan pengesahan pengganti Nabi/Rasul/Khalifah Allah bahawa diterima segala taubatnya dan bebas dari kifarat(sembuh) dengan kaedah para ahli kasyaf di dalam Islam sebenar ini".

Jelas iktiqad itu terkeluar dari garis panduan jumhur ulama muttafiqu alahi, Aqidah ahli sunnah wal jamaah, mazhab Imam As-Syafie pegangan seluruh Ahlul-Bait/Bani Hasyim dan Raja-Raja Melayu sejak lebih 650 tahun(Majapahit II 1347M) dan automatik termasuk di dalam jalan kematian 72 cabang munafiq - tanpa Imam, tanpa kitab, tanpa syafaat, tanpa Jemaah Bani Hasyim(wama ikhwanuka) hingga ke Padang Mahsyar.

Terima kasih tuk nenek yang wasiatkan segala kitab.Moga Allah ampuni kalian dan kami semua.

Ya Quddus, Ya Jabbar, Ya Qahhar, Ya Rabbi, hindarilah kami para Bani Hasyim zuriat Pembina dan Penjaga Ka'abahMu di akhir zaman ini dari golongan yang ke-4...hindarilah kami dari golongan yang ke-4....hindarilah kami dari golongan yang ke-4...sejauh jarak timur dan barat dari dunia sampai akhirat, amin.


Tuesday, April 5, 2011

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian




Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).


Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”



Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

"Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati."

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.


Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines – A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

(Blog Konspirasi Malaysia)

Bahaya Suntikan Vaksin dan Imunisasi

Imunisasi: Satu Konspirasi.

Jika kita melihat sejarah vaksin moden yang dilakukan oleh Flexner Brothers, kita dapat menemukan kegiatan mereka dalam penelitian tentang vaksinasi pada manusia telah dibiayai oleh Keluarga Rockefeller.

Rockefeller sendiri adalah salah satu keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan mereka adalah bagian dari Zionis Internasional. Dan kenyataannya, mereka adalah pengasas WHO dan badan-badan strategik lainnya :


The UN’s WHO was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948 – the year after the same Rockefeller cohort established the CIA. Two years later the Rockefeller Foundation established the U.S. Government’s National Science Foundation, the National Institute of Health (NIH), and earlier, the nation’s Public Health Service (PHS).~ (Dr. Leonard Horowitz, “WHO Issues H1N1 Swine Flu Propaganda”)

Jika dilihat dari latar belakang WHO, jelas bahwa vaksinasi moden (imunisasi) adalah salah satu campur tangan (konspirasi) Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka.

Apa Kata Para Akademik Tentang Vaksinasi?

“Satu-satunya vaksin yang baik adalah vaksin yang tidak pernah digunakan.”~ Dr. James R. Shannon, mantan pengarah Institusi Kesihatan Nasional Amerika.

“Vaksin menipu tubuh supaya tidak lagi menimbulkan reaksi radang. Sehingga vaksin mengubah fungsi pencegahan sistem imun.”~ Dr. Richard Moskowitz, Harvard University.

“Kanser pada dasarnya tidak dikenali sebelum kewajiban vaksinasi cacar mula diperkenalkan. Saya telah menghadapi 200 kes kanser, dan tak seorang pun dari mereka yang terkena kanser itu tidak mendapatkan vaksinasi sebelumnya.”~ Dr. W.B. Clarke, pengkaji kanser.

“Ketika vaksin dikatakan selamat, keselamatannya adalah istilah relatif yang tidak dapat diertikan secara umum”.~ Dr. Harris Coulter, pakar vaksin.

“Kes polio meningkat secara cepat sejak vaksin dijalankan. Pada tahun 1957-1958 peningkatan sebesar 50%, dan tahun 1958-1959 peningkatan menjadi 80%.”~ Dr. Bernard Greenberg, dalam sidang kongres AS tahun 1962.

“Sebelum vaksinasi besar besaran 50 tahun yang lalu, di negara itu (Amerika) tidak terdapat wabak kanser, penyakit autoimun, dan kes autisme.”~ Neil Z. Miller, pengkaji vaksin.

“Vaksin punca terhadap peningkatan jumlah anak-anak dan orang dewasa yang mengalami gangguan sistem imun, hiperaktif, kelemahan daya ingat, asma, sindrom keletihan kronik, lumpuh, artritis reumatiod, sklerosis multiple, dan bahkan epilepsi. Bahkan AIDS yang tidak pernah dikenali dua dekad lalu, menjadi wabak di seluruh dunia saat ini.”~ Barbara Loe Fisher, Presiden Pusat Informasi Vaksin Nasional Amerika.

“Tak masuk akal memikirkan bahwa anda dapat menyuntikkan nanah ke dalam tubuh anak kecil. Tubuh mempunyai cara pertahanan tersendiri yang bergantung pada vitaliti ketika itu. Jika dalam keadaan sihat, tubuh akan mampu melawan semua jangkitan, dan jika keadaannya sedang menurun, ia tidak akan mampu. Dan anda tidak dapat mengubah kesihatan tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun ke dalamnya.”~ Dr. William Hay, “Immunisation: The Reality behind the Myth”.
Dan masih banyak lagi pendapat ilmuwan yang lainnya.

Di Jerman para pengamal perubatan menolak imunisasi campak. Penolakan itu diterbitkan dalam “Journal of the American Medical Association” (20 Februari 1981) yang berisi sebuah artikel dengan judul “Rubella Vaccine in Susceptible Hospital Employees, Poor Physician Participation”. Dalam artikel itu disebutkan bahwa lebih kurang 90% pakar obstetrik dan 66% pakar pediatrik menolak suntikan vaksin rubella.

Apa rahsia di sebalik vaksin dan imunisasi?

Kandungan kimia berbahaya dalam vaksin.

Vaksin mengandung substansi berbahaya yang diperlukan untuk mencegah jangkitan dan meningkatkan keupayaan vaksin. Seperti merkuri, formaldehyde, dan aluminium, yang dapat membawa kesan jangka panjang seperti sakit mental, autisme, hiperaktif. alzheimer, kemandulan, dll. Dalam 10 tahun ini, jumlah anak autisme meningkat dari antara 200 – 500 % di setiap bagian di Amerika.

Babi dalam Vaksin.
Penggunaan asid amino binatang babi dalam vaksin bukanlah berita yang baru. Malah kaum Muslim dan Yahudi banyak yang menentang hal ini karena babi memang diharamkan, seperti dalil dalam Qur’an ayat berikut :

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Qur’an surah Al-Maidah (5) ayat 3

Bahkan dalam Perjanjian Lama (Taurat) juga disebutkan :
“Jangan makan babi. Binatang itu haram karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tidak boleh dimakan dan bangkainya pun tak boleh disentuh karena binatang itu haram.”Imamat 11 : 7-8

Bencana akibat vaksin yang tidak pernah diberitakan.

• Di Amerika pada tahun 1991 – 1994 sebanyak 38.787 masalah kesihatan telah dilaporkan kepada Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS) FDA. Dari jumlah ini 45% terjadi pada hari vaksinasi, 20% pada hari berikutnya dan 93% dalam waktu 2 minggu setelah vaksinasi. Kematian biasanya terjadi di kalangan anak anak berusia 1-3 bulan.

• Pada 1986 ada 1300 kes pertussis di Kansas dan 90% pesakit adalah anak-anak yang telah mendapatkan vaksinasi ini sebelumnya. Kegagalan yang sama juga terjadi di Nova Scotia di mana pertussis telah muncul sekalipun telah dilakukan vaksinasi universal.

• Jerman mewajibkan vaksinasi tahun 1939. Jumlah kes diphtheria meningkat menjadi 150.000 kes, sementara pada tahun yang sama, Norway yang tidak melakukan vaksinasi, kes diphtheria nya hanya sebanyak 50 kes.

• Penularan polio dalam skala besar, menyerang anak-anak di Nigeria Utara berpenduduk muslim. Hal itu terjadi setelah diberikan vaksinasi polio, sumbangan AS untuk penduduk muslim. Beberapa pemimpin Islam tempatan menuduh kerajaan Nigeria bersubahat dengan Amerika untuk membunuh orang-orang Muslim dengan menggunakan vaksin.

• Tahun 1989-1991 vaksin campak ”high titre” buatan Yugoslavia Edmonton-Zagreb diuji pada 1500 anak-anak miskin keturunan orang hitam dan latin, di Los Angeles, Mexico, Haiti dan Afrika. Vaksin tersebut dicadangkan oleh WHO. Program dihentikan setelah di dapati banyak anak-anak meninggal dunia dalam jumlah yang besar.

• Vaksin campak menyebabkan penindasan terhadap sistem ketahanan tubuh anak-anak selama 6 bulan hingga 3 tahun. Akibatnya anak-anak yang diberi vaksin mengalami penurunan ketahanan tubuh dan ramai yang meninggal dunia berbanding penyakit-penyakit lain. WHO kemudian menarik vaksin-vaksin tersebut dari pasaran di tahun 1992.

• Setiap program vaksin dari WHO dilaksanakan di Afrika dan Negara-negara dunia ketiga lainnya, selalu saja ada jangkitan penyakit-penyakit berbahaya di lokasi program vaksin dilakukan. Virus HIV penyebab Aids diperkenalkan ketika program WHO bersama komuniti homoseksual melalui vaksin hepatitis dan masuk ke Afrika Tengah melalui vaksin cacar.

• Disember 2002, Menteri Kesihatan Amerika, Tommy G. Thompson menyatakan, tidak merancang memberi suntikan vaksin cacar. Dia juga mencadangkan kepada anggota kabinet lainnya untuk tidak meminta pelaksaanaan vaksin itu. Sejak vaksinasi diterapkan pada jutaan bayi, banyak dilaporkan berbagai gangguan serius pada otak, jantung, sistem metabolisme, dan gangguan lain mulai mengisi halaman-halaman jurnal kesihatan.

• Vaksin untuk janin adalah punca encephalomyelitis, dengan indikasi terjadi pembengkakan otak dan pendarahan di dalam. Bart Classen, seorang doktor dari Maryland, menerbitkan data yang memperlihatkan bahawa kadar penyakit diabetes berkembang secara signifikan di New Zealand, setelah vaksin hepatitis B diberikan di kalangan anak-anak.

