Dalam kepesatan dunia moden hari ini termasuk di dunia Islam dan dunia
Barat, berapa ramai yang percaya dengan kewujudan hantu, syaitan d
Jawapannya, sudah tidak ramai yang percaya dan ramai pula mempersoalkan
kewujudan makhluk ghaib dengan meminta penjelasan sains moden.
MIND CONTROL:
Ramai di kalangan ‘cerdik pandai’ yang mengatakan gangguan histeria
adalah disebabkan masalah tekanan perasaan walaupun mangsa histeria itu
berkali-kali memberitahu bahawa dia ternampak hantu atau makhluk yang
menakutkan sehingga menyebabkan dia menjerit ketakutan. Hantu juga
adalah dari bangsa jin dan syaitan.
Kaedah perubatan psikologi
moden cuba untuk menidakkan kewujudan makhluk ghaib dalam kes histeria
dengan menggantikan ia dengan terma tekanan perasaan.
Malah,
seorang pakar motivasi di Malaysia yang beragama Islam (tidak perlu
sebutkan namanya) juga mengatakan ia bukan disebabkan gangguan makhluk
halus, melainkan ia adalah kesan tekanan perasaan.
Sebenarnya
dalam perancangan Illuminati, mereka cuba untuk membuatkan manusia tidak
percaya kepada kewujudan makhluk ghaib (termasuk syaitan dan makhluk
ghaib yang sama jenis dengannya). Oleh itu, mereka mewujudkan cabang
ilmu baru iaitu ‘psikologi’ dan ‘psikiatri’ atau bahasa mudahnya ilmu
perubatan sakit jiwa.
Maka, setiap ubatan yang dibekalkan untuk
merawat pesakit jiwa (kadang kala pesakit itu tidak benar-benar gila)
akan menyebabkan seseorang itu menjadi benar-benar sakit jiwa, kesan
daripada ubat kimia dadah yang diberikan.
Ia adalah strategi
menggilakan orang untuk menutup persepsi terhadap kepercayaan manusia
terhadap kewujudan syaitan, supaya manusia tidak menentang syaitan.
Perubatan psikologi moden hanya mementingkan unsur logik dengan menolak
elemen mistik, secara langsung menjerumuskan manusia ke kancah penafian
terhadap alam ghaib dan kewujudan Tuhan.
Tidak mempercayai
kewujudan syaitan juga akan membawa kepada kesan kepada tahap keyakinan
manusia terhadap kewujudan Tuhan. Kesannya, manusia mula mempersoalkan
kewujudan Tuhan.
Apabila manusia sudah tidak mempercayai
kewujudan syaitan dan lebih mempercayai sains moden, maka secara
automatik minda manusia berjaya dikawal dari segi jiwa. Mereka menguasai
jiwa manusia, menguasai kepercayaan manusia. Nampak semua ini?
Ini bermaksud para cerdik pandai dalam sains dan psikologi juga sudah
dikawal minda, tetapi dengan syarat iaitu hanya jika mereka menolak
kepercayaan terhadap kewujudan syaitan yang menjerumus kepada
mempersoalkan kewujudan Tuhan.
Matlamat mereka ialah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan dan agama.
Malah, golongan Illuminati yang terlibat dalam bidang perubatan juga
kini cuba menjadikan kaedah hipnotik (pukau) sebagai salah satu daripada
sains perubatan moden. Sedangkan pukau itu adalah sihir, dan sihir itu
amalan syaitan.
Kaedah hipnotik ini dikatakan mampu menenangkan
fikiran pesakit (trauma) kerana ia boleh menjadikan minda kosong buat
seketika.
Bahaya apabila minda menjadi kosong, kerana pada masa
itulah syaitan akan cuba menguasai minda melalui saluran darah. Ia
adalah strategi terancang antara syaitan dengan agenda para
penyembahnya.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu
bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka
sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim.
Terdapat mesej berguna dalam hadis Rasulallah ini, iaitu
syaitan bergerak melalui saluran darah dan perjalanan syaitan menjadi
sukar jika kita berlapar. Secara fitrah, manusia akan ligat berfikir
ketika lapar.
Ia termasuk berfikir bagaimana cara untuk
mendapatkan makanan (jika tidak berpuasa), atau sentiasa mengingati
Allah dan akur dengan rezeki yang ditetapkan-Nya.
Langkah
mengingati Allah menandakan minda kita tidak kosong, maka syaitan
sedikit sukar untuk menguasai minda kita. Jadi, motif utama hipnotis
ialah untuk mengosongkan minda manusia supaya mudah dikawal.
"Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukurlah
kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari Aku". (Quran, Al-Baqarah: 152)
-
Lihatlah bagaimana minda kita dikawal dari segi nafsu (kelemahan utama
manusia), pemakanan, penglihatan dan jiwa kita. Janganlah kita terus
menjeratkan diri dalam sistem ini, sekali minda dikawal, kita akan terus
terjerat dalam sistem Dajjal.
