Wednesday, March 22, 2017

SAKA NENEK SERI WAJAH

3/3/2017 -Baharu selesai buang saka ilmu . Menghantui anak gadis yg menyanggupi hasrat neneknya sebelum meninggal. Sudah 10 tahun, merosak kehidupan anak gadis ini.

Menjerit sakan bengit telingaku bila ku tekan belakang telinganya, ku tutup jalan keluar dan kunci tubuhnya dan zikir terus menerus meminta pertolongan Ilahi agar saka ini diputuskan dgn menyiksa jin2 itu dgn tenaga elektrik Ilahiyyah.

Rupa2nya memang dia tak mampu keluar kerana tiada jalan keluar. Ku tutup semua pintu keluar walau dari arah ia masuk. Siksaan ku tak mampu dihadapinya, nak keluar tak boleh.

Ku tahu Allah SWT hanya mengizinkan aku tarik keluar dan terus mengurungnya. Ku suruh ia syahadah berkali2 sehingga lancar. Air mukanya berubah. Cerianya tampak benar berbanding semasa datang kelihatan sombong dan ketakutan.

Ku tanya abang2nya di mana berubat sebelum ni. Hmmm tiada tempat lain masyarakat tuju selain tempat ruqyah yg membekalkan garam dan lada hitam sebagai tangkal pendinding.

Cakap aje pandai, buangnya tidak ( tak mampu pun). Aksyen je lebih. Patut di tutup je Pusat Rawatan bertopengkan agama ni.

Rawatan tak sampai sejam disaksikan keluarganya dan murid2ku. Mudah shj...tiada proses rumit, tiada prosedur khusus, tiada guna rotan atau karate , tiada guna tangkal garam dan lada hitam.

Hanya kpd Allah SWT aku bertawakal dan.meminta pertolongan. Mereka pulang dgn gembira, nak singgah makan dahulu kasi pesakit basahkan tekak dan isi perut heh.

Apabila bersandar kpd Allah SWT semata, mudah belaka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


4/3/2017 - LAPORAN MURIDKU YG MENYAKSIKAN RAWATAN SAKA NENEK SERI WAJAH SEMALAM.

[04/03, 07:47] Ustaz : assalamualaikum abi..maaf ganggu..sy nak share respon komen kwn ttg adip ipar dia semalam

SHARING DARI ABG PESAKIT:-

[04/03, 07:47] Waalaikumsalam....
Alhamdulillah bil... masuk kater tido...
Sampai umah je makan... pastu nk minum.. haus gile katanya...
Aku try cucuk pasal kawin die ok.. xmcm masa xbtul sblm ni...

[04/03, 07:47] Cme makin kuat glak... ade ttekan wayar salah kot...

[04/03, 07:47] Ustaz : terima kasih abi banyak benda sy belajar semalam




[04/03, 09:56] Hj ZuL : Wsalam

[04/03, 09:56] Hj Zul : Alhamdulillah. Apa pengajaran dpt semlm.

[04/03, 10:53] Ustaz : pengajaran yang sy dapat semalam

bab rawatan :
-sebagai perawat kena tenang,yakin tanpa ragu2 kaedah gfsk adalah kaedah yang diredhai olehNya,tidak seperti perawat darul2 di luar sana berpewatakan di luar gaya mcm alim tp xkenal tuhan pun.Abi merawat tanpa bergerak ke sana sini hanya tangan diletakkan di kepala dan dibelakang telinga.

-kalau ikutkan abi boleh sahaja buang makhluk tu sekelip mata dengan izinNya tp abi mengajar dan tarbiah dulu makhluk tu dgn niat mengajar makhluk supaya serik tidak mengganggu lg dengan menutup jalan keluar,berzikir tanpa henti dengan dialirkan arus elektrik zikir itu pada makhluk itu.

-abi merawat tiada menggunakan kekerasan pun seperti yang diluar memukul dan mengkarate pesakit yang sudah sedia sakit sian sangat bila tengok..

-abi menjaga batas dalam rawatan aurat pesakit terjaga..

-sngguh sy tidak nampak sedikit pun keletihan di wajah abi malah tersenyum sahaja hadapi keadaan pesakit..

