Wednesday, July 20, 2011

MAKRIFATULLAH

MAKRIFATULLAH BERMAKSUD MENGENAL ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGENALAN...

Sabda Rasullullah s.w.a mafhumnya:
"barang sipa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya, dan barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka binasalah (fina') akan dirinya itu".

sebagaimana hadith Rasullullah yang diatas, dapatlah kita memahami asal makrifatullah adalah dengan mengenal diri kita sendiri... "Mengenal Allah s.w.t bertakluk kepada mengenal diri"

Di dalam tarekat tasauf, terdapat pecahan diri yang dikaji,sama ada 7 diri, 5 diri, 4 diri atau 3 diri, maka dipendekkan crita ilmu hitam atau ilmu putih akan mengkaji dalam ilmu pecahan diri ini... namun disini kita akan mengupaskan 4 diri iaitu:

1. diri terdiri.
2. diri terperi.
3. diri sebenarnya diri.
4. diri seakmalnya diri.

diri terdiri merujuk kepada jasad manusia yang terbentuk dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin (udara)

diri terperi merujuk kepada nafsu@semangat yang dikenali sebagai ruh thomaiz

diri sebenarnya diri merujuk kepada ruh/nyawa kita yang digelar Nur Muhammad

manakala diri seakmalnya diri itu merujuk kepada sifat Allah s.w.t yang bernama Wujud Am..

perkaitannya diantara mengenal diri dengan mengenal Allah s.w.t itu terletak pada rahsia Ruh didalam diri manusia.Jadi dapatlah kita faham bahawa kita harus mengenali diri sebenarnya diri kite didalam usaha memakrifatullah...

diri sebenarnya diri kite ni, diciptakan oleh Allah di alam lahut, maka kita kena pulang balik kesana... hal ini tidak dapat dicapai jika diri kita masih lagi dibelenggu nafsu hubbun dunia (mcintai dunia), nafsu syaithon dan nafsu kebinatangan...hasil dari jasad yang gelap golita kata orang orang yang arif....

ruh kita (diri sebenarnya diri) diciptakan dari nur muhammad...maka untuk membersihkan nafsu diperlukan nur muhammad itu juga... hal ini dapat diperolehi dengan mengambil talqin dari guru tarekat yang myrsyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut... maka hasil pengolahannya akan terbukalah mata basyirah didalam hati kita, tu lah mata ruh asli yang bersih suci...

akhirnya manusia tersebut akan dianugerahkan dengan ilmu ladunni..dimana Allah s.a.w.t pada ketika itu akan menjadi Guru kepada dirinya.. Maka dengan itu terhasillah sebenarnya makrifah...diantara paduan ilmu zahir dan ilmu batin (ilmu ladunni)...




MENUNTUT ILMU WAJIB

Kita mulakan dengan satu sabda rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki Islam dan pompuan Islam". secara kasarnya ilmu dapat dibahgikan kepada dua (2) kategori:

1. lmu Fardu Ain.
2. Ilmu fardu Kifayah.

Ilmu fardu Ain adalah ilmu yg wajib dituntut oleh setiap inividu yang mengaku islam sebagai agamanya maka tidak belajar hukumnya berdosa. Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang dituntut agar dipelajari..Jika sesuatu tempat atau sesebuah kampung tidak ada orang yang mahir dalam cabang ilmu fardu kifayah ini maka satu kampung itu akan menerima bahana dosa...tersebut.

Ilmu fardu ain yang wajib dituntut oleh kita (mukallaf) tebahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu;

1. Ilmu Tauhid/ ilmu qalam/ ilmu ushulluddin. ilmu tauhid pengajian sifat 20 merangkumi tuntutan enam rukun iman. Ilmu tauhid minimum haruslah kita tahu sifat wajib,mustahil dah harus bagi Zat Allah s.w.t, ndan Rasul-Nya untuk mengesahkan keimanan kita


2. Ilmu feqah - ilmu feqah pula merangkumi tuntutan lima rukun islam. ilmu feqah wajib dipelajari minimum mengetahui segala syarat, rukun, dan perkara yang boleh membatalkan ibadat... penting untuk mengesahkan amalan kita...perlu di ketahui ilmu feqah melibatkan hal-hal ibadat zahir yg membabitkan anggota tubuh

