Tuesday, August 28, 2018

27/7/2018 - PESAKIT JANTUNG BERTAMBAH BAIK


Mlm ni sesi kedua rawatan di mana pesakit telah membuat pembedahan jantung di IJN dan mengalami pelbagai permasaalahan selepasnya . Puncanya semput dan di periksa masalah jantung lalu di operasi dan kesannya, pelbagai sakit lain mendatang selain minor stroke yg di alaminya.

Sudah bertekak dgn doktor pasal ubat2annya yg tidak memberi kesan lalu menyatakan akan stop treatment dgn doktor pakar tersebut. Orangnya panas baran menurut isterinya dan jika tidak puashati, terusan aje nyatakan.

Sebelumnya pernah pergi ke satu tempat di Puchong yg kononnya menawarkan khidmat rawatan dgn bayaran seikhlas hati namun terlalu ramai orang sehingga ke mlm belum dapat masuk kerana no.quenya banyak lho. Akhirnya bertekak juga dgn staff di situ dan nyata sombong juga staff di situ katanya.
Rupa2nya tempat itu juga menipu sptmana tempat2 lain yg glamour dan ramai orang. Pada wawancara TV katanya seikhlas hati dan di paparkan usaha mereka membantu golongan asnaf tetapi keduknya terbongkar apabila mangsa2 penipuan ini menceritakan pengalaman masing yg terkena tipu...di caj beribu mengikut harga beras berpuluh kampit😃.

Rasanya pesakit2 pelakon yg di wawancara juga di upah kerana kesannya on the spot mcm silap mata. Allah Maha Mengetahui.

Mlm ini katanya sakitnya berkurangan, sudah mampu membawa kereta sendiri dan banyak bicaranya. Alhamdulillah tetapi bicaranya byk kepada kena usaha bagaimana pun, sains juga ikut sunnah juga ikut🙄.
Isterinya juga minta di rawat, katanya penyakit kencing manis yg kronik. Sebelumnya dia berkata sering orang memberitahu, bhw ada sosok perempuan tua kelihatan bersamanya. Mereka dtg jumpa saya kerana ibunya pernah berubat dgn saya dan pulih adanya iaitu masalah lutut.

Kata saya kalau ada sosok ghaib bersama selalunya keturunan Raja2 / Sultan. Benar katanya dan beliau dari keturunsn Raja Abdullah, Selangor.

Selepas seminit di terapi zikir...tiba2 ia bersuara bertahlil, bertakbir, beristighfar dan selawat berulang2 dan memohon keampunan Ilahi sambil menangis. Saya meneruskan zikr sambil memerhati sehingga selesai.
Katanya hatinya tiba2 sayu dan rasa ingin dekat denganNya setelah selama ini beramal ibadat hanya utk itu...
Di tanyanya, " kenapa ya setelah tuan haji meletakkan tangan di kepalanya...hatinya tiba2 sayu...🤔🤗".
Wallahu a'lam. Kataku, teknologi Roh ini, empunya jasad tidak tahu apa2 dan tidak lihat apa2....daku hanya berdoa dan bertawakal, DIA punya kerja lah utk uruskan/pulihkan hamba2Nya yg DIA rasa perlu utk pulihkan atau beri HidayahNya...

Mereka akan ulang lagi utk sesi seterusnya bersama anak2nya pula.

BAB TAWAKAL ......


*IMAM MALIK* VS *IMAM SYAFI'I*
*_"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI_*🍃
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:
*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :
*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*
*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu, semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.
*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*
Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan,
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.
Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..
Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua..Aamiin..

APAKAH JIN TAKUT BACAAN AL QUR’AN ?



Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Qur’an), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang menakjubkan,
[QS. al-Jinn (72) : 1]

(yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami,
[QS. al-Jinn (72) : 2]

Sampai sekarang masih banyak sekali orang berpendapat bahwa Jin akan kepanasan atau pergi jauh jauh ketika dibacakan ayat ayat Al Qur’an. Apabila kita mengacu pada ayat yang di atas, tidak ada Jin yang kepanasan ketika dibacakan ayat Al qur’an, malahan mereka takjub dan mereka lalu beriman.