• Vaksin meningococcal merupakan ”Bom jangka bagi kesihatan penerima vaksin.”

• Anak-anak di Amerika Syarikat mendapatkan vaksin yang berpotensi membahayakan dan dapat menyebabkan kerosakan yang kekal. Berbagai macam imunisasi misalnya, Vaksin-vaksin seperti Hepatitis B, DPT, Polio, MMR, Varicela (Cacar air) terbukti telah banyak mengorbankan anak-anak Amerika sendiri, mereka menderita sakit saraf, anak-anak cacat, diabetes, autisme, autoimun dan lain-lain.

• Vaksin cacar dipercayai boleh memberikan imunisasi kepada masyarakat terhadap cacar. Pada saat vaksin ini dilancarkan, sebenarnya kes cacar sudah sedang menurun. Jepun mewajibkan suntikan vaksin pada 1872. Pada 1892, ada 165.774 kes cacar dengan 29.979 berakhir dengan kematian walaupun adanya program vaksin.

• Pemaksaan vaksin cacar, dimana orang yang menolak boleh dijatuhkan hukuman, dilakukan di England tahun 1867. Dalam 4 tahun, 97.5% masyarakat berusia 2 sampai 50 tahun telah divaksinasi. Setahun kemudian England merasakan epidemik @ wabak cacar terburuknya dalam sejarah dengan 44.840 kematian. Antara 1871 – 1880 kes cacar meningkat dari 28 menjadi 46 per 100.000 orang. Vaksin cacar tidak berhasil.

Mengapa vaksin gagal melindungi tubuh terhadap penyakit?

Walene James, pengarang buku Immunization: the Reality Behind The Myth, mengatakan respon inflamatori penuh diperlukan untuk menciptakan kekebalan nyata. Sebelum pengenalan vaksin cacar dan beguk, kes cacar dan beguk yang menimpa anak-anak adalah kes tidak berbahaya. Vaksin mengganggu tubuh sehingga tubuh kita tidak menghasilkan respon inflamatory terhadap virus yang disuntik.

SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) meningkat dari 0.55 per 1000 orang pada 1953 menjadi 12.8 per 1000 pada 1992 di Olmstead County, Minnesota. Puncak kejadian SIDS adalah umur 2 – 4 bulan, waktu dimana vaksin mulai diberikan kepada bayi. 85% kes SIDS terjadi di 6 bulan pertama bayi. Peratus kes SIDS telah naik dari 2.5 per 1000 menjadi 17.9 per 1000 dari 1953 sampai 1992. Peningkatan kematian akibat SIDS meningkat pada saat hampir semua penyakit anak-anak menurun karena kesedaran kebersihan dan kemajuan perubatan kecuali SIDS. Kes kematian SIDS meningkat pada saat jumlah vaksin yang diberikan kepada bayi naik secara meyakinkan menjadi 36 per anak.

Dr. W. Torch telah merekodkan 12 kes kematian pada anak-anak yang terjadi dalam 3,5 – 19 jam selepas imunisasi DPT. Dia juga melaporkan 11 kes kematian SIDS dan satu yang hampir mati 24 jam selepas suntikan DPT. Semasa dia mengkaji 70 kes kematian SIDS, 2/3 korban adalah mereka yang baru divaksinasi mulai dari 1,5 hari sampai 3 minggu sebelumnya.

Tidak ada satu kematian pun yang dihubungkan dengan vaksin. Vaksin dianggap hal yang mulia dan tidak ada berita negatif apapun mengenainya di media utama karena ia begitu menguntungkan bagi perniagaan farmasi.

Ada alasan yang kukuh untuk percaya bahwa vaksin bukan saja tak berguna dalam mencegah penyakit, tetapi ia juga kontraproduktif karena melemahkan sistem ketahanan yang meningkatkan risiko kanser, penyakit kurang ketahanan tubuh, dan SIDS yang menyebabkan cacat dan kematian.

Adakah imunisasi menurut Islam?

Ada! Bahkan Rasulullah sendiri yang mengajar dan mencadangkannya.
Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr:

Dari Asma’ binti Abu Bakr bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, maka beliau Shalallaahu alaihi wasalam menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shalallaahu alaihi wasalam memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, kemudian beliau men-tahnik-nya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam pun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan kepadanya.

Dalam shahihain -Shahih Bukhari dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka beliau SAW mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkahan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”

Bayi dilahirkan dalam keadaan kekurangan glukosa. Bahkan apabila tubuhnya menguning, maka bayi tersebut dipastikan memerlukan glukosa dalam keadaan yang cukup untuknya. Berat bayi saat lahir juga mempengaruhi kandungan glukosa dalam tubuhnya.

Pada kes bayi pramatang yang beratnya kurang dari 2,5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, dimana pada sebagian kes malah kurang dari 20 mg/100 ml darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2,5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml.
Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah.

Hal ini boleh menyebabkan terjadinya berbagai penyakit, seperti bayi menolak untuk menyusu, otot-otot bayi lemah, aktiviti pernafasan terganggu dan kulit bayi menjadi kebiruan, kontraksi atau kejang-kejang. Kadang-kala boleh juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti insomnia, lemah otak, gangguan saraf, gangguan pendengaran, penglihatan, atau kedua-duanya.

Apabila hal-hal di atas tidak segera diatasi atau diubati maka boleh menyebabkan kematian. Padahal ubat untuk itu adalah sangat mudah, yaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui infus, samada melalui mulut, mahupun pembuluh darah.Majoriti atau bahkan semua bayi memerlukan zat gula dalam bentuk glukosa seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat boleh menjauhkan sang bayi dari kekurangan kadar gula.

Disunnahkan tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan pencegahan yang memiliki fungsi penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad SAW secara perubatan dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi. Tahnik sebaiknya dilakukan oleh orang-orang yang beriman kepada Allah, atau dapat pula dilakukan ayah atau ibu sang bayi.

Imunisasi yang selama ini digembar-gemburkan oleh Zionis dapat memberi masalah yang sangat serius bagi kehidupan penduduk dunia. Mereka yang bertujuan untuk menjadikan bangsa lainnya berada di bawah kekuasaan mereka dengan berbagai cara. Kini saatnya kita membuka mata dan bertanya pada hati nurani kita dengan berbagai propaganda yang mereka lakukan. Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terdadap berita dari mereka :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6



Bahaya Tersembunyi Dalam Vaksin

Apakah Vaksin Itu?

Vaksinasi telah menjadi tulang belakang kesihatan masyarakat sejak dulu. Apabila penyakit berjangkit, vaksinasi muncul dalam benak kita. Ia adalah suntikan kesihatan yang dianggap doktor (bahkan badan-badan kesihatan negara) sangat penting sebagai pelindung dari serangan penyakit.

Tujuan Vaksinasi adalah meniru proses penularan penyakit alami dengan kaedah tiruan. Vaksin itu sendiri adalah suntikan yang mengandung berbagai jenis racun yang dimasukkan ke dalam tubuh. Jika anda menyangka vaksin dapat membasmi kuman atau bebas dari kuman, dugaan anda meleset.

Cara Membuat Vaksin

Vaksin dihasilkan dari kuman (atau bagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan penyakit. Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio dihasilkan dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dll. Perbezaannya terletak pada cara pembuatan vaksin tersebut.

Terdapat 2 jenis vaksin, hidup dan mati. Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup dilemahkan dengan melepaskan virus ke dalam tisu organ dan darah binatang (seperti ginjal monyet dan anjing, embrio anak ayam, protein telur ayam dan itk, serum janin lembu, otak kelinci, darah babi atau kuda dan nanah cacar lembu) beberapa kali (dengan proses bertahap) hingga kurang lebih 50 kali untuk mengurangi potensinya.

Sebagai contoh virus campak dilepaskan kedalam embrio anak ayam, virus polio menggunakan ginjal monyet, dan virus Rubela menggunakan sel-sel diploid manusia (bagian tubuh janin yang digugurkan). Sedangkan vaksin yang mati dilemahkan dengan pemanasan, radiasi atau reaksi kimia.

Kuman yang lemah ini kemudian dikuatkan dengan Adjuvan (perangsang anti bodi) dan stabilisator (sebagai pengawet untuk mempertahankan khasiat vaksin selama disimpan). Hal ini dilakukan dengan menambah ubat, antibiotik dan bahan kimia beracun ke dalam campuran tersebut seperti: neomycin, streptomycin, natrium klorida, natrium hidroksida, alumunium hidroksida, alumunium fospat, sorbitol, gelatin hasil hidrolisis, formaldehid, formalin, monosodium glutamat, pewarna merah fenol, fenoksietanol (anti beku), kalium difospat, hidrolysate kasein pankreas babi, sorbitol dan thimerosal (raksa). (Menurut Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit (CDC) US juga menurut Psician’s Desk Reference).

Campuran virus atau bakteria, bahan kimia beracun dan bagian tubuh binatang yang berpenyakit inilah yang disuntik ke dalam tubuh anak atau orang dewasa ketika mendapatkan vaksinasi. Menurut CDC US, bahan tambahan dicampurkan ke dalam vaksin untuk meningkatkan reaksi imun, mencegah pencemaran mikrob dan memperkuat formula vaksin, serta untuk memastikan vaksin tersebut stabil, bebas kuman dan aman. Namun benarkah anggapan ini?

Bagaimana Vaksin Dihasilkan?

