Wednesday, May 30, 2018

28/4/2018 - JIN ABU MAYAT DARI BANGKOK (II)


Pagi tadi semasa sarapan di medan kursus memanah, suami pesakit buat video call utk tunjuk kat isterinya yg di resapi jin abu mayat . Si isteri ketakutan lah, mengangkat sembah..."ampun....".
"Kita jumpa malam ni" kata ambo.

Jam 9.15 malam mereka sampai. Jin tu masih ada dalam badan pesakit tetapi keresahan la. Ambo terus tekan belakang telinganya, menangis la dia....." badrul hantar".....

" Dia tak takut dengan tuan haji"
" Panggil dia kesini" kataku
" Dia ada kat depan tuan haji ni, dia tak takut pun"
" Dia gelak besar tu..." katanya....jin tu masih dalam badannya.

Ambo tekan sampai "clear". Bersyahadah dan tenang. "Dia ketawa besar tu...dia tak takut" kata pesakit.
" Kalau kamu boleh nampak secara rohani, pejamkan matamu, bayangkan dan guna bahasa hati, bawa saya ke hadapan badrul. Biar Rohaniah saya berdepan dengannya".

Dia pun pejam mata dan buat seperti arahan saya. Dan saya juga niat lepas kan rohaniah saya utk bertempur secara berdepan dgn rohaniah " badrul" si penyihir.

Bila saya buka mata, dia tersenyum sendirian. Bila saya tanya apa berlaku, dia diam dan senyum shj. Mukanya ceria dan senyum je. Mungkin dia sendiri menyaksikan apa yg berlaku dan puashati dgn tindakan saya yg sukar di ceritakan.

Dulu pun kes Imam yg kena sihir voodoo di bakar hidup2 pun mcm ni.....saya suruh Imam tu buat mcm ni dan dia lihat saya belasah penyihir tu sampai terduduk....terlingkup.

Kalau ilmu ruqyah, dia bergantung kpd zahir ayat yg enggak punya apa2 "kekuatan". Guna2 barang2 yg punya kaifiat tertentu....takpe lah kalau berkesan.

Bomoh pastinya guna bantuan khadam, baik jin mahu pun bunian. Tidak semua syirik jika iktiqad dan aqidah betul.

Tetapi ilmu saya ilmu "rohani" yg mana Roh berperanan dgn izinNya. "Apabila mereka bertanya padamu Ya Muhammad tentang Roh, katakan Roh itu urusanKu".

Ini menafaat ilmu ketuhanan. Ilmu Makrifatullah....ilmu yg pertama-tama di ajar Baginda Junjungan SAW. Untuk mendapat pertolongan Nya secara terus tanpa pengantara ayat2 suci dan khadam2 dampingan, DEKATKAN DIRI DENGANNYA DAHULU DENGAN AMAL2 SOLEH YG DI SUNATKAN DAN AMALKAN SUNNAH. JAUHI BIDAAH, KHURAFAT DAN SYIRIK.

Bila Allah dan Rasul redha dan cinta sama kita, pastinya tanda cinta berbalas adalah "kurniaan@anugerah" khusus spt yg kita minta.

Ambo meminta ilmu khusus sepertimana kurniannya kpd para Nabi dan Wali2Nya...." kurniaan Ismullah Al Adzham" ( password pintu langit) yg mana setiap kali berdoa" pasti di makbulkan".

Ambo bukan pakar Quran , tafsir atau hadis....ambo ibarat mcm Uwais Al Qarni yg tiada apa2 , hanya lah "doa yg mustajab". Kalau nak rujuk pengalaman ambo, rujuk pakar hok ada pengalaman merawat juga bukan rujuk ulama sombong lagak serba tau. Mai turun sini buktikan hebatnya ilmu mung....deh😎.