Thursday, September 2, 2010

SEJARAH DAN KAEDAH RAWATAN NUR SYIFA`






Assalamualaikum wbt… Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga nya.

Adapun tujuan pengwujudan blog perubatan Islam ini bukanlah untuk menyaingi Pusat Rawatan Islam yang sedia ada malah untuk turut sama memeriahkan bidang perubatan alternative ini yang sekian lama di lupakan oleh bangsa nya sendiri disamping tujuan dakwah dan untuk turut sama meninggikan martabat perubatan Islam yang merupakan pusaka warisan leluhur yang suci Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya bukanlah pengamal perubatan Islam sepenuh masa namun saya banyak menghabiskan masa dalam mengkaji dan menyelidiki ILMU PERUBATAN ISLAM ini sehinggalah mendapat limpah kurnia dari Ilahi akan segala kehebatan ilmunya melalui guru-guru mursyid dan ijazah Baginda Rasulullah sendiri di malam “Lailatul Qadar”. Limpah kurnia ini menjadi satu tanggungjawab dan amanah yang terpaksa di pikul demi untuk memartabatkan ilmu pusaka warisan ini yang kian di lupai malah ada yang merendahkan martabatnya dan mengagungkan satu keilmuan yang tidak ada sumber dari Al Quran dan Hadis.

Kajian ini bermula apabila saya mendapati sebahagian besar dari pusat rawatan islam yang sedia ada tidak mempunyai kaedah rawatan yang syumul yakni menyeluruh keatas segala jenis penyakit yang DIA turunkan ke atas mukabumi ini. Saya sendiri melalui kaedah yang diamalkan semasa itu iaitu Amalan Bacaan Asas 10 pertama ayat-ayat syifa`, kaedah pengubatan dengan Surah Yaasin serta amalan perubatan tradisional juga tidak mampu untuk menghadapi dan merawati penyakit-penyakit kronik dan misteri, baik dari jenis penyakit yang baru muncul mahu pun dari jenis gangguan makhluk-makhluk halus.

Alhamdulillah, hasil pertemuan dengan beberapa pengamal perubatan Islam yang lebih senior ( bukan dari kalangan mereka yang tersohor namanya tetapi dari mereka yang mendapat limpah kurnia dari Ilahi ), saya mendapat ilham untuk memohon terus kepada Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Penyembuh akan ilmu Nya yang mampu merawati segala jenis penyakit baik medic mahu pun non-medic.

Hasil penyucian diri selama 3 tahun dengan amalan pembacaan surah-surah amalan Junjungan Yang Di Kasihi, Solat Taubat dan Hajat serta amalan Solat Tahajud yang berterusan dan amalan-amalan zikir dari mursyid yang dikasihi iaitu Ustaz Ahmad Che Din dari Yayasan Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD) dan guru pembimbing yang mengijazahkan amalan Silat Batin Sunan Kalijaga serta Guru Mursyid ku dari Sungkai, Perak yang mengijazahkan amalan-amalan rahsia para nabi, maka dengan Rahmat Nya di suatu malam di bulan Ramadhan, malam yang di berkahi, saya di datangi oleh Junjungan Yang Di Cintai Rasulullah SAW yang mengijazahkan 2 ayat yang menjadi amalan para Syeikh Tariqat, para kiyai dan tok-tok guru pondok/pesantren yang mana barang sesiapa yang berdoa dengannya, pasti di kabulkan Nya.

-------------------------------------------------------------------------------------
Dengan kaedah Ilmu Penyembuhan Tapak Tangan (artikel Rahsia Wudu` dan Kekuatan Tangan),
------------------------------------------------------------------------------------

“Jadi tangan mewakili tubuh, dan ketika kamu membuka tubuh untuk membentuk sebuah lingkaran, seluruh tubuh berada di dalam tangan, sebagaimana itu diajarkan dalam reflexology. Melalui berbagai titik yang berbeda pada tubuh, kamu dapat disembuhkan. Level lebih tinggi dalam reflexology adalah tidak menyentuh; dalam hal demikian, kedua tangan bertindak sebagai semacam penerima energy positive, dan ketika kedua tangan direntangkan seperti sebuah piringan satellite (sebagaimana diajarkan dalam penyembuhan Islamic), tanpa berpikir atau berkhayal, namun menempatkan tubuhmu sebagai sebuah lingkaran sempurna, energy yang dipancarkan dari cosmos disalurkan kepadamu dan tubuhmu menerimanya, menyerapnya masuk kedalam tubuhmu dan mengkonsentrasi kannya melalui jantung………”

” Menggosok menimbulkan api dari dua batang kayu. Menggosok menimbulkan energy. Dengan menggosok kedua tangan selama wudu, air mencegah energy dari merembes keluar; itu membekukannya. Itulah sebabnya Silah al-mumin al-wudu (senjata kaum beriman adalah wudhu.) Segera setelah kamu menggosok, itu menimbul kan energy dan dengan menggosok di bawah pancuran air itu akan menahan energy di dalam tubuh untuk dilepaskan kemudian. Ketika kita menggosok kedua tangan kita mempersiapkan energy untuk disimpan dan ditabung untuk digunakan melawan musuh (kemudian)…….”

“Ketika kamu menggosok-gosokkan jari tangan kamu meng-aktivkan 99 asma ‘ul-husna Allah, yang pada gilirannya meng-aktivkan titik sembilan itu yang berada di dalam tubuhmu. Dengan contoh kita dapat mengatakan apabila titik sembilan di-aktivkan, penerima itu kini dalam posisi “menyala”, energy masuk ke dalam (tubuh), itu mulai menerima, dan itu dibuat digital dan dilepaskan sebagai sebuah gambar dan sebuah suara, sangat mirip dengan yang kita lihat dalam masa kini dengan technology digital. Demikian juga, tangan itu adalah lingkaran, dan ketika kita menggosok-kan mereka dan membuka mereka (kedua tangan kita itu), mereka mulai bertindak sebagai lingkaran satu terhadap lainnya, mengambil energy apapun yang mereka terima dan mengelolanya.”

