Thursday, February 9, 2012

ADAKAH POPULARITI MENJAMIN KETINGGIAN & KEHEBATAN ILMU ALLAH ?

ADAKAH BILA POPULAR TANDANYA ILMUNYA TINGGI & HEBAT?

Ini yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Asal sahaja orang itu sudah terkenal dan punya Pusat Rawatan yang sudah di kenali , maka masyarakat sudah menganggap ilmu mereka TERAMAT tinggi dan amat hebat .

Bila mendengar seseorang punya masalah seperti di sihir, masalah saka, hysteria, kediaman atau pejabat diganggu makhluk halus, maka sudah pasti anda akan di tanya, sudah pergi ke Darus Salam atau Darul Syifa atau juga Sinar Zamdurrani? Seolah-olah pendapat dan kaedah mereka sahaja yang terbaik dan boleh di percayai.

Siapa Big Boss di dalam ketiga-tiga Pusat Rawatan ini??? Mereka ini sudah amat di kenali dan tersohor . Seringkali keluar di Media Massa dan Media ELektronik malah di anggap Ulama Hebat. Ye ke? Hebat tara mana tuuuuuu???

Orang-orang yang jahil amat mudah di perbodohkan tetapi bagi orang Arif sebenarnya mereka telah memperbodohkan diri sendiri. Segala ilmu rawatan mereka telah di paparkan samada secara demonstrasi rawatan atau di bukukan segala ayat-ayat amalan yang di digunakan. ILMU YANG BOLEH DI PERTONTONKAN DAN DIBUKUKAN BUKAN LAH ILMU TAHAP TINGGI DAN HEBAT, IA SEKADAR SEPERTI PERMAINAN SILAP MATA DAN DI PERTONTONKAN UNTUK MEMBUAT ORANG KAGUM DENGAN KEBOLEHAN DIRI MEREKA. AWAS, itu bukan dari Allah Taala. Ia merupakan permainan dan persembahan menggunakan khadam.


TIDAK BERSETUJU?????


Anda tentu pernah dan mungkin selalu melihat pertunjukan atau demonstrasi Silat, bukan? Anda juga pernah memasuki pertandingan Silat bukan? Adakah ilmu yang di buat demo itu , ilmu tahap Gurulatih? Atau anda yang pernah memasuki Pertandingan Silat, anda sudah melepasi tahap Gurulatih dan dibenarkan bertanding? TENTU SAHAJA ILMU YANG DI PERTONTONKAN DI BAWAH TAHAP ASAS SAHAJA DAN YANG DI BENARKAN BERTANDING HANYA TAHAP MURID SAHAJA.
Sepertimana kita di gambarkan dengan watak-watak pelakon Silat handalan seperti Eman Manan dan Aaron Aziz, adakah mereka sehebat yang di gambarkan di dalam filem? Di luar sana, lebih ramai yang berilmu lebih tinggi dan lebih hebat namun mereka mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Malu nak mengangkat muka dan menepuk dada mengatakan aku hebat. TETAPI YANG SERING KELUAR DI MEDIA TELEVISION DAN AKHBAR ADALAH MEREKA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KEJAHILAN MASYARAKAT, MENEMPA NAMA UNTUK MENEMPA UPAH YANG LUMAYAN.

Kareografer yang melatih Aaron Aziz dan Eman Manan (sebagai contoh sahaja, di harap kedua artis ini tidak tersinggung) tentu sahaja tidak menerima bayaran setinggi bayaran yang di terima kedua pelakon tadi yang telah melakonkan aksi yang hebat di skrin TV( sedangkan yang diajar hanya setitis dari air selautan). Malah kalau ada promosi filem di mana-mana dimana kareografer ini turut serta, mereka tidak akan di cari malah mungkin di langgar bahu tetapi kedua artis yang melakonkan watak hebat tadi yang akan di kejar kesana-sini.

INI LAH DUNIA KINI, DUNIA PENUH KEPURA-PURAAN. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang datang dari jauh , penuh pengharapan bahawa Tuan Guru ini mampu melakukan keajaiban. Menyembuhkan penyakit mereka, menamatkan penderitaan yang sekian lama. Mempercayai apa sahaja kata-kata tuan guru ini seolah-olah itulah fatwa yang harus dipegang.

AKHIRNYA, mereka sedar hanya INDAH KHABAR DARI RUPA. Masa dan tenaga terbuang sia-sia malah ribuan ringgit hangus begitu sahaja. Bila sudah tiada harapan lagi, mereka kembali kehospital. Menyerahkan diri dan tubuh untuk di robek dan di sumbat dengan dadah. Dosa syirik berganda-ganda, murka Tuhan menimpa-nimpa, akhirnya mati Suul khotimah.

