Message di terima tak sampai sejam untuk pesakit bersama
ibunya berhajat untuk datang. Kata ibunya ada sakit sikit2 lagi dan mimpi
pelik2. Kebetulan saya bersama beberapaorang Jemaah sedang berurusan dengan
ejen hartanah untuk penyewaan rumah dibuat Markas dan Homestay GFSK D’Syifa.
Maka saya mempelawa 3 orang Jemaah ini untuk menjadi saksi
pengubatan ini agar penceritaan saya nanti tidak menjadi tanda tanya bagi
pembaca apatah lagi perawat lain yg memang tidak pernah jumpa kaedah dan cara
yg berbeza kerana saya bisa menundukkan dan mengalahkan jin-jin dengan mudah .
Pesakit dan ibunya sampai pada jam 10 malam dengan wajah yg
ceria keduanya. Si ibu turut membawa tongkat senjata peninggalan arwah bapanya
yg turut di minati oleh bekas suaminya yg merupakan penyihir anaknya. Saya
melihatnya dan membersihkannya dari isian-isian yg batil.
Pesakit berbaring dan saya berdoa di kepalanya macam biasa.
Selepas berdoa, saya membaca ayat-ayat tertentu sementara menunggu jin-jin tu
bangkit.
Jin yang pertama bangkit adalah jin dari Sabah. Bila saya
tekan, dia menjerit memanggil bapanya kemudian ibunya, mereka enggak datang.
Dalam 5 minit dia pun caabut.
Ku seru lagi, bangkit jin yg kedua dari Jawa. “Aku kenal
engkau, aku bukan datang nak lawan engkau tapi nak bertanya khabar je” katanya.
Kami pakat ketawa dengan perkataannya yg lucu itu. “Aku tak mampu nak lawan
engkau dengan 10 wali songo dengan engkau….aku pergi dulu ya”
Ku seru lagi, walau pesakit kelihatan diam dan mengucap 2
kalimah syahadah, ianya bukan boleh di percayai. Ku tekan lagi, kali ini
bangkit bapanya sendiri. Ia marah-marah kerana kerana aku kerap ganggu kerjanya
sehingga ia gagal untuk melaksanakan misinya. “Kalau engkau nak khianati anak
sendiri, biar aku yg jaganya dari kedurjanaan engkau”. “ Mengganggu dia seperti
mencari pasal dengan aku” kataku. Dengan marah dan ancaman nya terhadapku namun
ia nyata keluar juga tak mampu hadapi Cahayaku.
Biasanya kalau bapaknya yg keluar selesailah…..namun
isteriku tahu masih ada yg menyembunyi kat dalam tu. Dia duduk bersila mengadap
Jemaah, aku di belakangnya memeriksa. Rupanya duduk di kepala….ku tekan, degil
tetap degil. Isteriku mencari juga ada di bahagian kakinya. Marahnya bukan main
“ kau tau je kat mana aku duduk ya”. “Kau nak kena bakar ya” kata isteriku.
“Kau mengugut aku” herdiknya pada isteriku. “ Kau nak lawan
aku ke?” Aku pula herdiknya. “ Kau lain la…..” katanya. Akhirnya ia keluar
juga. Takde lah lama sesi ni, mereka and the gang dah berkali-kali kena belasah
dgn aku dan di kurung di penjara sunan. Baharu lah pesakit berkata merasa lega
di bahagian badan dan kepalanya, rasa ringan. SI ibu nya berkata, “ ada hari
itu dia kata nak cekik saya, risau juga kami berdua je, apa jadi kang….”
Selagi bapanya tu masih hidup, dia akan berusaha juga utk
memindahkan dan membunuh anaknya ni, apa lah busuk punya hati manusia ni. Lebih
kurang kes sebelum ni Cuma bezanya yg itu bapanya dah mati tetapi di huni oleh
Iblis Laknatullah yg menyamar sebagai bapanya.