Wednesday, January 11, 2012

UNIVERSIITI BRITISH AL- AZHAR PEROSAK UMMAH

 

Selasa, 18 Oktober 2011


SESI SOAL JAWAB MEGAT AL-JEFRI BHG KE 2 MENGENAI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR


Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya Aidul Fitra ana ucapkan pada semua Muslimim dan Muslimat tidak kira di mana sahaja antum berada. Artikel kali ini marilah kita ikuti soalan dari Qul Amirul Hakim tentang persoalan Universiti ai-Azhar yang selama ini di momokkan kepada kita oleh Imperialis Barat antara yang terbaik dan tertua di dunia. Soalan ini ana pilih dahulu dari lain-lain sebab ianya melibatkan kawasan Timur Tengah di mana musim Haji yang semakin menjelang tiba. Jemaah-jemaah Haji kita pun sekarang ini sudah mula tiba di bumi bertuah ini untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Tanpa membuang masa lagi ...ayuh kita menghayati artikel tentang bumi Mesir ini ialah sebuah negara kejiranan bagi negeri Mekah, sekian Kullua Am Waantum Bilkhair.


SOALAN :
 

ii Qul Amirul Hakim berkata...

Salam,

Mohon bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British?

wassalam
QAH



Qul Amirul Hakim berkata...

UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR YANG SEBENARNYA HANYALAH DI WUJUDKAN PADA TAHUN 1889 OLEH BRITISH KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN DAHULU

1)Hamba masih menunggu jawapannya...
2)Setiap yg kita bicara akan dipersoalkan kelak di akhirat...
3)Jika tiada buktinya, maka perlu 'ditarik semula' apa yg terlepas...


haqul islam berkata...

jawab la megat.. soklan Tengku Amirul hakim..




Jawapan :

Orang yang kononnya mengaji di sana, kemudian balik ke tanahair kemudian menyepikan diri dengan tidak memberitahu Umat situasi sebenar di sanalah yang akan di tanya dan di tuntut di akhirat, sebab kesalahan dan dosa menyembunyikan keadaan sebenar yang berlaku di sana. Dan ingin ana pertegaskan di sini setiap yg kita tahu dan tidak di beritahu kepada Umat akan di tanya dan di persoalkan kelak di akhirat...Kenapa tidak di beritahu Umat , Pengajian atau Kuliah di situ tidak WAJIB. Kenapa pelajar-pelajar tidak memaklumkan Kuliah di situ pensyarahnya mengajar majoritinya menggunakan Bahasa Pasar atau Ammiah, kenapa dan kenapa dan sikap budak-budak ini yang mengaku mengaji di Cairo dan bersikap mendiamkan diri serta membela dan tidak memaklumkan apa yang di lakukan oleh Universiti British ini seperti kes-kes Sumbang Mahram, iaitu malu untuk di beritahu kepada Umat dan orang ramai…Adakah anta pelajar di sana atau belum pernah sampai disana ? Apa-apa pun SEKARANG PEMAKAIAN HIJAB ATAU PURDAH YANG MERUPAKAN PAKAIAN TETAP ISTERI-ISTERI PARA AMBIYAK, NABI S.A.W, PARA SAHABAT DAN SOLIFUSSOLIHIN SETAKAT PAGAR UNIVERSITI BRITSH INI SAHAJA. TIDAK DI BENARKAN DI DALAM KAMPUS UNIVERSITI ISLAM INI KONONNYA. DAMSYIK ATAU DAMASCUS ADALAH ANTARA KOTA ILMU YANG TERTUA DI DUNIA. IA JUGA ADALAH ANTARA TEMPAT PENGAJIAN ANTARA TERSOHOR DI DUNIA SELEPAS MEKAH, MADINAH DAN YAMAN.PERKARA INI MENYEBAB PIHAK BRITISH MENGGUNAKAN ADIK KEPADA MENANTU RAJA THAI CHULALONGKORN, TUNKU MAHMUD PENGASAS MAKTAB MAHMUD KEDAH MENGHANTAR ANAK-ANAK KITA KE UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR BUKAN KE UNIVERSITI DI MEKAH DAN MADINAH SELEPAS KESYAHIDAN MAHARAJA MELAYU, SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH. UNIVERSITI YANG MENJADI KEBANGGAAN BARAT KERANA BERJAYA MEMESONG PARA ILMUAN ISLAM DARI LANDASAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEJAK TAHUN 1889 LAGI. MODUL PENDIDIKANNYA PULA DI TERIMA PAKAI OLEH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.

 Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Pertama :

Muhammad Abduh ( 1849-1905 ) pula di pilih sebagai Rektornya pada tahun 1889 dengan di beri gelaran sebagai Syeikh Muhammad Abduh. MUHAMMAD ABDUH DI IKTIRAF OLEH ILMUAN BARAT SEBAGAI TOKOH REFORMASI DI DALAM PENGAJIAN ISLAM. BELIAU PENCINTA KETAMADUNAN BARAT DAN KERAP BELAYAR KESANA ATAS URUSAN-URUSAN YANG MENCURIGAKAN UMAT. Beliau yang sebelum ini pernah di tangkap dan di halau ke Beirut, rupa-rupanya dari situlah beliau dengan mudah belayar ke Perancis dan menetap di bandar Paris selama setahun. Dari Perancis beliau belayar pula ke England pada tahun 1881 dan menetap di sana sebelum akhirnya kembali ke negara Arab melalui pelabuhan Tunis di Tunisia pada tahun 1884. Beliau belayar selepas itu ke Beirut pada tahun 1888 sebelum pulang semula ke Mesir. Sejarah mencatatkan beliau di buang negeri padahal dalam tempoh BUANGAN itu, beliau berada begitu lama di negara musuh-musuh Allah berkenaan. Pada tahun 1888 beliau di jemput ke Kaherah seterusnya ke Masjid Azhar. Beliau kemudiannya di lantik sebagai Syeikh Universiti al-Azhar pada tahun 1889. Selepas Muhammad Abduh di angkat sebagai Syeikh al-Azhar, promosi palsu besar-besaran pun di jalankan ke seluruh dunia dengan kerjasama seluruh penjajah-penjajah Barat tidak terkecuali di bumi kita tercinta ini, kononnya '' Universiti ini adalah yang tertua di dunia. Marilah belajar disini, Ianya telah terlalu lama di tubuhkan iaitu pada tahun 906 masihi lagi di zaman kerajaan Mamluk. Ianya juga adalah Universiti yang tersohor dan terulung di dunia '' .Padahal pada tahun 972 ialah tarikh mula masjid itu di bina dan mempunyai Madrasah kecil serta halaqah -halaqah ilmu di dalam masjid seperti kebanyakan masjid-masjid di seluruh dunia ketika itu yang mempunyai tradisi memiliki majlis-majlis ilmu di dalamnya. Masjid Azhar ini pula hanya di bina oleh Raja Muiz semasa baginda membuka bandar Kaherah pada tahun 969 masihi bersamaan dengan tahun hijrah 358 hijrah. Dan ingin ana ulangi sekali lagi realiti sebenarnya, yang Masjid Azhar di buka buat pertama kalinya hanyalah pada 7 ramadhan di tahun 361 hijrah bersamaan dengan tahun 972 masihi.

Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Kedua :