Macam-macam vaksin:

- Vaksin DPT (Difteria, Pertusis dan Tetanus)

- Vaksin DtaP (Difteria, Tetanus, dan Acellular Pertusis)

- Vaksin MMR (Campak, Beguk dan Rubela)

- Vaksin Polio hidup oral (OPV)

- Vaksin Polio tidak aktif (IPV)

- Vaksin Hepatitis B

- Vaksin Hib

- Vaksin Varicellazostrer (Cacar Air)

- Vaksin Cacar

Dalam buku The Consumer’s Guide to Childhood Vaccines, Barbara Loe Fisher, pengasas dan presiden pusat informasi vaksin nasional (yang didirikan untuk mencegah kerosakan tubuh dan kematian akibat vaksin melalui pendidikan umum) menjelaskan proses pembuatan vaksin sebagai berikut :

Vaksin Cacar : Perut anak lembu dicukur kemudian diberikan banyak torehan pada kulitnya. Kemudian virus cacar dititiskan pada torehan itu dan dibiarkan bernanah selama beberapa hari. Anak lembu tersebut dibiarkan berdiri dengan kepala terikat supaya tidak dapat menjilat perutnya. Kemudian anak lembu itu dikeluarkan dari kandang dan dibaringkan di atas meja. Perutnya memburuk dan bernanah, nanahnya diambil lalu dijadikan serbuk. Serbuk itu adalah bahan vaksin cacar, virus yang kebetulan terdapat pada anak lembu itu terbawa ke dalamnya. (Walene James, Pengarang Immunization: The Reality Beyond the Myth)

Reaksi Tubuh Terhadap Vaksin

Apabila ramuan vaksin tersebut memasuki aliran darah anak. Tubuhnya akan segera bertindak untuk menyingkirkan racun tersebut melalui organ ekresi atau melalui reaksi imun seperti demam, bengkak atau ruam pada kulit. Apabila tubuh anak kuat untuk meningkatkan reaksi imun, tubuh anak mungkin akan berhasil menyingkirkan vaksin tersebut dan mencegahnya terjangkit kembali di masa yang akan datang. Akan tetapi jika tubuh anak tidak kuat untuk meningkatkan reaksi imun, vaksin beracun akan bertahan dalam tisu tubuh.

Timbunan racun ini dapat menyebabkan penyakit seperti diabetes pada anak-anak, asma, penyakit neurologi, leukimia, bahkan kematian mendadak. Ratusan laporan mencatat kesan sampingan jangka panjang yang buruk berkaitan vaksin seperti penyakit radang usus, autisme, esenfalitis kronis, skelerosis multipel, artritis reumatoid dan kanser. Sebagian vaksin juga diketahui menyebabkan kesan sampingan jangka pendek yang serius.

Pada 12 Julai 2002, Reuters News Service melaporkan hampir 1000 pelajar sekolah dibawa ke hospital setelah disuntik vaksin Ensefalitis di timur laut negara China. Para pelajar itu mengalami demam, lemah, muntah dan dalam beberapa kes terkena serangan jantung setelah divaksinasi.

Kerosakan Tubuh Akibat Vaksin

• Menurut analisa bebas dari data yang dikeluarkan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS) di US, pada tahun 1996 terdapat 872 tragedi yang dilaporkan kepada VAERS, melibatkan anak-anak dibawah 14 tahun yang disuntik vaksin Hepatitis B. Anak-anak tersebut dibawa ke wad ICU hospital karena mengalami masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Sebanyak 48 anak dilaporkan meninggal setelah mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

• Informasi kesihatan juga dipenuhi contoh yang mengaitkan vaksin dengan timbulnya penyakit. Vaksin telah dikaitkan dengan kerosakan otak, IQ rendah, gangguan konsentrasi, kemampuan belajar kurang, autisme, neurologi.

• Vaksin beguk dan campak yang diberikan pada anak-anak misalnya telah menyebabkan kerosakan otak, kanser, diabetes, leukimia, hingga kematian (sindrom kematian bayi mendadak).

• Kajian tahun 1992 yang diterbitkan dalam The American Journal of Epidemiology menunjukkan peningkatan kematian anak-anak meningkat hingga 8 kali ganda pada jangka waktu 3 hari setelah mendapat suntikan vaksin DPT.

• Kajian awal oleh CDC US mendapati anak yang menerima vaksin Hib berisiko 5 kali lebih mudah mengidap penyakit tersebut dibandingkan anak-anak yang tidak mendapatkan vaksin tersebut.

• Pada tahun 1977, Dr Jonas Salk (Penemu vaksin Polio salk) mengeluarkan kenyataan bersama ilmuan lain bahwa 87% dari kes Polio yang terjadi sejak tahun 1970 adalah akibat dari vaksin Polio.

• Di US sebelum tahun 1980 terdapat 1 dari 10.000 anak menderita autisme. Pada tahun 2002 Institut Kesihatan Negeri US mencatat peningkatan angka tersebut menjadi 250 dari 10.000. Kini persatuan orang tua penderita autisme Amerika memperkirakan peningkatan kes autisme ± 10% per tahun. Vaksin yang mengandungi raksa diyakini sebagai penyebabnya.

• Menurut Boyd Haley, pengurus program kimia Universiti Kentucky dan pakar logam beracun berkata ”Thimerosal mampu meresap di protein otak, ia sangat beracun bagi saraf dan enzim” Haley pun terlibat dalam penelitian pada bulan Ogos tahun 2003, mendapati banyaknya kandungan raksa pada penderita autisme, yang dapat dianalisa melalui kadar raksa pada rambut mereka yang bermaksud etil raksa dari thimerosal telah meresap ke dalam otak dan organ tubuh lainnya sangat bepotensi menyebabkan kerosakan sistem saraf dan mengganggu fungsi ginjal.

• Menurut San Jose Mercury News (6 Julai 2002), seorang dari sepuluh anak-anak dan remaja US mengalami kelemahan fizikal dan mental, menurut pengamatan tahun 2000 terdapat pertambahan mendadak angka kecacatan pada penduduk usia muda. Sedangkan pada tahun sebelumnya data menunjukkan peningkatan kecacatan pada anak-anak.

• Sampai usia 2 tahun, anak-anak Amerika dilaporkan telah menerima 237 mikrogram raksa melalui vaksin. Kadar ini melebihi had yang ditetapkan Organisasi Perlindungan Alam US yaitu 1/10 mikrogram per hari.

• Sebuah penemuan di Amerika menunjukan bahwa vaksin Hepatitis B mengandungi 12 mcg raksa (30 kali ganda dari had), DtaP dan Hib mengandungi 50 mcg raksa (60 kali ganda dari had) dan Polio mengandungi 62,5 mcg raksa (78 kali ganda dari had).

• Di US hari ini kes asma, diabetes dan penyakit auto imun pada usia anak telah meningkat 20 kali lganda dari tahun sebelumnya. Gangguan konsentrasi telah meningkat 3 kali ganda.

• Setiap tahun 25.000 bayi Amerika mengalami kematian mendadak. Vaksinasi adalah penyebab terbesar kematian mendadak. Jepun telah meningkatkan usia penerima vaksin sehingga 2 tahun kemudian angka kematian mendadak turun drastik di negara itu (Cherry, et al, 198

• Sweden menghentikan vaksinasi batuk kokol pada tahun 1979 karena ternyata wabak penyakit ini terjadi pada anak-anak yang telah mendapatkan vaksinasi. Setelah itu penyakit ini menjadi penyakit ringan tanpa kes kematian. Hal ini secara nyata menunjukkan bahwa vaksin sebenarnya menyebarkan penyakit.

• Pada tahun 1975, Jerman menghentikan kewajiban vaksin Pertussis, dan jumlah anak yang mengalami penyakit itu turun drastik. Pada tahun 2000 jumlahnya turun sampai 10%.

Bukti di atas menjadikan vaksinasi layak dipersoalkan. Fakta-fakta menjelaskan bahwa vaksin tidak meningkatkan kesihatan anak-anak. Tetapi anehnya vaksin terus-menerus dibuat dan diwajibkan kepada masyarakat.

Sarat Dengan Kimia Beracun

Dapat dikatakan semua jenis vaksin mengandungi racun. Dalam banyak keadaan bahan tambahan vaksin (penguat, peneutral, pengawet dan agen pembawa) jauh lebih beracun daripada komponen virus atau bakteria dalam vaksin tersebut. Misalnya agen penyebab kanser iaitu formaldehid dan thimerosal dapat merosakkan otak.

Tidak ada orang tua yang berfikir untuk memberi makan anaknya dengan formaldehid (pengawet mayat), raksa atau alumunium fosfat. Akan tetapi dengan suntikan vaksin bahan-bahan ini masuk secara langsung ke dalam aliran darah.

Berikut adalah informasi mengenai risiko kesihatan yang ditimbulkan oleh sebahagian bahan beracun utama dalam vaksin, yang disusun dari berbagai sumber termasuk dari Persatuan Pemerhati Vaksin Australia:

• Alumunium: dapat meracuni darah, saraf,pernafasan, mengganggu sistem imun dan saraf seumur hidup. Dinyatakan sebagai penyebab kerosakan otak, hilang ingatan sementara, kejang dan koma. (Catatan: dalam jumlah sedikit tidak beracun dan mungkin bermanfaat bagi tubuh. Namun kadarnya dalam vaksin amat tinggi, sekitar 0,5%)

• Ammonium Sulfat: dapat meracuni sistem pencernaan, hati, saraf dan sistem pernafasan.

• Ampotericin B: Sejenis ubat yang digunakan untuk mencegah penyakit kulit. kesan sampingannya adalah menyebabkan pembekuan darah, bentuk sel darah merah menjadi tidak sempurna, masalah ginjal, kelesuan dan demam dan alergi pada kulit.

• Beta-Propiolactone: diketahui menyebabkan kanser, meracuni sistem pencernaan, hati, sistem pernafasan, kulit dan organ genital.

• Kasein: pelekat yang kuat, sering digunakan untuk melekatkan label pada botol. Walaupun dihasilkan dari susu, di dalam tubuh kasein dianggap protein asing yang beracun.

• Formaldehid: penyebab kanser. Bahan ini lebih berbahaya dibanding sebagian bahan kimia lain.

• Formalin: Salah satu turunan dari formaldehid. Formalin adalah campuran 37%-40% formaldehid, air dan biasanya 10% metanol. Formalin adalah peringkat ke 5 dari 12 bahan kimia yang paling berbahaya.(Enviromental Defense Fund, US)

• Monosodium Glutamat (MSG): bagi orang yang alergi pada MSG mungkin akan mengalami perasaan seperti terbakar di belakang leher, lengan dan punggung atau mengalami sakit dada, sakit kepala, lesu, denyut jantung cepat dan kesulitan bernafas. Menurut Badan Pengawas Ubat dan Makanan (FDA) US, suntikan glutamate dalam haiwan menyebabkan kerosakan sel saraf otak.

• Neomycin: antibiotik ini mengganggu penyerapan vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 dapat menyebabkan epilepsi dan cacat mental.

