Wednesday, May 30, 2018

30/4/2018 - JIN ABU MAYAT DARI BANGKOK AKHIRNYA BERSYAHADAH DAN MENYAKSIKAN KAABAH

30/4/2018 - JIN ABU MAYAT DARI BANGKOK AKHIRNYA BERSYAHADAH DAN MENYAKSIKAN KAABAH

Sabtu malam selepas pulang ke rumah, kata si suami jin2 tersebut masih ada yg masuk kebadan isterinya tetapi tidak seriuos hanya berbicara.
Kelihatan jirannya yg menyihir isterinya rumahnya gelap tetapi ada kereta tetamu di hadapan rumahnya. Kata jin tersebut, itu lah kawannya yg tolong belikan abu mayat di Bangkok. Mungkin juga " si bomoh" yg di panggilnya kerana cedera teruk akibat serangan " ghaibku".
Jin2 tersebut masih ada dalam badan pesakit cuma tidak agresif dan asyik "angkat sembah" bila di suruh pandangku. Jin2 itu menceritakan " badrul" ada menanam sesuatu di dalam pasu rumahnya. Itu pun setelah ku tanya samada ada tanah tak di kawasan rumah mereka.
Malam ni ( isnin) malam yg berkah, aku pun tak agresif menyerang jin2 tersebut. Mereka memang ketakutan dan " kepanasan" sepanjang masa bila berada bersamaku. Bila di ajak ke sini pun jin2 tu berkata " takut terbakar".
" Keberadaan yg pertama" mereka keluar dgn mudah tanpa paksaan.
" Keberadaan kedua" , aku keras sikit dgn menekan celah jari tangannya. Menangis lah jin2 tu terbakar dgn aliran arus eletrik berjuta voltan dari energi rohku.
Si isteri ( pesakit) minta ampun dengan suami, ayah dan ibunya, adiknya dan kedua anaknya. Dia bersyukur...Allah Maha Besar, di nampaknya jin2 itu semua surrender. Beratus, beribu, berjuta katanya.
Semua keluar...pulang. Pulang.....ke Tok Chai. Tiba-tiba......
" Haji, ajar aku Syahadah." "Aku nampak Kaabah Haji". "ALLAHHHHHH......Kaabah, tenangnya..."
"Baik"...kataku. Aku mengajar mereka bersyahadah. Sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah. Dan Aku bersaksi bahawa Muhammad Rasulullah.
"Aku tak mau balik Bangkok Haji. Aku nampak Kaabah Haji". "Semua cucu2 aku...bersyahadah lah. Kita jangan lagi pulang ke Bangkok. Banyak lagi bualannya, tak mampu di ingati. Namun jelas mereka benar2 bertaubat.
Bukannya aku membaca mantera sakti atau kalimah suci ruqyah syariyyah sehingga jin2 ini surrender dan mendapat hidayah Allah SWT. Aku byk berdiam membiarkan jin2 dalam badan pesakit bercerita dgn suami dan ibuayahnya. Tiada perlawanan atau pertempuran sengit. " Apabila datang yg haq, tenggelam lah yg batil."
Tak perlu bergaduh memaki hamun menuduh orang lain sesat dan kafir akibat teguran2 suci utk mengajak kembali kpd ajaran Islam sebenar. Yg berdakwah mengajak begitu berhemah, yg di tegur memaki hamun kerana tiada jawapan atas kejahilan. Akibatnya ada seorang 2 di timpa bala kemalangan maut dan patah tengkuk.
Yg meracun masyarakat begitu tenang konon baik namun diam2 merosak masyarakat dan menabur fitnah secara senyap2.
