Monday, May 29, 2017

Pesakit di sihir ilmu pengasih pulih ( Rawatan jarak jauh - 28/5/2017)


Pesakit ini di rawat secara jauh dahulu dengan bantuan adik2nya....alhamdulillah tepat 7 hari, pesakit dan isteri sudah bersama dan datang bersama2 utk rawatan tanpa diketahuinya. Sebelumnya, isteri yg dihalaunya pulang utk mengambil pakaian di belasah lebam2 badan dan 2 jari koyak dgn jahitan.

Saya meminta abang2 pesakit membawa isterinya untuk di tarik kuasa ilmu pengasih itu dan mengisi ilmu pasak kasih sayang kpd si isterinya. Alhamdulillah...Allah SWT izinkan dan mereka bersama kembali dgn kasihsayang. 

Bersama pesakit ini ada lagi 6 pesakit yg saya usahakan secara jarak jauh. Alhamdulillah Allah SWT mengizinkan perubahan dan kesembuhan. Pesakit yg disihir ketiga2nya sudah dtg kesini utk rawatan seterusnya setelah sihir2 itu di tawarkan.

Dua pesakit kanser, alhamdulillah menurut si anak ada kesembuhan dan tak perlu kimo. Cuma pihak keluarga menganggap ubatan doktor yg memberi kesan dan ingin meneruskan dgn ubatan doktor. Si anak yg berusaha secara diam2 dgn saya tak boleh berbuat apa2.

Pesakit gangguan biasa yg bukan kategori sihir dan saka pun memberi reaksi positif dan meminta utk rawatan di teruskan. Secara jarak jauh tetapi kekuasaan Allah Azzawajalla tiada batasannya.
Cuma yg terbaru pesakit dari Kelantan anak dara sunti yg di sihir belum dapat respons sebab yg menolongnya adalah kawan fb yg membantu secara senyap2. Mudah2an Allah SWT juga mengizinkan sihir itu dpt di tawarkan.

Sesungguhnya keikhlasan yg tinggi adalah bila pesakit tak tahu dia sedang dirawat secara rohani dan dia sembuh dgn menganggap rawatan dari doktor yg didepannya. Tak jadi hal pun asal yg meminta pertolongan pun ikhlas maka redha Allah mendatangi.

LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH.

Kes sihir tamat 15 minit ( 25/5/2017)


Pesakit wanita yg membuat temujanji awal datang seperti dijanjikan. Suaminya bercerita bila ia di "rasuki" bukan setakat dia (suami) malah anak2 juga jadi mangsa di marahi.

Pernah berubat di tempat tersohor di Bangi, di kata saka bagai. Namun tiada perubahan. Berubat di tempat tersohor kedua di Gombak , rakan seperguruan yg di tarik ijazah oleh guru kerana " lupa diri" dan mengambil artis tersohor jadi pembantu, pun tiada perubahan. Hanya di jual2 ayat2 Quran shj.

Tanpa berlengah masa dan malas nak cakap banyak dah...dah puas membebel di fb, kini masa utk penyaksian. Pesakit baring dan ambo di kepala....berdoa dan berzikir. Ambo bermunajat je, dgn Tuhan ambo yg Maha Berkuasa dan menyebut Nama2Nya Yg Agung.

Dlm 3 minit tiada reaksi, ambo mula membaca Al Mulk. Dlm minit ke 5 baharu nampak kesan. Pesakit kesakitan dan mula muntah. Ambo bangunkan dulu pesakit agar muntahkan dahulu apa2 yg ingin dikeluarkannya.

Selesai muntah, ambo baringkan kembali. Pesakit kesakitan dgn tangannya terangkat dan kejang. Pesakit tak boleh bergerak pun...hanya menampakkan tangan yg kekejangan. Menjerit pun suara tak kedengaran. Suami pesakit dan pesakit2 lain yg cukup ramai malam tu menjadi saksi betapa jin2 didlm badan pesakit tak mampu melawan, menjerit tak keluar suara dan tidak meroyan seperti di tempat2 ruqyah di mana 3 orang memegangnya dan badan sakit2 selepas itu di pegang kemas oleh lelaki2.

Selepas pesakit kelihatan tenang, ambo menamatkan sesi rawatan. Pesakit pun bangun dgn tenang dan ceria. Ambo tanya suami pesakit, "ada tgk jam berapa minit?". " 15 minit ustaz".

Pesakit kedua : Mangsa serangan guru dan penggantinya....Syeikh Toriqat dan Imam Masjid.

