Monday, July 16, 2018

6/7/2018 - Pesakit sihir ulangan dari Langkawi


Temujanji pada mlm ni di tepati. Mereka dtg hampir pukul 10 pm dan kelihatannya pesakit tidak begitu selesa dan ceria.

Katanya dlm perjalanan, badannya mula berbahang dan panas. 2 hari sebelumnya selepas rawatan pertama, boleh tidor lena dan panas walau masih ada tapi berkurangan. Fikirannya juga tidak kacau lagi, dpt la bercuti di KL dalam keadaan tenang.

Macam biasa pesakit berbaring dan saya berdoa dan bacakan Al Quran , surah Al Mulk dan As Sajdah kali ni. Pesakit menyatakan badannya makin panas dan berbahang seolah di panggang. Makin lama makin panas.
Saya terdiam seketika kerana makin berzikir dan membaca Al Quran, dia makin kepanasan. Sambil bertenang saya memberi tazkirah akan keyakinan dan tawakkal sungguh2 dlm berubat cara Sunnah ni. Jgn ada keraguan...tanam keyakinan agar berakar umbi.

Saya memberi contoh kisah seorang wali songo dan AbuNawas yg berkeyakinan bhw, "di mana ada air, pasti ada ikan". Bila sang Khalifah dan Sultan mengugut jika ikan takda dlm buah kelapa muda yg di potong, kepala mereka akan dipenggal. Sang Wali tetap utuh yakin tanpa sedikit pun keraguan. Bila kelapa terbelah dua, meloncat ikan dari dalam kelapa itu. Siapa Yg Berkuasa mendatangkan ikan didlm buah kelapa itu??? Bila engkau yakin bahawa DIA Maha Berkuasa dan Yg Maha Penyembuh, maka DIA akan zahirkan "KekuasaanNya" padamu.

Yg jadi masalah manusia tidak yakin pada kuasa Ketuhanan. Byk berhala dlm diri yg "memuja" pelbagai benda. Paling teruk ulama di "berhalakan". Al Quran dan Sunnah bukan lagi sandaran dan rujukan. Ulama la yg di sembah.

Pesakit kelihatan tunduk dan diam. Tiba-tiba ia bangun dan keluar dari bilik di ikuti oleh suaminya. Seketika kemudian saya pun keluar dan didapati pesakit melarikan diri dan di kejar suaminya.

Saya cari dan melihat si suami terbaring di jalan dan di duduki oleh isterinya yg sedang marah2.

" Aku dah cakap jangan datang sini...." tengking si pesakit. Suaminya kelihatan semput di tindih isterinya.
Saya dan adik pesakit diikuti pelajar saya dan suaminya mengangkat pesakit masuk semula kedlm bilik rawatan dan ketiga2 mereka memegang tangan dan kaki pesakit.

Saya menekan belakang telinga pesakit tanpa membaca apa-apa hanya mengingat Allah SWT dan mengharapkan bantuanNya.

Pesakit meraung kesakitan. " Benci betul aku dgn dia ni, dah lama aku duduk dlmnya nak bagi mati, tak mati2 lagi...." katanya.

" Misi dan matlamat engkau sudah gagal , kau balik aje lah" kataku.

" Mana boleh balik, nanti tuan aku bunuh aku pulak. Engkau pun sama, takde orang boleh kalahkan tuan aku. Esok2 engkau pun dibunuhnya" warning jin tu padaku.

" Sapa tuan engkau?" Tanyaku.

Aku terus menekan tanpa henti dan menangis pulak jin ni. " Engkau hanya tahu sakiti aku, tolongla keluarkan aku dari sini" katanya.

" Aku tak boleh pulang, nanti di bunuh tuanku"

" Engkau keluar aje dan ikut atok2 aku yg ada ni. Mereka akan jaga kamu selagi kamu insaf dan mahu bertaubat. Kamu faham....?" Dia diam dan mengangguk shj.

Saya niat tarik keluar...." tiada mantera khusus" hanya niat dan hantar ke tempat Sunan-sunan Wali. Pesakit kelihatan tenang dan merah mukanya. Saya buatkan air penawar utk di sapu mukanya dan minum.

Rawatan buang jin ni tak sampai 10 minit pun. Tak terdaya jin tu nak bertahan dgn pancaran Cahayaku yg membakarnya. Mantera dan jurusnya takde yg menjadi.

Suami pesakit ceritakan dlm keadaan mcm ni lah selalunya ia cuba bunuh diri samada dgn pisau atau gantung diri. Pesakit pulak cerita yg buat ia lari keluar sebab " rasa nak marah dan nak pukul saya" Jin masa tu masih 50-50 kata suaminya , tu yg ia lari. Bila dah jauh baru 100% pesakit di kontrol jin siam itu.

Tengok aje selepas ini jika si penyihir masih mahu memerangiku yakni si bomoh siam. Bouncer yg ni dah berlepas diri hehehe ... mudah2an kesengsaraan suami ini dah lebih 10 tahun berakhir di sini.

Aamiin Ya Robbal Aalamiin.