Mungkin anda pernah mengetahui keberadaan Masjid Jin, sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma’la, tidak jauh dari pekuburan Kota Makkah. Penamaan masjid tersebut dengan Masjid Jin terkait erat dengan suatu peristiwa yang sangat langka dan penting yang berkaitan dengan bangsa jin dan dakwah Islam.

Peristiwa yang dimaksud adalah masuk Islamnya serombongan jin di masjid tersebut setelah mendengar dan menghayati lantunan ayat-ayat suci Alquran yang dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jin berniat jahat hanya menjauh apabila kita memiliki keimanan yang sangat kuat pada Allah SWT, karena dalam keimanan dan ketaqwaan terdapat kekuatan. Kekuatan yang mampu membuat kita menjadi punya energy yang sangat berlebih untuk dapat melakukan banyak hal, terutama di dalam menghadapi mahluk Jin tersebut .

Jadi membacakan ayat Al Qur’an sambil lebih takut pada hantu daripada Allah SWT adalah perbuatan yang sangat disukai oleh para Jin tersebut, karena manusia sudah menganggap ayat ayat itu lebih ampuh dan punya kekuatan jadi menganggap Al Qur’an itu hanya sekumpulan mantera dan jampi ampuh untuk mengusir hantu. Dengan demikian, manusia yang seharusnya menuhankan Allah SWT, secara tidak sadar sudah sudah berbelok menjadi “menuhankan” ayat ayat tersebut! Sebuah tipu daya syaitan yang luar biasa, dan banyak sekali yang masih sulit membedakan.

Bahkan banyak juga Jin yang berpura pura kepanasan ketika dibacakan ayat Al Qur’an, terutama ayat Qursi (Al Baqarah 255), agar manusia semakin menganggap ayat itu sangat ampuh untuk mengusir Jin, jadi akan mengkultuskan ayat itu.

Lho? bukankah ayat Qursi adalah ayat pengusir Syaitan? Kalau itu saya sangat setuju. Sejak kecil, banyak diantara kita yang diajarkan masalah ini oleh guru-guru ngaji kita. Tapi masalahnya, kita seringkali lupa, dan seringkali menganggap Jin adalah sinonim dari Syaitan. Pertanyaannya adalah, apakah Syaitan itu sama dengan Jin? Bukankah Syaitan itu terdiri dari golongan Jin dan Manusia? Apa bedanya Jin dan Syaitan?
Logika sederhananya begini, jika Jin kepanasan saat ayat-ayat Al Qur’an dibacakan, lalu bagaimana caranya Jin Islam bisa shalat? Bukankah bacaan shalat mengandung ayat-ayat Al Qur’an? Boleh khan setelah kita membaca Al Fatihah lalu dilanjutkan dengan Al Baqrah 255 (ayat Qursi)?

Faktanya, apabila iman kita sangat sangat kuat sekali, maka cukup dengan Bismillah saja, Jin sudah jauh jauh pergi, bahkan mungkin hanya dengan kemunculan kita saja mereka sudah terpental jauuuuhhh.

Bukanlah ayat Al qur’an yang dibaca sebagai jampi-jampilah yang mampu mengusir Jin, tapi keimanan kita pada Allah SWT lah mampu mengusir mereka, karena kedekatan kita pada Sang Pencipta. Keimanan dan kedekatan kita pada Sang Pencipta, bisa didapat dengan memperbanyak kajian Al Qur’an.
Janganlah kewaspadaan kita hilang oleh tipu daya mereka, sehingga kita menjadi syirik tanpa kita sadari.

Kisah Pemuda Tauhid Menentang Hantu-Syaitan Pokok

KENAPA SESETENGAH TOKGURU/USTAZ/PERAWAT ISLAM GAGAL MENUNDUKKAN SYAITAN JIN....