-pertama kali saya melihat rawatn pesakit yang meraung2 dengan kuat sebelum ni abi cerita je tp kali ni sy saksikan sendiri

[04/03, 10:58] Ustaz : terima kasih abi beri ruang utk sy belajar..doakan sy moga sy sentiasa istiqamah di jalan kenabian di bwh GFSK kendalian mursyid yang sy kagumi Abi@Tuan Guru sy

PENGALAMAN PELAJAR SENIOR GFSK MELALUI LIKU2 MASYARAKAT JAHIL

14/01/2017 -Assalammu'alaikum Tuan Haji yang dikasihi Allah
Mohon ampun menganggu. Sembah Ambo ingin memenuhi permintaan Tuan Haji berkenaan menulis cerita perkongsian Ambo semalam mengenai hal pesakit. Insya Allah.

*Pesakit 1.*
Selalu lihatnya di Masjid. Tapi tidak bertegur. Lepas solat Maghrib, Ambo diperkenalkan kepada pesakit oleh kenalan di Masjid. Khabarnya memerlukan bantuan. Setelah bertemu maka pesakit menceritakan halnya.

Katanya pesakit selalu nampak harta di rumahnya. Sebuah peti perak yang di kanan tertulis nama Allah dan kiri nama Muhammad. Pesakit telah lama mencari orang yang boleh mengeluarkan harta tersebut. Katanya anaknya telah mendapat habuan tunai sebanyak RM 50. Jadi meyakinkan lagi pesakit akan harta itu dan sungguh teruja. Pesakit suruh Ambo keluarkan dan akan beri sedikit dari harta itu. Ambo jawab Ambo tak berminat. Pesakit kata, _*"Dalam semua orang saya jumpa awak orang pertama kata tak minat."*_ Ambo senyum saja. Ambo tanya kembali, _*"Ada apa pada harta itu kalaupun selangit emas Tuan?"*_

Pesakit kata itu harta keturunan dan rezeki serta amanah kepada dia. Firasat yang sampai ke hati adalah ini semua adalah tipu daya jin. Ambo beritahu dengan baik, _*"Tuan, saya tak nak lukakan hati Tuan. Saya kena jujur kerana Allah. Ini semua angkara Iblis Tuan. Tuan telah tertipu."*_

Wajahnya berubah. Seperti biasa pandangan sinis ke atas dan bawah hadiah untuk Ambo. Alhamdulillah. Siapalah Ambo. Maka perbualan tamat disitu. Setiap kali jumpa di Masjid maka pesakit akan menceritakan lagi hal harta itu dan pesakit cuba sampaikan message kepada Ambo iaitu Ambo salah tentang hal harta itu. Ambo senyum saja. Pesakit mencari orang yang boleh keluarkan harta itu hingga ke Indonesia.

Takdir Allah, pada waktu Maghrib, pesakit berlari berjumpa Ambo. Mukanya resah. Tak tentu arah. Ambo tanya dengan senyum, _*"Kenapa Tuan?"*_. Jawab pesakit bahawa memang benarlah selama itu tipu daya Iblis. Anak perempuannya diganggu oleh makhluk badan berbulu hitam lebat, besar, dan wajahnya tak nampak. Makhluk itu mahu merogol anak pesakit. Pesakit sudah baca ayat Kursi tapi jin tu tak berganjak.

Maka Allah lintaskan di hati Ambo. Ambo kata, _*"Tuan sampaikan salam saya kepada anak Tuan ya. Katakan dari saudaranya Mohammad , anakanda Tuan Haji Wan Zul Al Kubro. Tutup dengan selawat."*_

Maka pesakit balik rumah. Dalam 5 hari tidak bertemu. Maka pada waktu Maghrib hari ke 6 kami bertemu. Wajahnya ceria. Senyum lebar. Pesakit terus tarik tangan Ambo dan salam serta ucap terima kasih. Ambo tanya, _*"Ada apa ucap terima kasih pada saya Tuan?"*_. Katanya, _*"Alhamdulillah. Saya dah sampaikan salam seperti awak suruh. Makhluk tu terus lari. Sejak pada itu saya baca ayat Kursi baru jin tu kelam kabut lari. Sebelum tidur anak saya akan baca ayat Kursi. Tak diganggu lagi. Saya sebelum keluar rumah baca ayat Kursi dan dao. Saya rasa berani. Terima kasih sebab beri semangat pada saya. Awak belajar ilmu apa?"*_
Ambo senyum saja. Ambo kata ilmu Islam. Ambo gembira melihat pesakit sendiri ada kekuatan dan yakin kepada Allah dalam berdepan hal begini.

