Monday, July 17, 2023

16 Julai 2023 – Kes Ketumbuhan di kepala ( Kulai, Johor )


Mulanya temujanji di atur pada mingu hadapan kerana sudah ada temujanji dengan orang Singapura utk berubat namun si suami yang menghubungi saya memberitahu bahawa keadaan isterinya cukup lemah dan hanya mampu berbaring dan tidur shj hampir 4 bulan sejak ia bermula di kesan.
Pesakit adalah seorang peguam kes jenayah dan sudah tidak bekerja semenjak sakit dan suami seorang pegawai Bomba yang telah 4 bulan di tukarkan ke N.Sembilan. Anehnya sejak suaminya di tukarkan , si istri mula sakit.
Temujanji pertama adalah pada hari Jumaat petang ( 14/7/2023 ) selepas waktu Asar. Si suami memberitahu bahawa isterinya tidak mengetahui akan temujanji ini dan membebel bila dapat tahu akan kedatangan saya. Saya hanya tersenyum bersama suaminya kerana si isteri tak tahu dan tak kenal saya namun merupakan kawan baik pelajar saya yg merupakan Doktor Pakar di Hosptal Johor Bahru. Dan si suami juga mengenali pelajar saya yg juga bekas Ketua Balai Bomba yg kini bertugas di Pengerang sebagai trainer .
Pesakit setelah di diagnos oleh doktor bahawa terdapat 2 ketumbuhan di kepalanya terus mendapatkan nasihat Doktor Pakar ini yg juga kenalannya sebelum berkahwin lagi akan pendapatnya bahawa kepalanya harus di bedah. Pesakit dan tak mahu di bedah dan doktor pakar ini pun tidak merekomenkan begitu dan menasihatkan agar berubat kaedah Islam.
Dalam diam si suami menghubungi saya dan membuat temujanji pada minggu hadapan namun melihatkan keadaan pesakit yg makin kronik , saya putuskan utk merawatnya pada minggu ini dan kebetulan pesakit dari Singapura pula menangguhkan pertemuan atas sebab-sebab kerja yg tidak boleh di tinggalkan.
Saya merasakan perlu di segerakan rawatan kerana sebelum ini bahkan pada bulan lepas 2 pesakit Kanser dari Kulai juga ada membuat temujanji namun terpaksa di batalkan , satu pesakit telah meninggal dunia sebelum sempat di rawat dan yg satu lagi memutuskan utk terus di rawat di hospital.
Kedatangan saya pada petang jumaat menyaksikan keadaan pesakit yg memang parah, tidak mampu berjalan dan kepala berat dan pening. Saya memberitahunya juga bahawa saya adalah kawan juga guru kepada kawannya yg merupakan Doktor Pakar tu , kelihatan reaksinya agak positif kerna mungkin kawannya ada pernah menceriatakannya.
Rawatan di mulakan dengan Doa yg tiada hijab “ Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi “ ijazah dan bersanad terus kepada Rasulullah SAW yg saya terima di Malam Lailatul Qadr dan zikir “Ismullah Al Adzham” juga amalan para Nabi dan Ariffin , anugerah di malam seterusnya setelah Malam Qadar…………di susuli bacaan surah2 pendek sunnah Baginda SAW di dalam merawat dan seterusnya saya bacakan Surah AL Mulk guna mengalirkan mukjizat/tenaga zikir ini ke dalam kepalanya melalui2 ubun2nya.
Pesakit merasakan kepanasan di dalam kepalanya, ini adalah kerana tenaga zikir yg memasuki kepalanya membakar penyakit/ketubuhan/tompokan jin-jin yg bersarang di kepalanya. Setelah itu pesakit merasa pusing/pening yg amat dan minta untuk masuk ke bilik. Temujanji pada esoknya di tentukan pada jam 10 am.
Saya bertanyakan keadaan pesakit pada malam tadi dan katanya beliau dapat tidur nyenyak dan bermimpi sehingga mimpi itu bersambung walau dah bangun untuk ke tandas. Memang biasanya selepas di terapi zikir pesakit apa pun dapat tidur nyenyak kerana sel2 penyakit sudah tidak aktif menyakiti pesakit ( sel2 yg merupakan makhluk halus yg tak dapat di lihat oleh mata kasar yg di panggil jin) yg telah terbakar dengan tenaga zikir yg merupakan mukjizat AL Quran yg di nafikan umat masakini.
