Hari ini pesakit datang dari Johor, gangguan mental yg berlanjutan selama 4 tahun. Pesakit ini kelihatan tenang, tiada bantahan dan mengikut sahaja apa yg di suruh.
Semasa di terapi zikir pun dia tenang, tiada memberi kesan kerana jin2 yg mengganggu tiada di badan siang2 hari ini.
Perbualan dengan bapanya mendedahkan segala kepincangan yg berlaku.
Puncanya bermula bila ia di suruh oleh bapa saudara nya untuk masuk kebawah rumah lama neneknya, rumah dulu2 yg tinggi dan dibawah rumah di pagar seperti reban seperti cerita Allahyarham P.Ramlee menyewa bilik di bawah rumah yg memang tak boleh berdiri.
Kerana badan bapa saudaranya besar maka disuruh anak sedaranya yg berbadan kecil ni masuk utk buat sesuatu....kemudian menjerit kesakitan di kedua belah peha.
Dari kesakitan ini bermula gangguan mentalnya. Ada masa2 menjadi ganas dan berang kerana makhluk2 halus di badannya merasa terganggu.
Beberapa perawat sebelum ni memberi pandangan yg berbagai. Doktor pula memberi ubat penenang dan jika tak di makan keganasannya menjadi2. Risau si bapa kerana yg tinggal bersama si anak hanya si ibunya.
Seorang perawat mengatakan kerana drugs penenang yg di makannya, ia dah tak boleh beri apa2 ubat lagi....benar tu haq dgn batil takboleh bercampur. Jika tidak di makan ia akan menjadi menjadi ganas dan doktor pula2 marah2 dan mengugut2 pula.
Seorang perawat tradisional pula berkomunikasi dgn jin2 tersebut dan mendapati bhw budak ini terlanggarnya masa masuk bawah rumah dan buat jin itu marah . Kata jin itu pula kalau masa tu budak itu atau orangtuanya meminta maaf , perkara ini takkan berlanjutan. Namun jin itu telah memaafkan budak ini dan menarik balik bisa2 yg di kenakan pada budak ini dan gangguan budak ini bukan dari dia lagi tetapi dari perawat2 ruqyah yg merawatnya. Salah satunya dari ustaz perawat ruqyah yg membawanya ke gunung ledang utk di mandikan disana.
Malah beberapa perawat ruqyah lain juga.
Ini lah dia.....makanan itu membina tubuh tetapi bukan semuanya membina kesihatan malah merosakkan dan meracuni.
Bukan semua perawat yg menggunakan ayat2 suci al Quran itu mampu merawat pesakit malah kebanyakkannya membebankan lagi pesakit dgn khadam2 jin yg mendatangi dan memenuhi tubuh pesakit akibat ruqyah syirik dan aqidah yg rosak meyakini ayat2 suci " berkuasa membakar jin2".
Kalau perawat@tuanguru itu sendiri sakit dan tidak menunjukkan contoh sepatutnya, apatah lagi masalah jantung yg mana jantung itu tempat duduknya Roh yg sepatutnya diberi makan zikir yg menguatkan Cahaya Rohnya tetapi yg di beri makan hanya jasad hingga membuncit bukannya mengamalkan puasa atau makan sekadar utk menghilangkan lapar shj. Malah kerana makanan juga tuanguru itu sakit dan terpaksa bergantung dgn drugs hospital. Dan drugs yg tidak tepu ini pula menyumbat buahpinggangnya dan gagal berfungsi.
Guru mcm ni di ambil ilmu ruqyahnya ? Apa bukti dan contoh yg ada bhw amalannya bagus dan bersanad dan ada barokah???
Sepatutnya Al Quran dan sunnah itu di daulat kan terlebih dahulu oleh ustaz2 dan tuanguru tetapi mereka pula yg turut mengamal dan menggalakkan agar meninggalkan perubatan dari Allah dan Rasul dan berjumpa ejen2 Illuminiti utk memanjangkan umur kerana takut mati. " Takut mati sakit" yg balasannya syurga dan mahu turut hidup menikmati syurga dunia.
Kata-Kata Hikmah :
Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah SWT.
Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan juga Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.
******************
UJIAN ADALAH TARBIAH DARI ALLAH AZZAWAJALA
******************
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,
m/s: 57 Tazkiyah Nufus:
"
Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka lihatlah kedudukan Allah SWT di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."