Bapa saudara baru menelefon menceritakan keserasian dan berkurangnya penderitaan penyakit misteri yg di deritainya selepas saya merawatnya pada hari majlis perkahwinan tempohari.
Setelah saudara mara semua telah berkunjung datang, pakcikku ini ketinggalan kerana tiada upaya utk bergerak jauh. Saraf2 kakinya mencengkam dan perutnya bergelodak dgn angin dan perlu sentiasa di tekan perutnya. Seolah semacam angin gastrik tetapi sakit macam ulser perut.
Aku dan adik beradik bergegas ke rumah pakcik ( abang kpd arwah ibuku) untuk menziarahinya. Aku tak terus rawat, sembang2 dulu tanyakan penyakitnya. Nyatanya pelik dan pihak hospital hanya memberi ubat gastrik, bomoh2 entah apa rawatannya dan Darul Syifa dgn caranya, masih belum menunjukkan kesan2 positif. Pakcikku masih menderitai dgn keunikan penyakitnya.
Selepas pakcikku habis bercerita, ku tanya mahu dirawat?. Sememangnya dia menungguku utk merawatnya.
Ku terapi di kepalanya dan tempat2 sakit dgn Doa dan zikir khusus. Seterus ku buat urutan di perut dan ibu betis. Urutan dalam setengah jam.
Alhamdulillah terus menampakkan kesan positif. Perutnya terasa lega dan kakinya terasa ringan. Selepas pulang ke kajang, aku follow up, pakcikku menyatakan kelegaan yg ketara. Banyak improvement dan menyatakan mahu terus sambung berubat dan mahu turun kekajang.
Harini pakcikku telefon, tak boleh nak datang kajang, " lenguh lumpuh" katanya. Selepas 2 minggu sakitnya kembali. Dia minta ku kembali ke kampung utk merawatnya. Aduhai....kena cari masa juga utk kembali pulang.
Kebolehanku merawat penyakit kronik dan misteri bukan dgn belajar ilmu kalam yakni segala ilmu perawatan yg boleh di pelajari di mana2. Ku pernah pelajari ilmu2 :
Ruqyah syariyyah
Rawatan kaedah Surah Yaasin
Ilmu urutan
Ilmu perawatan tradisional ....
Namun kaedah2 ilmu di atas tidak memberi kepuasan dan kesembuhan total.
Aku berguru lagi dgn mursyid2 yg membawa juga ilmu perubatan lalu di ijazahkan....
Ilmu Pusaka Khalifah Wali warisan datokku juga iaitu Tok Kenali.
Ilmu Gerak Faqir Sunan Kalijaga..juga warisan leluhur iaitu keponakan Tokku Kiyai Jebat.
Ilmu dari Mursyid Arifbillah....
Ismullah Al adzham Nabi Allah Sulaiman..menundukkan sekalian jin.
Ismullah Al Adzham Nabi Allah Isa AS...menyembuhkan sekalian penyakit kronik
Ku terus beramal soleh dgn menghidupkan sunnah Nabi dgn Solat2 sunat terutama Tahajud, Tasbih dan Dhuha. Berpuasa Sunat dan istiqamah dgn wirid2 sunnah dan surah2 amalan Nabi.
Alhamdulillah...peroleh redha Allah dan Rasul dgn peroleh malam Qadar dan di datangi Baginda dgn memberi 2 amalan khusus. Kaedah yg di kenali oleh kalangan ahli2 sufi... IBU SEGALA UBAT/ KAEDAH.....
Makanya tak perlu hairan dan terkejut pabila ku menceritakan pengalamanku menyembuhkan sekalian penyakit kronik...bukan dgn upayaku tetapi.......ibarat "delegation of power"...dipilih sesiapa yg dikehendakiNya untuk menjadi Khalifahnya dlm bidang ini.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ALIYYIL AZIM
LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH