Friday, July 26, 2019

12/07/2019 – Sihir Bomoh Buddha dari majikan dan keluarga



Kes ni berlaku di Peringat, Kota Bharu di mana rawatan ini adalah susulan ke 4.

Rawatan pertama kali adalah gangguan saka nenek. Susulan kedua baharu muncul jin-jin sihir dari majikannya.

Susulan ke 3 muncul pula sihir-sihir dari keluarga sendiri akibat tamakkan harta pusaka. Rawatan kali ke 3 turut di sertai beberapa Jemaah GFSK yg turut sama membantu mengusir jin-jin saka nenek dari rumahnya dan jin-jin sihir dari hantaran keluarga sendiri dan sekaligus jin-jin tersebut mengakui kematian tuan-tuannya iaitu bomoh-bomoh siam Buddha.

Kali ini rawatan susulan ke 4 di mana jin-jin siam majikan kembali menyerang dengan perantaraan produk-produk jualan yang di sentuhnya. Walau pesakit dah berhenti kerja namun jin2 tersebut dapat menembusi melalui produk2 kecantikan yg turut di sihirnya. Pesakit masih berhubung dgn syarikat tersebut dgn membuat sales online dan akibat nya dinding dapat di tembusi juga.

Rawatan hanya berlangsung selama ½ jam di mana jin2 tersebut tak mampu bertahan walau datang dari siam dari tokong2 besar namun berdepan dengan anak cucu keturunan Rasulullah dari Yaman ni dan juga berdarah dari dua Panglima Agung MELAYU iaitu Tok Tuah dan Tok Jebat dengan di dampingi 10 wali songo yg di akui jin2 itu sendiri, maka mereka berundur kerana tak mampu melawan.

Rawatan berlangsung selepas waktu asar sebaik kami sampai dan berehat sebentar di hotel. Perjalanan jauh membuat badan penat dan bila jumpa tilam, langsung tak sedar dah…lena sampai pagi di bawah hembusan air cond yg begitu sejuk. Pagi esoknya saya lihat ada message memberitahu ada “missed call” dari nombor yg tidak di ketahui. Bila di semak rupa2nya nombor suami pesakit dan panggilan di buat 3 x. Sahla jin-jin tersebut dah block talian sehingga panggilan tak sampai , salah satu kemampuan jin selain dapat mematikan enjin kenderaan juga.

13/07/2019 - Selepas zohor kami kesana dan mendapati kerasukan semula adalah dari jin-jin yang menghuni tubuh anaknya pula. Selain jin2 yg di hantar kepada anaknya , ada juga jin2 lain muncul iaitu yang di hantar oleh keluarganya iaitu pakciknya yang mahukan hartanya. Iaitu jin “minyak mati terbunuh” yang di calit di dnding rumah dan pokok2 di luar. Semuanya tak mampu bertahan, saya bagi pilihan samada mati terbakar atau masuk penjara sunan. Penjara juga menjadi pilihan agar dapat terus hidup. Rawatan berlangsung pun tak lama, dalam sejam lebih dan kami pulang ke hotel sebelum asar utk berehat. Malam nanti nak follow up lagi.

Selepas Isyak kami ke sana lagi dan pesakit masih di rasuk oleh jin-jin yg masih bersembunyi di dalam rumah. Bila pesakit ke dapur utk menghidangkan minuman tetiba ia kerasukan, jin2 ni gementar tiap kali saya datang tetapi yg kena cekup yg dekat duulu lah. Jin-jin ni pula memberitahu ada jin2 lain juga yang di hantar oleh makciknya yg juga tamakkan hartanya. “ Aku tengok je , aku tak campur. Makcik dia tuang minyak mati bunuh kat pokok luar tu nak sihir makdia bagi mati. Dia pulak yg kena” kata jin itu.

“ Kau panggil semua jin-jin tu dan ajak lari dari sini” kataku. “Nahas kalau masih ada , aku akan bakar semua”. Di seru semua jin2 itu dan mereka lari katanya. “ Mung pung keluar jugak, kalau tak aku bakar”. “ Keluar gi mana” tanya jin tu. “ Masuk penjara Sunan “ kataku.” Mu tipu aku, ingat aku tolong mung, takyah masuk penjara”. “ Mung dah buat salah kan, 6 tahun kan engkau duk dalam tubuh dia ni kan?”

Takleh ngelak dan takde sebab , samada mati atau penjara. Mereka keluar juga.

Aku berdepan dengan jin-jin kafir ni takde baca apa-apa ruqyah atau mantera sakti mahu pun bacaan AL Quran. Jin-jin dah kenal hamba-hamba Allah yg terpilih yg di damping oleh rijalulghaib yang merupakan bala tentera Allah yg membantu bila diperlukan. Bukan menyeru Rijalulghaib, “ Allah jua tempat meminta”, di datangkan bala tenteranya membantu.

Baca mantera syirik atau meruqyah dengan iktiqad yg syirik iatu mantera dan ruqyah berkuasa membakar dan melemahkan jin-jin,akan mengundang jin-jin datang bukan mengusir. Lihat sahaja ruqyah massal yg di buat oleh ustaz2 peruqyah, kenapa dah tahu nak di rawat, jin2 tu duduk lagi di situ kalau tahu perawat tu mampu memusnahkan mereka. Pada hakikatnya bacaan ruqyah itu lah yg memanggil jin2 tu datang dan berlakon hysteria dan kerasukan bila iktiqad mereka bahawa bacaan mereka adalah mantera sakti. Sakti sangat pergi lah ruqyah banduan2 di penjara tu, usir semua jin2 yg menghasut mereka kejalan maksiat dan kejahatan, baharu aman dunia ni dari jenayah.

Begitu juga kalau sakit, bergantung dengan ubat. Mensyirikkan Allah dgn benda dgn iktiqad mampu menyembuhkan. Walau pun produk sunnah tapi tak kena gaya dan iktiqad akan jatuh haram juga. Dalam diam-diam ustaz2 kita mengajak kita kepada kesyirikan dengan bergantung kepada ubatan , bukan terus meminta kepada Allah Azzawajalla bila sakit…….” Apabila aku sakit, Dia yg menyembuhkan”

DIA tu Allah bukan ubat.