Saya dan isteri tidak akan memberitahu apa-apa kalau pun ada firasat dan hijab yg terbuka sebelum pesakit di nampakkan apa-apa kepadanya sebagai bukti punca sakitnya itu. Pesakit menceritakan mimpinya dan beliau kaget dapat mengingat kembali peristiwa dan nama2 orang yg muncul di dalam mimpinya yg menjadi punca masalah penyakitnya ini. Ingatan beliau telah hilang dan bila ingatan ini kembali beliau semacam mahu menangis kerana ingatannya benar2 pulih dan dapat mengingat kembali peristiwa2 dahulu serta nama2 dan menceritakannya.
Rupa-rupanya beliau telah di sihir oleh rakan sekerja yg hasad padanya yg cemburu akan kemampuannya dan di sukai oleh bekas bosnya yg ingin ia bekerja dengannya. Saya tau masakini peguam ramai menggunakan khidmat bomoh guna untuk menang kes dan saya telah menangani beberapa kes terdahulu yg di dalangi oleh peguam-peguam yg jahat ini.
Nasib baik beliau telah mengambil tindakan yg bijak untuk tidak membedah tengkorak kepalanya dan juga mendapat nasihat yg baik dari Doktor Pakar dalam usaha merawat penyakitnya agar berubat cara Islam yg di redhai Allah dan Rasul. Kerosakan yg makin kronik dan kecacatan dapat di elakkan dengan menghindari pembedahan.
Petangnya saya di hubungi oleh si suami mengatakan di waktu Asar tiba2 isteri rasa berat kepala dan muntah2. Saya mengatakan mungkin bisa2 sihir nak keluar melalui muntah2 dan minum air yg saya doakan agar bisa2 terus keluar dan mendapat tenaga semula. Kalau ini serangan baru jika keadaan tidak membaik maka kena jemput saya di hotel…
Temujanji pada hari terakhir 16/7/2023 jam 10 am , kelihatan pesakit sudah bertenaga dan ceria. Tidur malamnya amat lena sehingga mendapat rehat yg cukup utk memberi tenaga pada tubuhnya. Terapi pada kali kedua saya bacakan Surah Yaasin dan pada kali ke tiga saya bacakan Surah AL Waqiah. Tiada reaksi negative pada pesakit bila di alirkan tenaga mukjizat Al Quran padanya menunjukkan jin2 sihir penyakit tidak mampu melawan dan melarikan diri tanpa ragu2.
Tak lama kemudian, Doktor Pakar berkenaan kenalannya dan juga pelajar saya sampai seperti di janjikan. Perbualan mereka seperti lama tak jumpa dan pesakit tak kelihatan macam orang sakit pun berbual dan bercerita mcm tak pernah sakit. Namun pesakit ada juga menberitahu bhw ada sedara2 juga nak datang yg nak menasihatkan agar di bedah shj menurut nasihat doctor, payah nak elak katanya nasihat2 mcm ini.
Itu sebab kata saya Nabi SAW suruh amalkan Surah AL Kahfi di akhir zaman sebagai penyelamat fitnah dajjal. Maksudnya kena jadi seperti Pemuda ALKahfi yg merupakan pembesar negara yg lari menyembunyikan diri dari kerosakan Pemerintah dan masyarakat pada masa itu. Kalau ikut nasihat masyarakat yg rosak, diri yg akan rosak tanpa dapat di pulihkan lagi. Doktor dah lepas tangan , takleh dakwa dakwi , penasihat pula mendoakan kebaikan pula setelah mengajak kepada kerosakan tadi.
Mereka berbincang untuk turut berbaiah dan belajar dengan saya guna merawat diri dan keluarga dan boleh menjadi karier selepas pencen atau berhenti kerja nanti. Sambil bergelak ketawa dan bergurau senda seolah menjadi majlis reunion dan bukan nya aktiviti ziarah orang sakit , kerana orang yg sakit pun ceria dan tak macam orang sakit pun hehe.
Pertemuan berakhir dan kami di bawa oleh Doktor Pakar ini untuk makan tengahari sebelum bertolak pulang. Alhamdulillah , segalanya selesai dan berkahir dengan baik.