Di dalam Kitab “ TALBIS IBLIS “ ( Tipu-Daya Iblis ) hasil karangan Al-Imam Ibnul Jauzi ( 510H - 597H ) , Bab : III , mukasurat : 23 – Terbitan : Dar Ibn Khaldun , Iskandariah , Mesir ada menyatakan sebuah kisah ( bukan hadist ) :

Suatu ketika dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh ramai manusia . Maka datanglah seseorang lelaki yang marah dengan perbuatan syirik orang ramai itu dengan kapaknya menuju ke arah pokok itu . Tiba-tiba muncullah syaitan yang menjelma sebagai seorang manusia biasa lalu menghalangnya .

“ Apa tujuanmu ke mari ? “ ; tanya orang ( syaitan ) yang menghalang itu .

Jawab lelaki yang memegang kapak itu : “ Aku mahu menebang pokok yang disembah oleh manusia ini kerana ia adalah perbuatan menyekutukan ( syirik ) ALLAH “ .

“ Apa masalahnya jika pokok ini terus disembah oleh orang ramai “ ; tanya syaitan itu lagi .

Si lelaki itu tetap mahu meneruskan niatnya .

Syaitan pun memujuk dengan katanya : “ Apakah engkau hidup dengan selesa sekarang ? . Begini sahajalah . Tak payahlah engkau menebang pokok ini . Dan sebagai imbalannya , setiap kali engkau bangun daripada tidur , di tepimu telah tersedia dua dinar ( duit emas ) “ .

Lelaki itu bertanya lagi : “ Hai , bagaimana mungkin aku mendapatkannya ? “ .

“ Tak mengapa . Aku yang akan sediakannya setiap kali kau bangun daripada tidurmu “ ; ujar Sang Syaitan yang melihat pujukannya sudah berjaya .

Keesokan hari , lelaki itu memang mendapati ada dua dinar di tepi bantalnya apabila dia tersedar daripada tidurnya . Namun , selepas itu ( lusa ) , tidak ada lagi dua dinar sebagaimana dijanjikan sebelum itu .

Lelaki itu pun naik marah lalu bergegas menuju ke pokok itu untuk menebangnya . Tiba-tiba muncullah syaitan sekali lagi dengan rupa sebagai seorang manusia biasa .

“ Apa lagi kamu mahu ? “ ; tanya syaitan .

“ Aku mahu menebang pokok ini kerana marah dengan perbuatan manusia mensyirikkan ALLAH “ ; jawab pemuda itu .

Syaitan pun berkata : “ Kau penipu ! . Sebenarnya bukan kerana ALLAH , tetapi kau datang kerana mahukan dua dinar yang aku janjikan kepada engkau sebelum ini . Engkau tak akan dapat menebang pokok ini “ .

Lalu bertambah marahlah lelaki itu . Maka terjadilah pergaduhan di antara lelaki itu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia biasa . Lelaki itu dihempas ke bumi dan hampir sahaja syaitan itu meragut nyawanya .

Lalu syaitan itu pun berkata : “ Tahukah engkau aku ini sebenarnya adalah SYAITAN ? ….. Pada mulanya dahulu engkau datang betul-betul marah dengan ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Sebab itu aku tidak mampu mengalahkanmu . Namun pada hari ini , engkau datang dengan marah bukan lagi kerana ALLAH , tetapi kerana tidak mendapatkan dua dinar itu , maka aku berjaya kalahkan engkau “ .


Kesimpulan ringkasnya ialah : IKHLAS + YAKIN + TAWAKKAL + HUSNU ZHON = TAUHID = Senjata Paling Menakutkan Iblis – Syaitan – Jin .