• Fenol: digunakan dalam pembuatan disinfektan, pewarna, industri farmasi, plastik dan bahan pengawet. Fenol dapat menyebabkan keracunan sistemik, kelemahan, berpeluh, sakit kepala, muntah-muntah, gangguan mental, syok, hipersensitif, kerosakan ginjal, kejang, gagal jantung atau ginjal dan kematian.

• Fenoksi Etanol (anti beku): menimbulkan bau badan tidak sedap, kerosakan pencernaan, kebutaan, koma dan kematian.

• Polysorbate 20 dan Polysorbate 80: bahan yang meracuni kulit atau organ genital.

• Sorbitol: menyebabkan kerosakan sistem usus.

• Thimerosal: merupakan unsur ke 2 yang paling beracun kepada manusia setelah uranium. Dapat merosak otak dan sistem saraf juga dapat membawa pada penyakit autoimun.

12 Hal Yang Harus Diperhatikan

1. Doktor tidak mampu menjamin keselamatan dan keberkesanan vaksin.

2. Keselamatan vaksin belum diuji dengan benar.

3. Vaksinasi didasarkan pada prinsip yang tidak kukuh, sehingga dapat dipersoalkan.

4. Vaksin mungkin tercemar.

5. Kesan sampingan jangka panjang yang serius.

6. Menimbulkan penyakit yang seharusnya dapat disembuhkan.

7. Tidak dapat melindungi dari penyakit menular.

8. Vaksin berhubungan dengan wabak penyakit.

9. Vaksin tidak dapat dipercayai – vaksin tidak menghalang terhadap penyakit tetapi menghalang terhadap kesihatan.

10. Doktor dan profesional kesihatan jarang melaporkan kesan buruk vaksin.

11. Doktor menolak vaksinasi.

12. Vaksinasi lebih mengutamakan keuntungan daripada mengubati.

Para Doktor dan Ilmuan Membantah Vaksinasi

• • “Terdapat banyak bukti yang menunjukkan imunisasi terhadap anak lebih banyak merugikan dari pada manfaatnya.” (dr. J Anthony Morris, mantan Ketua Pengawas Vaksin

• • “Ancaman terbesar serangan penyakit anak-anak datang dari usia pencegahan yang tidak efektif dan berbahaya melalui imunisasi besar-besaran.” (dr. R. Mendelsohn, Penulis (How to Raise A Healthy Child In Spite Of Your Doctor dan Profesor Pediatrik).

• • “Semua vaksinasi berfungsi mengubah tiga situasi darah kepada ciri-ciri kanser dan leukemia…Vaksin DO dapat menyebabkan kanser dan leukemia.” (Profesor L.C. Vincent, penggagas Bioelektronika).

• • “Data rasmi menunjukkan vaksinasi berskala besar di US gagal memberikan kemajuan yang signifikan dalam pencegahan penyakit yang seharusnya dapat ia lindungi.” (dr. A. Sabin, pengembang vaksin Polio Oral, dalam kuliahnya di hadapan doktor-doktor Itali di Piacenza, Itali, 7 Disember 1985).

• • “Selain telah nyata banyak kes kematian akibat program ini, terdapat juga bahaya jangka panjang yang hampir mustahil diukur dengan pasti…Terdapat sejumlah bahaya dalam seluruh prosedur vaksin yang seharusnya mencegah penggunaan yang terlalu banyak atau tidak wajar.” (Sir Graham Wilson dalam The Hazards of Immunization).

• • “Dengan mengenepikan fakta bahawa vaksin berpeluang besar tercemar virus binatang yang dapat menyebabkan penyakit serius pada masa depan. Kita harus mempertimbangkan apakah ada vaksin yang benar-benar berfungsi sebagaimana tujuan asalnya.” (dr. W.C. Douglas dalam Cutting Edge, Mei 1990).

• • “Satu-satunya vaksin yang selamat adalah tidak menggunakannya sama sekali.” (dr. James A. Shannon, Institut Kesihatan Nasional, US)

• • “Vaksinasi adalah produk kesalahan dan kebodohan yang tidak dirancang dengan baik. Ia seharusnya tidak mendapat tempat dari segi kebersihan mahupun perubatan. Vaksinasi tidak ilmiah, keyakinan yang membawa maut dan mengakibatkan kesengsaraan yang berpanjangan.” (Profesor Chas Rauta, Universiti Perugia, Itali di dalam New York Medical Journal, Julai 1899).

• • “Imunisasi terhadap cacar lebih berbahaya dari pada penyakit itu sendiri.” (Profesor Ari Zuckerman, WHO).

• • “Tidak ada satupun vaksin yang telah dibuktikan keselamatannya sebelum diberikan kepada anak-anak.” (Pakar bedah umum, Leonard Scheele di Konfrensi AMA, US 1955).

Vaksin Bukan Penyelamat

“Ilmu perubatan menerima pujian yang berlebihan bagi sebahagian kemajuan dalam bidang kesihatan. Ramai orang percaya keberhasilan dalam menangani penyakit menular pada abad terakhir terjadi seiring dengan penciptaan imunisasi. Sebenarnya, Kusta, Tifoid, Tetanus, Difteria, Batuk kokol, dll telah menurun sebelum ditemukan vaksin untuknya – iaitu merupakan hasil dari penjagaan kebersihan dan peningkatan kualiti makanan serta air minum.”(Dr. Andrew Weil dalam Health and Healthy)


Bahaya IMUNISASI!

Imunisasi merupakan cara terbaik untuk melindungi anak dari berbagai macam penyakit. Anda mendengar hal ini dari doktor, media massa, brosur di klinik, atau rakan-rakan anda. Tetapi, apakah Anda pernah berfikir kembali tentang tujuan imunisasi? Pernahkah anda meneliti lebih lanjut terhadap isu-isu dan cerita mengenai sisi lain imunisasi (yang tidak pernah dimaklumkan oleh doktor)?

Serangkaian imunisasi yang terus digiatkan hingga saat ini oleh pihak-pihak yang katanya demi ‘menjaga kesehatan anak’, patut dikritik dari segi kesihatan mahupun syariat. Teori pemberian vaksin yang menyatakan bahwa “memasukkan bibit penyakit yang telah dilemahkan kepada manusia akan menghasilkan pelindung berupa anti bodi tertentu untuk menahan serangan penyakit yang lebih besar”. Benarkah?

Tiga Mitos Menyesatkan
Vaksin begitu dipercayai sebagai pencegah penyakit. Hal ini tidak terlepas dari adanya 3 mitos yang sengaja disebarkan. Padahal, hal itu berlawanan dengan kenyataan.

1. Effektif melindungi manusia dari penyakit.

Kenyataan: Banyak penelitian perubatan mencatat kegagalan vaksinasi. Campak, beguk, polio, terjadi juga di pemukiman penduduk yang telah diimunisasi. Sebagai contoh, pada tahun 1989, wabak campak terjadi di sekolah yang mempunyai vaksinasi lebih besar dari 98%. WHO juga menemukan bahwa seseorang yang telah divaksin campak, mempunyai kemungkinan 15 kali ganda untuk mendapat penyakit tersebut daripada yang tidak divaksin.

2. Imunisasi merupakan sebab utama penurunan jumlah penyakit.

Kebanyakan penurunan penyakit terjadi sebelum diperkenalkan imunisasi secara menyeluruh. Salah satu buktinya, penyakit-penyakit berjangkit yang boleh membawa maut di US dan England mengalami penurunan sebesar 80%, itu terjadi sebelum ada vaksinasi. The British Association for the Advancement of Science menemukan bahawa penyakit anak-anak mengalami penurunan sebesar 90% antara 1850 dan 1940, dan hal itu terjadi jauh sebelum program imunisasi diwajibkan.

3. Imunisasi benar-benar selamat bagi anak-anak.

Yang benar, imunisasi lebih besar bahayanya. Salah satu buktinya, pada tahun 1986, kongres US membentuk The National Childhood Vaccine Injury Act, yang mengakui kenyataan bahawa vaksin dapat menyebabkan cedera dan kematian.

Makhluk Mulia Vs Haiwan

Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Manusia merupakan khalifah di bumi, sehingga merupakan ashraful makhluqaat (makhluk termulia). Mengingat keunggulan fizikal, kecerdasan, dan jiwa secara hakiki, manusia mengungguli semua ciptaan Allah yang ada. Manusia merupakan makhluk unik yang dilengkapi sistem ketahanan alami yang berpotensi melawan semua mikrob, virus, serta bakteria asing dan berbahaya.

Jika manusia menjalani hidupnya sesuai petunjuk syariat yang berupa perintah dan larangan, kesihatannya akan tetap terjaga dari serangan virus, bakteria, dan kuman penyakit lainnya.

Sedangkan orang-orang kafir, menganggap adanya kekurangan dalam diri manusia sebagai ciptaan Allah, sehingga berusaha sekuat tenaga memperkuat sistem pertahanan tubuh melalui imunisasi yang bercampur najis dan penuh dengan bahaya.

Manusia merupakan makhluk yang punya banyak kelebihan. Terdapat perbezaan yang ketara antara manusia dengan haiwan. Apa yang ada padanya tidak cocok bagi haiwan, demikian juga sebaliknya. Namun, orang-orang atheis menyamakan haiwan dengan manusia, sebab mereka menganut teori evolusi manusia melalui kera yang sangat “menggelikan”.

Oleh karena itu, mereka percaya bahawa apa yang dimiliki haiwan dapat dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Jadi, sel-sel haiwan, virus, bakteria, darah, dan nanah disuntikkan ke dalam tubuh manusia. Logik setan ini adalah menjijikkan menurut Islam.

Imunisasi digembar-gemburkan sebagai suatu bentuk keajaiban pencegahan penyakit, padahal faktanya cara itu tidak lebih hanya sebagai projek penjana wang para doktor dan perniagaan farmasi. Dalam kenyataannya, imunisasi lebih banyak menyebabkan bahaya kepada kesihatan. Bahkan, mengganggu proses-proses alami yang ada dalam ciptaan-Nya. Dengan paparan ini, orang tua mana yang berasa gembira dan senang hati untuk memberikan imunisasi pada anaknya?

