2/1/2014 – Seorang pemuda dari Johor menghubungi untuk mendapatkan rawatan, katanya
sesak nafas. Saya bertanya, “hanya sesak nafas, takkan nak datang
sejauh ini”. Dia kata akan datang juga kerana sudah tidak tahan dengan
sakit yg tidak diketahui puncanya ni.
Sesudah sampainya ke Tampin,
dia menghubungi memberitahu bhw dia didalam perjalanan dan saya
menghantar message memberikan alamat. Sesat juga mencari lokasi namun
dengan bertanya beberapa orang, akhirnya sampai juga kerumah saya.
Pemuda ini datang bersama kedua orang tuanya dengan menaiki Mercedes
berwarna hitam. Rupa-rupanya ditemani, patut lah sanggup datang dan saya
pasti dia mempunyai masalah yg kronik. Dia hanya menyatakan sakit
susah nak bernafas, badan tegak tak boleh bergerak dgn cepat, tangan
kirinya mcm tak bermaya, di suruh baring, katanya tak mampu baring nanti
tak dapat bernafas.
Ibunya menceritakan, ke hospital sudah, segala
pemeriksaan sudah di buat, X-ray, scan , MRI ….apo laieee kat hospital
tu yang canggih-canggih tolong khabarkan. Dan kata doctor , tiada
masalah dan tiada sakit apa-apa. Kata ibunya lagi, dah hamper 7 tahun
macam ni , dah puas berubat. Berubat ??? Dengan siapa??? Doktor Pakar,
katanya tiada sakit. Ustaz-ustaz??? Takde yg mampu ke merawat sakit
hamba Allah ini, kan Rawatan AL Quran itu menggunakan kemukjizatan AL
Quran? Apa ayat ruqyah yang di baca itu tidak member I bekas ke???
Tidak mahu banyak bicara kerna pemuda ini pun kurang bicara, menanggung
sakit. Saya suruh duduk menyandar di kerusi, terapi dimulakan……….2
Kalimah Syahadah…….zikir…….mulut pesakit terkumat kamit, sekali sekala
mengaduh. Kelihatannya bukan sakit fizikal. Sekali sekala terkeluar
sesuatu perkataan dari mulutnya, ingin berbicara namun tersangkut.
Terapi di teruskan dan ilham datang menyuruh “sembelih”, pesakit seperti
menggelupur mcm lembu kena sembelih. Sah….jin-jin dalam badan sudah
kepanasan dan jin-jin ini sekor demi sekor saya sembelih secara
simbolik. Tidak guna keris , tidak guna pisau dan tidak guna apa-apa
senjata tajam pun. Hanya jari telunjuk sebagai simbolik diibaratkan
seperti pisau penyembelih, berkali-kali penyembelihan dilakukan.
Akhirnya, bersuara…..aku dihantar oleh Hj.Jamal….jiran. Kata ibunya, itu
lah yg selalu di ucapkan bila di ruqyahkan. Jiran tu marah sebab dia
mengaji (membaca quran) dengan kuat. Rumah kat Syria ni katanya hanya
terdinding dgn papan nipis. Ooooo…kataku, belajar di Syiria, bidang apa?
Syariah dan Pengajian Bahasa Arab, balik kesini dah 2 tahun masa tengah
perang dulu, dia diantara 80pelajar yg terkandas di awal berlaku perang
di sana, kata ibunya lagi.
Kata ibunya, perawat lain kata ini jin
kafir. Kataku pula…..ini jin Islam. Adakah Jin kafir mampu bertahan
kalau di bacakan ayat-ayat al quran??? Jin-jin ini marah sebab dia
mengganggu ketenteraman orang lain walau MENGAJI tetapi biarlah kalau
ibadah tu, kita dengan Allah shj, tak perlu orang lain tahu. Tak perlu
tasbih di tangan, tak perlu berpakaian macam orang Arab kalau kita ni
melayu, tak perlu gerak bibir …KERANA …ia makanan hati dan hati itu
tempat duduknya Roh. Roh sesuatu yg tersembunyi dan ia tidak memerlukan
sesuatu yg dinampakkan, yg tersembunyi juga yg akan masuk dan NAIK ketas
hadratNya.
Hidupkan hati dengan zikir sir….tidak berhuruf dan
bersuara. Pemuda ini mengangguk kepala. Ustaz lah budak ni kalau dah
mengaji agama. Kataku lagi, mengaji agama di Universiti tidak mencpai
matlamat AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH. Dah habis nanti cari guru pondok
sambung belajar Ilmu Ketuhanan.
Terapi terus berjalan….jin-jin ni
dan tak mampu bertahan…..”aku nak keluar tetapi kawan-kawan aku ramai”
kata jin itu. Kataku, “aku peduli apa , kalau berurusan denganku,
aku tiada kompromi, kalau engkau degil nak duduk dalam jugak, terima shj
apa yg aku bagi.......tak nak terbakar, keluar lah”. “Aku keluar aku
keluar”. Jin-jin ini dudk di dada dan rusuk kiri……..saya tekan rusuk
kiri, menjerit jin-jin ini.
Bila pesakit kelihatan tenang, dapat
ucap syahadah, saya lepaskan. Sudah nampak gerak badannya selesa ,
tidak lagi keras, perjalanan nafas sempurna, Alhamdulillah. Saya
bertanya, “bagaimana dapat cari saya?” Kata ibunya, “dia cari
sendiri”…..kami dah puas berubat ustaz, kali ni dia cari
sendiri………Kataku, cari dengan mata hati baru jumpa saya, kalau dgn mata
yg buta, takkan nampak.
Malam ni dia memberitahu akan datang lagi. Mahu selesaikan dgn segera sebelum pulang ke Syria.