Alam Jin: Setan Tidak Bisa Menguasai Hamba Allah yang Sholeh


Di antara kelemahan setan adalah mereka tidak bisa menguasai hamba Allah yang sholeh yang bagus iman dan akidahnya.
Dan ingat, tipu daya setan itu lemah,
إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
“Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah” (QS. An Nisa’: 76).
Sejatinya, setan tidak diberikan kuasa oleh Allah untuk memaksa manusia pada kesesatan sebagaimana disebutkan dalam ayat,
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلًا
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga.” (QS. Al Isra’: 65).
وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يُؤْمِنُ بِالْآَخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّ
“Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membedakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu.” (QS. Saba’: 21).
Yang dimaksud dengan ayat di atas adalah setan tidak punya jalan untuk menguasai orang-orang beriman. Dalam ayat lain juga disebutkan,
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40)
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka.” (QS. Al Hijr: 39-40).
Setan hanyalah bisa menguasai orang-orang yang ridho pada kekafiran. Dalam surat Al Hijr selanjutnya disebutkan,
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.” (QS. Al Hijr: 42).
Dalam surat An Nahl disebutkan pula,
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ
“Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.” (QS. An Nahl: 100).
Kuasa yang diberikan pada setan hanyalah untuk menyesatkan dan menghasung manusia untuk berbuat kekafiran dan kesyirikan sebagaimana yang Allah firmankan,
أَلَمْ تَرَ أَنَّا أَرْسَلْنَا الشَّيَاطِينَ عَلَى الْكَافِرِينَ تَؤُزُّهُمْ أَزًّا
“Tidakkah kamu lihat, bahwasanya Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasung mereka berbuat maksiat dengan sungguh-sungguh?” (QS. Maryam: 83).
Penguasaan setan pada setiap pengikutnya senyatanya tidaklah ada hujjah dan pendukung sama sekali. Para pengikut setan tersebut hanyalah mengikuti ajakan setan dan itu sesuai dengan hawa nafsu mereka.
Hanya Allah yang memberi taufik.

Referensi:
‘Alamul Jin wasy Syaithon, Syaikh Prof. Dr. ‘Umar bin Sulaiman bin ‘Abdullah Al Asyqor, terbitan Darun Nafais, cetakan kelimabelas, tahun 1423 H.

Enam Kelemahan Jin



Mengenal-lebih-jauh-jin-setan

MESKIPUN jin dan setan memiliki kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Qur’an dengan tegas mengatakan bahwa hakikatnya setan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa macam kelemahan jin , di antaranya:

1. Tidak bisa mengalahkan orang-orang saleh.

Bukti bahwa setan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang saleh adalah perkataan setan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surat al-Hijr ayat 39-
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. (QS. Al- Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat dipahami bahwa yang menyebabkan setan itu dapat menguasai seseorang adalah karena perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka setan pun akan lari dan tidak akan pernah berani mendekatinya apalagi menguasainya.

2. Setan takut dan lari oleh sebagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan benar serta menancapkan keimanannya dengan tangguh, maka setan pun akan takut dan lari. Hal ini misalnya terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya setan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi setan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadits berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukmin akan dapat mengendalikan (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengendalikan untanya ketika bepergian” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul dan terus menerus taat dan shaleh, ia dapat membawa qarinnya (penyertanya, karena setiap manusia itu pasti disertai oleh setan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanannya atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits riwayat Imam Muslim berikut ini:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat”. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk Anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan” (HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan setan sehingga semuanya dapat bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).
Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadits Muslim dikatakan:

“Dari Abu Darda berkata : “Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai shalat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelumnya. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda”. Rasulullah menjawab: “Barusan Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk ditancapkan di muka saya, lalu aku berkata: “Aku berlindung kepada Allah darimu” sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berakata: “Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna” sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah” (HR. Muslim).

4. Jin atau setan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Setan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah Saw. Oleh karena itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadits shahih dikatakan:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, karena setan tidak dapat menyerupaiku” (HR. Muslim).