-------------------------------------------------------------------------------------
Dan gabungan dari kaedah Silat Batin Sunan Kalijaga (Gerak Faqir)
-------------------------------------------------------------------------------------

“Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.”…….

“Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada 3 LANGKAH.

1. Niat (IRADAT)
2. Makrifat (HUBUNGAN DGN ALLAH)
3. Gerak (KUDRAT/ILMU)

“Makrifat, Niat dan Gerak.

Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan mengikut Gerak faqir adalah memahami 7 SIFAT MAA'NI iaitu:

1: Kudrat (kuasa)
2: Iradat (kehendak)
3: Ilmu (ilmu)
4: Hayat (hidup)
5: Sama' (mendengar)
6: Basar (melihat)
7: Kalam (berkata-kata)

Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah 'ketua' bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat, mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan sifat al-Hayat Allah.

Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.

Para pelajar Gerak Faqir wajib mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak faqir adalah datang dari gerak Allah setelah para pelajar berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.”


-------------------------------------------------------------------------------------
Serta berkat Doa yang makbul iaitu "Kunci Pembuka Khazanah langit dan Bumi"
-------------------------------------------------------------------------------------

“Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar "Maqalad as-Samawi wal-Ard" yang bererti "Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi". Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit - mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan - faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.”

“Ertinya :

Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:- ……………2 di antaranya…..


* Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.

* Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.

-------------------------------------------------------------------------------------
Dan berkat Doa Ismullah Al-A’zam
-------------------------------------------------------------------------------------

“Diantara nama-nama itu terdapat 1 nama yang teragung dikenali sebagai ismullah al-a’zam”, yang bila diucapkan dalam doa, Allah akan mengabulkannya (disebut di dalam hadith).
Daripada Abdullah ibn Buraidah dari¬pada bapanya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah mendengar seorang lelaki berkata di dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan bersaksi bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah. Tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, yang menjadi tempat bergantungnya segala sesuatu, yang tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan dan tidak ada yang menandingi-Nya.”

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Demi zat yang aku ada dalam kekuasaannya, Sesungguhnya anda telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya yang paling Agung yang bilamana Dia dimintai dengan nama (asma)-Nya itu, Dia pasti akan memberi dan jika dimintai dengannya pasti akan dikabulkan“.

Maka , telah terhasil satu kaedah rawatan yang nampak ringkas tetapi manafaatnya tidak ternilai. Menurut guru-guru saya, tiada penyakit yang tidak dapat di rawati dengan kaedah ini malah ini adalah kaedah / martabat perubatan yang tertinggi yang pernah di turunkan kepada para Nabi dan para Wali Nya. Telah banyak di buktikan dengan penyembuhan penyakit kronik dan misteri yang mana dengan kaedah rawatan masakini memerlukan belanja perubatan yang tinggi dan prosidur perubatan yang rumit dan menyakitkan.

Namun…..” "Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).”

SEJARAH ILMU PERUBATAN ISLAM



ABU ALI HUSSAIN IBNU ABDULLAH IBNU SINA (AVICENNA)


PENGENALAN

Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.

Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah terus mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam.

Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan Barat moden.

LATAR BELAKANG ILMU PERUBATAN ISLAM

Kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia.

Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.

Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

TOKOH-TOKOH DALAM PERUBATAN ISLAM

HUNAYN IBNU ISHAQ

Beliau merupakan seorang pengamal perubatan dan penterjemah yang terkenal. Beliau juga dikenali sebagai Joannitius yang dilahirkan di Hirah (Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Ma’mun (813-833 M ) melantik beliau menjadi pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakil (847-861 M) beliau dilantik sebagai doktor istana.
Hunayn Ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan hampir semua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah sangat berguna untuk pendidikan perubatan asas.

ABU BAKAR MUHAMMAD IBNU ZAKARIA RAZI ATAU AL-RAZI

Tokoh Islam ini dikenali dengan nama Rhazes dan digelar sebagai Gaken Arab. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap Al-Razi sebagai seorang pengamal perubatan yang teragung dalam dunia Islam malah di dunia. Al-Razi dilahirkan di bandar Rai berdekatan dengan bandar Taheran. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat pendidikan. Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn yang merupakan seorang pakar dalam perubatan Parsi dan India. Al-Razi pulang ke kampung halamannya dan bertugas sebagai pegawai perubatan.

Kemahiran beliau dalam bidang perubatan tertumpu dari segi prognosis penyakit. Analisa beliau amat tajam tentang gejala dan kesan-kesan sesuatu penyakit dan cara perawatan serta pemulihan yang begitu lengkap dan mendalam. Beliau juga merupakan pengasas perubatan psikosomatik. Selain itu Al-Razi mempunyai pengetahuan yang agak mendalam tentang bidang anatomi. Sumbangan Al-Razi yang terkenal di dunia Barat adalah karya beliau. Di antara dua buah karangannya yang terbesar ialah sebuah ensiklopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul Kitab Al-Hawi. Buku teragungnya yang kedua ialah Kitab Al-Mansur. Buku ini dianggap suatu hasilnya yang tulen dan tersendiri yang mencerminkan kematangan tokoh perubatan Islam ini tentang amalan perubatan moden. Sumbangan Al-Razi terhadap ilmu perubatan dan farmakologi tidak terkira banyaknya. Beliau merupakan tokoh yang ulung sekali mengenali penyakit cacar serta cara menyembuhkannya dengan berjaya.

