Pesakit adalah seorang wanita dan suaminya berhajat lama dah
nak datang untuk dapatkan rawatan dan tinggal di Langkawi. Sudah lebih 30
perawat katanya di kunjungi dan masalah gangguan dan kesihatan nya masih tak
berubah dan semakin kronik. Kesemua yang di kunjungi adalah Pusat Rawatan Darul-Darul
…..yang mengamalkan ruqyah. Pernah kesampaian ke tempat bomoh-bomoh tetapi bila
melihat permulaan yang mencurigakan, mereka tak jadi berubat.
Makluman berkenaan gangguan dan sakit yang di alami……….
·
kedua bahu, kawasan rahim, kedua tapak kaki
panas... kalau teruk tu hgga 1 badan panas. panas
seperti di salai...
·
tak boleh stress, akan panas bahu dan mudah
marah. kadang hingga 'lupa'...
·
solat 5 waktu, zikir harian, quran semua boleh.
tapi akan sakit di kawasan pinggang, peranakan... dan panas.
·
kerap mimpi terbang, ada juga mimpi bayi, dan yg
peliknya sorang lelaki yg kerap muncul dlm mimpi walhal kenal masa sekolah
rendah dan tak rapat pun...
·
bila 'lupa', akan cuba bunuh diri dgn cara jerut
leher, gantung diri, kelar dgn pisau.
·
cubaan membunuh sy pun ada sebab rasa benci,
marah dan dianggap pengacau (bila 'lupa')
skrg
kerap suka menyendiri...
·
hampir 10 tahun tiada zuriat. tiada nafsu
·
berpuluh perawat tapi belum Allah izin sembuh
Mereka membuat temujanji pada Selasa 3 Julai , 2018 (
Selasa malam) dan menempah tiket kapalterbang menuju KLIA.
Mereka datang seperti di janjikan bersama adik dan bapanya
yang turut menemani. Bapanya bertanyakan asal saya dan bila tahu saya orang
Kelantan, di tanyakan adakah kenal Jaafar Rawas, pengusaha terkenal di
Kelantan. Katanya , Jaafar Rawas adalah saudaranya dan kebetulan saya membuat
ibadat Haji pada tahun 2008 bersama anaknya iaitu Abdullah bin Jaafar,
Pengusaha Kedai Ubat-ubatan tradisional di Kota Bharu dan kami sama-sama
merawat jemaah-jemaah Haji semasa di Mina akibat keletihan dan kecederaan serta
sakit-sakit yang bermunculan kerana keadaan di sana .
Suami dan pesakit pula menceritakan keadaan mereka
sepertimana di atas dan saya berkata, kalau pesakit boleh berhadapan dengan saya
tanpa rasa takut dan boleh bertentangan mata maka ini menunjukkan tiada unsur-unsur
negative atau jin didalam badannya sekarang. Kata suami pesakit, semasa dalam
perjalanan dari Setapak ke kajang pun Allah SWT permudahkan, tiada halangan dan
gangguan.
Pesakit berbaring dan saya mulakan terapi Doa dan Zikir.
Tiada kesan ada nya jin buat masa itu dan saya teruskan dengan bacaan Surah Al
Mulk buat membersihkan segala kekotoran dan bekas-bekas jin di dalam
darahnya. Selesai dalam 10 minit tanpa
ada tindakbalas negatif dari pesakit.
Suami dan pesakit terus bercerita keadaan mereka. Kata si
pesakit, ia mula sakit gangguan ini 2 tahun sebelum berkahwin dan berterusan
semakin kronik selepas berkahwin. Mereka
mempunyai 3 kedai di langkawi dan gangguan ini menjejaskan perniagaan mereka yang
mana pesakit langsung tak boleh dengar pasal kedai apatah lagi untuk duduk di
kedainya.
