Wednesday, October 31, 2018

KEAJAIBAN KEMUKJIZATAN AL QURAN



























FITNAH DAJJAL VS NABI ISA


Kenapa Nabi Isa yg akan turun kembali dan membunuh dajjal ?

Apakah senjata dajjal dahulu, kini dan akan datang?

Jawapannya ada pada Penguasa Dunia masakini iaitu, Teknologi senjata moden dan perubatan. Mereka di takuti kerana kejahatan mereka membunuh manusia secara kejam dgn senjata moden spt senapang, bom dan senjata kimia.

Manakala pembunuhan secara senyap dan sembunyi ada lah melalui teknologi perubatan dan ubat2an kimia.
Sebelum hadirnya Imamul Mahdi, dunia di kejutkan dengan bala bencana seperti tsunami dan gempa. Dan akhirnya satu bencana akan turun yg akan memusnahkan seluruh sistem peradaban dunia, dimana elektrik tidak lagi dapat berfungsi dan dunia di dalam kegelapan serta sunyi tanpa segala peralatan eletronik seperti hp, tv, internet dan sebagainya.

Kenapa? Kerana kemajuan dan ketamadunan lah yg memusnahkan aqidah dan akhlak manusia dari zaman berzaman. Bermula dari zaman Nabi Nuh , Allah SWT telah tenggelamkan bumi kerana selama 1000 tahun baginda berdakwah, pengikutnya boleh dibilang dgn jari. Majoriti manusia zaman berzaman cenderung kpd kesesatan dan sejak zaman berzaman juga hanya golongan yg sedikit shj yg selamat.

Setiap 100 tahun juga Allah SWT angkat hamba2Nya sebagai Nabi utk refresh kembali ajaran Tauhid Tasauf Rasul2 Nya kerana setiap 700 tahun kemunculan setiap Rasul amat lama sehingga umat kembali rosak.

Malah yg merosakkan umat bukan manusia2 biasa/awam tetapi paderi/sami/ulama yg telah di amanahkan Rasul utk menjaga agama tetapi mereka sebaliknya merubah2 agama dgn menokok tambah demi kepentingan diri.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW , tiada lagi Nabi tetapi yg di utus setiap 100 tahun adalah ulama bertaraf mujaddid/ waliyullah yg di beri ilmu secara laduni dan karomah.

Nabi2 dan Rasul2 terdahulu pun bukan ahli akademik dan hulubalang perang tetapi bila mereka di lantik, mereka di ajar terus oleh Allah SWT ilmuNya dan di beri senjata mukjizat seperti tongkat bertukar menjadi ular naga, membelah laut , menyembuhkan orang sakit dan menghidupkan orang mati.

Perkara yg sama akan berulang bila mujaddid terakhir di munculkan. Beliau di bekalkan ilmu terus dariNya dipanggil Laduni dan senjata karomah yg dapat menundukkan segala jenis teknologi yg ada.

Ulama2 terkesima dan menolak kemunculan Imam Mahdi kerana IM bukan dari golongan mereka yg menuntut ilmu dengan cara belajar di pondok atau Universiti dan bersenjatakan karomah melawan syaitan manusia dan jin serta menyembuhkan penyakit dgn hanya kedua tangannya, tanpa ubat2an dan peralatan.
Ulama pewaris Nabi pastinya juga mewarisi kaedah yg di pelopori oleh Nabi dlm menguasai ilmu dan kemahiran tanpa belajar. Mereka di sucikan terlebih dahulu, agar jantung ( hati) mereka dapat menjadi wadah limpahan ilmu laduni terus dari langit.

Kerana itu mereka di jaga zahir dan batin akan kesucian diri. Mereka tidak di bawa kpd ilmu keduniaan tetapi mewarisi ilmu dari para Nabi dan Waliyullah terdahulu. Mereka di beri ilmu perang dan perubatan dan limpahan ilmu terus ke hati.

Hati ( jantung ) mereka juga adalah merupakan janakuasa utama yg dapat mengalirkan kuasa pemusnahan dan penyembuhan. Ini dapat di lihat apabila mereka berhadapan dgn jin2 sihir yg langsung tak dapat di kalahkan oleh jin2 kafir mahupun jin islam yg fasik dan kuasa penyembuhan penyakit dgn mengalirkannya melalui tapak tangan ke tempat yg sakit.

Hati mereka juga menjadi gedung ilmu yg di beri faham secara ilham laduni. Mereka adalah Al quran hidup yg berjalan di atas mukabumi.

Setelah dunia musnah oleh malapetaka yg bertimpa-timpa akibat kezaliman pemimpin munafik yg di nasihati ulama2 suuk...maka tiba lah masa Allah SWT memunculkan hamba pilihanNya sebagai pemimpin dunia yg diminta dan ditunggu sekelian umat manusia akibat tidak tahan dgn kerosakan yg telah berlaku.

Pemuda bani tamim, Imamul mahdi dan Nabi Isa adalah insan2 pilihan yg memakmurkan kembali bumi dgn ajaran Tauhid tasauf yg asal dan bekalan mukjizat dan karomah bg memperbaiki kembali kerosakan fizikal bumi dan batin manusia yg tercemar dgn kotoran mazmumah dan sumber2 haram yg bersarang di jantung( hati ).

Perang di zaman itu adalah perang dgn senjata kuno yg mana manusia bersenjatakan pedang dan panah manakala syaitan2 manusia dan jin menggunakan sihir.

Apakah senjata mukmin di masa itu. Orang islam shj pastinya membekal diri dgn silat dan pedang serta memanah manakala perubatan kembali kpd perubatan herba.

Manakala orang2 mukmin yg menyertai PBT dan IM bersenjatakan Al maunnah dlm peperangan melawan syaitan2 manusia dan jin dan penyembuhan tapak tangan dgn kemukjizatan Al quran dan Doa.

