Kes ini merupakan rawatan ulangan kerana selagi penyihir masih
hidup, risiko berulang serangan sihir adalah pasti.
2 beradik yatim piatu yang di sisih keluarga sendiri yakni oleh bapa dan abang2 serta kakak2nya yang memihak kepada bapanya yang sebenarnya tidak mengetahui apa perbuatan jahat bapa mereka ini. Mujur ada dari kalangan saudara iaitu pakcik mereka yang mengetahui perbuatan jahat si bapa dan menasihati kedua beradik ini agar berubat dengan orang yg benar dan arif.
Si abang seorang Jurutera dan si adik masih belajar di UITM
dalam rangka bercuti dan kerana kesibukan masing2, rawatan ulangan ni terlalu
jauh jaraknya dan lambat untuk di selesaikan. Biasanya kes2 saka dan sihir saya
minta rawatan selama 3 hari berturut2 agar dapat di selesaikan terus apatah
lagi jika pesakit datang dari luar kawasan. InsyaaAllah tak lama lagi kami akan
sediakan Homestay, kemudahan bagi pesakit untuk di sewakan yang datang dari
luar KL dan Selangor agar dapat menginap dan meneruskan rawatan selama 3 hari
berturut2. Bagi pesakit yang tak dapat datang dan meminta saya pula untuk
ketempat mereka, insyaaAllah boleh di uruskan dengan pembiayaan yangberpatutan.
Si pesakit berbaring dan saya memulakan Doa dan bertawasul
dengan Nama-Nama Allah Yg Agung. Tak sampai seminit pesakit ( anak gadis
berusia 23 tahun ) menunjukkan reaksi muka yg kurang elok. Jin2 di dalam
badannya mula resah kepanasan dan menunjukkan diri mereka dgn aksi diri mereka
iaitu jin monyet yang pertama muncul.
Seperti biasa lah, saya tekan di tempat tertentu untuk
menyiksanya. Menjerit kesakitan, melolong kuat betul. Risau takut jiran2 datang
bertanya pulak. Kalau tak di sakiti mereka akan diam , nak lari keluar pula
takut melanggar arahan tuannya. Akhirnya keluar juga jin monyet ni dalamasa 5
minit .
Seterusnya saya menyeru lagi, “ siapa lagi yang ada, sila bangkit”. Bangkit lagi jin yang seakan monyet , berbicara…..selepas menanggung kesakitan akhirnya dia berbicara dengan lembut. “ Aku tahu siapa engkau, aku tak mampu nak lawan engkau. Dengan engkau ada 10 Wali-songo yang membantu. Aku takut dengan wali songo” katanya.
Seterusnya saya menyeru lagi, “ siapa lagi yang ada, sila bangkit”. Bangkit lagi jin yang seakan monyet , berbicara…..selepas menanggung kesakitan akhirnya dia berbicara dengan lembut. “ Aku tahu siapa engkau, aku tak mampu nak lawan engkau. Dengan engkau ada 10 Wali-songo yang membantu. Aku takut dengan wali songo” katanya.
Dia dengan sukarela menceritakan asal nya dan kelemahan sihir
ini dan di mana puncanya dan bagaimana untuk di lemahkan dan di hancurkan. Dia
di letakkan bersama anak gadis ini semenjak ia di lahirkan dan di kunci di
beberapa tempat iaitu di kaki, bahu , ubun2 dan bahagian rahimnya. Dia sendiri
benci dengan kezaliman si bapa anak gadis ini namun kerana ia adalah kerjanya
dan mudah , ia laksanakan juga. Namun bila berdepan dengan saya , dia dan jin2
yang lain tak mampu untuk melawan malah menderita jika terus bertahan.
Dia menunjukkan di jari kaki tempat yang perlu di bukakan kunci dan mengeluarkan mereka. Di pandunya saya dengan cara dan kaedah yang betul. “ Tuan syeikh hanya focus dan jangan bimbang Syeikh Siti Jenar bersama tuan membuka kuncian ini”. “ Jika syeikh focus, syeikh akan nampak bahawa bapa anak ini sedang menyucuk2 jari2 itu dan tau apa tuan sedang lakukan”. “ Syeikh boleh nampak mereka dan mereka juga sedang tengok syeikh dengan jin2 sakai ni”. Sementara saya focus mengalirkan energy zikir dan berzikir dengan khusyuk, jin itu berbicara pula dengan si abang dan menasihatinya. Di larangnya kedua beradik ni dari balik ke kampong jumpa bapa mereka kerana si bapa akan menambah lagi kekuatan sihir ini pada anaknya. Sedang si bapa dan adik beradiknya dah fitnah macam2 kepada mereka berdua kerana tidak lagi pulang ke kampong. SI BAPANYA SEBENARNYA TELAH PUN MATI DAN YG HIDUP DI JASADNYA ADALAH SYAITAN DARI KETURUNAN DAJJAL YANG MENGGUNAKAN ILMU SAKAI. Si ibu telah pun di bunuh oleh syaitan ini dengan sentuhan sahaja semasa di hospital akibat kanser payudara, kanser ini adalah sihir yg mana jin2 tersebut duduk di tempat itu bertompok2. Namun rawatan hospital seperti bedah dan kimo belum mampu membunuhnya kerana zikirnya, maka ia sendiri lah yg terpaksa lakukan demi menjaga rahsia ilmunya yang hanya di ketahui oleh kedua beradik ini dan saya.
