Wednesday, May 30, 2018

29/03/2018 - Pesakit bayi yg selalu menangis malam.

Malam ni kedatangan pesakit bayi yg dibawa oleh ibubapanya kerana masalah kembung perut katanya dan sentiasa menangis malam.

Rupanya makcik bayi ini pernah saya rawat semasa dia menuntut di USIM dahulu yg di ganggu "jin asyik". Dan ibu bayi ini adalah kakaknya yg bekerja di Hospital Serdang yg di panggil oleh kawan2 yg membawanya kerumah saya.

Gadis ini sudah pulih sepenuhnya dan bebas dari gangguan "jin2 asyik" itu lagi. Dia pernah menelefon beberapa kali utk membawa keluarganya dari kelantan utk dirawat kerana gangguan saka namun belum pernah kesampaian kerana saya kesibukan.

Kali ini setelah kakaknya berkahwin, dia datang membawa kakaknya yg disyakki gangguan saka sehingga menyebabkan anaknya terganggu dan sering menangis malam.

Bayi itu kelihatannya gelisah dan matanya melihat keatas..." penampakan". Setelah di doakan dlm 5 minit sambil berniat menutup hijab matanya yg terbuka....dia ( bayi) mula merengek. Saya suakan jari dan bayi itu menghisapnya, " nak susu rupanya".

Dia menyusu elok dan tidak menangis dengan mata kuyu mahu tidor. Cucu ku pun berceloteh sambil memegang kepalanya.

Saya bertanya ada pergi mana sebelum ni? Katanya ke Darul Syifa dan ada satu ustaz di kajang juga. Itu yg timbul cerita saka.

Saya minta ibunya pula baring utk di terapi. Tiada apa2 pun "bangkit" dlmasa 5 minit. Pesan saya jgn suka minta di scan.

Selepas 10 minit, datang pesakit kedua bawa anak kecil juga, demam tak kebah2. Elok je si anak baring dan di terapi ....tiada apa2.

Saya bertanya , "ada gi mana sebelum ni?". Si ibu menjawab, " ayahnya ni haa, balik dari terengganu terus terkam anak dahulu"😊.

Pesakit ke3 telah menunggu di luar. Rawatan susulan ke 3 , pesakit kelihatan sihat walafiat cuma kata isterinya bacaan kencing manis masih tinggi.

Hari pertama datang berpapah kerana baharu discharge wad pada siangnya. Di hospital bacaan kencing manis tiba2 naik tinggi. Paru2 dimasuki air dan kaki sembab dan bacaan bp 200/ 110. Mata kabur sehingga jam.pun tak boleh nampak hurufnya.

Hari kedua, nampak makin sihat dan mata sudah nampak jam. Mudah2an selepas 3 kali rawat, kesihatannya kembali normal dan berehat secukupnya.