11/11/2018 – SAKA JIN ILMU SILAT ( DAN PERUBATAN ) AKHIRNYA MENGAKU KALAH
Pelajar ku dari Perak memaklumkan pengalaman merawat dan membuang saka dari pesakit yang merupakan saudara nya, tentang respons dan pengakuan jin-jin itu yang bersetinggan sekian lama didalam tubuh pesakit.
Pesakit merupakan ahli dan guru silat yang menuntut salah satu ilmu silat di Perak. Empunya diri (sang guru) dan anaknya di ganggu sekian lama. Sang guru sakit2 badan, maklum dah berumur tiada lagi kekuatan fizikal untuk menahan rasa dan sakit badan setelah tiada lagi latihan2 seperti masa muda. Malangnya yang turut menjadi mangsa adalah anak perempuan nya yang menjadi mangsa perjanjian keturunannya……..
berikut sedutan dari laporan kes rawatan yang saya terima :
“….Apabila sampai Di Rumah.. Pesakit.. Kami mulakan merawat bapa nya dulu..lepas 10 minit namun tidak ada apa tindakbalas Dan selesai. Seterusnya kami panggil anak perempuan nya pula..kelihatan gelisah sejak awal kami sampai lagi. Kami suruh beliau baring..rawatan bermula sy Di hujung kaki Dan Z… Di kepala..dalam beberapa minit pesakit mula menjerit kesakitan bangkit jin saka yg otai salah satunya. Merayu2 Di lepaskan...dialog bermula di situ. Jin saka tu berjanji memutuskan perjanjian Yg Di buat oleh datuk moyng dahulu. Khbarnya pengamal silat dan Guru silat. Jin mengaku ada 14 Adik bradik termasuk bapa mak dan moyangnya. Dia juga akui kaedah rawatan Gerak Faqir adalah yg haq..yg benar2 Islam. Bukan sprti perawat sebelum..ni dia hanya menipu perawatan bomoh , dukun Dan Guru hikmah lain yg mengunakan jin dlm merawat..jin saka tidak keluar pun dlm tubuh pesakit. Malah perawat meletakan harga yg sngat tinggi. Hanya 8 yg di tarik keluar setelah Di desak oleh kami spuya jin memangil adik bradik Yg lain..baki Yg lain duduk Di badan saudaraMara Yg jauh. Dan memutuskan penjanjian dan berjanji tidak akan Mengnggu keluarga Dan keturunannya. Jin suka pada pesakit...Kerana pesakit agak cantik org nya. Dengan izin Allah swt.. Semua Jin Saka keluar.. Cuma yg otai itu agak susah kerana pintu keluarnya sempit.. Katanya...smngat pesakit kuat. Dan istiqamah dlm Ibadan dn selalu berzikir...menyebabkan jalan jin sempit sukar Bergerak. jin jg memohon pertolongan Allah swt supaya dirinya...dipermudahkan. walaupun dia tidak Beriman.Akhirnya dgn IzinAllah..Allah swt permudahkan. Alhamdulillah..”
“Dia menyaksikan rawatan..tiada perantaraan.. Mungkin dia menyaksikan cahaya.. Sbb dia merasa mcm panas terbakar.. Mcm dok dlm neraka katanya..”
“Jalan dia Di sempit kan tidak dpat bergerak sperti di pasung”
“Jin ini ada buat perjanjian degan tuan nya dulu melalui barang2 milik arwah”
Jin ini ada memberitahu Silat mana datangnya ia dan siapa gurunya sekarang. Lalu murid saya mencari di google dan jumpa . Saya lihat perguruan ini agak ternama dan terkenal juga di Perak bila terlibat dengan byk aktiviti di sana dan bergambar dengan Menteri Besar serta guru-guru Silat yang ada termasuk yang menjadi friends FB saya.
Saka jin ini datang nya dari khadam ilmu yang terputus sanad dan ilmu yang di campur-campur amalan kebatinannya menurut firasat saya. Kalau setakat silat yang hanya ada latihan fizikal tanpa amalan kebatinan yang berkhadam, ia takde masalah seperti Tomoi dan Tae Kwon do.
Guru saya berkali-kali pesan agar ilmu jangan di campur-campurkan . Ilmu akan rosak dan yang pastinya terputus sanad terutama bila sang pesilat membuat pertubuhan sendiri dan mengangkat diri sendiri sebagai Mahaguru, konon nya banyak ilmunya yang di tuntut dari pelbagai perguruan yang di adun dan di campurkan.
Guru mana yang suka ilmunya di campurkan dengan ilmu orang lain dan di adun menjadi ilmu baru? Ilmu rojak yang rosak binasa. Sebab itu berguru ini ada adabnya dan syaratnya agak ketat, bukan mudah2 belajar banyak ilmu dan kemudian mencampur amalannya terutama amalan2 ayat Quran yg kononnya ada khasiat khusus.
Bila seorang murid belajar satu-satu ilmu di mana-mana perguruan, si guru hanya akan mengiktiraf dan melantik pewaris dari kalangan muridnya yang layak sahaja, tak ramai yang benar2 layak. Salah seorang guru saya adalah satu dari 3 orang yang di wasiatkan gurunya sebagai pewaris yang boleh meneruskan perjuangan imu.