Masa semakin hampir. Tangan2 jahat telah mengangkat pemimpin2 yg zalim. Tangan2 baik juga byk mendokong teknoloji dajjal...

Kembali lah kpd Al Quran dan Sunnah. Gigit kuat2 jika mahu selamat dan bersama pemimpin pilihan Allah di akhir zaman ini.

LA ILAHA ILLALLAH. MUHAMMAD RASULULLAH.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Malaikat Jibril menjampi (membaca mantra) ketika Nabi Sakit





عَنْ عَائِشَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهَا قَالَتْ:
كَانَ إِذَا اشْتَكَى رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَقَاهُ جِبْرِيْلُ. قَالَ: بِاسْمِ اللهِ يُبْرِيْكَ. وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيْكَ. وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ. وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
Hadits riwayat ‘Aisyah Radhiyallahu’anha, Isteri Nabi Shallallahu alaihi wassalam , Sesungguhnya ia berjata: Apabila Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam sakit, malaikat Jibril menjampinya dengan membaca: “Dengan Nama Allah, Dia menyembuhkan engkau, menyembuhkan dari segala penyakit, dari bahaya orang dengki apabila mendengki dan dari setiap penyakit yang ditimbulkan pandangan mata.

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ؛ أَنَّ جِبْرِيْلَ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! اِشْتَكَيْتَ؟ فَقَالَ “نَعَمْ” قَالَ: بِاسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ. مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ. مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ حَاسِدٍ اَللهُ يَشْفِيْكَ. بِاسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Hadits riwayat Abu Sa’id Radhiyallahu’anhu, Sesungguhnya Malaikat Jibril mendatangi Nabi Shallallahu alaihi wassalam dan berkata : Hai Muhammad! Sakitkah engkau? Nabi menjawab: ”Ya”. Jibril mengucapkan: Dengan Nama Allah, saya menjampi engkau dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari bahaya segala jiwa dan mata yang dengki. Allah kiranya menyembuhkanmu. Dengan Nama Allah aku menjampimu.



Posted on September 20, 2010 by mromi
عَنْ عَائِشَةَ. قَالَتْ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا اشْتَكَى مِنَّا إِنْسَانٌ، مَسَحَهُ بِيَمِيْنِهِ. ثُمَّ قَالَ: أَذْهِبِ الْبَأْسَ. رَبَّ النَّاسِ. وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي. لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ. شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
فَلَمَّا مَرِضَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَثَقُلَ، أَخَذْتُ بِيَدِهِ ِلأَصْنَعُ بِهِ نَحْوَ مَا كَانَ يَصْنَعُ. فَاِنْتَزَعَ يَدَهُ مِنْ يَدَيَّ. ثُمَّ قَالَ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاجْعَلْنِي مَعَ الرَّفِيْقِ اْلأَعْلَى
قَالَتْ: فَذَهَبْتُ أَنْظُرُ، فَإِذَا هُوَ قَدْ قَضَى

Hadits riwayat Aisyah Radhiyallahu’anha, ia berkata:
 
Biasanya apabila ada seorang di antara kami menderita sakit, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam mengusapnya dengan tangan kanan beliau, kemudian beliau berdoa: Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia! Berilah kesembuhan karena Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan beliau untuk melakukan seperti yang biasa beliau lakukan. Namun beliau menarik tangan beliau dari tanganku kemudian berdoa: “Ya Allah! Ampunilah aku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A`la (Tuhan).” Aku bergegas untuk melihat, ternyata beliau telah wafat

Agar lebih jelas , do’anya ana tulis ulang
أَذْهِبِ الْبَأْسَ. رَبَّ النَّاسِ. وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي. لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ. شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Adz hibil ba’tsa robbannaasi  Wasyfi Antasysyaafiiy  Laa syifaa a illaa syifaa uka  Syifaa an laa yughoodiru saqoman
Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia! Berilah kesembuhan karena Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit

HAKEKAT WALI


Wali diambil dari lafal al-walayah yang merupakan lawan kata dari al-‘adawah. Adapun arti dari al-walayah adalah al-mahabbah (kecintaan) dan al-qorbu (kedekatan). Sedangkan arti al-‘adawah adalah al-bugdlu (kebencian) dan al-bu’du (kejauhan). Karenanya yang disebut wali Allah adalah orang yang dia mencintai Allah ‘azza wa jalla dan dekat dengan Allah ta’ala. Dan orang seperti ini harus memiliki sifat-sifat berikut :
Pertama : Dia harus ittiba’ (mengikuti) Nabi shallallahu ‘alihi wasallam, menjalankan perintah Nabi shallallahu ‘alihi wasallam dan menjauhi larangan-larangan beliau. Berdasarkan firman Allah ta’ala:

}قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ{ (آل عمران:31)
Katakanlah :”Jika kalian mencintai Allah maka ikutlah aku maka Allah akan mencintai kalian dan memaafkan kalian dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali Imron :31)

Ayat ini merupakan ayat ujian yang turun untuk menguji orang-orang yang mengaku mencintai Allah ta’ala (termasuk di dalamnya orang yang mengaku dia adalah wali Allah). Jika dia benar mengikuti Nabi shallallahu ‘alihi wasallam maka kecintaannya kepada Allah ta’ala adalah benar, dan jika tidak maka cintanya adalah dusta.