Semasa rombongan kami sampai di Mesir sewaktu cuti semester Universiti kami di Jordan selama 2 minggu, mereka boleh menyamar sibuk pengajian di hadapan kami cuma 5 hari sahaja. Selepas 5 hari kami bertanya kenapa mereka, " kenapa kamu tidak ke Universiti menghadiri kuliah sebab kami, jika tidak menghadiri lebih dari 3 hari kami boleh di ambil tindakan disiplin dengan di beri amaran. Jika perkara ponteng kuliah pengajian lebih dari 3 hari berlaku juga, pelajar itu akan di buang dari Universiti ". Salah seorang pelajar Universiti al-Azhar memaklumkan kepada kami yang kuliah pengajian mereka di sini tidak wajib, malah untuk pergi ke kuliah dan kampus Universiti pula jauh dan memerlukan 3 buah bas untuk sampai kesana ! Bila kami bertanya kenapa tidak menyewa rumah berdekatan dengan Universiti, mereka memaklumkan yang pihak berwajib sudah menyediakan pangsapuri untuk setiap pelajar negeri masing-masing untuk menginap, contohnya pangsapuri untuk anak-anak Johor, pangsapuri untuk anak-anak Kedah dan lain-lain. Dan jarak pangsapuri atau flet untuk mereka ini memang terlalu jauh dari kampus pengajian. Jadi tidak pelik jika Universiti British al-Azhar tidak mewajibkan kehadiran kuliah kepada mereka.Cuma Kuliah mengenai hafalan Quran dan Tabib @ Kedoktoran sahaja pelajar-pelajar kita perlu hadir ke kuliah, sebab untuk hafalan al-Quran tidak boleh ada alasan untuk ponteng sebab ia melibatkan hafalan Quran sebanyak 30 juzuk.

 Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Ketiga :

Semasa salah seorang anak murid Tok Kenali ingin melanjutkan pengajiannya di Universiti ciptaan British ini, Tok Kenali pernah menegurnya anak murid yang bernama Tuan Guru Osman Jalaluddin Penanti, Seberang Prai yang berdarah anak-anak Raja Daerah Selama dengan berkata : " Man, kalau anta hendak banyak ilmu, anta hendaklah menyambungnya di Mekah, ke pusatnya. "Bandar Kaherah, tempat yang penuh dengan perangkap bising hiruk pikuk, maksiat panggung wayang terawal di dunia, tarian gelek, kepadatan manusia antara bandaraya yang terpadat di dunia dan seribu satu macam lagi perkara yang tidak sesuai untuk pembelajaran di situ. Sebab itulah kemasukan malang anak-anak bangsa kita ini ke negara Mesir di mudahkan. Sepanjang masa pelajar berada di Universiti batil ini, pengajian dan kuliah agama tidak di wajibkan. Cukuplah dengan mengambil peperiksaan setahun sekali sahaja, tanpa mengenali siapa guru-guru kuliah masing-masing. Maka berlakulah lagi kerosakan pada bangsa ini apabila sistem pengajian Islamnya juga telah di rosakkan oleh musuh-musuh Allah ini. Selepas tumbangnya sistem kekhalifahan Quraisy Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa dengan terbunuhnya Maharaja Melayu terakhir Sultan Nai Long Jaafar Muadzam Shah ( 1862-1876 ) di Gurun, Kedah pada tahun 1876 masihi, pengkhianatan keatas bangsa ini di teruskan dengan memesongkan tempat pengajian mereka pula dari Mekah dan Madinah. Universiti DEOBAND juga antara pusat-pusat pengajian yang tertua di dunia yang terletak DI BENUA KELING pula TEMPAT TOK KENALI MEMPELAJARI ISLAM SEBELUM MELANJUTKAN PENGAJIAN LEBIH TINGGI LAGI DI MEKAH.

Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Keempat :