Minda Ahad

Saturday, April 2, 2011

SEJARAH KETURUNAN RAJA KOTA BERUAS

Raja Kota Beruas Nai Hisbu Mad Azam Shah bergelar Intaraja II Songtam Ayuthia telah berkahwin dengan puteri Sultan Langkasuka iaitu Sultan Yaacub Putera Jalil Shah bergelar Khun Waranwangsa. Baginda adalah Raja Dinasti Ayut’ia Ke 15, sekitar tahun 1548 Masihi. Hasil perkahwinan tersebut baginda dikurniakan tiga orang putera.

a) Raja Dinasti Ayut’ia Ke 26 iaitu Sri Su Tammaraja (1605), Khalifatullullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah Melaka. Sila rujuk ms 98, Buku Undang-undang Kedah.

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di Negeri Melaka pada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Enam Puluh Tujuh, Tahun Jim, (1657 M) bulan ramadhan hari Abra’a fasal pada menyatakan Undang-Undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.

Cop mohor yang dijumpai di Riau oleh kerajaan Melaka baru-baru ini adalah juga milik baginda, bukanya milik Sultan Mahmud Syah raja wilayah Melaka sekitar tahun 1400-1511. Sultan Mahmud Syah yang dimaksudkan diatas adalah Raja Besar Benua Siam Islam yang juga bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman.

b) Putera kedua Raja Beruas ialah Raja Dinasti Ayut’ia ke 27 iaitu Narai, nama sebenar Tun Sa’ban, bergelar Laksemana Hang Tuah ketika di Melaka dan akhir sekali menjawat jawatan Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Muda,1661.

c) Putera ketiga Raja Beruas ialah Dinasti Ayut’ia Ke-28 iaitu Pra Petraja Sultan Tengku Abu Narawanara. Di Melaka baginda digelar Hang Kasturi.

Istana Alam Shah di Kelang, telah siap dibina oleh Khalifahtullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah, Raja Besar Benua Siam Islam pada tahun 1650 Masihi setelah baginda berpindah dari Kota Lukut, lokasi sebenar Kota Melaka berikutan serangan Belanda. A Farmosa bukan Kota Melaka sebaliknya ia Kota Portugis.

Sila rujuk ms 1, Buku Undang-undang Kedah.

“Pada tarikh seribu Enam Puluh Tahun, Tahun Zai (1650 Masihi) pada Tujuh Belas Hari Bulan Jamadilakhir, Hari Jumaat; Bahawa pada ketika itu adalah titah Syah Alam Yang Maha Mulia terjunjung ke atas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan datuk besar di hulu, Alaihi Rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”

Kenyataan diatas membuktikan bahawa Portugis tidak menyerang Melaka dalam tahun 1511, malah keberadaan mereka disana adalah dengan perentah Maharaja Benua Siam Islam untuk mengawal Selat Melaka setelah kemangkatan Laksemana Cheng Ho. Baginda berada di Kota Lukut sehingga diserang Belanda dalam tahun 1641 dan berpindah ke Kelang yang juga merupakan sebahagian dari Melaka. Sejarah kita ditulis versi kegemilangan Raja wilayah Melaka yang telah diusir oleh Portugis atas perentah Maharaja Benua Siam.

Terdahulu, tindakan Raja wilayah Melaka memerdekakan wilayah itu dengan pergi mengadap Maharaja China Yong Le tanpa pengetahuan Raja Besar Benua Siam sangat tidak di sukai olehnya. Malah tentera Raja Besar Benua Siam pernah menyerang pelabuhan Melaka untuk mengambil semula wilayahnya, namun dilarang oleh Maharaja China yang mungkin telah tersilap memberi pengiktirafan itu kepada Raja Melaka. Gelaran Paduka Seri Sultan (saudara kepada Raja Besar) membuktikan ini adalah gelaran raja daerah/wilayah sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah.

Pada tahun 1641 masihi tentera Belanda dan pemberontak Minangkabau mengusir Sultan Mahmud Syah dari Kota Melaka di Kuala Lukud, negeri Sembilan. Perkataan Siambilan ialah bahasa Siam yang bermaksud kerajaan Siam hebuh jatuh. Sultan Mahmud Syah berundur dan dalam perjalanan berundur itu baginda berhenti beristirihat atau berteduh di bawah satu pokok maka tempat tersebut kemudian dinamakan Selangor.

Dalam bahasa siam, Selangor bermaksud berteduh di bawah teduhan tumbuhan pokok. Kejadian ini telah direkodkan sebagai Parameswara berteduh dibawah pokok melaka dan menamakan kawasan itu Melaka. Sultan Mahmud Syah mangkat di Istana Syah Alam Kelang, Selangor pada tahun 1668 masihi dan dimakamkan di Kota Beruas.

Padahal sejarah yang kita pelajari tidak memaklumkan bahawa Melaka ialah nama lama bagi Semenanjong tanah melayu dan telah wujud dizaman Sultan Muhammad Johan Syah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah Yang Adil. Duit emasnya ada disimpan di muzium Negeri Kedah. Sultan Muhammad Johan Syah adalah ayahanda kepada Sultan Rijaluddin yang bergelar Parameswara Melaka.

Putera Almarhum Sultan Mahmud Syah iaitu Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Shah, suami kepada puteri Raja China Hang Li Poh ketika itu bersemayam di Istana Jugra (sebahagian dari melaka). Dengan mangkatnya ayahanda baginda, maka pihak Belanda mengambil kesempatan untuk menyerang dan serangan mereka ditujukan kepada Istana Alam Syah Kelang dan Kota Jugra di Selangor.

Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Shah terpaksa berundur dan berpindah ke Istana Ayut’ia Kota Palas kepunyaan Raja Siam Khun Woran Wangsa Langkasuka, yang terletak di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.

Di m.s 16, Buku Undang-undang Kedah tercatat zaman Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dan di m.s 17 tercatat,

"Hijrah Al-Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam pada Seribu Tujuh Puluh Delapan Tahun, Tahun Dal, (1668 Masihi) pada Bulan Rabiulawal hari Isnin, Zaman Hadirat Maulana Syah Alam Semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang".

Dari buku sejarah "A History Of South East Asia",1955 DGE Hall ada menyatakan Sultan Muhiyuddin Mansor Syah digelar Dinasti Ayut’ia Ke 31 Maha Tammaraja II Boromokot. Putera baginda ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa Arab yang bermakna pembesar darah dari lainan raja.
Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Ketika itu baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar). Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin iaitu puteri kepada Sultan Langkat, Sumatra Pasai.

Mereka kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat adalah putera Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (Hang Tuah). Dengan itu, Permaisuri Suriya marin adalah cucu kepada Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (Hang Tuah).

Pada tahun 1758 Masihi Sultan Mualana Muhiyuddin Mansor Syah mangkat di Kota Palas dan di makamkan di Kota Buluh Melaka, Langkawi. Kesempatan ini diambil oleh pihak tentera Raja Buddha Lanna Sokho Thai untuk menyerang Raja Siam Kemboja, Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah ibni Sultan Syarif Abu Bakar Syah yang bersemayam di Kota Ayut’ia Funaan Siamreap. Dalam pertempuran ini Raja Buddha Lanna Sokho Thai Aluang Phraya terbunuh disatu tempat yang kemudiannya diberi nama Thaikala. Thaikala ialah dari bahasa siam yang bermaksud mati dibunuh.

Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar III Kedah anakanda kepada Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin kembali dari Kemboja bersama-sama pengikut dan tenteranya ke Istana Balai Besar (Berahman Indera) Alor Star Kedah dan bersemayam di situ. Baginda kemudiannya berpindah setelah ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar.

Pada tahun 1767 Masihi Ayut’ia Bangkok diserang oleh tentera Sokho Thai yang dipimpin oleh general Taksin Burma. Boromoraja V Ekataat Syarif Abu Bakar Syah yang
bersemayam di situ terpaksa berundur ke Nakhon Si Tammarat dan bersemayam di Istana Ayut’ia Nambang Ligor Siam.

Pada tahun 1782 Masihi tentera laut Raja Buddha Rama I Chakri Sokho Thai menyerang Kota Nambang Ligor yang didiami oleh umat Islam dalam pertempuran ini tentera Islam telah menang dan medan pertempuran tersebut digelar Cherat Nakhon Si Tammarat Siam.

Sultan Syarif Abu Bakar Syah kemudiannya kembali ke Kedah dan membina istana di dalam bukit dan dinamakan Istana Kota Meang Kuang. Meang Kuang bermakna Kota Negara Luas Benua Siam Kedah. Kawasan kota tersebut berada di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Pada tahun 1778 Masihi Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah melantik Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah untuk menjadi Raja Pulau Pinang, Kedah manakala kekandanya (dari bonda pertama) Paduka Seri Sultan Tengku Long Putera Laksemana Datu menjadi Raja Legeh merangkap Seri Paduka Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Kedua-dua mereka adalah anak saudara Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah dari berlainan ibu.

Sultan Bahadur Syah @ Zahiruddin Bahadur (Babur) Syah





Kadang-kala sejarah mampu ditutup oleh mereka yang tidak pasti atau sememangnya sengaja mahu menutup bukti sejarah bangsa Melayu hari ini. Walau bagaimana pun ia pasti akan muncul dimana-mana salasilah kerajaan lain kemudiannya di Nusantara ini. Dengan kemajuan teknologi hari ini bagaimana mungkin ia ditutup. Cuma yang mengetahui salasilah asal dapat detect ia kembali. Peta "Empire of the great Monggol' adalah bukti bersejarah yang terlepas pandang dan kami tidak menyentuh apa-apa pun pada peta tersebut. Adalah satu rahmat kepada kami dari Allah apabila ditemukan dengan peta tersebut sewaktu mencari maklumat di internet. Resource person kami yang lain pulak sedang meneliti buku-buku sejarah di Nusantara.

Sila teliti artikel ini dari URL berikut,
http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm


1623 - 1677 H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil Shah III ibni al-Marhum Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah III, Sultan of Johor, Pahang and Lingga. b. 1590, as Raja Bujang, son of H.H. Paduka Sri Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah III Zillu'llahi fil-Alam ibni Paduka Sri Sultan Ali Jalla 'Abdu'l Jalil Shah, Sultan of Johor, educ. privately. Appointed as Sultan of Pahang, August 1615, expelled from Pahang by the Acehnese in 1617, again ruler of Pahang 1623. Succeeded on the death of his uncle, 1623.