Kedua : Dia harus bersifat lembut kepada kaum muslimin dan keras kepada kaum kafir, dan berjihad di jalan Allah dan tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela, sesuai dengan firman Allah ta’ala:

}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ{ (المائدة:54)
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 5:54)

Hal ini sangatlah bertentangan dengan sifat sebagian orang yang mengaku dirinya wali, atau dianggap wali oleh masyarakat yang sifatnya sangat dekat dengan orang-orang kafir, bahkan mengagumi orang-orang kafir.
Ketiga : Dia harus bertaqwa dan beriman, yaitu beriman dengan hatinya dan bertaqwa dengan anggota tubuhnya, sesuai dengan firman Allah ta’ala:

}أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ{ (يونس:-6263)
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih (hati). (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus : 62,63)
Maka barangsiapa yang mengaku sebagai wali Allah namun tidak memiliki sifat-sifat ini maka dia adalah pendusta. (Al-Ushul As-Sittah hal 171,172)



Contoh Wali

Umar bin Al-Khottob radhiyallahu ‘anhu adalah contoh seorang wali Allah bahkan telah dijamin masuk surga. Umar telah mengumpulkan banyak keajaiban dan kehebatan. Rosulullah shallallahu ‘alihi wasallam bersabda tentangnya

قَدْ كَانَ فِيْمَا قَبْلَكُمْ مِنَ الأُمَمِ نَاسٌ مُحَدَّثُوْنَ فَإِنْ يَكُنْ مِنْ أُمَّتِيْ أَحَدٌ فَإِنَّهُ عُمَرُ
Pada umat-umat sebelum kalian ada orang-orang yang muhaddatsun (yang mendapatkan sejenis ilham dari Allah). Kalaupun ada di kalangan umatku satu orang, maka dia adalah Umar. (HR Al-Bukhari no 3469 dan Muslim no 2398)

Nabi juga bersabda :

إِنَّ اللهَ وَضَعَ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِ عُمَرَ يَقُوْلُ بِهِ
Sesungguhnya Allah meletakkan kebenaran pada lisan Umar yang ia mengucapkan kebenaran tersebut. (HR Abu Dawud no 2962 dishahihkan oleh syaikh Al-Albani)

لَوْ كَانَ نَبِيٌّ بَعْدِي لَكَانَ عُمَرَ
Kalaulah ada nabi setelahku maka dia adalah Umar. (HR At-Thirmidzi no 3686, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)

Hadits-hadits ini jelas menunjukkan bahwasanya Umar radhiyallahu ‘anhu adalah seorang wali Allah, bahkan beliau mendapatkan ilham dari Allah. Selain itu beliau pernah melakukan hal-hal yang ajaib sebagaimana beliau pernah mengutus sebuah pasukan dan beliau mengangkat seorang pemuda yang bernama Sariyah untuk memimpin pasukan tersebut. Tatkala Umar sedang berkhutbah di atas mimbar, beliau berteriak :”Wahai Sariyah, gunung !, wahai Sariyah, gunung !”. Lalu utusan pasukan tersebut menemui Umar dan berkata : “Wahai Amirul Mu’minin, kami bertemu musuh, tiba-tiba ada suara teriakan :”Wahai Sariyah, gunung!”, lalu kami menyandarkan punggung-punggung kami ke gunung kemudian Allah memenangkan kami”. (HR Bukhori no 3198, dan Muslim no 1610)

Beliau juga sangat ditakuti oleh Syaitan sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alihi wasallam kepada Umar,

يَا بْنَ الْخَطَّاب وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ قَطْ سَالِكًا فَجًّا إِلاَّ سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ
“Wahai Ibnul Khotthob, -demi Yang jiwaku berada di tanganNya- tidaklah syaitan bertemu dengan engkau di jalan manapun kecuali ia mencari jalan yang lain” (HR Al-Bukhari III/1199 no 3120, III/1347 no 3480, V/2259 no 5735, Muslim IV/1863 no 2396)

Namun hal ini tidak menunjukkan bahwa Umar radhiyallahu ‘anhu harus ma’sum (terjaga dari kesalahan). Kesalahan yang pernah beliau lakukan diantaranya:

1. Tatkala Nabi shallallahu ‘alihi wasallam berumroh pada tahun ke enam Hijroh bersama sekitar 1400 kaum muslimin –mereka itu adalah yang berbai’at di bawah pohon- dan Nabi shallallahu ‘alihi wasallam telah mengadakan perjanjian damai (perjanjian Hudaibiyah) dengan kaum musyrikin setelah melalui perundingan dengan kaum musyrikin. Keputusan perundingan tersebut adalah Nabi shallallahu ‘alihi wasallam dan kaum mukminin kembali ke Madinah pada tahun ini dan akan berumroh pada tahun yang akan datang. Dan Nabi shallallahu ‘alihi wasallam memberi beberapa syarat terhadap mereka yang dalam syarat-syarat tersebut ada tekanan kepada kaum muslimin secara dzohir, sehingga hal itu memberatkan kebanyakan kaum muslimin, sedangkan Allah dan Rosul-Nya lebih mengetahui dengan maslahat yang ada di balik itu. Umar radhiyallahu ‘anhu termasuk orang yang tidak setuju dengan hal itu, lalu berkata kepada Nabi shallallahu ‘alihi wasallam :”Wahai Rosulullah, bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas kebatilan ?”, maka Nabi shallallahu ‘alihi wasallam menjawab :”Benar”, lalu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata lagi :”Bukankah orang-orang yang terbunuh diantara kita masuk ke dalam surga dan orang-orang yang terbunuh di antara mereka masuk ke dalam neraka?”, Nabi shallallahu ‘alihi wasallam menjawab :”Benar”. Umar radhiyallahu ‘anhu berkata :”Kenapa kita bersikap merendah pada agama kita?”, Nabi berkata :”Aku adalah Rosulullah dan Allah adalah penolongku dan aku bukanlah orang yang bermaksiat kepadanya.”, Umar radhiyallahu ‘anhu berkata :”Bukankah engkau berkata kepada kami bahwa kita akan mendatangi baitulloh dan berthowaf ?”, Nabi berkata :”Benar”. Nabi shallallahu ‘alihi wasallam berkata lagi:”Apakah aku mengatakan kepadamu sesungguhnya engkau akan mendatanginya pada tahun ini?”, Umar radhiyallahu ‘anhu berkata :”Tidak”, Nabi shallallahu ‘alihi wasallam berkata :”Sesungguhnya engkau akan mendatanginya dan berthowaf.”

