Wednesday, February 28, 2018

28/2/2018 – IBU PESAKIT MENJADI SARUNG KEPADA JIN YANG MENGGANGGU ANAKNYA


Pesakit ini pesakit ulangan yang datang setiap kali gangguan terhadap dirinya keterlaluan. Pesakit memang takkan datang sendiri, ia di bawa oleh ibunya dan di temani keluarganya.
Ibunya telah pun mengikuti perguruan saya dan telah mengamalkan kelilmuan Gerak Faqir Sunan Kalijaga dengan zikir yang sederhana tetapi istiqamah agar hidup di hati.
Pesakit menjadi marah bila mendengar ibunya berzikir dengan amalan ini dan mengatakan syaitan bersamanya. Terjadi pergelutan pesakit dengan ibunya pada waktu siangnya sehingga membuatkan ibunya menelefon untuk membawa anaknya berjumpa saya.

Ibunya punya kelebihan sebagai perawat yang di damping sakanya dahulu. Sakanya telah pun saya singkirkan dan tiada lagi gangguan seperti dahulunya. Kemudian beliau pergi belajar dan berbaiah dengan seorang perawat dan di damping jin perawat itu pula. Bila dah pernah ada tapak/bekas dampingan jin di dalam badan baik jin saka mahupun jin-jin sihir atau jin tumpangan, maka ia menjadi magnet /tarikan bila berhadapan /bertemu dengan mereka-mereka yang punya jin dampingan atau melalui tempat-tempat “keras” yakni tempat di mana “Jin bertendang”. Namun baik jin sakanya mahupun jin-jin dampingan dari ilmu-ilmu putih atau hitam, setakat ini dengan izin Allah SWT, tiadalah mereka mampu untuk menghadapi den ni ha yang “ TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN DIA JUA”.

Saya pun mintalah pesakit untuk berbaring dan mulai terapi Doa dan Zikir di kepalanya. Ku sangka kan jin-jin itu akan bangkit melalui tubuh anak ini namun sebaliknya pula.

Tiba-tiba ibunya pula keresahan kemudian berubah suara kerana di resapi jin-jin dampingan anaknya. “Jangan kau ganggu dia” katanya sambil menunjukkan jarinya kepadaku. Aku hanya membaca surah-surah yang di anjurkan (sunnah) Junjungan kita membacanya selepas Solat dan bila sampai kepada Ayatul Qursi, ibunya memegang kepalanya kerana kesakitan. Ku ulang-ulangi bacaan Ayatul Qursi dan ternyata jin-jin itu semakin kesakitan di bahagian kepalanya sehingga mengangkat tangan gaya menyembah kepadaku. Tetapi tiada suara menyatakan apa-apa.

Kemudian si ibu tiba-tiba bergerak kedepan kerana di kiri dan kanannya ada anak-anaknya, beliau duduk di atas kedua kakinya mengangkat sembah dan sujud kepada ku berkali-kali. Aku melihat sahaja tanpa berkata apa-apa kerana dia pun tak bersuara hanya melakukan perbuatan sujud sahaja. Ku ulangi lagi bacaan Ayatul Qursi dengan suara sedikit kuat ( bukan dengan suara kuat) dan dia semakin gelisah kesakitan dan sujud-sujudan tanpa suara. Akhirnya si ibu kelihatan tenang dan meraup mukanya dan kembali waras dan aku habiskan bacaan ayat-ayat suci (hanya bacaan semasa wirid selepas Solat).

Anaknya (pesakit) tenang-tenang aje dan terus bangun bila ku angkat tangan dari kepalanya. Anak-anak yang lain pun biasa melihat keadaan ini di waktu-waktu sebelumnya. Baik semasa ibunya merawat menggunakan dampingan sakanya dahulu mahupun semasa menjadi sarung bagi jin-jin yang mendampingi anaknya ini. Kata si ibu dahulu jin-jin itu bercakap dengannya melalui tubuhnya sendiri , dua makhluk berbicara di dalam satu jasad. Selepas menjadi anggota Gerak Faqir, katanya jin-jin itu tidak dapat lagi berbicara dengannya dari dalam tubuhnya. Namun masih boleh menggunakan tubuh si ibu sebagai sarung . Pelik juga namun saya tak nak fikir urusan ghaib ni, urusan DIA belaka. Saya nak pelawa mana-mana ulama/ustaz yang dok sembang bagai pasal rawatan Islam terutama berkenaan makhluk ghaib tetapi tiada pengalaman melaluinya sendiri.