Bebaskan minda, hiduplah dengan
bebas dalam jalan lurus yang ditunjukkan Muhammad, ini kerana Islam
diturunkan untuk membebaskan manusia daripada kesesatan dan kebodohan.
Dan, amalan yoga juga bertujuan untuk mengosongkan minda walaupun pada
kasarnya dikatakan untuk meningkatkan koordinasi antara minda dan tubuh
serta mengekalkan kesihatan dengan langkah merehatkan minda yang kosong.
Yoga adalah amalan dalam agama Hindu (khurafat).
Cukuplah jika kita bersolat 5 waktu kerana khasiatnya jauh lebih baik daripada yoga.
Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terhadap berita dari mereka:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa
suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6
==============================================================
AMALAN KESYAITANAN ROCKEFELLER
Keturunan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menjayakan agenda ILM sejak sekian lama.
Mereka juga menguasai semua gereja Kristian dan berselindung disebalik
agama pagan yang diperbaharui dengan mencemarkan nama Nabi Isa dan
dengan menghina Allah melalui konsep trinity pagan yg digunapakai dalam
agama Kristian.
Rockefeller adalah nama besar dalam Top 13 daripada lebih 1,500 keturunan ILM yang ada di dunia hari ini.
Keturunan Rockerfeller juga berperanan mengendalikan lebih 200 hingga
1,000 operasi sumber dana rahsia kepada pakatan-pakatan rahsia yg
berlarutan sejak zaman berzaman.
==============================================================
ANTARA PERANAN ROCKEFELLER
1) Menyediakan sumber dana seperti Sealantic Fund kepada
seminar-seminar sains tulen yang menidakkan konsep ketuhanan secara
tersembunyi.
2) Menyediakan sumber dana kepada
universiti-universiti untuk menjalankan kegiatan pendidikan seperti
mengendalikan The Union Theological Seminary yang membincangkan
unsur-unsur logika dengan kepercayaan sehingga menjerumuskan golongan
cendekiawan ke arah pemikiran yang akhirnya tidak mendukung fahaman
keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.
3) Menyediakan dana
untuk penubuhan agama-agama baru berpaksikan tuhan selain Allah seperti
Scientology, Cao Dai, Lucis Trust dan sebagainya.
4) Menentukan siapa yang berhak diketengahkan melalui media atau dijatuhkan melalui media di Amerika dan Eropah.
5) Menggerakkan gerakan anti agama menerusi muzik, filem, kartun dan
lain-lain kaedah. Keturunan Rockefeller berperanan sebagai pengawal
yang mengawal pergerakan media, bank dan kerajaan, tetapi tidak memiliki
firma media, bank atau menduduki kerusi kerajaan.
6) Pengaruh
dan peranan keturunan Rockefeller dalam menggerakkan agenda sulit
terutama penubuhan house (kerajaan) baru iaitu Israel.
7) Simbol
pentagram dan hexagram dijadikan simbol untuk mewakili pergerakan
Satanis kerana simbol itu telah sebati dengan pintu dunia syaitan,
disebabkan digunakan sebagai medium sihir sejak zaman berzaman, ia tetap
mampu menjadi elemen sihir walaupun diterbalikkan.
==============================================================
PENGARUH ROCKEFELLER DLM SISTEM PENDIDIKAN HARI INI
1) Semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di
negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun
ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
2) Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan
yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan
kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
3)Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak
meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu
tersebut.
Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr
al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia
pada 950 M.
Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka
meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang
hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
4)Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab
kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam.
Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan
mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di
barat.
==============================================================
STRATEGI ROCKEFELLER DALAM ILMU PENDIDIKAN
ILM amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia
menghormati umat Yahudi. ILM bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi
dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu
pendidikan khususnya Sains Sosial.
Dalam konteks ini, ILM melalui
agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks
rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba
dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.
ILM juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena
pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi
hasilnya kini amat memberansangkan.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan universiti barat sebagai kiblat utama bidang mereka.
Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains
sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan
itu sarjana Barat, sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam
sendiri.
Sememangnya musuh Islam sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.
Ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan
Oxford bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari
pengetahuan pelajar-pelajar muslim.
Semasa perang Salib, yahudi
telah menyerang kota ilmu umat Islam yg berhampiran dengan sungai furat
Baghdad, Iraq yang mengorbankan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam serta
berlakunya rampasan terhadap kitab-kitab umat Islam yang unggul seperti
kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu perubatan, teknologi, falsafah,
sains dan sebagainya.
==============================================================
KESIMPULAN:
ILM tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi,
politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati
utama dalam konspirasinya.
Dunia pendidikan penting
dikonspirasikan oleh ILM kerana ia merupakan dunia yang melahirkan
cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan
orang lain.
Maka input untuk individu-individu yang bakal
bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut
menjadi agen ILM tanpa ia sendiri sedari.
#Sihir_Minda #Back_To_Allah