*Pesakit 2.*
Pesakit ini pula selalu di Masjid dan tidak pernah bertemu. Kenalan di Masjid betikan nombor untuk berhubung. Pesakit whatsapp kepada Ambo. Dan menceritakan halnya. Pesakit mahu bertemu di rumahnya.
Sebelum itu, dalam whatsapp Ambo telah dapat soalan iaitu, _*"Awak buat ruqyahkan?"*_. Ambo bertanya kembali apa maksudnya. Katanya ruqyah seperti yang lain. Maka Ambo jawab Ambo tidak ruqyah. Pesakit diam lama dan tidak membalas whatsapp. Esoknya pesakit whatsapp lagi dan bertanya soalan sama. Maka Ambo beritahu Ambo doa dan zikir saja. Semuanya dengan Kehendak Allah. Ambo ditanya dari pusat rawatan mana? Ambo jawab Ambo bukan perawat. Cuma hamba Allah dan mahu membantu saja. Pesakit rasa was was tapi masih bertemu.

Ambo, Ras dan Zal ke rumah pesakit di Sentul. Kami disambut baik. Seperti biasa, pandangan penuh persoalan kerana kami tidak berjubah berserban, malah hanya lenggang kangkong bak kata orang tua. Pesakit tanya, _*"Nampak apa apa tak dalam rumah saya? Rasa apa apa tak?"*_. Ambo jawab jujur bahawa Ambo tak tahu apa. Berubah mukanya seolah Ambo ni cakap kosong saja. Tak apa. Alhamdulillah.
Pesakit menceritakan bahawa dia selalu didatangi cahaya. Nampak kalimah Allah bercahaya. Nampak huruf Lam Alif bercahaya. Cahaya berkelip kelip sentiasa mengiringi. Dan sentiasa mendapat *"firasat"* jika isteri atau sesiapa mahu aniayanya. Ambo diam dan mohon petunjuk kepada Allah. Firasat Ambo mengatakan bahawa itu adalah mainan jin. Seperti biasa, hadiah jelingan sinis atas bawah serta muka berubah. Alhamdulillah.

Kami tidak lakukan rawatan pada isterinya. Kami terus pulang. Sedari itu, pesakit terus berhubung melalui whatsapp memberitahu perkembangan. Satu hari pesakit suruh Ambo carikan pusat rawatan ruqyah. Ambo faham pesakit memandang rendah dan cuba mengajar Ambo. Tapi tak apa, Ambo bantu mana yang mampu. Ambo berikan contact perawat ruqyah. Pesakit terus berkongsi cerita berkenaan hal cahayanya dan nampak itu ini dan cuba memberitahu Ambo bahawa Ambo salah. Ambo senyum saja.

Atas kuasa Allah, pesakit berkongsi. Katanya, semasa kami hadir dirumahnya, isterinya tidur dan tidak berdengkur seperti kuda. Biasanya akan berdengkur seperti kuda. Tetapi setelah dipanggil untuk rawatan ruqyah maka bunyi kuda itu semakin kuat. Ambo jawab, _*"Saya tak tahu Tuan. Saya bukan perawat. Saya tak nampak. Saya tak dengar."*_. Pesakit seolah malu dan cuba berbaik. Semalam hari Jumaat 13hb Jan, semasa berada dirumah Tuan Haji, Ambo dapat whatsapp dari pesakit mengatakan bahawa Ambo benar, semua itu adalah gangguan dari Iblis. Dia agak kecewa. Tapi Ambo beri kata kata semangat kepada pesakit dan mohon doa bertaubat kepada Allah.