Entered into treaty relations with the Dutch in 1639 and assisted them in their capture of Malacca from the Portuguese in 1641. Driven from Johor Lama into exile by the Sultan of Jambi, 1673. m. (first) 1610, his cousin, a daughter of Raja Hassan ibni al-Marhum Sultan Ali Jalla 'Abdu'l Jalil Shah, Raja of Siak. m. (second) 1612, m. 1644, Raja Kening Putri Raja Ungku [Nang Chayang], Raja of Patani (b. at Pahang; d. 1651), widow of his younger brother, and daughter of Paduka Sri Raja Shah Alam alias Raja Ungku binti al-Marhum Sultan Bahadur Shah [Nang Chayang], Raja of Patani, by her husband the Sultan of Pahang. He d.s.p. in Pahang, 22nd November 1677.


Raja Kening atau Puteri Saadon Nang Kemuning adalah anak kepada Raja Ungku atau Nang Che Yam, adalah benar. Putri Nang Che Yam ini (bukan Nang Che Yang) telah dikahwinkan dengan Sultan Ismail Jammu Patani. Siapa pula Sultan Ismail ini? Sultan Ismail ini adalah anak saudara kepada Sultan Bahadur Syah, Raja Monggol India. Sultan Ismail adalah putera kepada Raja Kashmir dari India dan diperintahkan untuk belayar ke Patani dan berkahwin dengan Puteri Nang Che Yam oleh bapa saudaranya, Sultan Bahadur Syah. Hikayat Patani ialah sebuah penulisan yang berbentuk dakwah Islamiyah bagi menarik perhatian masyarakat bukan Islam ketika itu (tanpa peperangan) untuk memelok agama Islam. Phaya Tu Nakpa ialah gelaran bagi Sultan Ismail ini.

Perkahwinan baginda berdua memperolehi 3 orang cahayamata iaitu,
1) Sultan Muzaffar Syah, menjadi Raja Patani dan bergelar Uthompon di Siam Ayuthia sewaktu menjadi maharaja disana.

2) Puteri Saadon, Nang Kemuning dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman yang bersemayam di Kota Lukud sewaktu Belanda menyerang dalam tahun 1641. Baginda mangkat dalam tahun 1668 dan di makamkan di Beruas (bukannya Sultan Mahmud raja daerah sekitar tahun 1400-1500 dahulu).

3)Sultan Mansor Syah, Raja Pahang (bergelar Hang Lekir di Melaka) membawa kepada waris Sultan Pahang hari ini.

Ketiga-tiga bersaudara ini digelar melalui lagu rakyat sebagai Wau Bulan Teraju Tiga.
Baca artikel kami dahulu di sini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/06/raja-patani-bergelar-uthompon.html

Saya telah bertemu dengan beberapa orang waris Raja Patani di Kedah hari ini. Bagaimanakah rupa mereka?, biasanya mereka berbadan tegap, sederhana tinggi, bermisai lebat dan berjanggut, lengan berbulu tebal berbanding dengan orang-orang Melayu hari ini dan warna kulit sedikit gelap. Wajah mereka ada iras-iras seperti orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Maafkan saya jika saya tersalah.


Gambar Sultan Bahadur Syah, Raja Monggol atau lebih dikenali sebagai Zahiruddin Babur Syah, Maha Thammaraja, Sultan Akbar India. Mereka telah melangsungkan perkahwinan di Kota Naga. Ketibaan rombongan Sultan Zahiruddin ini dikhabarkan diiringi tentera-tentera Islam, Portugis (Bugis), dengan jumlah ribuan, membawa panji-panji Islam bersama tentera bergajah dan berkuda.

Dalam sejarah India baginda Sultan Bahadur Syah ini dikenali sebagai Sultan Zahiruddin Babur Syah dan di Siam Islam Ayuthia baginda dikenali sebagai Maha Tammaraja. Jika berdasarkan Undang-Undang Kedah baginda sepatutnya digelar Syah Alam yang Maha Mulia Zahiruddin Babur Syah. Baginda ada membina Istana di Nakhun Si Thammarat di mana Thammarat itu adalah Thammaraja. Sejarah Thailand hari ini hanya menyebut Maha Tammaraja sahaja dengan itu pengkaji sejarah tidak dapat menyiasat siapa Maha Tammaraja ini dan beranggapan baginda adalah Raja Siam sahaja. Di zaman Maha Thammaraja, sejarah thailand mengatakan bahawa Ayuthia berada dibawah takluk Burma, pada hal sebaliknya.

Mungkin juga ia bertujuan untuk menutup bukti bahawa Kerajaan Ayuthia dahulunya adalah diterajui oleh pemerentah yang beragama Islam. Kalaulah diketika itu Ayuthia ini tidak beragama Islam, sudah pasti ia akan diserang oleh Kerajaan Monggol Islam dari India ini, tetapi ini tidak pernah berlaku. Untuk kita mengatakan Kerajaan Ayuthia itu kerajaan Buddha dan pandai berdiplomasi politik ketika itu adalah karut. Ia sebenarnya adalah sebahagian dari Empayar Monggol Islam India. Kenapa ini tidak berlaku di Thailand hari ini, terutama sekali di Patani?, dimanakah diplomasi politik yang dibanggakan dahulu? mudah sahaja, sebab dahulunya Ayuthia adalah kerajaan Siam Islam.

Terdahulu, Empayar Monggol India menjadi besar berikutan perkahwinan baginda Sultan Bahadur Syah dengan Tunku Nur Aisyah yang menjadi Maharaja Perempuan Ayuthia. Tunku Nur Aisyah ini disebut sebagai Aisyah Begum di India, Bayyinaung di Burma dan sebagai Mah In Inta Tiral di Ayuthia. Hari ini pun keluarga Begum di Malaysia dianggap sebagai keluarga kerabat yang teratas dan dengan bahasa yang lembut dan teratur. Tahukah saudara/i pembaca semua, bagi menutup sejarah, Mah Inta Tiral ini disebut sebagai seorang king dalam sejarah Thailand hari ini?

Perkahwinan Sultan Bahadur Syah dengan Tengku Putri Nur Aisyah memperolehi 4 orang putera iaitu,

1) Syah Alam Yang maha Mulia Nai Hisbu Madazam Syah, bergelar Inta Raja II Song Tham Ayuthia.

2) Syed Hassan, Santubong menjadi Sultan Borneo. San-tu-bong bermaksud Hassan-pegang-pemerentah.

3) Shaari Panjang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Pagoh Johor termasuk Riau. Ri-au bermaksud Shaari Panjang.

4) Penggiran Mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai bergelar Prasat Thong. Phrasat Thong ini sewaktu menjadi Raja Ayuthia pernah menyerang Patani diatas sebab-sebab tertentu. Ini yang saya katakan konflik dalaman dalam wilayah Benua Islam Siam Nagara Kedah pernah berlaku.

Walau bagaimana pun salasilah diatas, membuktikan kewujudan nama Sultan Bahadur Syah ini dan ia sememangnya ada dalam rekod kesultanan raja-raja di Nusantara cuma ia dikelirukan atau mixed up sahaja.

SALASILAH LAKSAMANA HANG TUAH YANG BERGELAR NARAI DI AYUTHIA




Peta 'Empire of the Great Monggol', meluas hingga ke semenanjung? Raja Monggol India bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia berdasarkan kepada duit-duit syiling yang jelas tercatat gelaran itu. Kenapa ada gelaran Syah Alam kepada raja-raja kita dahulu sepertimana tercatat dimuka surat 2,17 manuskrip Undang-Undang Kedah ? Kenapa gelaran ini langsung tidak disebut dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah negara?


Oleh anaianai

Sila ikuti bersama saya, kisah Laksemana Hang Tuah seperti tertera di bawah ini,

"Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."
m/s 25, A. Samad Ahmad, Edisi Pelajar “SULATUS SALATIN SEJARAH MELAYU”, Dewan Bahasa & Pustaka, 2003.Sila semak dilaman sahabat kita di sini, http://www.selftechgroup.blogspot.com/

Laksemana Hang Tuah atau Mahkota Alam juga pernah menjadi Maharaja Benua Islam Siam bergelar Narai di Ayuthia. Walaupu nama baginda berbeza-beza, jawapannya mudah sahaja. Kita perlu melihat contoh pada diri kita sendiri. Kita pun mempunyai banyak nama dan gelaran. Karier kita berkerja pun ada kenaikkan pangkat dan ada posting ke cawangan lain dsbnya. Begitulah juga ahli keluarga Maharaja Benua Islam Siam ini. Seperkara lagi, jika kita tidak melihat sejarah dalam konteks serantau, selagi itulah sejarah bangsa Melayu ini tidak akan terungkai malah akan menjadi lebih kusut lagi.

Berikut adalah salasilah baginda bermula dari Raja Monggol India,

Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Sultan Akhbar Moghul India, Maha Thammaraja (1483 – 1530) yang berkahwin dengan Mahin Inta Tiral @ Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Syah III (Raja Perempuan Ayuthia) Baginda Sultan Rijaluddin (1424 – 1491), ayahanda kepada Puteri Mahin Inta Tiral ini dikenali dengan nama Parameswara Melaka (Boromoraja II)kerana baginda telah membuka perlombongan bijih timah di Lukut berhampiran dengan Melaka dengan bantuan Portugis Islam yang didatangkan dari Khalingga India. Pada masa yang sama orang-orang Minang turut datang untuk melombong dan bekerja di lombong bijih timah disana. Hasil dari perkahwinan ini mereka mendapat empat orang Putera iaitu,

a.Syah Alam yang Maha Mulia, Nai Hisbu Muadzam Syah. Baginda bergelar Intharaja II serta pernah menjadi Raja Kota Beruas, Perak.

b.Paduka Seri Sultan Hassan, Santubong bergelar NaraSuan di Ayuthia.(The Black Prince)

c.Paduka Seri Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Pagoh Johor dan Raja Riau bergelar Ekatotsarot di Ayuthia.

d.Paduka Seri Sultan Mustafa Kecil Bongsu, Raja Brunai (bergelar Penggiran), dikenali sebagai Pharasat Thong di Ayuthia.
Keempat-empat beradik ini, ayahanda mereka Zaharuddin Bahadur Syah sebut/panggil sebagai Sin ga po ra bermaksud, empat laksemana, empat taring bertempat.