5. Jin dan setan tidak dapat melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan setan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melewati batas-batas yang sudah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Karena apabila mereka berani melewatinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Karena itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri informasi dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surat al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadits Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), karena setan tidak akan membuka pintu yang sudah terkunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang terbuat dari kuit binatang) dan bejana-bejana kalian (untuk masa sekarang seperti lemari, bupet, kulkas dan lainnya) sambil menyebut nama Allah, meskipun kalian hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Muslim).

21/7/2018 - PESAKIT DIALISIS DAH MAMPU BERJALAN...


Pada 19/7, 3 pesakit dtg utk rawatan :

1/ Kecacatan akibat demam panas semasa kecil....
2/ Pesakit tak dapat buang air besar selama seminggu
3/ Pesakit Dialisis yg hampir lumpuh kerana kaki kirinya tak boleh berpijak kerana kesakitan di paha. 


20/7....Pesakit yg cacat akibat demam panas, mukanya herot...mata kiri dan mulut kiri herot kebawah dan matanya kerap mengeluarkan air mata terutama ketika makan. Dada kirinya juga sakit spt tiada oksigen.
Selepas dirawat, pesakit mengatakan sakit dadanya hilang serta merta. Pada hari kedua, matanya tidak lagi berair malah pedih katanya ( sebab air dah tak keluar).

Pesakit yg tak dapat buang air besar mungkin dah dpt qada hajatnya. Takde berita.

Pesakit dialisis pada hari pertama, di dukung oleh suaminya. Pada hari kedua, naik kerusi roda. Saya hanya meletakkan tangan di tempat sakit dan zikir khusus. Tenaga zikir spt tenaga elektrik mengalir masuk mengaktifkan saraf2 yg jammed.

Mlm ini selepas di terapi zikir, kelihatan pesakit berjalan sendiri menuruni dari rumah saya malah berjalan sekeliling bila di suruh suaminya.

Mereka beriktiqad utk stop temporary dialisis ini kerana yakin dan nampak kesannya. Dialisis kekal belum dibuat pd lengannya kerana itu pesakit berusaha ingin ikhtiar cara Islamik.

Firasat mereka dan saya punca penyakit adalah gangguan kerana pesakit keguguran kandungan berusia 2 bulan dan mimpi mcm2 sebagai petunjuk. Dia mengadu sakit dan bila doktor scan buahpinggang hilang dari radar dan bacaan darah/ kencing manis tinggi bangat.

Doktor "Pakar la sangat" nasihatkan buat dialisis atas sebab buahpinggang rosak ( tiba2). Selepas dipasang tiub di leher, doktor tersebut hilang bayangannya apalagi jasadnya. Beliau terus kelumpuhan dah tak mampu bekerja, berdiri dan berjalan.

Kerana kekhuatiran dan tersilap langkah mempercayai " Doktor Pakarla sangat" beliau mencari perawat Islam dan terus meminta suaminya buat appoitment dan dtg pd mlmnya.

Keajaiban seperti ini selalu juga berlaku tetapi tidak juga pada semua kes. KEMUKJIZATAN/ KAROMAH dan Al Maunnah perkara mencarik adat dpt berlaku pada insan tertentu pada masa2 tertentu. Bukan seperti sihir yg dpt buat " magic show" all the time.

Kesembuhan tetap milikNya kerana itu berlalu keajaiban bila dia mengizinkan sembuh dengan doaku.

Kesembuhan atas ikhtiar manusia adalah mengikut adat dan keserasian.

Semoga pesakit yg tidak berjaya sembuh tidak putus asa kerana " keyakinan pada Tuhanmu" mesti terbina kuat. DIA melihat hatimu....usahamu dan keyakinan yg kental terlihat pada kesungguhan pesakit utk berubat.
Kalau keyakinan mu terletak pada manusia, merayu lah pada mereka agar menyembuhkanmu. Tuhanmu tidak sekali-kali pernah berpaling dari mu sebaliknya kamu yg berpaling dariNya.