Bagi mereka yang benar-benar menyerahkan diri pada Allah, sentiasa yakin pasti ada dari mereka ini (perawat Islam) mempunyai Ilmu yang benar Ilmu Haq dan Ilmu Tulen, tidak berputus asa. Akhirnya mendapat hidayah dan petunjuk Allah, maka temuilah mereka hamba-hamba Allah yang tidak di kenali namun mempunyai kehebatan Ilmu Anugerah Allah. Mereka dengan izin Allah dapat melahirkan perkara mencarik adat seperti kesembuhan yang tidak dapat di rungkai jawpanannya secara saintifik. AL Maunnah dengan izin Allah bagi mereka-mereka yang ikhlas memperjuangkan Ilmu Allah dengan tujuan DAKWAH.

Walau tidak di iktiraf, di pandang rendah, tidak di hargai dan sering di perlekehkan oleh tuan-tuan guru ternama ini sehingga mendapat jolokan pembawa ajaran sesat, namun dakwah tetap kena di laksanakan. ITU AMANAH DARI ALLAH BILA SUDAH DI KURNIAKAN ANUGERAH ILMU DARI NYA. Bukankah ini jalan para Nabi-nabi terdahulu???

Bila sudah menemui orang yang benar di sisi Allah, wang sudah habis, harta sudah tergadai. Hanya mampu menyumbang seikhlas hati kepada Perawat Islam ini. Dengan redho mereka terima juga seikhlas hati, sedikit tiada rasa tidak puashati dan merungut. Hanya itu rezeki dari Allah untuk mereka yang ikhlas.

MAKA BAGAIMANA MUNGKIN MEREKA-MEREKA YANG MEMPUNYAI KEHEBATAN ILMU INI MAHU MENYEBARKAN DAKWAH MELALUI CARA PENUBUHAN KLINIK PERUBATAN ISLAM DAN JUGA GELANGGANG ILMU PERSILATAN SEKIRANYA TIADA MODAL MENCUKUPI SEBAGAI BEKAL MULA? SEGALA-GALANYA KINI MEMERLUKAN WANG NAMUN BILA SAHAJA MELIBATKAN PERUBATAN ISLAM, ORANG RAMAI BERPENDAPAT KENA IKHLAS , TIDAK BOLEH MELETAKKAN HARGA DALAM KHIDMAT RAWATANNYA. TETAPI BILA PERAWAT TERSOHOR ATAU TUAN GURU DI ATAS MELETAKKAN HARGA RIBU-RIBU UNTUK BERCAKAP HANYA SEJAM, TIADA SIAPA PERTIKAIKAN. BILA PERAWAT TERSOHOR ITU MELETAKKAN BAYAR AN TAK KURANG DARI 400 UNTUK KHIDMATNYA , SEDANG KESEMBUHAN BELUM PASTI, TIADA SIAPA PULA MEMBICARAKANNYA SEOLAH-OLAH POPULARITI ADALAH SUATU LESEN UNTUK LETAK HARGA.

Sampai bila-bila Ilmu Allah yg benar ini tidak dapat dikembangkan secara meluas dan tersusun kerana guru-gurunya tidak mahu menggadaikan akidah dan akhlaknya demi populariti. Tambahan pula hanya mereka-mereka yang telah di tunjuki oleh Allah SWT sahaja akan menemui mereka-mereka yang ikhlas ini. Kesembuhan milik Allah, jadi berkemungkinan setelah karma atau kifarah di atas dosa-dosa mereka telah selesai, maka Allah SWT ilhamkan mereka untuk bertemu Perawat ikhlas ini untuk mendoakan kesembuhan bagi mereka.

Bagi yang mendapat musibah atau penyakit kronik yang sukar sembuh, tidak menyedari sebenarnya bahawa tidak semua penyakit itu akibat diet tidak seimbang atau permainan sihir. Adakalanya akibat olah atau perbuatannya sendiri yang menzalimi orang lain dan mensyirikkan Tuhan. Tidak akan ada kesembuhan walau sehebat mana ilmu perawat itu kalau penyakitnya adalah akibat perbuatan dosanya sendiri, sebagai contoh penyakit AIDS .

Jadi sebaiknya, bertaubat lah dahulu dalam mencari kesembuhan agar dosa-dosa anda di ampunkan Tuhan, kemudian mohon petunjuk agar di tunjukkan mereka yang benar ilmunya agar mendapat kesembuhan.SIAPA PULA MEREKA YANG BENAR ILMU NYA DI SISI TUHAN???