Syah Alam yang Maha Mulia, Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Kota Beruas Gangga Nagara) bergelar Intaraja II, Song Tham Ayuthia. Inta Ra ja bermaksud “kamu raja sebar nasihat (dakwah & hukum Islam)”. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq yang bermaksud, abang yang di kasihi. Baginda telah dikahwinkan dengan Nang (Puteri) Khun Waran Wong Ser, puteri kepada Sultan Jalil Yaacob Syah yang pada masa itu menjadi Syahbandar Kota Setar. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka memperolehi tiga orang putera iaitu :-

a.Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda bergelar Sri Su Tammaraja di Ayutthya. Berkahwin dengan Tunku Nur Aisyah, adinda Sultan Muzaffar Syah @ Uthompon, Raja Patani. Mereka keedua beradik adalah anakanda Sultan Ismail Jammu Patani dan Permaisuri Nang Che Yam.

b.Bendahara Tun Saaban bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh, Laksemana Hang Tuah di Melaka dan Narai di Ayuthia

c.Paduka Seri Sultan Per Abu, pernah menjasi Sultan di negeri Nara Wanara Legeh (Kelantan), sewaktu muda baginda bergelar Hang Kasturi di Melaka dan bergelar Pra Petraraja di Ayuthia. Hingga sekarang di Kelantan, kerabat diraja masih lagi menggunakan gelaran Petra. Salah seorang isteri-isteri baginda adalah dari keturunan Batak dan ini membawa kepada Tengku Sulaiman yang membunuh orang-orang Cina Mancu yang ditugaskan untuk membina Berahman Indera (Balai Besar) dan Balai Nobat di Alor Setar. Semasa pembinaan sedang berjalan orang-orang Cina Manchu ini menetap di Pekan China. Dari sinilah diriwayatkan cerita Raja Bersiong yang menetap di Bukit tinggi (Bukit Pinang).Tengku Sulaiman diburu hingga ke Singgora (Songkhla) dan di bunuh oleh Hang Tuah disana. Dendam pembunuhan Tengku Sulaiman yang disebut sebagai Sultan Sulaiman II (padahal raja daerah, bukan sultan Kedah) dalam salasilah kesultanan Kedah ini, berlarutan hingga ke zaman Paduka Seri Sultan Abdullah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Sultan Abdul Hamid membawa ke hari ini.

Para pembaca dan peminat sejarah yang saya hormati sekelian, begitulah hebatnya Maharaja Benua Islam Siam ini, yang menjadi asal usul keturunan bangsa Melayu hari ini. Sekiranya nama-nama Siam raja-raja kita berada di sini, memang patutlah dari 33 maharaja yang memerentah Ayuthia hanya 3 makam sahaja terdapat disana. Thai mengatakan bahawa mereka tidak pernah dijajah, padahal merekalah bangsa penjajah yang menjajah Siam dan mengambil alih identiti Siam sebagai bangsa mereka. Di Thailand hari ini, yang memerentah bukanlah Raja Siam tetapi Raja Thai dari keturunan Chakri Sukhothai. Ini kenyataan yang benar.

Orang-orang Siam yang beragama Buddha, adalah SEPERTI orang-orang Melayu filipina yang beragama kristian, bumiputra di Sabah dan Sarawak yang tidak beragama Islam, orang-orang melayu Bali dsbnya, sebab itulah mereka ini berstatus Bumiputra, jika menjadi rakyat Malaysia. Akan tetapi selagi mereka tidak beragama Islam, tidak mengamalkan adat resam Melayu dan Islam, maka lupuslah status kemelayuan mereka. Hari ini, di Thailand ada usaha untuk menukar nama Thailand kepada Siam semula kerana kita tahu rahsia raja thai sudah bocor!!!

=====================================================================================

Semuga Allah SWT memberkati ke atas mereka yang telah membongkar kembali realiti sejarah melayu ini dan secara tak langsung telah menemukan juga akan salasilah keluargaku yang telah terputus sekian lama. Hang Tuah dan Adi Putra adalah datuk-datukku.

Friday, April 1, 2011

SALASILAH EMPAYAR BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA, NAGARA KEDAH PASAI MA
Labels:photos Misteri dan Penerangan semula, Salasilah
Oleh anaianai



SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA DAN MEMAKAI GELARANRAMA TIBODI I @ U THONG
BIASA MENETAP DI PARSI DAN CHINA. MENJADI MENANTU MAHARAJA YUAN CHINA, MENUNTUT ILMU AGAMA DI ROM. BAGINDA ADALAH RAJA MANDALIKA SEPERTI TERTULIS PADA BATU BERSURAT DITERENGGANU. BAGINDA MEMBINA MASJID PAPAN DI MANDALAY, MYANMAR SEMASA MEMERINTAH KERAJAAN ISLAM TOUNG OO DISANA. BATU BERSURAT ITU DIBUANG/DISEMBUNYIKAN KEDALAM SUNGAI KERANA THAI INGIN MEMECAHKANNYA DEMI MENUTUP BUKTI KEISLAMAN RANTAU INI SEKITAR TAHUN 1800-1900 DAHULU.TAHUN 1300 – 1369

Mengenai penetapan garis sempadan dianatara orang thai dan orang siam islam (malayu)
“The Yuan History in referring to a mission received from Rama Khamheg (Sukuthai) in 1295, says that the people of Siam (thai) and those of Ma li yu eul had been killing each other for a long time, but the latter had now submitted” DGE Hall,A history of South East Asia, Fourth Edition,1981,page 72.

"Menurut sumber sejarawan Cina, Yuan Shih (1295), orang Melayu disebut Mali-yu-erh, sedang Siam dijuluki Sien. Kedua bangsa itu sudah lama saling berperang. Pada masa itu, utusan Siam yang bernama Kan-mu-ting dari kota Petchburi menghadap Kaisar (Maharaja) Cina. Kaisar memerintahkan Rama Khamhaeng (keturunanAluangphaya,sukuthai) untuk menghentikan perang dengan Melayu. “Oleh karena orang Siam (thai) dan Melayu sering berbunuhan sekian lama, maka kamu hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu”. Pada 1294 dibangun garis batas Melayu-Siam (bukan siam, tetapi thai) di Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok sekarang".Dua ratus tahun penjajahan Siam, Majallah Saksi


TUANKU NAZREEN ( @ RAMESUAN ) IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III
1369 – 1395
BERKAHWIN DGN RATU IMAN ACHEH, DIMANA PADA BATU NISANNYA TERTULIS DALAM BAHASA KAWI SEPERTI BERIKUT,
Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.
(Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh)

BOROMORACHA I
SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH
1370 - 1388

THONG CHAN
TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN,
SULTAN GANGGA NEGARA, BERUAS PERAK
AYAHNDA KPD PARAMESWARA MELAKA
1388 – 1395

RAMARATCHA
SULTAN RAHMAN LAKSEMANA
1395 - 1409

INTHARATCHA I
SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD,
RAJA TOUNG OO
1409 – 1424

RAMATIBODI II (Boromoraja II?)
SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA
1424 – 1448
Makam baginda terletak di Kota Seputih, Kubang Pasu Kedah. Ada pendapat yang mengatakan beliau adalah juga Boromoraja II. Dalam "Salasilah 1" dibawah, setelah berbincang dan mebuat rujukkan kami yakin beliaulah Ramatibodi II, (merujuk kepada buku DGE Hall). Pendapat kedua pula mengatakan Muhammad Johan Syah adalah nama Tunku Mohammad Chan, sedangkan nama baginda sultan hanyalah Sultan Rijaluddin sahaja.

BOROMOTAILOKANAT
SULTAN JALIL YAACOB SYAH
1448 – 1491

BOROMORAJA II
TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI
1491 – 1533

RATSADA
1533 - 1547

YOT FA @ KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI
(PERNAH MENJADI RAJA DI TOUNG OO, BURMA). Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani.
1547 – 1548

KHUN WARAN WANGSA
PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR
1548

CHAKRAPHAT @ PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL
1548 – 1569

MAHIN INTA TIRAL
@ TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III
@BA YIN NAUNG (DI TOUNGU BURMA)
@AISYAH SULTAN BEGUM DI INDIA

DI KAHWINKAN DENGAN


MAHA TAMMARAJA,ZAHIRUDDIN MOHD BAHADUR SHAH @ BABUR MONGGOL
SULTAN AKHBAR INDIA KING NARYN AYUTHIA INDIA, KETURUNAN MONGGOL DARI AYUDHYA INDIA, menghantar anak saudaranya Sultan Ismail Jammu Kashmir untuk berkahwin dengan Nang Che Yam (anak saudara permaisurinya) Raja Patani.
1498 -1530

NARUESAN @ NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO
BAGINDA MENYERANG DAN MENGALAHKAN SEBAHAGIAN BURMA(MYANMAR)YANG BELUM MEMELUK ISLAM DEMI MENGUKUHKAN EMPAYAR TOUNG OO SIAM ISLAM. DI THAILAND HARI INI BAGINDA DIANGGAP SEBAGAI WIRA DAN DIFILEMKAN KISAH HIDUP BAGINDA DALAM VERSI THAI.AKAN TETAPI MEREKA TIDAK TAHU DIMANA MAKAM BAGINDA DAN DIKATAKAN HILANG BEGITU SAJA ATAU MENJADI SAMI. BAGINDA SEBENARNYA PULANG KE BORNEO KERANA JAWATAN MAHARAJA SIAM DIGILIRKAN DIANTARA RAJA-RAJA JAJAHAN/KAWASAN SEPERTIMANA JAWATAN YANG DI PERTUAN AGONG DI MALAYSIA HARI INI(DIILHAMKAN DARI KERAJAAN SIAM ISLAM LAH, BUKAN IDEA ASAL TUNKU ABDUL RAHMAN !!!)
1530 – 1605

EKATOTSAROT
TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH
1605 – 1610


INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA
NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(BERKAHWIN DENGAN ANAK PEREMPUAN KHUN WARAN WANGSA)
MEMBINA KOTA BERUAS DI PERAK
1610 - 1628

CHETTHA @ TEH ABU
ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU
1628 - 1629

ATTHINAWONG
SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH @ HANG JEBAT
SULTAN RIAU
1629

PRASAT THONG
PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI
1629 – 1655

CIAO FA JAI
TUANKU JAAFAR @ HANG LEKIU
SULTAN SELANGOR
1655- 1656

SRI SUTHAMMARACHA @
SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA
1656 – 1688


ISKANDAR MAHKOTA ALAM DI ACHEH
bergelar NARAI (di Ayuthia) @ LAKSAMANA HANG TUAH (di Melaka sewaktu muda) @ ISKANDAR MAHKOTA ALAM (sebagai pemerentah Acheh selepas tamat jawatan di Ayuthia yang menggelerkan baginda sebagai Narai) . Nama sebenar baginda ialah TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH. BAGINDA ADALAH ADINDA KEDUA SULTAN MAHMUD SYAH MELAKA.
SULTAN ACHEH
1656 – 1688

PRA PETRARAJA @ PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH
@ HANG KASTURI, ADINDA KETIGA SULTAN MAHMUD SYAH MENJADI SULTAN LEGEH (KELANTAN)
1656 - 1688
ANAKANDA PIR ABU, IAITU TUNKU SULAIMAN (RAJA BERSIONG KEDAH) TELAH MELARIKAN DIRI KE LEGEH KERANA DIDAPATI BERSALAH MEMBUNUH ORANG CINA MUSLIM YANG MEMBINA BALAI BESAR.

