Thursday, January 18, 2018

14/01/2018 - PESAKIT ADALAH MUDIR PONDOK DAN BOMOH BESAR


Baharu di datangi pesakit berusia 80an yg di dakwa cucunya gangguan dalaman.
Pesakit dari Kelantan merupakan Mudir Pondok di sebuah Pesantren terkenal di sana. Terkenal kerana ulama2 di situ kebanyakkan bertaraf Waliyullah. Tetapi itu zaman dahulu....zaman ayah angkat ambo yg juga Mudir Pondok Allahyarham Tok Guru Hamzah.

Ayah angkat ambo merupakan Waliyullah yg di kenali sebab masa Jepun masuk ke Kelantan melalui Pantai Irama Bachok dan menghala ke Kota Bharu, jalan2 utama masa tu habis di naiki api setinggi manusia berkat doanya. Dan Allahyarham juga merupakan salah seorang penasihat Istana di zaman YM Tuanku Sultan Ismail, ayahda YDPA sekarang.

Berkat doa seorang Waliyullah juga lah pencapaian ambo loni. Namun kata orang2 kampung, anak2 nya yg balik ngaji Mesir tak serupo ayahnya😎. Pondok Tok Guru Hamzah loni anak2nya yg terajui.
Mudir Pondok ni dah puas berubat merata. Doktor kata tak sakit dan perawat ruqyah rata dah gi🙄. Ambo di ilhamkan baca surah Al Mulk, As Sajadah dan Yaasin. Menggelepar mahu bangun dan beredar, menjerit sekali sekala minta tolong " pelepas".

Udah selesai ambo bertanya anaknya dok mana? Itu yg di ceritakan anaknya, Mudir Pondok dan juga Bomoh Besar di KK, Kelantan tak jauh dari kampung ambo juga rumah orang tuo ambo.
Memang mulutnya berkata..."tolong ambo, tolong pelepah ambo".

Kata anaknya, belum pernah dia menggelepar mcm ni mcm nak lari😎😊. Ambo tahu doh kalu nok lari tu...pesen sakit jenis apa. Hampir selesai bacaan Yaasin baharu nampak tenang dirinya dan badannya mengendur dan mula baring.

Kata ambo bila di tanya anaknya, " Ni kerana amalan2 yg berkhadam". Anaknya mengangguk .
Kata cucunya pula...."bomoh besar" sebab orang gila pun boleh di ubatinya. Mcm2 penyakit pelik lah dia boleh ubati.

Tu lah ambo dok peringat sokmo2....tinggallah amalan2 RUQYAH tu, bertaubat lah. Nok mati susah saudara2. Sebelum ni Imam Masjid dan sebelum2 tu Mak Bidan. Dan ramai pesilat2 yg ambik ijazah ilmu berkhadam ni merana gangguan dalaman yg tak berkesudahan.

Kali ini tahap tinggi jugok lah, Mudir Pondok tersohor.....