Kerana saya mempercayai apa yg berlaku berbanding ustaz-ustaz
sebelum ni yg gagal merawatnya kerana tidak percaya apa yg berlaku tu memang
benar2 wujud. Kegagalan rawatan ustaz2 sebelum ni adalah kerana tidak percaya
kpd yg ghaib yg mampu di lakukan oleh syaitan2 ini dan lemahnya iman serta
iktiqad yang salah. “ Kau mampu menyelamatkan anak gadis ini kerana keyakinan
engkau , kepercayaan engkau kepada yg ghaib2 dan sifat engkau sendiri yg tidak
kenal putus asa”. “ Malah bersama engkau 10 wali songo yg tak mampu kami
hadapi”. Pesakit sendiri pernah cerita, rawatan dengan ustaz2 sebelum ni tak
macam ni, seolah tak power langsung. Kini pesakit hanya percayakan saya malahan
segala rahsia terbongkar di ceritakan oleh jin2 itu sendiri malah di nasihati
pula oleh jin2 tu yg kasihan pula akan mereka, walau pun mereka jin tetapi
masih ada hati perut namun syaitan manusia ni memang hilang aqal dan dah tak
waras.
Setelah selesai buka kuncian di jari kakinya, kami berehat
sebentar untuk memberi peluang pesakit memulihkan tenaganya. Jin2 itu bercerita
penuh emosi, sehingga mengalir air mata pesakit dan penuh dengan penyesalan.
Begitu lah bila datang yg Haq, musnah lah yg batil. Perawat lain gagal
menundukkan jin2 tersebut kerana tiada back up dari Rijalul Ghaib, hanya gi
belajar dan kursus tanpa mewarisi apa-apa dari keturunan yg baik2, macamana nak
lawan jin2 yang beratus tahun umurnya? Yg punya ilmu dajjal sedang engkau hanya
membaca ayat2 ruqyah tetapi kemukjizatan AL Quran sendiri tidak terbukti dalam
dirimu baik para ulama sendiri, sakit bergantung dengan ubatan dan doctor,
TUHAN MASIH TIADA DI HATI KALIAN.
Sesi kedua untuk membuka kuncian di bahu kanannya. Kali ini
penghuni jin2 ini lebih kuat dan banyak. Jenuh abangnya sekuat tenaga memegang
adiknya dan saya pula menekan bahunya dengan bacaan zikir yg berterusan.
Rawatan ini tiada bacaan ruqyah mahupun bacaan apa-apa surah dari AL Quran.
Takperlu pun sebab jin2 di dalam badannya segera bangkit kepanasan dengan
sentuhan tangan saya yg mengalir tenaga zikr yg kuat. Terasa kekuatan jin2 ini
bila tangan saya dan pesakit bertaut, kuatnya ia menggenggam tangan saya seolah
tangan seorang bodybuilder.
Setelah gagal melawan dan sengsara kepanasan, ia keluar sedikit
demi sedikit mengambil masa sejam juga . Setelah keluar jin2 itu dari bahagian
ini dan pesakit di sedarkan, saya ke dapur untuk mengambil air sejuk dan doakan
agar dapat memberi kesegaran dan tenaga padanya.
Dalam keadaan duduk , ada jin yg bangkit dengan tenang dan berbicara dengan saya dengan baik. Menasihati saya agar teruskan usaha ini untuk menyelamatkan gadis ini kerana saya punya kemampuan untuk menundukkan mereka dan memusnahkan penyihir itu, katanya sudah terbau kebusukan jasad penyihir yg dah mati lama tu dan si abang juga di nasihati agar menjaga adiknya baik2.
Dalam keadaan duduk , ada jin yg bangkit dengan tenang dan berbicara dengan saya dengan baik. Menasihati saya agar teruskan usaha ini untuk menyelamatkan gadis ini kerana saya punya kemampuan untuk menundukkan mereka dan memusnahkan penyihir itu, katanya sudah terbau kebusukan jasad penyihir yg dah mati lama tu dan si abang juga di nasihati agar menjaga adiknya baik2.
Jin2 ini akhirnya akur dengan saya dan berbicara dengan jujur
walau mereka kafir, kata mereka. Kerana meraka boleh menilai hati-hati manusia
yg jujur dan punya keampuhan ilmu serta ketinggian iman. Malah mereka membantu
saya menunjukkan punca serta mengajar cara mengatasinya.
Alhamdulillah, DIA Belaka. DI tunjuki siapa yg di kehendakiNya
dan di berikanNya bantuan kpd hambaNya yg di kehendakiNya.
Rawatan susulan saya minta datang selepas seminggu agar pesakit
dapat pulih dari kesakitan di tubuhnya. Ada 3 tempat masih perlu di buka
kuncian dan di musnahkan sihir2nya.