Thursday, January 18, 2018

2/1/2018 - Pesakit gangguan jin ulangan


Pesakit ni seorang anak muda yg sering di ganggu jin bertujuan menghuru harakan hidupnya atas niat jahat orang terhadapnya, khabarnya seorang perempuan.

Bila di tanya ibunya kenapa tak ada dlm badan anaknya semasa di rawat Tuan Haji Wan Zul, kata jin2 itu mereka tak boleh masuk dalam kawasan rumah tuan haji.

Kata ibunya dari 3 hari lepas jin2 itu berbicara dengannya dari dalam badannya. Badannya dah jadi sarung buat anaknya. Si ibu dahulunya di rawat buang saka. Kemudian di dampingi khadam ilmu perawat urut tradisional yg di baiahnya semasa kursus.

Rawatan kali ini pun rasanya kali ke 4. Tiap kali rawat jin2 tu tak ada( tak leh masuk rumah ambo). Kali ini si ibu jadi pengantara ( sarung).

Bila ambo mulakan rawatan Doa dan terapi zikir ( diam hanya hati berzikir mengingatiNya dan bermunajat) , si anak ( pesakit ) tenang aje tetapi si ibu yg tiba2 menjerit, merengek sakit kepanasan.

"Ishh...panasnya" katanya.

" Engkau ni tak habis2 ganggu kerja aku" . " Aku tolong orang la" katanya lagi.

"Tolong siapa" kataku. " Aku peduli apa, siapa sahaja yg dtg ke sini sudah menjadi urusanku".

" Kau berani duduk, kau duduk la. Aku nak tgk berapa lama kau boleh bertahan."

" Kau tahu aku siapa?" Katanya lagi.

" Aku peduli apa kau siapa, kau berani berdepan dgn aku, kau tunggu. Panggil tuan kau mari sini" aku sergahnya.

Dia melakukan gaya menarik keluar sesuatu dari tubuh si anak. Tetapi matanya di tutup dengan tangannya. Dengan berkata, " Eeeiii..iishhhh....rupa engkau" katanya.

" Kenapa? Buruk sangat rupa aku ke mcm rupa engkau ha ha ha...." aku ketawa. "Ke silau dengan Cahaya aku? Kau terbakar? aku sindirnya.

" Kau panas ye? Cahaya aku membakar engkau ke? Aku sindir lagi😎😆.

" Macamana aku nak keluar, kau tutup jalan".

Aku tak tutup pun jalan kali ni biar mudah jin2 tu keluar. Tapi mungkin Cahayaku yg terang membuat ia gagal mencari jalan. Aku " niat" tunjukkannnya jalan keluar.

" Tak guna semua, sorang takleh pakai"

"Keluar, keluar semua" katanya memberi arahan. " "Dok sini boleh terbakar".

Bila ibunya nampak tenang, aku berhenti dan anaknya terus bangun. Kata ibunya layan borak jin2 ni kena temberang jela.

Benar kataku. Kerana itu aku tidak di bukakan hijab penglihatan. Dengan tidak melihat dan tidak mendengar , aku terus2an membakar jin2 itu dengan Cahayaku. Tanpa belas dan tanpa tipudaya takde jin setakat ni walau ribuan tahun umurnya boleh main2 dan memperdaya aku...dengan izinNya jua.

Yg terbuka hijab apatah lagi yg belajar membuka hijab alam ghaib, sering di tipudaya jin2. Permainan jin2 cukup licik, namun satu petanda kalau jin2 boleh berdepan dgn perawat dan mempermain2kan perawat dgn pelbagai helah....bermakna Cahaya diri perawat belum cukup kuat utk membakar jin2.

Cahaya diri ( Roh ) hasil amal soleh dan zikir yg hidup di hati yg menjadi makanan RohKu , membuat Cahayanya terang benderang dan panas. Gelombang dan pancaran Cahaya RohKu tiada sempadan dan tinggi kuasa voltannya. Tiada ahli zikir yg mampu di dekati syaitan2..... ini akuan Iblis sendiri. Makanya Iblis sendiri terpaksa turun padang utk memperdaya hamba yg soleh ini......

Sebelum pulang si suami bertanya, " boleh ke isteri saya berguru dengan tuan haji? 😊