Pesakit tiba-tiba mengadu kepanasan di bahagian rahimnya
, mencucuk di bahagian pinggangnya dan kepanasan di tapak kakinya. Dia
menyatakan nampak Sami berpakaian kuning sedang memerhatikannya. Kes ni lebih
kurang sama dengan kes Imam dari Sepang yg di sihir dengan patung dan di bakar
sehingga kepanasan seluruh tubuhnya.
Saya minta pesakit berbaring semula untuk di tarik segala
bisa-bisa yang menjalar, mungkin serangan dari Bomoh Siam yang sedang memantau
sihirnya dan pesakit. Saya meletakkan tapak tangan di bahagian rahim , pinggang
dan tapak kaki dengan niat menarik segala bisa-bisa….kemudian saya ke bahagian
kepala semula membaca Surah Yaasin di kepalanya.
Alhamdulillah berkurang sakitnya dan kata saya
insyaaAllah bisa-bisa keluar secara perlahan-lahan dan sakit beransur-ansur
hilang. Sebelum merawat semula tadi, saya minta pesakit bertawasul dengan saya
meminta pertolongan Ilahi agar serangan ini dapat di hentikan dengan segera.
Kalau kes Imam dahulu, dengan matabatinnya dia melihat Rohaniah saya pergi
bersamanya menyerang penyihir tersebut sehingga terduduk sipenyihir katanya.
Si suami menceritakan bahawa dia ada terbaca artikel saya
bagaimana murid saya samada menyebut nama saya dan tunjuk gambar saya yg
berserban jubah itu kepada pesakit dan jin-jin tersebut ketakutan dan menyerah
serta dengan serta-merta keluar dari tubuh pesakit. Lalu dia menggunakan kaedah yang sama.
Mula-mula di sebutnya nama saya, jin yg menguasai isterinya terdiam. Kemudian
di tunjukkan gambar saya, pesakit mula resah. Wataknya yg mula-mula kasar , “
aku engkau sahaja bahasanya” bertukar kepada lemah lembut merayu kepada
suaminya dengan baik. Di panggilnya “abang” dan berkata, “ tak payah la bang
kita jumpa dia”. Kata suaminya, “ sayang jangan fikir nak berubat, fikirkan
kita ke KL nak ke IKEA dan shopping complex yg besar di KL”. Akhirnya sampai
juga mereka ke Kajang dan perjalanan di KL ni tiada halangan langsung
nampaknya.
Biasa kes jin-jin siam atau sihir dari bomoh siam ni agak
menarik pertarungannya. Namun sejak akhir-akhir ini semenjak tai longnya yg
berusia hampir 1000 tahun yg sudah 2 kali berhadapan dengan saya dan tak mampu
bertarung mengeluarkan jurus-jurus dan mantera saktinya malah dengan kehairanan
merenung saya dan berkata…..” Sunan rupanya”.
Kes menjadi mudah dan cepat . Ada yg tak sampai 5 minit sedang sakitnya
dah 5 tahun.
Saya minta pesakit untuk datang membuat rawatan susulan
seandainya masih lama duduk di KL ni. Pesakit bersetuju untuk membuat follow-up
dalam 2 hari lagi. Pesakit bertanya “ada ustaz Darul-darul kata saka, betul ke ustaz? “ Tampor je muka
ustaz tu “ kataku. Scan ni keje jin kataku, nak berubat jgn minta di scan, takde manusia yg tahu perkara
di sebalik alam ghaib kecuali dikhabarkan oleh Jin-jin.
Berlepas diri dari perkara khurafat dan syirik. Gigit
sunnah kuat-kuat…..itulah “Cahaya orang-orang mukmin” yang mampu membakar
jin-jin , bukan dengan membaca mantera ruqyah sakti yg kononnya membakar
jin-jin sedang ia adalah helah dan tipu daya jin belaka.
Bagaimana Jin-jin mampu memeluk agama Islam kalau kitab
rujukan ( Al Quran) yg di bacanya boleh membakar dirinya???