Universitri British AZHAR yang di pilih penjajah ini terletak DI TENGAH-TENGAH BANDAR KAHERAH YANG PENUH DENGAN MAKSIAT TERUTAMANYA TARIAN GELEK, TELAH DI PILIH OLEH BRITISH SEBAGAI UNIVERSITI SARANG ILMUAN BATIL MEREKA PADA TAHUN 1889 MASIHI DAN DI ANGGAP KONONNYA UNIVERSITI YANG TERTUA DAN TERULUNG DI DUNIA .Anak-anak nusabangsa kita yang tidak berdosa ini selepas sampai di Bumi Qibti ini pula, akan di beritahu yang Kuliah Pengajian tidak wajib di sini dan ketidakhadiran kesebarang pengajian tidak akan di ambil tindakan. Maka terbiarlah anak bangsa ini di bumi orang tanpa tarbiah guru-guru Mursyid selama kononnya pengajian di bumi asing ini. Maka anak-anak bangsa ini akan membuat hal masing-masing sebelum tiba hari peperiksaan. Tanpa tugasan seperti assingment, esei dan tesis, anak-anak bangsa tercinta ini di takuti, akan menhabiskan masa kepada benda yang sia-sia. Dan memang telah pun berlaku sekarang ini.Setelah pulang ke tanah air, di lantik pula oleh penjajah British menjadi Mufti, Mudir Madrasah, Ustaz-ustaz di pusat-pusat pentadbiran dan lain-lain lagi. Manakala graduan yang pulang dari Hindi ( India dan Pakistan ) dan Jazirah Arab tidak di beri perhatian, malah si laknat British ini tidak mengiktiraf pusat pengajian ini walaupun mempunyai disiplin tradisi ilmu yang tinggi sejak zaman berzaman. Maka dasar British dan penjajah-penjajah Eropah lain ini di teruskan walaupun selepas zaman kemerdekaan negara-negara jajahan ini hatta sehingga sekarang ini. Padahal pusat-pusat pengajian dari di Jazirah Arab dan Hindi atau Benua Keling contohnya Universiti Deoband telah melahirkan beribu-ribu Tokoh Islam terkemuka di seluruh Asia, Eropah dan dunia amnya.

Bukti Universiti Al-Azhar tajaan/provokasi British Kelima :

Pemakaian seragam al-Azhar yang kita tengok telah di gunapakai oleh imam-imam masjid kita sekarang sebenar lansung tidak bercirikan islam .Malah pakaian mereka ini lebih kepada meyerupai pakaian-pakaian musuh-musuh Allah dari kalangan Syiah, pendita-pendita Yahudi dan Kristian di Vatican City. Bermula dengan topiserban tiada berekor yang lebih menyerupai penganut agama Syiah, KONONYA SERBAN junjungan besar NABI S.A.W. dan jubah belah tengah hingga kebawah dengan meleret-leret ke lantai menutup buku lali , KONONNYA JUBAH NABI S.A.W. Semua ini pada realitinya di convert dari sunnah-sunnah ' Penghulu Segala Nabi ' iaitu nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w. sepertimana pihak Thai dan British mengCONVERT dan mengoter bangunan-bangunan artifak -artifek purba warisan kerajaan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa Indo-China atau Siam Lancang dan serta seluruh Alam Melayu atau Jawi di 'Empire' atau Benua Islam Siam Kedah khususnya kepada unsur-unsur batil dan tidak berciri Islamik.

Pembongkaran ini pun sebenarnya untuk memberi peringatan kepada Umat khusus anak-anak nusa bangsa kita tercinta agar tidak tertipu untuk kali kedua, seperti pesanan Tok Kenali, kalau nak mengaji HENDAKLAH MENYAMBUNG di MEKAH, KE PUSATNYA. Beliau Tok Kenali merupakan graduan lepasan Universiti Deoband dari Benua Keling, sebelum melanjutkan pengajiannya ke negeri Mekah. Universiti Deoband merupakan Institusi pengajian Fatwa dan Undang-Undang antara yang bertaraf dunia dan menjadi rujukan masyarakat negara India dan dunia amnya. Ianya terletak di utara Benua Keling atau India. Selepas ni kita berharap anak-anak bangsa kita di hantar belajar agama ke tempat yang sepatutnya....iaitu d India , Pakistan, Yaman, Jordan dan Syria serta ke Mekah dan Madinah. Tapi apa yang terjadi sekarang ,bila orang bertanya kepada budak-budak kita di Azhar mengaji mana ? Mereka selalunya akan menjawab dengan bangganya, kat Cairo, Egypt. Padahal asalnya Kaherah, Mesir dan bukan pergi mengaji pun tapi pada realitinya hanya untuk mengambil peperiksaan... astagfirullahal azim. Wassalam.
MEGAT AL-JEFRI