ABU QASSIM KHALAF IBNU AL-ZAHRAWI

Abu Qassim Khalaf atau lebih dikenali di Eropah dengan nama Abulcassis. Beliau dilahirkan di bandar Di Raja Al-Zahrah dalam tahun 936 M. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist. Sumbangan beliau terhadap bidang perubatan dapat difahami dari buku Al-Tasrif. Buku ini meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Pada abad ke-12 M, nama Abu Qassim mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya dapat disamakan dengan Celcus dan Paulus dalam bidang perubatan.

ABU ALI HUSSAIN IBNU ABDULLAH IBNU SINA

Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna dikalangan orang Barat merupakan seorang tokoh politik dan perubatan, falsafah dan fiologis yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan. Pada masa kecil lagi Ibnu Sina mempelajari bahasa Parsi dan Arab. Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah menghafal Al-Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur enam belas tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal apabila beliau dapat menyembuhkan sultan setelah doktor-doktor yang berpengalaman gagal. Beliau selepas itu telah dilantik menjadi doktor istana. Dengan itu beliau telah mendapat peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku.

Beliau menghasilkan buku yang pertama ketika berumur dua puluh satu tahun. Sepanjang hayat Ibnu Sina, beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karyanya yang paling masyhur dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi Al-Tibb. Ia dijadikan sebagai buku teks perubatan di negara Islam dan Eropah selama 600 tahun.

Ibnu Sina telah dapat membincangkan penyakit - penyakit seperti tetanus, pleuritis, antraks dan diabetes dengan tepat. Beliau juga memberi gambaran klinikal yang tepat mengenai meningtis dan diagnosis. Sumbangan beliau terhadap bidang farmasi juga tidak kurang pentingnya. Dalam bukunya beliau telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat . Beliau menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak , salap dan infusi. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan dos. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi dengan secara langsung.

Ramai lagi tokoh Islam dalam perubatan yang muncul selepas Ibnu Sina. Sumbangan mereka terhadap perubatan moden tidak boleh diperkecilkan. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan moden sekarang berasal dari konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam. Tanpa sumbangan ini perubatan moden tidaklah semaju sekarang. Malangnya, selepas keruntuhan kota Baghdad telah menyebabkan ilmu-ilmu yang dikumpulkan oleh orang-orang Islam terhapus. Orang-orang Barat telah mengambil langkah yang kejam seperti memusnahkan buku-buku hasil karya Islam setelah mereka menguasainya.

ILMU-ILMU ASAS DALAM PERUBATAN ISLAM

Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pernah membedah mayat manusia
. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas memeriksa beratus-ratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan manusia terdiri daripada satu sahaja.

Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggora badan manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat, mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan roh. Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan. Kahak adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan. Manakala hempedu kuning adalah cecair yang panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses penghadaman. Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan. Bebeku adalah yang terdapat dalam badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain. Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu roh tabi’i yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan pergerakan.

Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut.

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN

Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.

Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting.

Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.

Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.

Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.

KESIMPULAN

Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat.
Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat, kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih boleh digunakan sampai kini.

RUJUKAN

Konsep Perubatan Islam oleh Danial Zainal Abidin. (Pustaka Nahnu, Pulau Pinang, 1988)

Islam dan Perubatan oleh Alwi Mohd Yunus (ED). (Institut Perkembangan Minda Kuala Lumpur, 1997)

Kedoktoran Islam oleh Ahmad Taha. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1992)

Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan oleh Ismail Samad. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur, 1985)

PRAKTIS PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM






Oleh ROSMAN MD SHAH

“Perubatan adalah sains keseluruhan tubuh manusia dan perkaitan dengan kesihatan yang baik dan tidak serta membangunkan kesihatan yang baik, wujud dan mengembalikan ia kepada keadaan sihat apabila ia kekurangan.” – Ibnu Sina dalam Qanun Fil al Tibb.

Sains perubatan Islam berkembang sebagai perintis metodologi dalam dunia perubatan. Sifat kecendikiawan cerdik pandai Islam dimanifestasi sebagai jirim pembangunan dunia perubatan yang berkembang maju hari ini. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Setiap penyakit ada ubatnya melainkan penyakit tua dan mati.”

Hadis ini menjadi dasar kepada penyelidikan dan usaha cendikiawan Islam membongkar rahsia perubatan untuk manfaat ummah tanpa mengetepikan kehadiran Zat Allah sebagai dasar Yang Maha Agung.

Umum mengetahui, Pembangunan dan Penyelidikan Perubatan (Medical Research and Development) banyak dilakukan oleh para saintis dari Barat. Dalam masa yang sama, umum juga mengetahui bahawa suatu masa dulu Islam adalah perintis kepada dunia perubatan namun fakta hakiki ini semakin tenggelam tidak berdasar ditelan zaman.

Masyarakat dunia hari ini disogok dengan informasi luaran yang menyatakan kecanggihan teknologi perubatan terkini tanpa sebarang perkaitan dengan pengasas dunia perubatan – cerdik pandai Islam.

Empayar keagungan Islam memuncak sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah terkenal di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Islam. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan berpandukan kitab al-Quran, jelas diterima oleh masyarakat ketika itu sebagai ajaran yang membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi. Pada era pemerintahan khalifah-khalifah Islam inilah berkembangnya teknologi Islam dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan.

Antara tokoh-tokoh terkenal ketika itu adalah Bapa Ilmu Perubatan iaitu Ibnu Sina yang dikenali juga sebagai Avicenna oleh orang-orang Barat, Al-Razi, Al-Zahrawi, Ibnu Rusdy dan Ibnu El-Nafis. Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mahir dalam bidang ilmu kedoktoran malahan mencakupi bidang ilmu yang lain seperti matematik, sains, keagamaan, fizik dan astronomi disamping mahir dalam ilmu-ilmu agama.