Mereka adalah orang-orang yang telah mengenal diri dan mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya dan bukan lagi hanya sekadar ucapan di bibir mulut sahaja. Perawat yang telah mengenal Tuhan tidak akan bersandar kepada benda-benda maujud (ciptaan) untuk merawat pesakitnya. Dia telah kenal Tuhannya, Dia tahu Tuhannya Maha Penyembuh dan tidak memerlukan pengantara untuk menyembuhkan. Hanya Kun FAYAKUN.

Dia tidak menjual ubat apatah lagi dadah ciptaan manusia. Dia tidak juga menggunakan herba-herba sebagai ubat walau ubat itu memang di ciptakan mempunyai khasiat tersendiri kerana dia telah mendapat izin Tuhan untuk merawat dan mendapatkan kesembuhan terus dari Tuhan………..TIADA PENGANTARA MELALUI UBATAN ATAU TEKNOLOGI MODEN MAHU PUN BAHAN-BAHAN TRADISIONAL.
Ini lah yang di kenali sebagai Teknologi Rohku. Kemampuan teknologi ini adalah di luar batas pemikiran manusia kerana Rohku adalah dari Zat Tuhan . Maka kemampuannya adalah kemampuan KUN FAYAKUN yang di kurniakan Allah SWT terhadap IHSAN.

Mereka juga tidak menggunakan garam, lada hitam atau kayu untuk menghalau Jin yang merasuk dan sihir. Kekuatan Nur Teknologi Rohku sudah amat menakutkan syaitan-syaitan Jin ini dan terlebih dahulu LARI sebelum berdepan dengan perawat ini. Kalau masih menunggu di dalam tubuh pesakit pun, kaedah membuangnya pun tak lah lama. Dengan mengalirkan arus Nur Syifa kedalam tubuh pesakit melalui ubun-ubun dan meresap masuk kedalam urat saraf di mana syaitan-syaitan jin ini berkeliaran dan berdiam di dalam aliran darah manusia tidak akan dapat lari ke mana-mana, tidak perlu di cari-cari dimana syaitan tu duduk. Duduknya Ruh manusia pun di dalam darah dan darah itu lah roh manusia. Tiada orang mati yang mempunyai darah kerana Rohnya telah keluar dari jasad bukan???

Begitu juga dalam kes menghalau “hantu-hantu” atau Jin yang mengganggu kediaman. Tidak perlu membazir menggunakan garam atau biji kacang berguni-guni. Kekuaatan Cahaya Aura Rohku sudah cukup kuat untuk di pancarkan dan mengusir kewujudan makhluk halus ini di mana-mana. Tangan perawat ini ibarat senapang, halakan dan pancarkan Aura Nur itu kesetiap penjuru dan pastinya tiada syaitan jin dan hantu yang berani mendekati kerana kepanasan Aura Nur ini cukup panas, membakar Jin dan Roh dengan hanya “kena” sahaja dan memindahkan mereka ke mana sahaja “Cuma dengan niat sahaja. Pernah tengok movie “JUMPER”? Dengan berniat sahaja hero filem ini bergerak kemana sahaja dengan sekelip mata walau ribuan batu jauh jaraknya.

INI LAH ILMU YANG JARANG DI TEMUI DAN TIDAK AKAN DI PERTONTONKAN. GURUNYA PUN TIDAK DI KENALI DI ATAS MUKABUMI TETAPI AMAT TERSOHOR DI LANGIT (DIKENALI OLEH SEKALIAN MALAIKAT KERANA MEREKA TELAH MENJADI KRONI TUHAN). Lalu bila anak muridnya mendapat limpahan ilmu dari orang seperti ini maka adakah dia akan mempamerkannya dan mempertontonkannya????????

TIDAK SEKALI-KALI. BIARLAH ALLAH SWT SAHAJA YANG TUNJUKKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG JUGA IKHLAS DALAM MENCARI KESEMBUHAN DENGAN TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH DAN MENGHINDARI PARA DUKUN-DUKUN WAHABI DAN DUKUN-DUKUN YAHUDI DAN NASRANI.

HJ.WAN ZUL AL KUBRA SENTIASA MENCARI PELUANG UNTUK MEMBANTU ANDA NAMUN KHIDMATNYA BUKAN UNTUK TONTONAN. ILMU WARISAN KETUA WALIY TUJUH DARI SAYYID HUSSIN JAMADIL KUBRA KINI DI WARISINYA SEBAGAI PEWARIS TERAKHIR.HUBUNGI HJ.WAN ZUL UNTUK MENDAPATKAN KHIDMATNYA DI MANA-MANA SAHAJA.