Umar pun mendatangi Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu dan berkata kepadanya sebagaimana perkataannya kepada Rosulullah. Dan Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu pun menjawab sebagaimana jawaban Rosulullah shallallahu ‘alihi wasallam, padahal dia tidak mendengar jawaban Rosulullah shallallahu ‘alihi wasallam (kepada Umar). Dan Abu Bakar shallallahu ‘alihi wasallam adalah orang yang lebih sering sesuai dengan Allah dan Rosul-Nya dari pada Umar radhiyallahu ‘anhu, dan Umar radhiyallahu ‘anhu mengakui kesalahannya dan berkata :”Aku benar-benar akan mengamalkannya” (HR Bukhori no 2732, 2732)

2. Ketika Nabi shallallahu ‘alihi wasallam wafat, Umar mengingkari kematian Nabi shallallahu ‘alihi wasallam. Namun tatkala Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu berkata :”Sesungguhnya dia telah wafat”, maka Umar radhiyallahu ‘anhu pun menerimanya. (HR Bukhori no 1241, 1242)

3. Ketika Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu memerangi orang-orang yang enggan membayar zakat, maka Umar radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu :”Bagaimana bisa kita memerangi manusia, sedangkan Rosulullah bersabda :”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku adalah Rosulullah. Apabila mereka mengakui hal ini maka terjagalah darah-darah dan harta-harta mereka, kecuali dengan haknya””, maka Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu berkata :”Bukankah Rosulullah shallallahu ‘alihi wasallam bersabda “kecuali dengan haknya”?, sesungguhnya zakat termasuk haknya. Demi Allah kalau mereka itu menolak untuk membayar zakat kepadaku yang mereka membayarnya kepada Rosulullah maka aku akan memerangi mereka karena ketidakmauan mereka”. Berkata Umar radhiyallahu ‘anhu :”Demi Allah tidaklah ada, kecuali aku melihat Allah telah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi (orang-orang yang enggan membayar zakat), maka aku mengetahui bahwasanya dia adalah benar” (HR Bukhori no 1399-1400)


Faidah yang bisa diambil dari pemaparan ini adalah (lihat : Al-Furqon hal 85-88):
a. Seorang wali tidak ma’sum, bisa berbuat salah, bahkan berkali-kali sebagaimana Umar yang salah berkali-kali.
b. Seorang wali bisa memiliki karomah sebagaimana Umar yang mendapat ilham dari Allah ‘azza wajalla.
c. Tidak berarti seseorang yang mendapat karomah berarti lebih mulia daripada wali Allah yang tidak ada karomahnya. Sebagaimana Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu jelas lebih mulia daripada Umar radhiyallahu ‘anhu, namun dia tidak mendapatkan ilham dari Allah ‘azza wajalla dan tidak memiliki karomah-karomah sebagaimana yang dimiliki oleh Umar.

Berkata Ibnu Taimyah, ((Dan termasuk perkara yang perlu untuk diketahui bahwasanya karomah terkadang sesuai dengan kebutuhan seseorang. Jika seorang yang lemah imannya membutuhkan karomah atau orang yang butuh maka Allah memberikannya karomah untuk manguatkan imannya dan memenuhi kebutuhannya. Sehingga orang yang kewaliannya lebih sempurna tidak butuh kepada karomah tersebut, maka tidaklah datang kepadanya seperti karomah tersebut karena derajatnya yang tinggi. Dan tidak butuhnya ia kepada karomah tersebut bukan karena derajat kewaliannya yang kurang. Oleh karena itu munculnya karomah lebih banyak terjadi di generasi tabiin dari pada para sahabat. Berbeda dengan kejadian luar biasa yang terjadi melalui tangan-tangan para nabi untuk memberi petunjuk kepada manusia dan kebutuhan manusia…))

d. Seorang wali tetap harus melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah ‘azza wajalla dan Rosul-Nya dan menjauhi larangan-larangan Allah ‘azza wajalla dan Rosul-Nya. Sebagaimana Umar radhiyallahu ‘anhu yang tetap melaksanakan perintah Allah ‘azza wajalla dan RasulNya

e. Walaupun seorang wali, tapi perkataan dan perbuatannya harus ditimbang dengan Al-Kitab dan Sunnah Nabi shallallahu ‘alihi wasallam yang ma’sum. Sebagaimana ucapan Umar radhiyallahu ‘anhu dikembalikan (ditimbang) oleh Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu dengan Sunnah Nabi.

f. Seorang wali yang telah jelas bahwasanya perkataan atau perbuatannya menyelisihi Sunnah Nabi, maka dia harus kembali kepada kebenaran. Dan dia tidak menentangnya. Sebagaimana Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak membantah Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu dengan berkata :”Tapi saya kan wali, saya kan mendapat ilham dari Allah, saya kan dijamin masuk surga, dan kalian harus menerima perkataan saya”

g. Seorang wali harus mematuhi syari’at Muhammad shallallahu ‘alihi wasallam. Para Nabi saja kalau hidup sekarang harus mengikuti syari’at Muhammad shallallahu ‘alihi wasallam apalagi para wali. Karena jelas para Nabi lebih bertaqwa daripada para wali dari selain Nabi.

h. Seorang wali tidak boleh menyombongkan dirinya dengan mengaku-ngaku bahwa dia adalah wali sebagaimana yang dilakukan oleh Ahlul kitab yang mereka mengaku bahwa mereka adalah wali-wali Allah. Allah berfirman :

}فَلاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى{
Dan janganlah kalian menyatakan diri-diri kalian suci. Dia (Allah) yang lebih mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (An-Najm : 32 )