Ambo katakan, _*"Tuan dengar bisikan itu seperti arah kebaikan, tapi Tuan tanpa sedar hati Tuan penuh hasad dan dendam kepada isteri dan yang lain. Itu salah satu petanda tak baik. Bisikan itu adalah batil. Sepatutnya yang Haq itu membentuk hati Tuan ke arah kebaikan. Bisikan tu nak hancurkan keluarga Tuan."*_

Pesakit mengatakan bahawa DIA NAMPAK JALAN YANG LURUS ITU IAITU CAHAYA YANG BERKELIP KELIP. Pesakit layan cahaya itu hingga ke waktu Subuh. Ambo katakan bahawa itu Iblis. Akhirnya si pesakit nampak wajah sebenar disebalik cahaya cahaya itu. Atas izin Allah. Maha Suci Allah.
Maha Suci Allah. Moga Allah ampunkan kelemahan Ambo. Moga Allah anugerahkan hidayah dan petunjuk kepada Ambo dan seluruh keluarga pesakit. Mohon doa dari Tuan Haji. Ambo tumpang barokah Tuan Haji sebenarnya. Teruskan mendidik Ambo ...
------------------------------------------------------------------------
Minda masyarakat yg di rosakkan dgn permainan syaitan dari alam ghaib, scan sana sini. Nampak itu ini......tipudaya belaka.
Selagi jiwa dan hati berkeladak dgn pelbagai kehendak, jadi makanan syaitan la dan mangsa temberang perawat ruqyah.

PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI DATANGI ROH NENEKNYA

9/01/17 -Jam 12 pm, seorang kawan menelefon minta di tengokkan anaknya yg seperti kerasukan, bercakap tiada henti dan tidak mahu tido.

Ku lihat pada anak itu bukan gangguan jin tetapi kemasukan roh yg punya sebab tertentu. Nak di rawat mcm biasa tak boleh sebab roh tiada kesan dgn sebarang teknik rawatan. Layan berbual, tersirat message bhw ada sesuatu nak di sampaikan roh berkenaan.

Selepas di tekan point utama untuk memberi tekanan kepada Roh berkenaan, anak itu menangis kesakitan kemudian meminta kepada ayahnya untuk ke toilet. Ku lepaskan dan izinkan, kesian pun ada. selepas masuk semula ku sembang dengan anak itu, balik nanti citer ngan mak abah apa tujuan dan sebab masuk tubuh anak ini ( kepada roh di dalam jasad anak itu). Cakap satu perkara sahaja, jangan melalut banyak-banyak hal, nanti orang takkan layan . Ku pesan juga kepada bapanya.....dengar betul-betul apa yang dia nak sampaikan, ada sesuatu tu. Jangan kata dia merepek , layan elok2, kataku.

Kul 5.30 ptg, si ayah menelefon memberitahu untuk datang ke rumah malam ni , untuk teruskan rawatan.
9 mlm - pesakit pertama pesakit ulangan, staf Hospital Serdang yang kena ganguan makhluk halus menyebabkan badannya panas dan pening, tidak boleh tido. Selepas di rawat 3 hari berturut-turut, perubahan menurut skala katanya menurun 50% selepas seminggu. Beliau meminta untuk terus di rawat selang 3 hari bagi memastikan segala-galanya "clear".

Pesakit kedua, datang sejurus anak tadi dan keluarganya tiba. Saya minta untuk selesaikan pesakit kedua yang datang membuat rawatan ulangan sementalahan kes anak ini mungkin berlarutan. Pesakit kedua suami isteri adalah Pengusaha Butik Pengantin . Menerima gangguan sakit yang membuatnya tidak bermaya , sakit belakang dan tidak boleh tido. Selepas sekali rawat 3 hari lepas, sakitnya banyak berkurangan dan datangnya dalam keadaan sihat berbanding sebelum berkeadaan tidak bermaya dan agak bongkok kerana sakit belakang. Kepercayaan dan keyakinannya serta nampak perubahan ketara membuat mereka datang lagi berbanding tempat-tempat lain yang hanya cakap banyak tetapi tiada kesan penyembuhan. Isterinya turut di rawat kerana tempias sakit si suami. Semasa merawat kedua ini, si anak tadi agak bosan menunggu, membentak-bentak membuat pasangan ini faham dan minta diri.

Seperti siang tadi, saya ajak borak je namun kemelalutannya payah untuk di fahami. Saya tanya , "Hafal Yaasin? Ikut pakcik baca ya!" Semasa saya membaca Surah Yaasin (dengan hafalan ) saya tengok dia diam je, dok pegang ayahnya. Saya berkata kepada ayahnya, " ini bukti bukan jin di dalam badannya, kalau jin Islam pun pasti ada effect dengan tekanan jejariku"

Isteriku turut keluar bila di beritahu ibu kepada anak ini kenalannya semasa kerja di awal-awal usia muda dahulu. Mereka berbual di hujung sana, saya dan ayahnya serta anak itu di hujung sini. Anak itu berkata, " Nak dengan makcik tu, pakcik ni kasar". Saya senyum je...elok juga heheh.