Manakala saya sendiri merupakan pewaris dari 5 orang yang layak setelah di tapis dari tahap amalan dan tingkatan diri yang di nilai dari pandangan mata kasyaf guru mursyid.
Manakala yang lain hanya untuk amalan diri sendiri sahaja, hatta pada anak-anak pun tidak boleh di perturunkan, kena ngadap guru juga. Tetapi sekarang ni, ilmu sudah rosak teruk begitu juga guru-guru silat dan perubatan yang ada.
Bila terputus sanad, yakni tiada izin guru, maka syaitan akan mendampinginya untuk menjadikan ilmu tersebut “menjadi”…dengan bantuan syaitan. Kerana barokahnya sudah tiada akibat murid yang engkar dan durhaka pada guru. Ini lah beza keberkatan ilmu…..Karomah Vs Sihir@Istidraj.
Pada webnya tercatat, “…….. Tiada menggunakan kaedah ISIAN DAMPINGAN. Segalanya bersandarkan amalan ayat Al Quran dan Doa daripada Hadis. “ Kata-kata seperti di ungkap oleh semua guru-guru silat dan perubatan. Tetapi hakikatnya…….penggunaan khadam-khadam jin yang menyesatkan. Bermula dari sanad ilmu yg terputus (tiada izin guru), ilmu yang di campur-campur (ilmu rojak) dan amalan-amalan kebatinan yang tiada asasnya dan nas serta dalil dari Rasulullah SAW.
Saya banyak mendapat aduan dari pesilat-pesilat dan pesakit2 berkenaan ilmu-ilmu berkhadam ini yang mana-mana rata-ratanya dari Perguruan yang ternama , di mana selepas beramal masing-masing mendapat khadam jin yang akhirnya menjadi Saka Ilmu yang memakan diri dan keturunan.
Salah satunya adalah salah satu Pondok tasauf yang mana gurunya adalah mursyid yang di iktiraf di Malaysia kerana keturunan Wali 7 Melayu dan giat mengajar di merata Malaysia. Gurunya sendiri datang dari Tanah Seberang memaklumkan akan kesesatan muridnya ini dan minta murid2 khalifahnya di Malaysia ini war-warkan siapa yang belajar dengan guru tersebut wajib bertaubat kerana semuanya sudah di damping khadan jin.
Begitu juga salah satu perguruan silat yang ternama di Malaysia ni, yang mana murid kanannya yang sama-sama berjuang bersama-sama pada awalnya dan turut menyusun silibus pelajaran, lari kemudiannya menyembunyikan di diri di Pantai Timur kerana ingin mengelakkan diri dari bertemu gurunya yang sudah di saksikannya terpesong. Di Pantai Timur ia turut menjadi orang kanan pertubuhan itu dan turut menyusun silibus baru dan di sini lah ia bertemu saya dan berguru. Setelah berlatih di Bukit Panau lah, ia mendengar suara berulang-ulang menyebut , “ panggil guru mu Datok Pendita” di mana dari situ saya mula memakai nama Datok/Sayyid Pendita.
Namun akhirnya ia pun kalah jua dengan hasutan syaitan bila mendakwa diri dengan pelbagai dakwaan bila di datangi pelbagai jelmaan ghaib. Ngaku jadi guru kerana kelayakan ilmu yang pelbagai yang di adun rojak…..tak lama akhirnya ia sedari syaitan jua yang mmenyesatkannya dan ingin kembali.
Perawat Ruqyah juga tak kurang sesatnya bila pesakit-pesakit yang kasyaf mata dan yang terbuka hijab mmenyaksikan betapa banyak jin-jin berdampingan dengan mereka……dakwaan diri Rawatan Islam yang haq/sunnah tetapi pesakit tak baik-baik malah makin banyak jin2 dalam badan.
Yg malangnya mereka di akui ulama dan mufti, dan mereka juga ada di kalangan mereka. Dan pelajar2 Maahad dan ustaz2 hanya mahu belajar dengan ilmu2 ini sahaja, yang lain menurut mereka tak setanding Darul Ruqyah.
Saya juga tak kurang menjadi mangsa fitnah2 syaitan2 jin yang ingin menyesatkan murid2 saya dengan menampakkan atau membisikkan kebatilan kepada mereka dan mereka2 yang menjadi mangsa ini adalah yang terbuka matabatinnya. Yang pada mulanya mereka di beri kesaksian akan kebenaran saya kemudian bila bersama , syaitan2 mula masuk menghasut kerana syaitan takut mereka juga akan samapa ke tahap saya dan sukar lagi di ganggu gugat dan di rosakkan akidahnya.
Namun akhirnya mereka di beri kesaksian semula akan kebenaran saya tetapi bagi saya bila kamu memilih jalan lain dan menuduh saya sesat, cari lah guru lain yang sanggup bersabar dengan karenah kamu.
ROSAK BINASA UMAT AKHIR ZAMAN MENUNGGU PEMIMPIN PILIHAN ALLAH MUNCUL SAHAJA.