Di alam sebelah sana ( ALAM GHAIB) ada pelbagai lagi makhluk-makhluk yang tidak kita ketahui. 7 petala bumi ada penghuninya bukan setakat manusia , jin dan malaikat sahaja. Cakap jangan ikut sedap mulut, walau tidak di nayatakan secara jelas di dalam AL Quran, tidak semestinya mereka tidak wujud. Roh para Wali yg bertugas menjaga bumi, roh gentayangan, bunian, Siluman, Jin dan berbagai lagi tanda KebesaranNya dan KekuasaanNya jua….berbanding akal dan qudrat pada manusia yang di limpahkan hanya sedikit.

Si ibu berkata selepas kembali sedar, tak lama pun kesurupan dalam 5 minit sahaja, “jin-jin itu tak pula meminta maaf tetapi berjanji takkan mengganggu lagi”, katanya. Katanya lagi, dia (Jin) nampak Sunan Kalijaga dan itu yang sampai menyembah-nyembah.

Biasa Sunan Kalijaga di akui pesakit mendatangi dalam keadaan tertentu dan tak semestinya dalam keadaan terdesak atau kala jin-jin sihir membawa bala tenteranya sekali. Saya tetap keseorangan tiada menyeru sesiapa pun malah hanya bertawakal kepadaNya sahaja. Berserah aje lah, redha, apa nak jadi , jadi lah. Malah ketika di “ragging” masa di sekolah, senior ramai-ramai datang nak keronyok, saya takde rasa takut nak lari atau menjerit ke apa ke……tawakal je malah memandang muka mereka seorang demi seorang. Begitu juga semasa di UITM Manjung, kawan-kawan yang tak puashati dengan saya kerana melindungi pelajar-pelajar junior yang di “ragging”, nak ajak “gocoh” tak mampu, mereka membawa samseng-samseng dari luar untuk menakut-nakutkan saya. Ada lebih kurang 20 orang menanti di jalanan dan menunggu saya lalu. Saya lalu depan mereka dan memandang muka sorang-sorang, takde pula mereka berkata apa-apa….takde maki kutuk bagai, sentuh pun tidak.

Apatah lagi jin-jin yang saya tidak nampak. “Jaga kau, aku seru semua bala tentera aku datang”. Bila dah berbatalion bala tentera jin tu datang, kata jin tu “ kau buka lah pelindung rumah ko ni….bala tentera aku kat luar, camna nak masuk ” katanya. Apa la…..kemudian mencabar pula, “kalau berani kita bertempur di luar rumah ni”. Bila keluar, dia pulak macam tak mampu bergerak , keras je tubuhnya. Macam-macam…….sampai jin-jin Siam umur 800 tahun (Otai/Bog Boss yg terakhir datang) kehairanan melihatku, pelbagai mantera dan jurus-jurus di keluarkan, apa pun tak menjadi. Di renung lama-lama muka ku dan akhirnya dia berkata “Ooooooo….Sunan”.

Pernah satu orang mahu berubat tetapi belum mampu nak datang, di ganggu jin-jin Siam entah apa sebab tidak lah ambo ingat kenapa. Namun bila dia teringat dan terbayang wajah ambo ni, muncul Cahaya yang terang dan menyebabkan jin-jin tersebut lari menghilang. Selepas itu muncul sesusuk tubuh berpakaian serba putih memegang tasbih mengakui dirinya sebagai SyeikhAbdul Qodir Al Jailani dan mengatakan “ilmunya benar dan sampai kepada Nabi Khidir”.

Saya tanya siapa gurunya dan ilmu-ilmu yang pernah di pelajari nya. Banyak sekali ilmu yang hebat2 yg kita ketahui dan kenali umum dan bersanad katanya . Tetapi peristiwa seperti ini tak pernah berlaku semasa bersama guru-gurunya. Itu yang dia pelik.

Jin-jin Siam tu pun mengatakan “Tiada Wali di Siam yang dapat tumbangkan aku”. 800 tahun umurku dan Istana ini ku jaga sekian lama. Tiada lagi kah kekaromatan para-para ulama di Siam sehingga di perlekehkan oleh jin-jin ni.

LU FIKIR LAH SENDIRI.