Bila isteri ku melayan anak itu berborak baharu terkeluar cerita sebenar. Firasat isteri menyebut buat tahlil untuk arwah, "Arwah" datang hendak memberitahu sesuatu yang semasa hidupnya tak kesampaian dan berkecil hati dengan anak-anaknya yang tidak melayannya dengan baik. Selesai....ku berkata, "nak sampaikan ini aje?"

Baharu anak itu kelihatan normal dan mendengar nasihat dari isteriku. Cucu ku menjengok dari balik langsir membuat dia senyum...nampak watak sebenar anak itu..

Ini kes Roh gentayangan yang meminta tolong tetapi rata-rata manusia tidak memahami. Kalau jumpa Perawat Ruqyah, tak habis-habis jin jadi mangsa tuduhan then konon dah buang tapi masih tak berubah. Temberang banyak sementalahan tok guru depa pun tak boleh beza jin dengan roh kata seorang Arifbillah dari Kedah.

Sebelum ni seminggu lepas kes Roh yang di hukum kerana pengamalan ilmu-ilmu sesat sepertimana ilmu-ilmu yang saya perangi di amal nyata sekarang.Nasib baik di hukum penjara ke dalam tubuh anak cucunya bukan jasad haiwan. Namun anak cucunya pun tak kurang dosanya, takde adab dan tak pegang janji, datang sesuka hati pergi pun berlenggang, macam rumah mak bapak dia datang dan pergi.

Bukan semua kes perlu di tolong dan di bantu. Syarat-syarat yang di kenakan pun sebagai tapisan awal sahaja. Kalau berkira awal-awal kena reject. Yg yakin sungguh dan percaya bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ....tak banyak songe pun. Banyak kes-kes KARMA, balasan dan kifarah di atas perbuatan sendiri. Namun banyak HIKMAH di sebalik jika di renung sungguh2 dan redha ......................

DIA BELAKA. Saya takkan mendahului DIA dengan scan dan menyembuhkan sakit akibat kifarah. Apa-apa mesti tanya DIA dahulu dan mohon DOA.

LAPORAN RAWATAN DRPD PELAJAR KANAN GERAK FAQIR....

3/1/2017 -
Assalammu'alaikum Tuan Haji yang dikasihi Allah
Mohon ampun mengganggu. Sembah si pendosa ini ingin berkongsi hal membantu pesakit terkena sihir pengasih oleh Mat Pakistan. Insya Allah.

Yang terkena sihir ini adalah mak mertua kepada sahabat Ambo yang amat rapat dan sama sama bekerjasama dalam bidang industri hiburan dulu. Antara sahabat yang setia sesah senang bersama. S namanya. Dia pernah bertemu dulu kerana isterinya mengalami keguguran pada kandungan 2 bulan. Dia nikah awal 5 bulan dari Ambo.

Dia pun hairan kenapa dia nak jumpa Ambo sangat pada malam itu. Rupanya ada cerita. Disitulah permulaannya apabila Ambo membantu isterinya. Selepas buatkan solat hajat untuk isterinya, dapat berita sebulan lepas itu isterinya mengandung. Kerana selepas keguguran mereka amat susah nak lekat. Mereka dah cuba banyak kali. Alhamdulillah. Kuasa Allah Maha Esa. Sejak dari itu sahabat Ambo banyak bertanyakan hal agama.

Kes sihir Ibu mertuanya hingga tahap mak mertua mohon cerai dan si ayah mertua menurut saja tanpa sedar. Keluarga mereka panas. Tidak bertegur siapa antara mak mertua dengan suami hinggalah ke anak anak dan menantu. Malah si mak mertua pertahankan si mat Pakistan. Hingga bergaduh dan jadi kes polis. Setelah disiasat maka polis tutup kes sebab ini adalah kes sihir.