3. Ilmu tasauf meliputi kajian hakikat ihsan. Ilmu tasauf ,wajib dipelajari sekadar mengetahui perkara yang boleh membatalkan amal pahala ibadat kita...hal-hal tersebut berupa syirik khofi atau syirik khofiyal khoffi seperti riak...menunjuk...ujub dll yang lebih halus lagi ilmu tarekat tasauf membicarakan hakikat ihsan...bagi mencapai makrifatullah,musyahadah,mahbbah dan mukasyafah...

Maka harus di ketahui...hukum beramal (beribadah), tanpa mengetahui ketiga-tiga ilmu fardu ain itu adalah sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Tidak sesekali amal ibadahnya (manusia itu) diterima , walaupun dia mengerjakan haji ke makkah". hadith diatas menujukkan berapa penting menuntut ilmu fardu ain yang tiga itu...mesti belajar...jangan diabaikan..

Sementara lmu fardu kifayah adalah seperti ilmu faraid,muamalat,munakahat,ilmu perubatan,matematik,sains dll. malah haram hukumnya mempelajari ilmu fardu kifayah sebelum mempelajari ilmu fardu ain tersebut.Meninggalkan yang fardu hukumnya adalah "Fasik"...jadi perkara ini haruslah dipandang serius... kerana orang yang fasik tidak sah menjadi saksi dan wali didalam sesuatu majlis pernikahan




LATIHAN TENAGA ROHANI

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsia nya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat (4) bahagian:

1. Mengenal secara Taqlid – Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

2. Mengenal secara Ilmu Yakin - Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

3. Mengenal secara Ainul Yakin - Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

4. Mengenal secara Haqqul Yakin - Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.” (Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)


KAEDAH MENGINGATI SESUATU

Caranya;

1. Duduk dalam keadaan tenang sambil melakukan nafas salur
2. Niatkan perkara yang ingin diingatkan seperti “ aku ingin supaya apa yang aku baru pelajari ini ingat dalam fikiran ku sampai bila-bila”
3. Gambarkan semula setiap perkara yang telah ditunjuk ajar oleh guru... apa perkataannya penting yang perlu diingati dalam pelajaran yang baru dipelajari.
4. Kemudian tutupkan minda dengan membaca selawat di dalam hati sambil mengambarkan tulisan selawat tersebut.
5. Fikiran bawah sedar akan menerima isyarat gelombang tersebut dan menyimpannya.
6. Sekerinya anda terlupa dan perlu mengingat kembali perkara tersebut. maka anda hanya perlu membuka minda bawah sedar tersebut dengan selawat dan biarkan gelombang itu member isyarat kepada otak dan anda akan segera teringat perkara tersebut dengan tiba-tiba.

KAEDAH PETUNJUK DARI MIMPI

Caranya;

1. Sebelum anda tidur sebaik-baiknya berwuduk dan melakukan solat hajat.
2. Kemudian niat dalam hati; “ Ya Allah Ya Tuhanku, aku minta kepada mu agar Engkau berikan petunjuk kepada ku dalam perkara ini”
3. Gambarkan apa perkara atau masalah yang ingin dihuraikan melalui mimpi secara jelas.
4. Tidurlah sambil berzikir di dalam hati “Ya Khabir” sebanyak-banyaknya sehingga anda tertidur.
5. Insya’Allah anda akan mendapat mimpi yang benar sebagai petunjuk dari Tuhan

KAEDAH BELADIRI

Caranya;

1. Niatkan dalam hati apa yang anda inginkan sebagai saranan.
2. Aturkan olahan nafas yang sesuai berserta dengan zikir dan doa mengikut keperluan.
3. Gambarkan dalam fikiran dengan jelas bahawa perkara yang anda inginkan itu sudah pun menjadi kenyataan
4. Lakukan segera apa yang anda inginkan dengan semangat dan keyakinan.

5. Gelombang minda bawah sedar akan mengerakkan getaran kepada tubuh fizikal anda untuk melaksanakan perkara yang anda inginkan secara tindakan yang luarbiasa.