Wednesday, March 22, 2017

PENGALAMAN PELAJAR SENIOR GFSK MELALUI LIKU2 MASYARAKAT JAHIL

14/01/2017 -Assalammu'alaikum Tuan Haji yang dikasihi Allah
Mohon ampun menganggu. Sembah Ambo ingin memenuhi permintaan Tuan Haji berkenaan menulis cerita perkongsian Ambo semalam mengenai hal pesakit. Insya Allah.

*Pesakit 1.*
Selalu lihatnya di Masjid. Tapi tidak bertegur. Lepas solat Maghrib, Ambo diperkenalkan kepada pesakit oleh kenalan di Masjid. Khabarnya memerlukan bantuan. Setelah bertemu maka pesakit menceritakan halnya.

Katanya pesakit selalu nampak harta di rumahnya. Sebuah peti perak yang di kanan tertulis nama Allah dan kiri nama Muhammad. Pesakit telah lama mencari orang yang boleh mengeluarkan harta tersebut. Katanya anaknya telah mendapat habuan tunai sebanyak RM 50. Jadi meyakinkan lagi pesakit akan harta itu dan sungguh teruja. Pesakit suruh Ambo keluarkan dan akan beri sedikit dari harta itu. Ambo jawab Ambo tak berminat. Pesakit kata, _*"Dalam semua orang saya jumpa awak orang pertama kata tak minat."*_ Ambo senyum saja. Ambo tanya kembali, _*"Ada apa pada harta itu kalaupun selangit emas Tuan?"*_

Pesakit kata itu harta keturunan dan rezeki serta amanah kepada dia. Firasat yang sampai ke hati adalah ini semua adalah tipu daya jin. Ambo beritahu dengan baik, _*"Tuan, saya tak nak lukakan hati Tuan. Saya kena jujur kerana Allah. Ini semua angkara Iblis Tuan. Tuan telah tertipu."*_

Wajahnya berubah. Seperti biasa pandangan sinis ke atas dan bawah hadiah untuk Ambo. Alhamdulillah. Siapalah Ambo. Maka perbualan tamat disitu. Setiap kali jumpa di Masjid maka pesakit akan menceritakan lagi hal harta itu dan pesakit cuba sampaikan message kepada Ambo iaitu Ambo salah tentang hal harta itu. Ambo senyum saja. Pesakit mencari orang yang boleh keluarkan harta itu hingga ke Indonesia.

Takdir Allah, pada waktu Maghrib, pesakit berlari berjumpa Ambo. Mukanya resah. Tak tentu arah. Ambo tanya dengan senyum, _*"Kenapa Tuan?"*_. Jawab pesakit bahawa memang benarlah selama itu tipu daya Iblis. Anak perempuannya diganggu oleh makhluk badan berbulu hitam lebat, besar, dan wajahnya tak nampak. Makhluk itu mahu merogol anak pesakit. Pesakit sudah baca ayat Kursi tapi jin tu tak berganjak.

Maka Allah lintaskan di hati Ambo. Ambo kata, _*"Tuan sampaikan salam saya kepada anak Tuan ya. Katakan dari saudaranya Mohammad , anakanda Tuan Haji Wan Zul Al Kubro. Tutup dengan selawat."*_

Maka pesakit balik rumah. Dalam 5 hari tidak bertemu. Maka pada waktu Maghrib hari ke 6 kami bertemu. Wajahnya ceria. Senyum lebar. Pesakit terus tarik tangan Ambo dan salam serta ucap terima kasih. Ambo tanya, _*"Ada apa ucap terima kasih pada saya Tuan?"*_. Katanya, _*"Alhamdulillah. Saya dah sampaikan salam seperti awak suruh. Makhluk tu terus lari. Sejak pada itu saya baca ayat Kursi baru jin tu kelam kabut lari. Sebelum tidur anak saya akan baca ayat Kursi. Tak diganggu lagi. Saya sebelum keluar rumah baca ayat Kursi dan dao. Saya rasa berani. Terima kasih sebab beri semangat pada saya. Awak belajar ilmu apa?"*_
Ambo senyum saja. Ambo kata ilmu Islam. Ambo gembira melihat pesakit sendiri ada kekuatan dan yakin kepada Allah dalam berdepan hal begini.