8 Julai 2023 - Selesai merawat pesakit Breast Cancer ( Baling Kedah )


Rawatan sebyk 3 kali dlm proses membakar, membersih dan membilas kotoran penyakit di dalam darah. Selepas sekali rawatan, pesakit memberitahu sakitnya berkurangan dan sudah boleh bangun utk ke tandas.

Malam pun sudah boleh tido dan tersedar sekali sekala kerana sakit yg masih ada.
Saya di temani jemaah/murid 2 beradik lelaki perawat dari Baling sendiri dan adiknya dari Grik dan 2 beradik perawat wanita dari KL.
Sesampai di rumah pesakit di tepi jalan dan merupakan kawasan kaki bukit, terasa aura negatif yg kuat dan isteri dan murid saya di nampakkan makhluk2 ghaib mungkin jin kawasan sedang memerhati.
Di dalam rumah juga terasa aura negatifnya sehingga jemaah wanita dan isteri saya tersedawa angin2.
Sesungguhnya pemerhatian saya dan pengakuan jin sendiri bahawa kanser adalah penyakit akibat gangguan jin yg duduk bertompok2 di kawasan ketumbuhan berkenaan.
Sesetengah penyakit mungkin akibat gangguan atau sihir dan mungkin juga kifarah akibat dosa2nya menzalimi sesama makhluk. Kerana itu walau di beri kelebihan oleh Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW dalam penyembuhan penyakit, saya tak terasa lagi nak memviralkan atau mempopularkan diri dgn pelbagai cara kerna kesembuhan tetap dari Allah SWT dan hanya manusia terpilih juga di beri kesembuhan.
Manusia2 munafik yg mempertikai dan menolak kaedah Rawatan Islam apalagi memusuhi kerana takjub dan teruja dgn sihir teknologi Mr.D...pasti tiada redha Allah dan syafaat Baginda SAW.
Selepas memastikan keadaan sekeliling rumah yg suram seperti disaksikan isteri dan jemaah,saya menyeru bantuan ghaib agar di bersihkan kawasan rumah berkenaan dan dipindahkan makhluk2 ghaib itu ke kawasan lain.
Hari kedua rawatan sebanyak 2 kali iaitu pagi dan malam kerna ia merupakan hari yg berturutan juga. Tujuannya kerna kalau siang hari sudah kelihatan penghuni ghaib apatah lagi malam hari yg merupakan siang bg mereka.
Kedatangan kedua kali memperlihatkan pesakit yg ceria, mungkin juga sakitnya berkurangan dan mungkin juga kerna kunjungan saudara mara yg turut menyaksikan rawatan kami. Haripertama saya membaca Surah Yaasin dan Al Mulk. Rawatan kedua saya bacakan Surah Al Waqiah guna menyalurkan energi/mukjizat Al Quran melalui ubun2 ke jantung dan jantung mengepamnya keseluruh urat saraf guna membakar penyakit, kuman dan virus didalam darah.
Malamnya kami datang selepas Solat Maghrib dan mendapati aura kawasan sudah terang tiada lagi aura negatif. Rawatan ke3 saya bacakan Surah As Sajadah dan sentuhan di kawasan ketumbuhan dan perut yg penuh angin yg terbakar😁😉.
Kaedah saya merupakan sentuhan tapak tangan shj mengalirkan tenaga zikir dan kejantung....dsn insyaaAllah tenaga ini yg membakar penyakit serta menyembuhkan serta juga mencantumkan tulang yg patah atau retak
Sesungguhnya ilmu Syahadah yg saya bawa merupakan.ilmu tertinggi dari sisiNya dan tiada penyakit yg tak dapat di rawat dgnnya. Hatta jantung berlubang pun bertaut dgn cepat.
Saraf otak yg terganggu pun dapat dipulihkan namun spt yg saya cakap, musibah itu mungkin jufga kifarah dari dosa2 lampaunya, mungkin ibunya atau ayahnya, so tak perlu rekomen berkali2, depa pun tak yakin dgn Allah.
Kali ketiga rawatan baharu terbongkar bhw penyakit ini akibat suntikan vaksin. Bukan beliau shj malah beberapa orang lagi yg bekerja bersamanya.
Malah kawasan tempat kerjanya juga sekeras kawasan peninggalan sejarah.
Semoga Allah SWT memberi kesembuhan total kpd pesakit ini dan menjadi saksi akan kebenaran mukjizat al Quran yg telah hilang dari pegangan ularmak srkarang.
LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH

Tuesday, February 4, 2020

Dr Perubatan Islam Dari Amerika Membuktikan Bacaan Al-Quran Boleh Menyembuhkan Penyakit



Al Quran penyembuh penyakit.


Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Al-Qodhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berhasil membuktikan hanya dengan mendengarkan ayat suci Al Quran, baik mereka yang mengerti Bahasa Arab atau tidak, ternyata memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuk salah satunya dapat menangkal berbagai-bagai jenis penyakit.

Mengapa di dalam Islam, ketika kita mengaji disarankan untuk bersuara? Minima untuk diri sendiri @ terdengar oleh telinga kita.

Berikut penjelasannya :

Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit pada berbagai-bagai bahagian tubuh.

Sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya.

Hal tersebut ertinya harus dengan suara. Maka munculah TERAPI SUARA yang ditemukan oleh Dr. Alfred Tomatis, seorang doktor di Perancis.

Sementara Dr. Al-Qodhi menemukan bahawa : 

MEMBACA AL QURAN DENGAN BERSUARA, memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

Penelitian berikutnya membuktikan sel kanser dapat hancur dengan menggunakan FREKUENSI SUARA saja.

Dan kembali terbukti bahawa, membaca Al Quran memiliki kesan hebat dalam proses penyembuhan penyakit kanser.

Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Quran dan di saat yang sama , sel-sel sihat menjadi aktif.

Mengembalikan keseimbangan program yang terganggu tadi.
Silakan lihat Surah Al-Isro’, ayat 82.

Dan yang lebih menguatkan supaya diri ini semakin rajin dan kerap membaca Al Quran adalah kerana menurut kajian:



SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH, ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI.
Lihat QS. 7 ayat 55 dan QS. 17 ayat 10.


Mengapa solat berjama’ah lebih dianjurkan?.

Kerana ada do’a yang dilantunkan dengan kuat sehingga terdengar oleh telinga, dan ini akan mengembalikan sistem yang harian rosak.

Mengapa dalam Islam mendengarkan lagu hingar bingar dilarang?

Kerana kajian membuktikan, bahwa getaran suara hingar bingar MEMBUAT TUBUH TIDAK SEIMBANG.

Maka kesimpulannya adalah:

1. Bacalah Al Quran pada pagi hari dan malam hari sebelum tidur untuk mengembalikan sistem tubuh kembali normal.

2. Hilangkan muzik, ganti saja dengan murotal yang jelas-jelas memberikan kesan menyembuhkan.
Siapa tahu kita punya potensi terkena kanser, tapi kerana rajin mendengarkan murotal, penyakit tersebut akan hancur sebelum merebak.

3. Perbaiki baca Al Quran (baca dengan tartil, penuhi Hukum Tajwid), kerana kesan suara kita sendirilah yang paling dasyhat dalam penyembuhan.

RAHSIA PERUBATAN YG DI SOROK OLEH BARAT



MAKAM DATOK LAKSAMANA KIYAI HANG JEBAT DI DEMAK

Alhamdulillah, sahabat Habib dari Demak mengkhabarkan ada Makam Datok Laksamana Hang Jebat di sana. InsyaaAllah ziarah makam wali songo kali ini pasti ziarah ke sana juga. Tak jauh juga dari kompleks pemakaman anak saudaranya Sunan Kalijaga.



Sunday, November 10, 2019

AL HABIB TUN ZULKIFLEE ALHAJ AZMATKHAN ALHUSSAINI

10 Nov 2019 - Menerima nasab secara rasmi dari Ulama Nasab Sedunia Azmatkhan - Prof.Dr.KH.Shohibul Faroji Azmatkhan AlHussaini.

Dokumen berupa passport nasab antarabangsa dan sijil nasab yg lengkap.
Kini secara rasmi bergelar :
AL HABIB TUN ZULKIFLEE AZMATKHAN
AL HUSSAINI.
- nasab ke 41 dari Baginda Rasulullah SAW dari Qabilah AL Hussain.

Gelaran Habib adalah jalur yg sah dari Rasulullah SAW dan lebih tinggi dari gelar Sayyid.
Nasab ini juga membuktikan Datuk Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat memang wujud dan nama Datok Laksamana Hang Jebat ada dalam jalur nasab ini.

Gelar Tun adalah dari jalur nasab Datok Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.

INGAT - jangan sesiapa cuba memburukkan nama Datuk2ku kerana mereka berdua adalah cucu Rasulullah juga dari Sayyidina Hussain.