Ilmu kedoktoran yang diamalkan secara saintifik ketika itu berdasarkan teknologi perubatan zaman itu. Hasilnya, kitab-kitab perubatan karangan tokoh-tokoh berkenaan seperti “Qanul Fi Al Tibb” karangan Ibnu Sina dijadikan asas dan panduan para sarjana Barat dalam menghasilkan teknologi dalam perubatan.

Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan Islam sehingga terjebak ke dalam dunia syirik apabila tersilap perhitungan. Mereka menyangkakan semua perubatan tradisional yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai ´kulit´ dalam perubatan itu tidak bercanggahan dengan Islam.

Namun begitu, Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu khadam) dan amalan-amalan berdamping dengan khadam yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik khafi (tersembunyi) serta amat dilarang dalam Islam. Al-Kitab iaitu al-Quran sebenarnya tersisip panduan perubatan dalam Islam.

Perbincangan tentang perubatan Islam di sini adalah berlandaskan kitab-kitab perubatan lama seperti amalan perubatan dalam kitab Sahih Bukhari bab Al-Tibb (Perubatan), “Qanun Fil Al Tibb” karangan Ibnu Sina dan beberapa hadis sahih yang lain. Al-Razi atau nama sebenarnya, Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al Razi, seorang ahli falsafah dan ahli kimia Islam serta pakar dalam bidang perubatan Islam Islam turut menghuraikan tentang perubatan Islam secara saintifik melalui bukunya kitab “Al-Hawi Fi al-Tibb”, kitab “Al-Judari wa al Habshah” dan kitab “Jami fi al-Tibb”.

Dalam kitab “Sahih Bukhari” terkandung lebih 20 bab berkaitan perubatan Islam merangkumi perubatan tradisional berdasarkan hadis. Parktis dan teknik perubatan tradisional yang dinyatakan dalam “Sahih Bukhari” ini diistilahkan sebagai ´Prophetic Medieval´ oleh sarjana Barat.

Semua aspek perawatan diperjelaskan berdasarkan nas al-Quran dan hadis termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk merawat penyakit. Antara bahan-bahan perubatan yang dinyatakan di dalam kitab ini ialah buah zaitun (Olea europea), buah delima (Pomegranate), madu lebah, buah tamar (Phoenix dactilyfera), buah tiin (Phicus sycomorus), dan halia (Zingiber officibale) juga beberapa praktis dalam merawat gangguan sihir.

Ummul Kitab iaitu Al-Fatihah ada dinyatakan dalam “Sahih Bukhari” sebagai surah yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Dalam kitab ini ada dinyatakan, Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan beberapa sahabat Rasulullah s.a.w telah pergi ke sebuah perkampungan orang-orang Arab. Namun, begitu kehadiran mereka tidak diendahkan oleh masyarakat kampung berkenaan sebagai tetamu sebaliknya mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Ditakdirkan Allah, ketua masyarakat kampung tersebut telah disengat oleh binatang berbisa dan jatuh sakit. Maka, penduduk kampung (khususnya bangsa Arab yang amat menghormati ketua) berada dalam keadaan tidak menentu – gusar, sedih dan gelisah.

Mereka bertanya kepada sahabat-sahabat Rasulullah: “Adakah kamu mempunyai sesuatu iaitu ubat ataupun jampi untuk menyembuhkannya?” Sahabat-sahabat Rasulullah membacakan Al-Fatihah dan diusap pada tempat yang sakit. Dengan izin Allah, bisa sengatan binatang itu tadi sembuh lalu penduduk kampung memberikan sekawan kambing sebagai upah. Para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah berkenaan upah yang diterima samada perlu diambil atau tidak. Rasulullah s.a.w menjelaskan, upah dalam pengubatan boleh diterima asalkan ianya berpatutan dan tidak membebankan.

Kitab “Sahih Bukhari” dalam bab Kitab Tibb ini ada membicarakan tentang perubatan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari membahaskan perihal pengubatan ini dengan menukilkan riwayat dan hadis-hadis Baginda. Diriwayatkan daripada Abd Aziz Ibnu Shuaib, bahawa dia dan Thabit Al-Bunani telah menemui Anas bin Malik. Thabit telah berkata kepada Anas bin Malik: “ Wahai Abu Hamzah (gelaran Anas bin Malik), sesungguhnya aku telah sakit. Anas menjawab: “ Mahukah kamu aku ubatkan dengan cara Rasulullah s.a.w?” Thabit menjawab: “Ya.” Anas membacakan doa ini: “Ya Allah , pentadbir segala manusia, yang menghilangkan kesakitan, sembuhkanlah kesakitan, sembuhkanlah sesungguhnya engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada yang dapat menyembuhkan melainkan engkau, sembuh yang tidak meninggalkan sakit.”

Namun begitu, praktis perubatan tradisonal Islam harus bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Bersandarkan kepada hadis yang dinyatakan oleh Imam Bukhari dalam kitab ini, Rasulullah s.a.w bersandarkan kepada Allah ke atas setiap perbuatan yang dilakukan. Daripada Aisyah r.a: Bahawasanya Baginda s.a.w membacakan ´a´uzubillah´ atau sesuatu yang mengandungi pengharapan dan memohon pertolongan Allah ke atas ahli keluarganya dengan menyapu tangan kanan sambil membaca – “Ya Allah , pentadbir segala manusia, yang menghilangkan kesakitan, kesakitan, sembuhkanlah sesungguhnya engkaulah yang Maha Penyembuh, tiada sembuhkanlah yang dapat menyembuhkan melainkan engkau, sembuh yang tidak meninggalkan sakit.” Pengharapan yang disandarkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap memohon pertolongan Allah ini dinyatakan sebagai ´Taawaz´ dan ´Istijarah´ oleh Aisyah r.a.

