Monday, December 14, 2015

10/11/2015 – Kes Saka nenek tua berusia 100 tahun


Temujanji telah di buat pada siangharinya dan malamnya mereka datang seperti di janjikan. Pesakit di bawa oleh anak perempuannya dan di temani cucu lelakinya . Yang memperkenalkan mereka kepada saya adalah salah seorang murid saya.
Mulanya mereka berpesan kepada saya bahawa nenek tua ini tidak di beritahu akan hajat kedatangan mereka ketempat saya kerana di takuti nenek ini tidak akan mahu datang. Anak perempuannya syak ada sesuatu dengan ibunya yang mengganggu kehidupan dan kesihatannya. Perangai orang tua memang lah pelik sedikit apatah lagi berusia 100 tahun, namun yang membuat saya faham adalah masalah amalan ayat-ayat yang di amalkannya bertahun itu menimbulkan syak punca gangguan ini.
Sedang rancak anaknya bercerita, tiba-tiba nenek tua ini memotong dengan ceritanya pula. Baharulah saya tahu bahawa nenek tua ini dahulunya mak bidan. Tinggi ilmunya dan banyak pendampingnya. Anaknya seramai 12 orang disambutnya sendiri namun hanya 2 orang sahaja yg kekal hidup sehingga dewasa. Anak lelaki sulongnya baharu meninggal dunia dalam 100 hari. Dia kesedihan kerana cucu dan menantunya tidak dapat menerimanya setelah ketiadaan anak lelakinya.
Banyak tempat telah dibawa oleh anak lelakinya berubat semasa berada di Kelantan. Namun tiada seorang perawat pun yang mampu menghadapi pendampingnya, mereka mengalah awal-awal dan ada yang meninggal dunia dalam usia muda. Malah kata nenek tua ini, bukan mereka yang merawat nenek tetapi nenek pula yang merawat mereka , mungkin kena serang dengan pendamping nenek ini.
Melihat seriousnya masalah nenek ini, saya minta nenek berbaring. Tiada masalah dan tiada bantahan dari nenek. Saya mulakan seperti biasa ………tak sampai seminit nenek macam tersentak dan mula bercakap …..minta tolong keluarkan semua yang ada dalam dan luar badannya. Tiada halangan dari nenek kerana sememangnya dia mahu segalanya di keluarkan. Nenek menyebut , “lega kepala nenek, rasa ringan. Tu yang kat lutut kuat sangat tu”.
Saya berpindah ke bahagian kaki menekan lututnya dan menarik keluar dengan niat menghancurkan segala bisa dan racun. Nenek bangun mendadak dan bercerita macam-macam. Selepas selesai saya tarik keluar segala bisa , nenek bangun seolah tiada apa-apa , berbeza sepertimana mula datang tadi dipapah anak perempuannya. Dia mula bercerita sambil melakonkan pelbagai aksi seolah tidak pernah sakit. Dan nenek duduk sambil membuat senaman serta melipat kakinya dengan terkejut, “dah boleh lipat”.
Nenek bertanya kepada anak perempuannya, “ bakpo tok ngoyat nok marhi sininyo takdi?” “Kito tok tahu, ni saing kito bowok ke” kata anak perempuannya sambil senyum. “Takot mek toksir marhi la”. “Mok nok dok sini la, nak berubat sapa sia (berubat sampai baik betul) . Toksoh kelik lagi la.” “Mok nok suruh tok bomoh siup la, takdok sapa buleh” “Kito puulok hok siup tok bomoh”
“Sapa-sapa tadi mok tahu doh….orang ni buleh siup mok”. Sememangnya segala dampingan nya tidak menjengok langsung kedalam rumahku. Tak berani masuk jejak ke dalam rumah atau di halang di luar rumah. Menurut menantuku, segala dampingan ada dengannya, yang paling kuat nyatanya Jin Ifrit. Namun aku tidak merasa terhalang atau ada gangguan malah segalanya berlalu dengan mudah. Itu yang membuat nenek tua ini gembira sehingga mahu tinggal di rumahku.
Nenek bertanya akan ilmunya dan menyebut-nyebut segala amalannya. Segalanya bacaan ayat-ayat suci , ilmu perbomohan dan perbidanan. Namun kenapa jadi macam ni??? Saya minta nenek tinggalkan segala amalan-amalan itu, nampak kesan dan bahananya mengamalkan ayat-ayat dengan menyakini kaifiatnya yang tertentu. Mendatangkan pendamping pelbagai jenis, sehingga tiada ustaz dan bomoh yang di temuinya sanggup dan mampu membuangnya.
Anak perempuannya memujuk ibunya, “kito kelik dulu mok, pahtu marhi semula”. “Ustaz ni dok denge anok cucunya, ado dale tu, tido belako doh. “ “Hoo lah, bui pitih doh….berapo?” tanya nenek. Saya tersenyum dengan gelagat nenek ni malah seronok melayan orang yg tua begini dengan kanak-kanak.
Merka pulang dengan hati gembira, jauh datang dari Kuantan malah akan berulang selagi nenek ini mahu datang. Aku juga puas, segala keyakinanku semakin terbukti hari demi hari dengan Petunjuk dan Hidayah serta Taufik dari Nya jua.