Orang yang mengaku dirinya adalah wali maka dia telah berbuat maksiat kepada Allah ‘azza wajalla karena telah melanggar larangan Allah ‘azza wajalla ini. Dan orang yang bermaksiat tidak pantas disebut wali Allah. (Syarah Al-Ushul As-Sittah hal 170)

i. Dan juga bukan termasuk syarat sebagai wali Allah yaitu dia harus memiliki karomah. Namun karomah merupakan tambahan kenikmatan yang Allah berikan kepada siapa saja yang Ia kehendaki dari kalangan para wali-Nya.

j. Wali-wali Allah tidak memiliki ciri-ciri yang khusus pada perkara-perkara mubah yang bisa membedakannya dengan manusia yang lain. Pakaiannya sama, rambutnya sama, dan yang lainnya juga sama. Ciri-ciri wali tidaklah kembali pada perkara-perkara dunia, namun ciri-ciri wali kembali pada perkara-perkara akhirat. Oleh karena itu jelas merupakan kesalahan jika sebagian orang menyangka bahwa ahlu suffah telah mencapai derajat kewalian karena sekedar sifat mereka yang miskin dan kumuh, demikian juga sebagian orang yang menyangka bahwa ciri-ciri wali adalah orang yang memakai sorban, atau memakai tongkat, atau membawa selendang hijau, atau ciri-ciri yang lainnya.

Sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i dan juga dinyatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar bahwasanya keajaiban dan keluarbiasaan juga ternyata bisa dilakukan oleh orang yang berada diatas kebatilan, seperti penyihir, dukun, maupun pendeta. Tentunya kesaktian yang mereka miliki adalah berkat bantuan teman-teman mereka dari kalangan jin dan syaitan, atau istidroj dari Allah. Karenanya perlu kita untuk mengetahui perbedaan antara karomah wali dan tipuan kesaktian/tipuan syaitan.


Diantara perbedaannya adalah :

1. Bahwa karomah para wali disebabkan oleh keimanan dan ketaqwaan. Sedangkan keajaiban dan keluarbiasaan lain yang merupakan bantuan syaithon disebabkan oleh hal-hal yang merupakan larangan Allah ‘azza wajalla dan Rosulullah. Jadi apabila di dalamnya mengandung unsur-unsur yang disenangi oleh syaithon, baik itu kemusyrikan, kedzoliman, kemaksiatan (seperti musik) atau kebid’ahan, maka jelas yang terjadi pasti bukan karomah.

2. Karomah tidak bisa dibatalkan dengan bacaan-bacaan apa saja dan tidak bisa dilawan. Sedangkan kejadian-kejadian luar biasa lain yang merupakan bantuan syaithon bisa dibatalkan dengan bacaan-bacaan ayat-ayat Allah seperti ayat kursi dan lain-lain.

3. Karomah tidak bisa dipelajari sehingga menjadi suatu ilmu kedigdayaan yang baku. Sedangkan kejadian-kejadian luar biasa yang berasal dari syaithon bisa dipelajari. Sebagaimana karomah-karomah yang telah dimiliki oleh para salaf, tidak ada satu atsarpun yang menunjukkan bahwa mereka pernah mengajarkan karomah mereka kepada orang lain. Sebagaimana Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah mengajarkan karomahnya kepada orang lain, kerena memang tidak bisa diajarkan, akan tetapi murni anugerah dari Allah semata.

Dari sini kita paham bahwasanya hukum tenaga dalam, jika diatasnamakan Islam (biasanya dicampur dengan dzikir-dzikir asma Allah) maka adalah harom. Karena tenaga dalam biasanya menjadi ilmu yang baku dan bisa dipelajari. Dan tidak ada dalil sama sekali bahwa dengan bacaan-bacaan disertai gerakan-gerakan khusus yang mereka lakukan bisa mengahasilkan tenaga dalam.

Selain itu praktek-praktek latihan tenaga dalam yang ada menyelisihi syari’at diantaranya :

a. Latihannya harus menggunakan emosi, padahal Rosulullah shallallahu ‘alihi wasallam telah melarang seseorang untuk emosi, beliau bersabda :
لاَ تَغْضَبْ
“Janganlah engkau marah”

Rahasia mereka (yang latihan tenaga dalam) harus marah sebab dengan marah tersebut syaithon bisa masuk dalam tubuh mereka sehingga bisa memberi kekuatan untuk tenaga dalam mereka. Sebagaimana sabda Rosulullah :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ بَنِي آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
Sesungguhnya syaithon mengalir dalam tubuh manusia sebagaimana aliran darah. (Riwayat Bukhori)

b. Ketika latihan, mereka sering tidak sadar, terutama ketika sedang memprkatekkan jurus mereka. Hal ini sama saja dengan sengaja membuat diri menjadi tidak sadar (alias mabuk), dan hal ini tidak boleh dalam Islam, sebab Islam menganjurkan kita untuk senantiasa menjaga akal kita sehingga bisa senantiasa berdzikir kepada Allah.

c. Kadang disertai dengan puasa mutih (tidak boleh makan kecuali yang putih-putih), yang ini tidak ada syari’atnya dalam Islam. Atau untuk menjaga ilmunya dia harus menghindari pantangan-pantangan tertentu yang sebenarnya hal itu dihalalkan baginya sebelum dia memiliki ilmu tenaga dalam tersebut. Dan ini berarti mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.

Adapun jika tenaga dalam tersebut murni hasil latihan tanpa disertai ritual yang bermacam-macam, dan jika memang bisa menghasilkan tenaga dalam maka hal ini tentunya tidak mengapa, dan dia bukan termasuk karomat wali karena orang kafirpun bisa melakukannya.

4. Karomah pada umumnya tidak bisa dilakukan terus menerus, tetapi terjadi sesuai kehendak Allah bukan berdasarkan kehendak Wali yang mendapatkan karomah tersebut.