Atas izin Allah, Ambo dipanggil bagi membantu. Ambo dan rakan2 gfsk ada bersama membantu. Ambo mulakan dengan si isteri. Ambo buka gerak seperti biasa. Syahadah dan Ambo letakkan tapak tangan. Bergegar dan menggelegak kepala si pesakit. Ambo niatkan buangkan segala perkara tidak baik zahir dan batin. Tangan kiri menarik keluar beberapa kali dan menghancurkannya. Atas izin Allah. Kemudian gerak tutup.

Rawatan diteruskan kepada suami. Ambo syahadah dan doa serta letakkan tapak tangan kepada si pesakit. Kali ni gelombangnya berbeza. Kepalanya bergegar dan berombak seolah otaknya mahu terkeluar. Ambo teruskan zikir dalam hati hingga gelombang itu tenang. Alhamdulillah. Selesai.

Ambo tanya apa pesakit alami semasa rawatan. Kata si isteri bahawa dia tenang semasa rawatan. Kata si suami pula di bahagian kakinya sakit dan bisa ketika rawatan itu. Alhamdulillah. Ianya beransur hilang selepas selesai rawatan.

Hari ni diberitahu oleh sahabat Ambo bahawa mak dan ayah mertua dia sudah sedar. Mereka sudah mula bercakap dan bertegur baik dengan ahli keluarga. Sahabat Ambo pun beritahu bahawa dia sudah mahu meninggalkan dunia hiduran. Sudah banyak dia tolak job dalam dunia hiduran. Dia juga mahu berubah. Luahan ini disaksikan oleh rakan2 gfsk kita. Alhamdulillah. Moga Allah redho kepada mereka seluruh keluarga. Moga Allah ampunkan kelemahan kami. Mohon doa dari Tuan Haji moga Allah anugerahkan hidayah dan petunjuk kepada kami semua. Insya Allah. Allahu'alam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...semua dgn izin dan redhaNya, berkat DOA yg tiada terhijab. Tidak ada susah mana pun menghadapi jin2 sihir ni, sepertimana saya, murid2 saya pun yg berjaya menguasai Gerak Faqir Sunan Kalijaga juga tidak ada masalah, menyelesaikan masalah sihir yg bertahun-tahun yg tak mampu di hadapi perawat2 lain.

Kalau dah banyak kali gagal menyelesaikan masalah2 pesakit, muhasabah la diri. Baiki hati, perkemaskan aqidah agar harapan pesakit2 tidak di kecewakan.

Angkat darjat perubatan Islam agar kemukjizatan Al Quran dan kesyumulan kaedahnya terbukti mampu mengatasi apa jua gangguan dan merawat penyakit2 kronik.

Larinya masyarakat dari kaedah Perubatan Islam bukan sebab Islam tu tak bagus, tak baik dan tak syumul tetapi pendukungnya yg tidak punya kelayakan malah lebih temberang drpd membuktikan keajaiban Al Quran. Apatah lagi yg membawa kaedah dan fahaman sesat, menolak penglibatan Yg Ghaib, membuktikan keimanan mereka , iman celup.

BERTEMPUR DGN JIN ISLAM DALAM BADAN SEORANG PELAJAR JURUSAN SYARIAH DAN B.ARAB

2/1/2014 – Seorang pemuda dari Johor menghubungi untuk mendapatkan rawatan, katanya sesak nafas. Saya bertanya, “hanya sesak nafas, takkan nak datang sejauh ini”. Dia kata akan datang juga kerana sudah tidak tahan dengan sakit yg tidak diketahui puncanya ni.

Sesudah sampainya ke Tampin, dia menghubungi memberitahu bhw dia didalam perjalanan dan saya menghantar message memberikan alamat. Sesat juga mencari lokasi namun dengan bertanya beberapa orang, akhirnya sampai juga kerumah saya.


Pemuda ini datang bersama kedua orang tuanya dengan menaiki Mercedes berwarna hitam. Rupa-rupanya ditemani, patut lah sanggup datang dan saya pasti dia mempunyai masalah yg kronik. Dia hanya menyatakan sakit susah nak bernafas, badan tegak tak boleh bergerak dgn cepat, tangan kirinya mcm tak bermaya, di suruh baring, katanya tak mampu baring nanti tak dapat bernafas.


