PERHATIAN DAN MAKLUMAN
Assalamualaikum wbt.
Untuk makluman bagi mereka-mereka yang telah terhijab dengan keilmuan masing-masing dan sudah jauh menyimpang dari jalan menuju Tuhan, ketahui lah bahawa sesungguhnya segala sesuatu adalah dari Allah SWT dan tiada sesiapa berhak claim bahawa dia punya ilmu dan dia punya idea apatah lagi mengaku dia hebat. Ilmu yang kita bicarakan adalah ilmu Allah, bukan kamu yang mencipta atau perintisnya. Segala sesuatu berlaku dengan izin Allah jua, tiada berlaku akan dia dengan kehebatan yang ada pada kamu.
Ketahui lah bahawa saya sedaya upaya cuba menyembunyikan banyak perkara yang mencarik adat yang berlaku di Perubatan Islam Nur Syifa kerana menonjolkannya serta mewar-warkannya bukan sahaja menaikkan ego diri bahkan membawa diri kepada sombong dan ujub, sifat keji yg tercela yang bakal menghapuskan segala amalan kamu. Jadi , jangan lah perasaan bahawa saya suka menciplak artikel sesiapa. Malah apa yg saya lakukan hanya berkongsi ilmu yang bermanafaat demi membawa kembali hamba-hamba Allah menuju Tuhan, mengenal Tuhan dan menjauhi perbuatan syirik dengan menunjukkan kehebatan diri.
Ketahui lah bahawa Akademi Perubatan Islam Nur Syifa adalah hasil dari gabungan anugerah ilmu dari guru agama, guru silat, Mursyid lagi Arifbillah, guru ghaib yang merupakan Wali-wali Allah serta Rasulullah sendiri yang mengijazahkan saya ilmu di malam Lailatul Qadar. Apakah ada malam yg lebih baik dari seribu bulan itu? Apakah ada hamba Allah yang lebih tinggi maqamnya dari martabat Rasul Allah? Apakah ada ilmu yang lebih tinggi dari Ilmu Syahadah ?
Jangan lah menganggap diri hebat dan berilmu tinggi selagi belum bertemu Rasulullah dan menerima ilmu darinya secara langsung. Padi yg berisi akan semakin tunduk , bukan menegak macam lalang.
Sedarlah…..”awwaluddin makrifatullah”, itu matlamat asal kita dan bukan mencari kemasyhoran dengan memperagakan kehebatan.