Ahlus Sunnah wal Jamaa’ah mengakui adanya karomah, tidak sebagaimana mu’tazilah yang mengingkari karomah dan berkata :”Kalau kita mengakui karomah, maka akan sama wali dengan Nabi”, karena meskipun mukjizat dan karomat sama-sama merupakan perkara yang ajaib dan luar biasa akan tetapi ada perbedaan antara mukjizat dengan karomah.

Perbedaannya :
– Mu’jizat hanya berlaku pada para nabi dan rosul, adapun karomah pada para wali. Mu’jizat diperoleh dengan kenabian, adapun karomah diperoleh dengan ketaqwaan. Karenanya pemilik karomah tidak pernah mengaku sebagai nabi, berbeda dengan pemilik mukjizat ia mempropagandakan kenabiannya
– Karomah kedudukannya lebih rendah daripada mu’jizat, karena tidaklah seorang wali memiliki karomah kecuali karena ia telah mengikuti Nabinya sang pemilik mukjizat.
– Akibat dari mu’jizat adalah baik, adapun efek samping dari karomah belum tentu. Karena bisa jadi seseorang mendapatkan karomah lalu semakin rendah derjatnya karena dia menggunakan karomahnya untuk bermaksiat kepada Allah. (Misalnya dia sombong dengan karomah yang pernah dia alami, atau dia merasa telah bertaqwa dan yakin masuk surga dengan karomahnya itu). Contohnya yang terjadi pada Bal’aam bin Ba’uuroo. Beliau termasuk ahli ibadah di zaman bani Israil. Ia memiliki karomat, tidaklah ia meminta sesuatu kepada Allah kecuali Allah mengabulkannya. Maka kaumnyapun mendatanginya dan memintanya agar berdoa keburukan atas nabi Musa dan kaumnya. Maka setelah kaumnya merayu-rayunya dan memaksanya akhirnya iapun memenuhi permintaan kaumnya maka Allahpun mencabut karomahnya tersebut (Lihat Ad-Dur Al-Mantsur III/610 tafsir surat Al-A’rof ayat 175).
– Pemilik mu’jizat (yaitu para Nabi dan Rosul) menantang orang-orang yang menyelisihinya, adapun pemilik karomah tidak demikian

Kekuatan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran



Kekuatan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran

Oleh: Abdul Daem Al-Kaheel, www.kaheel7.com
Diterjemahkan oleh : Admin isuhangat.net

Allah SWT berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
Al-Isra:82

Tujuan Eksperimen
Eksperimen ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan selama lebih dari tiga tahun melalui research, pelajaran, dan eksperimen yang dimaksudkan untuk menetapkan dasar ilmiah pengubatan melalui Al-Quran, serta membuktikan adanya mukjizat baru dalam Al-Qur’an yang saya sebut dengan:
“Kekuatan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran”. Juga bertujuan untuk mencari jenis ubat terbaru yang saya namakan dengan:
“Perubatan Informasi”.

Mengenai Penulis
 


Ir. Abdel Daem Al-Kaheel adalah seorang saintis, da’i dan orang yang menemui sistem angka tujuh dalam Al-Qur’an Al-Karim, beliau juga adalah seorang pengarang lebih dari dua puluh buku dan booklet tentang tiga puluh mukjizat Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabawiyah.

Dia dilahirkan di kota Homs, Suriah pada tahun 1966 dan hafal Al-Quran dan memiliki cara kreatif dalam menghafal Al-Quran, dan banyak menghadirkan visi ilmiah terbaru untuk pengubatan Al-Qur’an.

Apakah perubatan dengan Al-Quran dibenarkan? 
 
Perubatan menggunakan Al-Quran adalah seratus persen dibenarkan, kerana dengan yakin telah terbukti pada diri saya bahwa Al Qur’an adalah ubat yang mampu menyembuhkan segala penyakit samada fizikal dan psikologi, penyakit gila, kejang, bisikan, iri hati, sihir dan sebagainya.
Jadi mari kita mulai bekerja sama untuk meletakkan dasar-dasar ilmiah dari berbagai jenis pengubatan yang paling banyak memberikan kekuatan yang efektif dan mudah, sehingga memungkinkan kita mampu meyakinkan para doktor tentang manfaat pengubatan yang mengkagumkan ini! Dan kami ingatkan bahwa sumber-sumber kajian ini terdiri dari 27 rujukan antarabangsa yang dipercayai.

Atom adalah struktur asas alam semesta 
 

Ketika kita melihat akan alam semesta maka akan ditemui bahawa alam terdiri dari jutaan atom dan setiap atom berada dalam keadaan bergerak tiada henti.


Semuanya terdapat dalam otak 

 

Di dalam otak terdapat lebih dari satu juta juta sel, setiap sel adalah ibarat komputer yang rumit bekerja dalam koordinasi dengan seluruh sel dan tanpa henti.

Gelombang elektromagnetik bersumber dari otak


 
Para saintis baru-baru ini menemui bahawa sel-sel otak bergetar dan mengirimkan gelombang elektrik dan magnet, yang mencerminkan aktiviti otak pada manusia. Jadi sel-sel otak selalu bergetar dan selalu dipengaruhi oleh getaran walau apapun bentuknya.

Tubuh adalah terdiri dari sel-sel


Seluruh sel-sel dalam tubuh juga tanpa terkecuali mengalami getaran, dan seterusnya akan memberikan pengaruh pada segala jenis getaran; mekanik, elektrik dan magnetik.

Terapi dengan suara
 
Baru-baru ini muncul pelbagai cara alternatif untuk melakukan terapi dan pengubatan, iaitu terapi melalui suara. Dan para pengkaji telah menemui bahawa suara manusia memiliki kemampuan penyembuhan yang luar biasa terhadap berbagai penyakit, seperti kanser.

Namun pertanyaannya adalah:
Bagaimana suara dapat memberikan penyembuhan, dan apakah semua suara dapat memberikan penyembuhan?