Praktikal perubatan moden melihat penyakit yang wujud dalam diri manusia disebabkan oleh serangan virus dan bakteria. Dua elemen ini akan menyerang sel-sel tubuh badan sehingga menyebabkan sistem fisiologi manusia gagal berfungsi dengan baik serta mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit. Namum, ada sesetengah penyakit yang tidak dapat dijelaskan oleh kaedah saintifik hari ini termasuklah pakar perubatan. Antara penyakit itu adalah ganguan sihir daripada individu tertentu yang tidak boleh dijelaskan melalui mikro teleskop sekalipun. Dalam membicarakan tentang praktis perubatan tradisional Islam, Kitab “Sahih Bukhari” ada membicarakan berapa perkara tentang sihir, antaranya sihir mata (al-ain). Sesetengah ulama dan ahli fisiologi bersetuju bahawa ´al-ain´ adalah sesuatu yang amat halus dan boleh memudaratkan manusia kerana apabila bersentuhan dengan kulit manusia boleh mendatangkan mudarat. ´Al-ain´ bermaksud ´mata´, mangsa akan merasa takjub (pukau) dengan sesuatu sehingga mendatangkan kesan negatif terhadap mangsa.

Aisyah r.a berkata: “Aku telah disuruh oleh Rasulullah agar dijampi ( membaca ayat suci al-Quran) apabila terkena sihir ´al-ain´”. (Hadis riwayat Sahih Bukhari). Dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah r.a menyatakan, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah datang ke rumahnya. Ketika itu Baginda melihat ke wajah hamba yang berada di rumah Ummu Salamah dalam keadaan pucat dan lesu. Maka beliau bersabda: “Ubatilah dia, sesungguhnya dia terkena sihir mata ( al-ain).”

Praktis perubatan tradisional Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat umat Islam. Pelbagai tumbuhan semulajadi seperti bijirin-bijirin dan buah-buahan yang pernah digunakan sebagai ubat oleh cendekiawan Islam terdahulu, kini diaplikasikan semula fungsinya. ´Habbatus sauda´ atau bijirin hitam misalnya, dinyatakan dalam kitab Sahih Bukhari ini pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Aisyah r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Habbatus sauda menyembuhkan segala penyakit kecuali ´sam´ (mati).”

Dalam satu peristiwa diriwayatkan oleh Sahih Bukhari, Khalid bin Saad telah keluar menuju ke Madinah bersama Ghalib bin Abjar. Tatkala dalam perjalanan itu Ghalib bin Abjar telah sakit sehinggalah selamat sampai di Madinah. Berita Ghalib bin Abjar yang sakit itu sampai ke pengetahuan Ibnu Abi Ariq lalu menziarahinya sambil menyarankan supaya Ghalib bin Abjar mengambil bijirin hitam sebagai ubat. Berikut dijelaskan cara pengubatan yang disarankan oleh Ibnu Abi Ariq kepada Ghalib bin Abjar: ambil lima hingga tujuh biji-bijirin hitam, hancurkannya sehingga lumat dan kemudian rendamkan atau dicampur dengan minyak. Selepas itu, titis beberapa titik pada kedua-dua lubang hidung. Dengan kuasa dan kehendak Allah, penyakit Ghalib bin Abjar berjaya disembuhkan.

Para saintis perubatan telah mengkaji beberapa tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di dalam al-Quran seperti buah zaitun, buah tinn, delima, anggur dan tamar. Buah delima dan tamar misalnya disebut oleh Allah di dalam surah al-An´am ayat 141. Persepsi saintifik melihat buah delima kaya dengan kandungan zat besi yang tinggi dan berpotensi untuk membantu pembentukan darah kerana kadar hemoglobin yang cepat. Daripada sudut perubatan tradisional Islam yang dinyatakan oleh sesetengah ulama, buah delima atau ´ruman´ melancarkan sistem pencernaan, memperkuatkan jantung dan melancarkan sistem pembuangan air kencing. Bunga delima yang direbus dikatakan dapat menyembuhkan sakit perut serta radang tonsil.

Kajian saintis juga mendapati, buah anggur yang dijadikan kismis mengandungi kalsium. Fosforus, vitamin A dan B serta mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa bagi meningkatkan tahap kesihatan. Sementara itu, buah tinn dikenalpasti mengandungi kalsium, potassiium, fosforus dan zat besi yang diperlukan oleh sistem tubuh badan. Oleh karana kandungan bahan-bahan berkhasiat itu, buah tinn mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam merawat penyakit batuk yang berpanjangan dan penyakit buasir.

Sesungguhnya, kaedah perubatan tradisional Islam meletakkan falsafah bahawa kuasa penyembuhan adalah terletak pada Yang Maha Kuasa. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam istilah lainnya, segala kaedah dan ubatan hanya ´al-asbab´ tetapi ulama berpendapat mengikut sunnah dalam proses perubatan – bersandarkan cara Rasulullah s.a.w meletakkan kuasa penyembuhan kepada Allah (taawaz dan istijarah) adalah perkara paling wajib kerana ´makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu´.

Umat Islam harus bersyukur kepada Allah kerana mencambahkan sifat keilmuan dalam diri umat Islam sehingga menjadi contoh kepada dunia Barat untuk mengaplikasi teknologi dan metodologi perubatan ulama terdahulu. Umat Islam tidak hanya dibekalkan dengan ilmu perubatan yang bersifat saintifik tetapi turut disisipkan dengan cara perubatan dan perawatan secara tradisional yang islamik (berdasarkan ijmak ulama, qias, al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w).

PERUBATAN ISLAM ATAU PERUBATAN MUSLIM?




