Tuesday, May 31, 2016

RAWATAN MEMBUANG SAKA SEMUDAH ABC




28/5/2016 – Didatangi seorang ibu membawa anaknya yang mengadu sakit di bawah dada sehingga semput dan penyakit kulit yang kronik semacam sopak. Ibu ini sudah berkali-kali datang dengan hajat untuk membuang sakanya tetapi asyik tertangguh kerana mendahulukan rawatan untuk anak-anaknya dan sering juga membawa rakan-rakan dan saudaranya yang buta mata hati.

Selepas anaknya di rawat, si ibu ini kemasukan sakanya dan pergi kepada anaknya dan seakan menarik buang penyakit pada anaknya itu. Selepas sakanya keluar dari tubuhnya, dia memberitahu bahawa semasa saya merawat anaknya, sakanya itu yang berupa nenek tua duduk bersebelahan dengan saya. Fikir saya, ini saka ilmu atau keturunan?

Bagaimana pun beliau berhajat juga untuk membuangnya kerana kebolehannya banyak mengganggu kehidupannya yang boleh tahu apa yang di buat suaminya dibelakangnya. Appointment di atur pada 31 Mei 2016.

31/5/2016 – Seperti di janjikan, si ibu ini datang bersama suami dan anak-anaknya dengan niat “buang saka”.  Tanpa membuang masa, saya meminta  siibu berbaring setelah saya  selesai berwuduk. Saksi rawatan selain suami dan anak-anaknya adalah menantu saya yg sering membantu bila di perlukan.
Rawatan Penyembuhan Tapak Tangan (Syahadah Tokku Paloh) di mulakan dengan tangan di kepala , berdoa dan berzikir. Seterusnya di bacakan Surah Al Mulk. Si ibu mula keresahan, sakanya mulai memberi tindakbalas…….

“Kenapa nak buang aku…..mana aku nak pergi..?”

Ku terus habiskan bacaan  Al Mulk tanpa menghiraukan rengetan si saka.

Selesai membaca ku mula melayaninya, “ cucu kamu tak mahu, jadi kamu keluarlah”

“Kenapa tak mahu, bodohnya dia…mana aku nak pergi?

“Pokoknya cucu kamu tak mahu kamu, jadi keluarlah sebelum kamu cedera teruk” sambil aku tekan tempat tertentu yang membuat dia menjerit dan mengalah.

“Macamana aku nak keluar, tak nampak jalan. Tu yang sekeliling rumah ramai pengawal, camna aku nak keluar?” 

“Pandai kau masuk pandai lah keluar” kataku.

“Kau yang panggil……pastu kau tutup jalan. Pengawal pulak ramai, macamana aku nak keluar?”

“Kau keluarkan aku, hantar aku mana-mana, aku tak tahu nak gi mana-mana”

“Baik, aku hantar kau ke Penjara Sunan Kalijaga”

“Tak mau, bukan boleh keluar kalau masuk Penjara Sunan”

“Kau berunding la dengan Sunan, mesti Sunan bagi keluar.”

“Takdenya, aku pun bukan baik sangat….”

Haah, dah terbongkar rahsianya. Dia ngaku pun yang niatnya bukan baik mendampingi anak cucu. Ada udang sebalik batu. 

Aku terus menerus menekan point yang membuat nya menjerit sakit dan mengalah.

“Kau keluarkan aku, tak kisah lah masuk Penjara Sunan pun”

Dengan selawat, aku menarik saka itu keluar dan “niat” menghantarnya ke Penjara Sunan Kalijaga. Aku berpesan kepada pesakit, saka itu takkan datang lagi kerana si saka sendiri  mengakui di Penjara Sunan Kalijaga tidak akan dapat melepaskan diri.Maka kuatkan Rohani dengan Solat Taubat dan Tahajud secara istiqamah.