Ibunya menceritakan, ke hospital sudah, segala pemeriksaan sudah di buat, X-ray, scan , MRI ….apo laieee kat hospital tu yang canggih-canggih tolong khabarkan. Dan kata doctor , tiada masalah dan tiada sakit apa-apa. Kata ibunya lagi, dah hamper 7 tahun macam ni , dah puas berubat. Berubat ??? Dengan siapa??? Doktor Pakar, katanya tiada sakit. Ustaz-ustaz??? Takde yg mampu ke merawat sakit hamba Allah ini, kan Rawatan AL Quran itu menggunakan kemukjizatan AL Quran? Apa ayat ruqyah yang di baca itu tidak member I bekas ke???


Tidak mahu banyak bicara kerna pemuda ini pun kurang bicara, menanggung sakit. Saya suruh duduk menyandar di kerusi, terapi dimulakan……….2 Kalimah Syahadah…….zikir…….mulut pesakit terkumat kamit, sekali sekala mengaduh. Kelihatannya bukan sakit fizikal. Sekali sekala terkeluar sesuatu perkataan dari mulutnya, ingin berbicara namun tersangkut.


Terapi di teruskan dan ilham datang menyuruh “sembelih”, pesakit seperti menggelupur mcm lembu kena sembelih. Sah….jin-jin dalam badan sudah kepanasan dan jin-jin ini sekor demi sekor saya sembelih secara simbolik. Tidak guna keris , tidak guna pisau dan tidak guna apa-apa senjata tajam pun. Hanya jari telunjuk sebagai simbolik diibaratkan seperti pisau penyembelih, berkali-kali penyembelihan dilakukan.


Akhirnya, bersuara…..aku dihantar oleh Hj.Jamal….jiran. Kata ibunya, itu lah yg selalu di ucapkan bila di ruqyahkan. Jiran tu marah sebab dia mengaji (membaca quran) dengan kuat. Rumah kat Syria ni katanya hanya terdinding dgn papan nipis. Ooooo…kataku, belajar di Syiria, bidang apa? Syariah dan Pengajian Bahasa Arab, balik kesini dah 2 tahun masa tengah perang dulu, dia diantara 80pelajar yg terkandas di awal berlaku perang di sana, kata ibunya lagi.


Kata ibunya, perawat lain kata ini jin kafir. Kataku pula…..ini jin Islam. Adakah Jin kafir mampu bertahan kalau di bacakan ayat-ayat al quran??? Jin-jin ini marah sebab dia mengganggu ketenteraman orang lain walau MENGAJI tetapi biarlah kalau ibadah tu, kita dengan Allah shj, tak perlu orang lain tahu. Tak perlu tasbih di tangan, tak perlu berpakaian macam orang Arab kalau kita ni melayu, tak perlu gerak bibir …KERANA …ia makanan hati dan hati itu tempat duduknya Roh. Roh sesuatu yg tersembunyi dan ia tidak memerlukan sesuatu yg dinampakkan, yg tersembunyi juga yg akan masuk dan NAIK ketas hadratNya.
Hidupkan hati dengan zikir sir….tidak berhuruf dan bersuara. Pemuda ini mengangguk kepala. Ustaz lah budak ni kalau dah mengaji agama. Kataku lagi, mengaji agama di Universiti tidak mencpai matlamat AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH. Dah habis nanti cari guru pondok sambung belajar Ilmu Ketuhanan.


Terapi terus berjalan….jin-jin ni dan tak mampu bertahan…..”aku nak keluar tetapi kawan-kawan aku ramai” kata jin itu. Kataku, “aku peduli apa , kalau berurusan denganku, aku tiada kompromi, kalau engkau degil nak duduk dalam jugak, terima shj apa yg aku bagi.......tak nak terbakar, keluar lah”. “Aku keluar aku keluar”. Jin-jin ini dudk di dada dan rusuk kiri……..saya tekan rusuk kiri, menjerit jin-jin ini.
Bila pesakit kelihatan tenang, dapat ucap syahadah, saya lepaskan. Sudah nampak gerak badannya selesa , tidak lagi keras, perjalanan nafas sempurna, Alhamdulillah. Saya bertanya, “bagaimana dapat cari saya?” Kata ibunya, “dia cari sendiri”…..kami dah puas berubat ustaz, kali ni dia cari sendiri………Kataku, cari dengan mata hati baru jumpa saya, kalau dgn mata yg buta, takkan nampak.
Malam ni dia memberitahu akan datang lagi. Mahu selesaikan dgn segera sebelum pulang ke Syria.