Neuron akan bergetar kerana kesan suara

 

Dalam Al Qur’an menyebutkan bahawa pendengaran adalah lebih awal sebelum penglihatan, dan ini merupakan menunjukkan betapa pentingnya kesan suara dalam penyembuhan!



Suara merupakan gelombang yang tersebar di udara 
 

Suara bergerak di udara dengan kecepatan 340 meter sesaat, getaran yang berasal dari tenggorok dan menyebar melalui udara sehingga mencapai telinga pendengaran, dan kemudian berpindah melalui telinga ke seluruh bahagian tubuh.

Mekanisme pendengaran pada manusia

Bahawa telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota tubuh, kerana itu setiap suara akan berpindah dan melintasi ke seluruh bagian tubuh dan mempengaruhinya.

Semua sel-sel tubuh dipengaruhi oleh frekuensi akustik (bunyi)


 


Telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota , kerana itulah patut diberi tahu bahawa tubuh selalu berpindah ke seluruh bagian tubuh dan memberikan pengatuh atasnya.



Setiap gelombang suara akan mempengaruhi sel


Sel tubuh selalu dipengaruhi oleh volume suara, dan memberikan tanggapan atas setiap suara dan mengubah cara getarannya, dengan kata lain suara akan melakukan perubahan gerakan mekanisme , dan menjadi lebih tahan terhadap virus ketika dipengaruhi oleh adanya frekuensi tertentu.

Percubaan ilmiah
Sekumpulan saintis selama lebih dari setengah abad melakukan ujikaji terhadap kesan suara pada sel manusia yang sihat dan sakit, dan mereka menyimpulkan bahawa beberapa frekuensi suara dapat mempengaruhi sel-sel kanser lalu meledakkannya, dan pada masa yang sama memberikan pengaruh pada sel-sel sihat dan meningkatkan aktivitinya!

Sel Kanser diaktifkan oleh adanya suara tertentu


  Frekuensi suara mempengaruhi medan elektromagnetik sel


Sebuah gambaran nyata dari sebuah sel yang terhasil oleh kata-kata tertentu dan menyebabkan penyebaran ke medan elektromagnetik di sekitarnya, sehingga menjadi lebih aktif daripada sebelumnya!
Sel darah juga dipengaruhi oleh suara manusia dan mengubah medan elektromagnetik di sekitarnya, dan pada frekuensi tertentu akan mengaktifkan sel ini.



Bentuk Sel-sel darah semasa dirakam dengan menggunakan kamera Carlean, dan kelihatab lingkaran dengan bentuk suara disekitarnya.
 



 
Eksperimen ini menunjukkan bahawa ketika kita mendengarkan satu perkataan (firman Allah) sel-sel darah memberikan kekebalan dan memberikan pengaruh dan ketika mendapatkan beberapa kata (ayat-ayat) tertentu maka akan lebih banyak aktif dan tahan terhadap penyakit, dan telah dibuktikan bahawa suara pesakit sendiri adalah yang paling banyak memberikan pengaruh!

Beberapa informasi penyembuhan

Setiap ayat Al-Quran pada hakikatnya memiliki informasi penyembuhan spesifik pada penyakit tertentu, dan untuk menjamin pemindahan informasi ini ke berbagai sel-sel tubuh untuk menjadi perantara, dan media terbaik untuk itu adalah air, madu dan minyak zaitun, semuanya merupakan media yang diberkahi, sebagaimana Allah telah memberikan informasi khusus tentang penyembuhan, namun jika kita cari dengan suara AlQuran, maka tingkat tenaga akan bertambah dan menyimpan informasi pemulihan lalu mentransfernya ke sel-sel tubuh, dan ini yang akan meningkatkan kemungkinan penyembuhan, Insya Allah.

Kristal air dipengaruhi oleh suara



Air memiliki kemampuan luar biasa untuk menyimpan suara dan mentransfernya ke sel-sel tubuh, dan kita ingat bahawa tubuh manusia mengandung 70 persen air! Jadi dengan membaca Al-Quran maka akan meningkatkan tenaga air dan memberikan kemampuan untuk menyembuhkan, serta mampu mentransfer informasi yang dibawa oleh ayat-ayat Al Qur’an untuk setiap sel tubuh!

 Minyak zaitun dan madu dipengaruhi oleh suara!



Ketika membaca ayat-ayat Al Qur’an pada madu atau minyak zaitun, maka tenaga akan naik, dan akan memberikan pengaruh penyembuhan secara signifikan, sehingga meningkatkan efektif dalam penyembuhan! Dua jenis benda tadi pada khususnya mampu mentransfer informasi penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Qur’an ke dalam sel-sel tubuh.

Bagaimana Penyakit Terjadi

Telah jelas bagi saya melalui penelitian yang panjang, dan mempelajari secara detail tentang ayat-ayat Al-Quran yang memiliki ragam yang bermacam-macam dan banyak aspeknya pada satu penyakit!! Setiap sel Allah memberikan di dalamnya program yang selalu mengalir sepanjang hidupnya, dan program ini merupakan kumpulan informasi, dan ketika hadir berbagai informasi terhadap sel dari luar melalui virus atau lainnya, program ini akan terpengaruh secara negatif atau positif, jadi adakah sesuatu yang terjadi terhadap program yang muncul pada kita dalam bentuk penyakit.

 Kod DNA juga merupakan informasi



Dalam setiap sel ada informasi memiliki kod DNA dan setiap kaset berisi lebih dari 3,000 million informasi!!

Virus adalah sebagian dari informasi!
 


Virus adalah sebahagian dari kumpulan informasi yang diciptakan Allah untuk melaksanakan tugas tertentu, dalam setiap program virus memiliki program yang memberikan pengaruh terhadap sel-sel tertentu.