BLOG DR.AZWAN
NO.28 JALAN 17/108, TMN SALAK JAYA, SALAK SELATAN, 57100 KUALA LUMPUR
H/P : 012 – 959 7074
------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, October 29, 2008
Perubatan Islam atau Perubatan Muslim? - bahagian 1

Assalamualaikum,

Konsep perubatan Islam difahami dengan pelbagai sudut oleh pelbagai pihak. Perbezaan ini lebih dikelirukan dengan pendapat-pendapat daripada mereka yang tidak berbelakangkan bidang perubatan. Terma perubatan Islam dan perubatan Muslim digunakan secara wewenang seolah ia adalah perkataan yang sama dan membawa maksud yang sama.

Prof Dr Omar Hassan Kasule, pensyarah dari Universiti Brunei telah mengupas maksud derihal terma ini. Beliau seorang pakar epidemiology lulusan Harvard yang merupakan seorang lulusan doktor perubatan. Berasal dari Uganda, mahir di dalam 6 bahasa termasuk bahasa Arab, beliau pernah menjadi professor saya di UIAM di dalam bidang Islamic Reveal Knowledge dan Epidemiology. Beliau adalah di antara yang awal membentangkan kertas kerja tentang perubatan Islam moden di banyak negara termasuk Malaysia. Beliau memperkatakan masalah ini dari sudut yang lebih meluas termasuk perubatan Islam dengan menggunakan al-Qur'an dan Tibb Nabawi.

KENAPA TOPIK INI PENTING?

Ramai yang silap faham atau atau sekadar memahami bahawa perubatan Islam itu hanyalah doa, jampi dan amalan herba dan makanan yang disebut Rasulullah atau yang disebut di dalam al-Qur'an sahaja. Atau ada yang menganggap perubatan Islam itu adalah ketika "melawan JIN" atau "makhluk halus". Ada yang memahami perubatan Islam sebagai bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an sahaja.

Topik ini sangat penting kerana, apabila masyarakat Islam ingin mengadakan sebuah institusi seperti Hospital Islam, kita harus kembali kepada persoalan tuntas. Perubatan yang bagaimana harus dilaksanakan dan dipraktikkan? Tentulah Hospital tersebut perlu melaksanakan perubatan yang bercirikan Islam. Jadi definisi dan terma Perubatan Islam itu sendiri perlu jelas. Pada dasarnya apakah itu Perubatan Islam?

Bagaimana pula Universiti Islam yang ingin mengajar perubatan Islam di Universitinya? Perubatan Islam yang bagaimanakah perlu diajar? Apakah pendekatannya? Perubatan Islam yang sebagaimana?

Oleh itu artikel saya ini sedikit sebanyak akan mengupas isu apa itu perubatan Islam yang diamalkan oleh Hospital-hospital yang berteraskan Islam. Ia harus meluas, fleksibel di dalam kepungannya yang unik dan tersendiri, di mana batas dan ruangannya dan sebagainya.

PERUBATAN BERSUMBERKAN AL-QUR'AN - TIBB QUR'ANI

Ada yang berpendapat bahawa Perubatan Islam itu adalah perubatan yang disebut di dalam al-Qur'an. Al-Qur'an banyak menyentuh tentang penyakit spiritual dan penyakit fizikal di dalam ayat-ayatnya. Al-Quran menegaskan bahawa penyembuh segala penyakit adalah dari Allah SWT kerana DIA adalah Maha Penyembuh.

Al-Quran juga menyentuh tentang halal dan haram makanan yang boleh membawa kepada penyakit, makan berlebihan, dan panduan tentang ubat-ubat yang datang daripada madu lebah. Qur'an juga ada menyentuh tentang kejadian manusia, penyakit berjangkit, keburukan alkohol, kejadian manusia dan kebaikan berpuasa.

Hakikatnya al-Qur'an adalah buku panduan untuk kejayaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Ia adalah dalil kewujudan Allah dan membuktikan bahawa Allah adalah Maha Bijaksana dan Maha Pencipta. Ia bukanlah satu buku teks perubatan khusus. Ia tidak menetapkan ubat yang khusus untuk penyakit yang khusus. Ia menyuruh manusia supaya berfikir, berusaha dan menambah ilmu untuk kebaikan manusia yang lain. Sesiapa yang menyelamatkan seorang manusia seolah-oleh dia menyelamatkan seluruh Umat. Pendekata al-Quran membawa pengertian lebih besar dan luas daripada hanya khusus kepada masalah kecil di dalam perubatan.

Prof Omar Kasule tidak pula menerangkan tentang aspek sesetengah golongan orang Islam mengkomersialkan ayat-ayat al-Qur'an sebagai air-air jampi yang dibotolkan dan dijual untuk meraih keuntungan di atas nama perubatan. (Saya pun tak bertanya pula). Adakah wajar mengambil keuntungan sebegitu dengan menjanjikan sesuatu penawar kepada penyakit yang adakalanya tidak ada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan pada masa ini.

PERUBATAN CARA RASULULLAH SAW - TIBB NABAWI

Selain daripada al-Qur'an, sumber perubatan Islam boleh diperolehi daripada Tibb an-Nabawi.

Tibb An-Nabawi - atau perubatan berasaskan perkataan dan perlakuan Rasulullah juga telah didefinisikan sebagai perubatan Islam. Sahih Bukhari telah meriwayatkan 129 hadis Rasulullah yang berkaitan dengan perubatan Islam. Habbatus Sawda' dicadangkan oleh Rasulullah sebagai ubat secara umum dan telah dibuat kajian secara intensif oleh ramai Professor Islam dan menunjukkan peningkatan sistem imuniti melaluinya.

Banyak juga Tibb an-Nabawi yang menyentuh tentang masalah spiritual. Di dalam perubatan nabi inilah maka sistem asas perubatan Islam diperkenalkan iaitu setiap penyakit itu ada ubatnya. Ini sepatutnya menyedarkan ramai Saintis Islam tentang pencarian ubat-ubatan kepada penawar penyakit yang masih belum dijumpai melalui eksperimen secara piawai mengikut tahap yang diterima dunia.