*Pesakit 2.*
Pesakit ini pula selalu di Masjid dan tidak pernah bertemu. Kenalan di Masjid betikan nombor untuk berhubung. Pesakit whatsapp kepada Ambo. Dan menceritakan halnya. Pesakit mahu bertemu di rumahnya.
Sebelum itu, dalam whatsapp Ambo telah dapat soalan iaitu, _*"Awak buat ruqyahkan?"*_. Ambo bertanya kembali apa maksudnya. Katanya ruqyah seperti yang lain. Maka Ambo jawab Ambo tidak ruqyah. Pesakit diam lama dan tidak membalas whatsapp. Esoknya pesakit whatsapp lagi dan bertanya soalan sama. Maka Ambo beritahu Ambo doa dan zikir saja. Semuanya dengan Kehendak Allah. Ambo ditanya dari pusat rawatan mana? Ambo jawab Ambo bukan perawat. Cuma hamba Allah dan mahu membantu saja. Pesakit rasa was was tapi masih bertemu.

Ambo, Ras dan Zal ke rumah pesakit di Sentul. Kami disambut baik. Seperti biasa, pandangan penuh persoalan kerana kami tidak berjubah berserban, malah hanya lenggang kangkong bak kata orang tua. Pesakit tanya, _*"Nampak apa apa tak dalam rumah saya? Rasa apa apa tak?"*_. Ambo jawab jujur bahawa Ambo tak tahu apa. Berubah mukanya seolah Ambo ni cakap kosong saja. Tak apa. Alhamdulillah.
Pesakit menceritakan bahawa dia selalu didatangi cahaya. Nampak kalimah Allah bercahaya. Nampak huruf Lam Alif bercahaya. Cahaya berkelip kelip sentiasa mengiringi. Dan sentiasa mendapat *"firasat"* jika isteri atau sesiapa mahu aniayanya. Ambo diam dan mohon petunjuk kepada Allah. Firasat Ambo mengatakan bahawa itu adalah mainan jin. Seperti biasa, hadiah jelingan sinis atas bawah serta muka berubah. Alhamdulillah.

Kami tidak lakukan rawatan pada isterinya. Kami terus pulang. Sedari itu, pesakit terus berhubung melalui whatsapp memberitahu perkembangan. Satu hari pesakit suruh Ambo carikan pusat rawatan ruqyah. Ambo faham pesakit memandang rendah dan cuba mengajar Ambo. Tapi tak apa, Ambo bantu mana yang mampu. Ambo berikan contact perawat ruqyah. Pesakit terus berkongsi cerita berkenaan hal cahayanya dan nampak itu ini dan cuba memberitahu Ambo bahawa Ambo salah. Ambo senyum saja.

Atas kuasa Allah, pesakit berkongsi. Katanya, semasa kami hadir dirumahnya, isterinya tidur dan tidak berdengkur seperti kuda. Biasanya akan berdengkur seperti kuda. Tetapi setelah dipanggil untuk rawatan ruqyah maka bunyi kuda itu semakin kuat. Ambo jawab, _*"Saya tak tahu Tuan. Saya bukan perawat. Saya tak nampak. Saya tak dengar."*_. Pesakit seolah malu dan cuba berbaik. Semalam hari Jumaat 13hb Jan, semasa berada dirumah Tuan Haji, Ambo dapat whatsapp dari pesakit mengatakan bahawa Ambo benar, semua itu adalah gangguan dari Iblis. Dia agak kecewa. Tapi Ambo beri kata kata semangat kepada pesakit dan mohon doa bertaubat kepada Allah.

Ambo katakan, _*"Tuan dengar bisikan itu seperti arah kebaikan, tapi Tuan tanpa sedar hati Tuan penuh hasad dan dendam kepada isteri dan yang lain. Itu salah satu petanda tak baik. Bisikan itu adalah batil. Sepatutnya yang Haq itu membentuk hati Tuan ke arah kebaikan. Bisikan tu nak hancurkan keluarga Tuan."*_

Pesakit mengatakan bahawa DIA NAMPAK JALAN YANG LURUS ITU IAITU CAHAYA YANG BERKELIP KELIP. Pesakit layan cahaya itu hingga ke waktu Subuh. Ambo katakan bahawa itu Iblis. Akhirnya si pesakit nampak wajah sebenar disebalik cahaya cahaya itu. Atas izin Allah. Maha Suci Allah.
Maha Suci Allah. Moga Allah ampunkan kelemahan Ambo. Moga Allah anugerahkan hidayah dan petunjuk kepada Ambo dan seluruh keluarga pesakit. Mohon doa dari Tuan Haji. Ambo tumpang barokah Tuan Haji sebenarnya. Teruskan mendidik Ambo ...
------------------------------------------------------------------------
Minda masyarakat yg di rosakkan dgn permainan syaitan dari alam ghaib, scan sana sini. Nampak itu ini......tipudaya belaka.
Selagi jiwa dan hati berkeladak dgn pelbagai kehendak, jadi makanan syaitan la dan mangsa temberang perawat ruqyah.