 Virus menyerang sel otak yang sihat


Ketika virus menyerang sel, maka akan masuk padanya program yang terletak di dalamnya, lalu memberikan program sel yang sihat dan terjadilah ketidakseimbangan, dengan cara memanfaatkan sel-sel ini menyalin dari virus ini dalam jumlah besar.

Sel dapat dipecahkan karena banyaknya virus yang terdapat di dalamnya


Setelah virus bertambah banyak di dalam sel, pasti sel akan menggunakan program dan perantinya untuk membuat salinan darinya, dan sel tersebut akan memecahkan (melepaskan) ribuan virus, yang pada gilirannya masuk ke dalam sel lain yang sihat dan melakukan pekerjaan yang sama.

 Mekanisme kerja virus



Virus tidak memiliki senjata apapun, semua yang ada terakam pada programnya hanya berbagai informasi saja, jadi pertempuran tersebut adalah “perang informasi” dan inilah idea terapi dengan Al-Qur’an karena Al-Quran memiliki informasi yang berlawanan dengan kerosakan yang dialami oleh sel yang sihat.

 Peralatan scan otak yang menggunakan suara fungsi magnetik



Alat ini digunakan untuk memantau operasi yang dilakukan dalam otak, para saintis telah menemui bahawa otak pada keadaan terbaiknya secara natural iaitu semasa manusia memiliki kejujuran, dan tidak melakukan kesalahan, dan tidak melakukan perbuatan buruk, sehingga mereka berkata: bahawa otak diprogram untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik atau fitrah yang bersih.

Allah berfirman: ” fitrah Allahyang telah diberikan kepada manusia atasnya”.
 
 
Para saintis menegaskan bahwa otak diprogram pada akal yang sihat dan bersih.

Al-Qur’an melakukan re-program pada sel-sel otak



Bahawa pencipta penyakit adalah pencipta manusia, oleh kerana itu Allah menitipkan dalam ayat-ayat kitab-Nya akan informasi yang tersembunyi yang kita tidak sedari akan perkara itu, namun memberikan pengaruh pada penyakit bagaimanapun bentuknya dan menghapusnya, insya Allah!
Perkara tersebut terjadi melalui pemulihan keseimbangan pada sel-sel yang melanda ketempangan, seperti yang kami sampaikan bahawa setiap penyakit adalah suatu kelainan yang mempengaruhi program khusus dari sel, menurut jenis penyakit.

 Al-Quran mengurai sistem kekebalan pada tubuh


Sistem kekebalan tubuh juga merupakan program, dan ketika virus masuk misalnya, maka mempengaruhi program ini dan menjadikan ia rosak, ketika kita membaca ayat-ayat tertentu maka suara yang masuk ke dalam sel-sel tubuh melakukan ‘reprograming’ sel kekebalan dengan informasi yang dibawa oleh suara Al-Quran, dan menjadi lebih mampu membezakan dan menghilangkan penyakit. Dengan demikian terjadilah penyembuhan dengan menggunakan ayat Al-Quran!


Kekuatan perubatan pada ayat-ayat Al-Quran

Al-Qur’an memiliki kesan yang luar biasa pada berbagai penyakit oleh kerana:

- Kesan dari keselarasan sempurna dalam pengulangan kata dan huruf.
- Kesan irama yang seimbang terhadap ayat-ayat Al-Qur’an.
- Kesan dari informasi yang dilakukan oleh masing-masing ayat.
- Allah SWT yang mencipta penyakit adalah yang menurunkan Al-Quran.
- Kerana Allah telah menyampaikan kepada kita bahawa Al-Qur’an penyembuh.

Jadi apa yang dimaksud dengan perubatan informasi ?

Perubatan Informasi adalah ilmu baru yang cuba kami temukan dalam Al-Quran Al-Karim, dan segala ilmu pengetahuan akan berubah menjadi informasi: Seluruh penyakit adalah informasi, dan dalam setiap sel adalah informasi yang spesifik, dalam air adalah informasi yang dititipkan oleh Allah, dan pada setiap tanaman juga ada informasi, begitu pula pada setiap benda yang diciptakan Allah juga terdapat di dalamnya informasi, dan semua informasi ini berjalan dengan sistem yang sempurna dan baik seperti program komputer universal. Dan pada dasar ini bahwa penyembuhan dapat terjadi setelah tahu jenis ketidakseimbangan yang menimpa informasi sel-sel dari segala jenis penyakit, dan pencarian informasi yang tepat tentang alam, iaitu pencarian ubat. Dan dalam pandangan ini dapat disedari bahawa setiap penyakit memiliki ubat, dan inilah yang telah oleh nabi besar kita Muhammad saw semasa bersabda:
ما أنزل الله من داء إلا وأنزل معه الدواء
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya” , yang tentu saja, kecuali mati, ia memiliki informasi, kerana itu merupakan satu kepastian yang tidak dapat dicegah.

 
Hasil kajian dan cadangan

- Mengembangkan asas ilmiah untuk terapi Al-Quran.
- Keperluan untuk melakukan eksperimen ilmiah pada pengaruh ayat-ayat tertentu.
- Bukti mukjizat Al-Quran dalam ilmu perubatan (kekuatan perubatan dari ayat-ayat).
- Perubatan dengan Al- Qur’an seluruh penyakit fizikal dan mental.
- Menegaskan akan pentingnya pengubatan diri, iaitu melakukan pengubatan sendiri dengan cara membaca ayat-ayat penyembuhan yang berfungsi untuk menyembuhkan penyakitnya.

Pentingnya membaca ayat-ayat Al-Quran melalui air, minyak zaitun, madu dan minyak herba dan kemudian disapukan kepada pesakit.

Semua penyakit merupakan informasi dan pengubatan yang sempurna melalui informasi, dan dengan ini kita telah menemui ubat baru yang saya sebut “pengubatan informasi”.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus:57)