Entah tiba2 katanya bekas suami datang pada siangnya dan begitu baik sekali sikapnya dtg menyantuni bekas isteri dan anak2nya.
Wanita ini meminta izin saya utk membawa bekas suaminya bersama. Semasa berhubung dan mengirim gambar beliau, anak2 dan bekas suaminya, saya melihat kegembiraan yg terjalin namun ada pihak ke 3 yg mahu merampas bekas suaminya dan menyihirnya.
Beliau bukan sahaja di ceraikan malah turut di halau mertuanya. Beliau pelik dgn perubahan sikap mereka yg berlaku tiba2. Dan perubahan ini mendatangkan syak kerana bekas suaminya pula bersama wanita lain dan ingin mengahwininya.
Malam mereka datang, keluarga saya sedang sibuk menyiapkan persediaan utk memasak esoknya sempena aqiqah cucu kedua. Jadi ramai menyaksikan proses rawatan kerana ruang begitu luas diluar dan terbahagi dua.
Selepas 5 minit terapi di ubun2...pedakit mula gelisah dan mengeluh. Tanda2 jin mula bangkit. Saya terus menekan point penting di kepalanya.
Pesakit meraung kesakitan....menangis menanggung sakit. Tidak ganas tapi ibarat pesalah di ikat di kerusi dan di alirkan tenaga elektrik. Menggelupur menanggung sakit.
Berbeza dgn ruqyah massal, beberapa pesakit kesurupan dan semakin ganas dan kuat. Perlu beberapa orang utk memegang jika tidak peruqyah jadi punching bag kerana jin2 marah menyerunya datang😆😉.
Perawat ruqyah perlu gang utk pegang dan belasah jin2 yg di pegang ramai2. Dengan saya seorang diri , pesakit tak perlu di pegang malah nak melarikan diri pun tak mampu kerana lemah tubuh badan nya terkena karan "Rohku" yg berjuta voltan kuasanya.
Pesakit tak tertahan sehingga ingin memuntahkan isi perutnya. Ya....jin2 nak keluar lah tu. Bekas suaminya memegang plastik bag dan saya bangunkan pesakit agar senang untuk muntah.
Ibunya melihat dgn sayu. Bekas suaminya merenung penuh kekesalan. Mereka menyaksikan bahawa di dalam wanita ini ada jin yg mengganggu hidupnya dan memporakperandakan rumahtangganya.
Pesakit terlalu lembik utk duduk dgn menyandarkan badannya kpd saya. Saya tak sampai hati utk meneruskan penyiksaan terhadap jin2 ini kerana lemahnya fizikal wanita ini dan ramai juga yg menyaksikan.
Saya doakan air penawar utknya minum utk memberi tenaga. Wanita ini bila sedar marahkan bekas suaminya kerana gara2 nafsunya pada wanita lain , hidupnya merana.
Saya membelakangi bekas suaminya agar tidak terlihat olehnya dan menasihatinya agar kawal emosi.
Emosi lah yg di ganggu jin sehingga menggerakkan jasad berlalu zalim dan menzalimi.
Bekas suaminya juga minta di terapi jika ada juga jin2 dlm badannya. Wanita ini bertanya kenapa hanya dia yg di ganggu sehingga mertua pun turut membencinya.
Saya minta mereka dtg lagi utk rawatan ulangan kerana jin2 belum habis dikeluarkan.
Hari kedua pesakit minta tangguh
Hari ketiga pesakit menyatakan loya2 bila teringat nak datang berubat. Saya tersenyum sendirian kerana jin2 berkenaan ketakutan dan keluar sendiri kerana tak sanggup menanggung kesakitan terkena karen berjuta voltan ini.
Hari ke 4 pesakit datang hanya di temani bekas suaminya dan nyata....jin2 sudah tiada bila di terapi.
Semoga kesaksian ini menyatukan mereka semula dan merujuk kembali sebagai pasangan yg sah.
Tumpang gembira melihat mereka bersama mesra semula.
ALLAHU AKBAR.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Semakin hari semakin mudah dan cepat menangani kes2 sihir dan saka....hanya beberapa minit...tanpa ruqyah berjela dan mengeringkan tekak. Diam dgn zikir, berdoa dan bermunajat dgnNya.
Tuhanku adalah Allah Azzawajalla Yg Maha Agung. Bukan pada ayat ruqyah atau ranting nona atau daun bidara atau apa2 benda maujud yg tiada kuasa apa2.....