Caraku....buktikan kebenaran dirimu. Amal solehku ku terima oleh NYA insyaaAllah. Tiada kesyirikan, khurafaat dan bidaah dalam amalanku. Biar pun sedikit tetapi istiqamah. Hati terpelihara dari sifat2 mazmumah dan menabur sifat mahmudah. Berbakti kpd masyarakat sekalipun tidak di iktiraf dan tidak mengharap sanjungan, pujian atau di iktiraf mana2 pihak. Kebenaran sentiasa tertegak. Aku tidak takut mengatakan yg benar sekalipun yg sesat menyesatkan itu dari dari kalangan habib dan tokguru.
Ada kalangan perawat yg mengakui bahawa aku " independence". Mata batinnya menyaksikan aku tiada dampingan baik hitam mahupun putih yg membantu. Aku dan Cahayaku.......membakar kebatilan ilmu2 berkhadam baik hitam maupun putih. Keduanya adalah sihir...
Sedang mereka mengaku masih menggunakan dampingan2 halus " tok nenek" yg hakikatnya adalah jin2 yg menyesatkan.
Sedang elok bercakap dengan keluarganya, setelah Sujud Syukur, tiba2 mulutnya bercakap Thai lagi.
"Kami banyak lagi, berjuta bilangan kami dan akan keluar sedikit2" katanya.
"Tolong Ya Allah, aku tak mahu cakap Thai lagi. Haji tolong ajar cucu-cucu aku bersyahadah. Kami takkan pulang kpd TokChai lagi. Kami mahu ke Mekah belajar Islam. Sungguh engkau benar Haji" katanya.
" Badrul jahat...kami tak mau ikut ikut badrul. Kami sudah Islam. Kami mahu belajar Solat Haji. Kami duduk di rumah mereka pun tak selesa. Mereka solat haji. Kami panas juga" ujar jin itu dengan Ikhlas.
"Terimakasih Haji. Syukur Ya Allah engkau temukan aku dgn Haji ni. Aku dan cucu2 aku akan menyembahMu sahaja. Aku nampak Kaabah...aku mahu ke Mekah...."
" Jangan risau kami semua akan keluar sedikit demi sedikit sehingga Subuh esok. Kami ramai Haji. Mulut ini ajan berhenti cakap siam ( Thai) bila dah habis keluar nanti"
Sebenarnya aku pun terkedu juga. Aku tak cakap banyak pun, tak marah2 pun...aku hanya berdoa2 banyak dalam hati, tidak seperti peruqyah2 yg ada dialog khusus utk mendakwahi jin2 itu.
Sepertimana aku selalu tekankan, buktikan kebenaran dirimu terdahulu. Kebenaran hakiki akan menyusul. Tak perlu jadi Tokguru Pondok, tak perlu ada Madrasah sendiri , tak perlu kehulu kehilir mempelopori diri dgn program2 KeIslaman yg belum pasti Allah dan Rasul redha.
BILA CAHAYAMU TERANG, NESCAYA RAMAI YG GHAIB MENDATANGI. YG HITAM PASTI MENJAUHI....BAIK YG BERNIAT INGIN BELAJAR MAHUPUN YG BERNIAT JAHAT MAHU MENGUJI ATAU MENGKHIANATI.
Alhamdulillah. Peristiwa ini jelas menunjukkan bila berlaku sihir, keberadaan jin2 bukan sekor dua bila di scan( batil) , mereka beratus ribu malah berjuta. Unsur wap ( gas) , angin bila di pam ke dalam tayar kalau di ukur memang tinggi ukuran yg di pam.
Mereka makhluk2 halus, dari kalangan hitam mahupun putih hanya tunduk kepada manusia bertaraf Khalifah. Bukan tunduk kepada mantera sakti atau ruqyah syarie. Bukan kepada " apa yg di baca tetapi HATI yg sejahtera". FAHAM ATAU TIDAK.....NEH?
RAWATAN SELESAI. Ada lagi 3 pesakit menunggu. Anak lelaki kpd si ibu yg sakit kanser dan pulih denganku. Kakaknya juga sakit kanser " pergi dahulu" enggan berubat dgnku, lebih percaya kpd Doktor. Rawatan susulan kerumahnya, aku di tentang pak sedaranya yg " tak percaya" . Pakaian alimnya menunjukkan orang beragama tetapi sesat.........