Penyataan bahawa semua penyakit itu ada ubatnya, pada pendapat saya harus berada di dalam satu konotasi yang betul. Adakah wajar apabila seseorang yang mengatakan di dalam Islam, semua penyakit ada ubatnya, lalu mengambil segenggam daun yang entah dapat dari mana, lepas tuh meletakkan namanya dengan nama "Misai Harimau" dan mempromosikan inilah ubat untuk kanser hati, kanser itu dan kanser ini. Walhal, tiada satu pembuktian pun telah dibuat melalui eksperimen yang diterima pakai oleh ahli bijak pandai? Bolehkan ini diselarikan dengan 'semua penyakit ada ubatnya'?.

Apa-apa yang Rasulullah sebut adalah sentiasa benar dan boleh dipraktikkan. Doktor Islam tidak sewajarnya mempertikaikan tentang perubatan Rasulullah SAW kerana ia sangat berkesan pada zamannya dan juga sebahagiannya kini. Tibb Nabawi banyak mengajar tentang Penjagaan Kesihatan secara "Primary" iaitu rawatan pencegahan. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat oleh itu ia adalah aspek yang sangat penting sehingga kini.

Cara Rasulullah menjaga adab makan sebagai contoh boleh mengelakkan segala macam penyakit yang timbul akibat masalah nutrisi masa kini. Kesihatan mental, kebersihan seksual (membersihkan diri, mandi, berkhitan), menjaga persekitaran dan kebersihan dan menjaga penyakit berjangkit sangat berkesan dan diamalkan setiap hari oleh semua umat Islam. Malah penyakit psikosomatik - penyakit fizikal yang berasal daripada masalah mental - banyak disembuhkan melalui cara-cara spiritual seperti ibadah dan amalan doa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Cuma keterbatasan dari sudut penyakit dan diagnosis pada ketika itu, sumber ubat-ubatan, penyakit-penyakit baru yang timbul dan pelbagai kemajuan dari aspek perubatan menjadikan ilmu-ilmu pada masa itu tidak mencukupi untuk menampung perkembangan ilmu-ilmu perubatan kini yang semakin pesat. Amat sukar untuk memastikan rawatan apa untuk penyakit yang bagaimana pada waktu ini kerana perbezaan penyakit yang ada pada waktu itu dan kini.

Apa itu perubatan Muslim?

Sambung ke Bahagian 2
Posted by Dr Azwan at 12:52 PM

-------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, November 2, 2008
Perubatan Islam dan Perubatan Muslim - Bahagian 2


Sambungan....

PERUBATAN ISLAM HANYA BERASASKAN NILAI DAN MORAL SAHAJA?

Adakah hanya dengan menetapkan bahawa perubatan moden yang menjaga etika, nilai yang tinggi dan moral sudah menjadikan perubatan itu dipanggil perubatan Islam.

Ini tentulah agak sukar kerana perubatan berdasarkan hanya nilai dan moral sangat subjektif dan sangat sukar untuk didefinisikan. Walaupun begitu, etika dan nilai moral yang tinggi adalah salah satu ciri perubatan Islam tetapi tidak hanya behenti di setakat itu sahaja.

PERUBATAN TRADISIONAL MUSLIM

Pada waktu ini, pengamalan perubatan tradisional orang Islam menggunakan ramuan tradisional pada zaman dahulu digelar perubatan Islam.

Mengapa pengamal perubatan tradisional Islam mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun perubatan semakin moden?

Ada beberapa sebab. Pertama, kegagalan perubatan moden mencapai ke dalam kawasan-kawasan ceruk dan pendalaman. Sebagai contoh-contoh di kawasan kampung yang sukar dari segi akses, maka pengamal perubatan tradisional Islam akan mendapat tempat.

Kedua, adakalanya perubatan tradisional yang diamalkan oleh orang Islam memang ada keberkesanannya. Ubat tradisional adakalanya telah diuji selama beberapa dekad dan generasi. Sekiranya ia tidak mujarab maka ia sudah lama berkubur, tetapi oleh kerana ia mujarab, ia terus digunakan sentiasa. Contohnya gamat yang boleh menyembuhkan luka telah digunakan selama beratus tahun.

Ketiga, Sikap segelintir orang Islam yang cuba menjauhi daripada perubatan yang ada kena mengenai dengan dunia barat.

Keempat, pengamal perubatan tradisional Islam lebih memandang manusia secara menyeluruh (bukan sekadar penghidap penyakit), mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar masalah pesakit dan tidak menggunakan teknologi yang kadang-kadang tidak disenangi oleh segelintir pesakit. Sedangkan di hospital, kebanyakan doktor terpaksa melayan beratus pesakit sehari menjadikan masa bukan berada di pihak mereka.

Malah, kewujudan lebih banyak perubatan tradisional turun temurun yang diamalkan oleh orang Islam sebenarnya bukan satu fenomena lokaliti tetapi menyeluruh ke banyak tempat disebabkan oleh kegagalan perubatan moden untuk menangani isu yang disebutkan di atas.

Walaubagaimanapun, Islam melarang umatnya yang mengamalkan perubatan tradisional menggunakan sihir, menilik nasib dan tangkal. Ada juga yang menggunakan jin atau mengaku mempunyai kuasa mengawal jin. Perbuatan-perbuatan ini telah jelas di dalam Quran dan sunnah adalah syirik dan menghampiri syirik. Ini adalah antara sebab ada perubatan tradisional tidak lagi popular di kalangan umat Islam secara majoriti.