SUA @ SULTAN MANSOR SYAH @ HANG LEKIR IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (@PIJA TUK NAKPHA). SALASILAH BAGINDA MEMBAWA KEPADA DYMM
SULTAN PAHANG (GELLANGI) HARI INI.
1703 - 1709



PHUMINTHARAJA @ NANG CHE PUAN
PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II
1709 - 1733


Sebagai Maharaja Siam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerentahkan supaya Balai Besar dibina bersama Istana Kuning dan Menara Balai Nobat, dulunya menara masjid dan mahkamah syariah. Didalam Mahkamah Syariah inilah Tunku Sulaiman (Raja Bersiong) dijatuhkan hukuman kerana membunuh dan memakan tentera China Manchu Islam yang membina Balai Besar atau dulunya di panggil Berahman Indera.


Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau langkawi di kategorikan sebagai makam purba walaupun nama baginda ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah sebagai bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi. Makam ini disembunyikan dengan cara di timbuskan dengan tanah bagi menghalang ia di musnahkan oleh tentera Burma yang menyerang Pulau langkawi suatu ketika dahulu. Tentera Burma turut membakar hangus Kota Palas tempat baginda bersemayam.

BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN @ SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II)
1733 – 1758
BERSEMAYAM DI KOTA PALAS LANGKAWI, MAKAM BAGINDA SULTAN TERLETAK DI ULU MELAKA, LANGKAWI. MAKAM TERSEBUT DIKATAKAN MAKAM PURBA OLEH PERSATUAN SEJARAH KEDAH. MEMBINA BERAHMAN INDERA,ISTANA KUNING DAN BALAI NOBAT.BANDAR HILIR TERLETAK DI MELAKA SEMENTARA ULU MELAKA TERLETAK DI PULAU LANGKAWI. BAGINDA BERKAHWIN DGN PUTERI HANG LI PO.

UTHUMPON @
SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL,
SULTAN PAHANG
1758 -1765



SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH.BERGELAR KAHA EKATAAT(YG KAHAR[ALLAH] KAMI TAAT)DI AYUTHIA. Disebut didalam buku Undanu-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan
1758-1767-1821
MAHA TAMMARAJA II

“Siamese King Chau Pija Si Thammarat, Sultan Sarib Shah Monggol, Siamese King, render of Islamic Emperor Pasai Siam which is in Siamese language known as Cau Pija Si Thammarat, Sultan Sarib Shah Monggol, Hereditary from Raja Siam of Dynasty Pija Maha Zin Tadhu Toung Oo Siam and Raja Ayu The Ya India, Sultan Bahador Shah Monggol, Son in law of Raja Siam Toung Oo Siam”. The Islamic Siamese King started from 1350 - 1767. -PROF DGE HALL, “A HISTORY OF SOUTH EAST ASIA”, 1955, London Mc Millian & Co Ltd, as reviewed by Datuk Ismail Salleh, Sejarawan Kedah

BAGINDA BERPINDAH KE KEDAH DAN MENETAP DI ISTANA KOTA MEANG KUANG,BANDAR DARUL AMAN JITRA KEDAH SETELAH DI AYUTHIA DITAWAN THAI DALAM TAHUN 1767. BAGINDA CUBA MENGATUR SERANGAN KEMBALI, TETAPI RAJA DAERAH KOTA SETAR PULA MAHUKAN KUASA LALU BERSUBAHAT DENGAN KAFIR THAI. AKHIRNYA BAGINDA DIBUNUH TENTERA THAI DALAM
TAHUN MUSUH BISIK 1821 BERSAMA 4 ORANG PUTERA BAGINDA.


SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG
PERNAH MENJADI SULTAN DI CEMPAKASARI KEMBOJA, 1758, BERGELAR PO CHUN,KEMBALI KEDAH
DAN MENJADI RAJA DAERAH DI KUALA KANGSAR SEBELUM MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA.DITABAL DI BERAHMAN INDERA (BALAI BESAR)ALOR SETAR,1821-1824

SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SYED ALANG ALAUDDIN ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG
BERSEMAYAM DI ISTANA KUNING, ALOR SETAR. MANGKAT TAHUN 1824-1862.
ANTARA ADINDA BAGINDA IALAH PADUKA SERI TUANKU SYED MOHAMMAD HATTA MOHAMMAD RAJA INDERA SAKTI(PERLIS), DATUK NAI INDERA JAYA, PADUKA SERI SULTAN ALI(TUANKU SYED LONG ENA)RAJA RIAU LINGGA, PADUKA SERI TUANKU SYED LONG ISMAIL, RAJA FILIPINA.


Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau lebih di kenali sebagai Long Jaafar.

Teknik pembunuhan dengan cara dipijak dengan gajah telah dilaksanakan oleh tentera thai dan Sultan Abdul Hamid.

SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN JAAFAR MADZAM SYAH @ TUANKU SYED LONG JAAFAR 1862-1876
TUNKU LONG JAAFAR IBNI SYED ALANG ALAUDDIN, MELANTIK NGAH IBRAHIM MENJADI MENTERI DILARUT MENGGANTIKAN TEMPAT BAGINDA. ADINDA BAGINDA PADUKA SERI SULTAN TUNKU ABU TOHA MENJADI RAJA BAGAN SERAI PERAK DAN DIBUNUH INGGERIS DALAM TAHUN 1876. ADINDA BAGINDA DIGELAR KERAMAT TOK PERANG. BAGINDA SYAH ALAM YANG MAHA MULIA SULTAN JAAFAR TELAH DIBUNUH PENJAJAH INGGERIS DAN THAI DALAM TAHUN 1876 DI GURUN DAN BERMULALAH PENJAJAHAN KEDAH OLEH THAI SELAMA 5 TAHUN DARI 1876-1891.

SEBAGAI RAKYAT BIASA DI NEGERI KEDAH

PIHAK THAI TELAH MERAMPAS HARTA PENINGGALAN YANG ADA SEPERTI PERALATAN ISTANA, BUKTI-BUKTI BERTULIS DAN MEROBOHKAN 15 ISTANA MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM SEPANJANG 5 TAHUN MENJAJAH KEDAH. RAKYAT KEDAH HIDUP DALAM KETAKUTAN,PANGKAT DAN NAMA DI BUANG.SEKIRANYA DITANGKAP THAI PASTI DIHUKUM BUNUH.


TUANKU NAI LONG HJ YASSIN IBNI TUANKU NAI LONG JAAFAR
MENGURUSKAN PERNIAGAAN TERNAKAN DI KAMPONG DGN IDENTITINYA DISEMBUNYIKAN


TUANKU NAI LONG HJ MAHMUD IBNI TUANKU NAI LONG HJ YASSIN
BERSAHABAT BAIK DENGAN SULTAN BADLISHAH SEJAK KECIL KERANA DISISIHKAN OLEH SULTAN ABDUL HAMID KE KAMPONG TITI HAJI IDRIS. TUANKU NAI LONG HAJI MAHMUD BERANI BERSEMUKA DENGAN SULTAN ABDUL HAMID, SULTAN KEDAH YANG JUGA MENANTU CHU LA LONGKORN, DAN MEMPERKENALKAN DIRINYA SEBAGAI CUCU KEPADA TUANKU NAI LONG JAAFAR, WALAUPUN PARANG DILETAKKAN DILEHERNYA. SULTAN ABDUL HAMID KESAL DAN MELANTIK TUANKU NAI LONG HJ MAHMUD MENJADI KETUA PENGHULU NEGERI KEDAH. PERLANTIKKAN DITARIK BALIK APABILA T.A.R. MENJADI PERDANA MENTERI.

TUANKU NAI LONG HJ AHMAD IBNI TUANKU NAI LONG HJ MAHMUD
MENJADI PENGHULU MUKIM TAJAR


WARIS MUTLAK KETURUNAN MAHARAJA SIAM NAGARA KEDAH TERAKHIR

TUANKU HAJI NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD
AHLI PERNIAGAAN DAN PESARA

USAHA INI adalah UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN DAN HAKIKAT SEBENAR BANGSA SIAM DARI RUMPUN MELAYU. DI THAILAND HARI INI KING CHAKRI BHUMIPHOL ADULYADEJ ADALAH RAJA THAI, BUKAN RAJA SIAM. KITA BANGSA MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG HEBAT DAN MEGAH WALAUPUN KITA PERNAH DIJAJAH DAN DITINDAS OLEH PENJAJAH INGGERIS DAN PENJAJAH THAI DAN DILABEL SEBAGAI MALAS DSBNYA. INILAH PERMATA YANG HILANG YANG PATUT KITA CARI SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN, SALAM HORMAT.

TARIKH-TARIKH PEMERENTAHAN RAJA BESAR BENUA SIAM YANG TERDAPAT DISINI HANYALAH ANDAIAN SAHAJA KERANA DARI RUJUKAN YANG KAMI BUAT TERDAPAT PELBAGAI ANDAIAN TARIKH PEMERENTAHAN RAJA-RAJA DENGAN SEDIKIT PERBEZAAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

Posted by anaianai
at Friday, April 27, 2007