Wednesday, July 19, 2017

7/6/2017 - SAKA SURUHAN NENEK


Dapat call dari seorang wanita untuk berubat. Kata nya di rekomen oleh Ustaz ...... Masalahnya bila memandu tak boleh bukak mata. Amat bahaya tu.
Pesakit menceritakan sakit mata sahaja, tiada unsur2 gangguan. Tetapi sakit berkaitan urat saraf mata, pasti berkaitan gangguan jin bisik hatiku.
Pesakit berbaring dan ambo dikepala. Berdoa dan berzikir.
" Aduhh...sakit ustaz"
"Apsal sakit?" Kataku...
"Sakit sangat ni ustaz...."
" Ni tandanya bukan sakit biasa, ada jin di mata tu yg kepanasan"
" Saya nak jaga dia tapi anak dia nampak saya depan rumahnya...." " Tolong ustaz, saya tak mahu mereka tahu saya jaga dia"
"Kamu ni siapa?"
" Saya di hantar oleh neneknya...utk jaga dia. Dia ni baik ustaz....."
" Pokoknya kamu datang tidak di undang dan menceroboh malah menyakitkan dan menyusahkan empunya badan. Nyah kamu keluar "
" Saya takut nanti neneknya marah saya...dia suruh saya jaga dia..."
Ambo dah malas nak layan borak dgn jin ni. Ambo tekan lagi bagi sakit ....
" Aku keluar...aku keluar...sakit ustaz"
" Bagi tau tuan kau jgn cari pasal dgn Tuan Hj. Wan Zul Al Qubra.....nahas jika berdegil"
Jin2 itu keluar melalui mulut...ternganga mulut pesakit 2 kali.....baru pesakit tenang.
Ni lah padahnya kalu masa hidup bawa ilmu batil, ilmu berkhadam. Hidup menyusahkan orang, nak mati pun susah pun menyusahkan orang jugak.
Ilmu berkhadam yg amal ayat itu ini apatah lagi mantera syirik. Ini hanya segelintir sebagai peringatan dan petynjuk bagi yg belum kena. Tak nak beringat nasib ko lah labu.
Murid2 saya yg kena tazkirah campur2 ilmu bukan main marah takleh terima hakikat. Belajar ilmu nak hebat namun hakikatnya percampuran ilmu merosakkan bukan bertambah power. Syirik makin tebal.
Di buang dari perguruan, meroyan tunjuk diri memang takde adab dan benar ilmu2nya merosakkan nya. Suatu hari mereka akan tau juga....
Rawatan sekitar 5 minit sahaja. Mudah2an neneknya dan sakanya tau akibat kalau berurusan dgn orang cengei nih.