DEFINISI BARU PERUBATAN ISLAM

Cadangan oleh Prof Omar Kasule untuk mendefinisikan Perubatan Islam sebagai amalan perubatan di mana dasar paradigma dan konsep, nilai dan prosedurnya sesuai dan tidak bercanggahan dengan al-Qur'an dan Sunnah. Ia tidak bergantung kepada prosedur dan ubat-ubatan tertentu yang menjadikan ia sebagai perubatan Islam tetapi perubatan Islam itu meluas, mencakupi kesemua dan fleksibel, dan melalui proses perkembangan termasuk cara berubat dan pemeriksaan penyakit.


ADAKAH PERUBATAN ISLAM HANYA UNTUK ORANG ISLAM?

Saya tertarik dengan persoalan ini. Adakah Perubatan Islam hanya untuk orang Islam, atau adakah ia adalah universal dan mencakupi ke seluruh dunia tanpa mengira agama, negara dan warna kulit?

Bila persoalan ini diungkapkan, perubatan Islam tentulah perlu berada pada aras cemerlang atau lebih cemerlang daripada perubatan barat yang ada sekarang.


PERUBATAN BERASASKAN BUKTI CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM

Perubatan empirikal atau perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine) adalah satu pembuktian secara saintifik yang telah diamalkan beratus-ratus tahun sejak zaman yunani dan greek dan diteruskan dan didokong oleh saintis Islam pada zaman kegemilangannya kemudian diteruskan oleh saintis barat dan Islam sehingga kini.

Ia adalah prioriti dan dianggap piawai kepada kecemerlangan ilmu saintifik. Malah perubatan berasaskan bukti adalah selari dengan Islam. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan perubatan empirikal yang diamalkan barat seperti "biased", kelemahan dari sudut pemerhatian dan sbg, ia boleh ditambah baik di dalam perubatan Islam.


MENG"ISLAM"KAN BIDANG PERUBATAN

Islamisasi di dalam sistem perubatan adalah perlu kerana sistem perubatan itu sendiri bukanlah hak barat sahaja malah ia adalah satu perkara yang universal. Malah ramai doktor dan saintis Islam telah banyak menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan ini.

Perubatan Barat tidak melihat moral dan isu sosial sebagai perkara penting di dalam masalah pesakit. Apabila pesakit datang kerana masalah hati atau liver chirrosis, maka doktor tidak menyentuh tentang keburukan alkohol dan kenapa pesakit perlu berhenti daipada meminum arak. Mereka hanya mahu merawat masalah dan lupa kepada akar masalah tersebut yang bertitik tolak daripada nilai dan moral pesakit.

Begitu juga amalan kapitalis yang menjadikan perubatan hanya untuk mengaut keuntungan dan kekayaan. Ini menjadikan masalah penipuan dan "malpractice" di dalam perubatan adalah tinggi.

Sumber Ilmu di dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu sumber wahyu dan "kawn" atau dunia eksperimen. "Aqal" atau intelektual adalah alat yang diberi kepada manusia untuk menta'kul dan berfikir dan menguruskan 2 sumber ilmu tadi iaitu "wahyu" dan "kawn".

Pemikiran Barat tidak menerima "wahyu" sebagai sumber ilmu. Mereka bersifat materialistik, tidak mempercayai agama dan adalakalanya anti agama. Oleh itu "ghaib" iaitu satu entiti yang tidak dapat dilihat tidak dimasukkan sekali.

Oleh itu mereka bertindak berdasarkan sistem moraliti yang vakum. Tidak ada sistem moral yang berdiri. Oleh itu mereka cuba menyelesaikan masalah perubatan disebabkan oleh moral tadi dengan menggunakan hanya sistem kecanggihan teknologi sahaja. Ini yang menyebabkan kegagalan sistem perubatan barat berbanding Islam.

KESIMPULAN

Keadaan kita sekarang telah diterangkan oleh Imam Shafiie seribu tahun yang lalu yang ditulis oleh Jalaludin as Sayuti di dalam bukunya Tibb an Nabawi.

"Selepas sains yang membezakan di antara halal dan haram, saya tidak mengetahui satu pun ilmu sains yang lebih tinggi daripada ilmu perubatan... benarlah, Ahli Kitab telah mengalahkan kita dan meninggalkan kita jauh dari dalam bidang ini..."

Semoga proses Islamisasi di dalam bidang perubatan dapat meningkatkan lagi kemampuan intelektual dan motivasi kita secara prakikal untuk bekerja keras di dalam bidang penyelidikan perubatan agar Islam dapat kembali lagi sebagai pemimpin di dalam bidang ini.

Wallahu A'lam.

DOKTOR SAKSIKAN KEHEBATAN SURAH YAA SIIN





Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.

Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.

Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.

Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram (ECG) agak rendah sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup. Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.

Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.

Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan diteruskan.

Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa, bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"

"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.

Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk menganuti agama Islam.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.

E-MAIL SAHABAT : SATU PESANAN & SAMPAIKAN

E-mail pertama :

Salam Saudaraku,

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
http://www.usc. edu/dept/ MSA/quran/ 001.qmt.html
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
http://www.usc. edu/dept/ MSA/quran/ 112.qmt.html
Surah ini, katanya surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
http://www.usc. edu/dept/ MSA/quran/ 109.qmt.html
Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

-------------------------------------------------------------------------------------

E-mail kedua :


SURAH AL-FATIHAH DAN SURAH AL-IKHLAS MELEGAKAN KESAKITAN

________________________________________

Bismillahi-Rahmanir-Rahim...
Assalamualaikum saudara dan saudari,


Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (faridh63@yahoo.com,) Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang-kurangnya.


Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.


Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah ke mana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka.


Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat melihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.


Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah.


Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustaz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan di dalamnya ayat-ayat Al-Quran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian memeluk saya, dan berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".


Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.


Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917