Gara2 ingin memegang dan mengambil kesempatan di atas kemewahan si murid, guru2 sesat ini menyerangnya bertalu2. Walaupun gurunya yg tersohor itu dah meninggal dunia di usia muda, penggantinya meneruskan. Di tempat mereka kerajaan jin yg besar bersama mereka. Puak2 ni selain pakar scan juga menggunakan sarung ( tubuh orang lain) bagi tujuan komunikasi.

Dia pernah di arahkan utk membuat pinjaman pembelian Mercedes utk guru dan dgn plat khas. Sepanjang rawatan pesakit merasa ikatan terlerai dibhgn kepalanya tetapi esoknya, mereka top up kembali. Pesakit dtg atas kerelaan kerana yakin dgn ambo dan ambo pula tidak memaksa sesiapa utk terus dtg. Jika yakin dgn ambo, ambo usahakan yg terbaik agar pesakit benar2 sembuh.

Pesakit ke tiga : Gara-gara menuntut ilmu silat sesat aqidah yg dok cari pasal dgn ambo.

Rawatannya mudah shj...di terapi zikir dan berdoa agar ikatan khadam2 jin ini putus dan di dihukum dipenjara ghaib Sunan Kalijaga. Tiada kesan apa2 kerana jin2 tersebut melarikan diri awal2 lagi. Mana tidaknya sudah menyaksikan jin2 sihir tadi disiksa secukupnya sehingga keluar dlm 15 minit shj. Ambo tazkirah kannya agar buat Solat Taubat dan perbanyakkan istighfar dan selawat. Solat malam dan puasa sunat buat semampunya dan istiqamah agar diampuni dan disembuhkanNya.

Pesakit ke empat : Anak dara sunti di resapi jin asyik

Selepas berkhemah di sekolah, anak gadis ini gelisah dan sukar tidor malam. Sudah berlarutan sekian lama dan puas berubat di klinik dan hospital.

Dari awal firasatku sudah dinyatakan gangguannya. Terapi dlm 10 minit , selesai. Ku nasihati bapanya usah risau, di sekolah2 yg berbukit dan di IPT byk kes2 sebegini. Hanya kerana jin2 jantan sukakan dia kerana hatinya baik.

Pesakit ke lima : Nenek tua punya saka

Di datangi anaknya utk meminta nasihat kerana pesakit tidak mahu berubat. Mereka meminta di doakan air utk lembutkan hati neneknya.

Pesakit ke enam : Pasangan suami isteri yg belum punya zuriat setelah 8 tahun berumahtangga.

Kedatangan kali kedua rawatan, mudah2an Allah SWT izinkan pasangan ini utk memperolehi cahaya mata. Ini pasangan kedua yg agak lama berumahtangga belum ada rezeki di beri zuriat. Pesakit terakhir ambo rawat selama 3 hari berturut, 2 minggu lepas tu melekat setelah 2 bulan kemudiannya doktor sahkan mengandung.

Catatan ini bukan shj utk ingatan ambo tetapi juga buat pengajaran murid2 ambo serta pengajaran buat kalian.
LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH.

MATI SEBELUM MATI


Ada satu istilah sufi,
Iaitu mati sebelum mati,
Apakah maksud mati si sufi,
Bukan bercerai nyawa dari badan,
Bercerai nyawa dari badan,
Itu hanya perpindahan,
Berpindah dari alam benda,
Masuk ke dalam alam nyawa,
Namun kita hidup juga,
Hanya berpindah alam saja,
Hidup terus wujud,
Kerana ia pancaran Al-Wujud,
Di alam sana kita wujud juga,
Melihat tanpa mata,
Mendengar tanpa telinga,
Lebih jelas dan nyata,
Kerana dinding badaniah tidak ada,
Apakah mati menurut si sufi,
Dengarlah huraian di bawah ini,
Mati di sini dalam khayalan,
Dalam khayalan dan perasaan,
Khayalan dan perasaan,
Sangat penting dalam kesufian,
Matikan ego mu,
Matikan nafsu amarahmu,
Matikan kepentingan diri,
Tegakkan kepentingan ilahi,
Nafikan dirimu ithbatkan allah,
Hingga terasa tiada wujud selain allah,
Hingga terasa dirimu kosong belaka,
Hanya allah segala gala,
Hingga terasa tidak ada segala sesuatu,
Yang ada hanya dzat yang maha satu,
Bila allah terdiri dalam hati,
Terasa lenyap diri sendiri,
Nafi yang lain ithbatkan allah,
Itulah rahsia Laailaha'illallah,
Terasalah dalam perasaan si sufi,
Dia telah binasa dan mati,
Yang hidup hanya allah,
Yang wujud hanya allah,
Inilah dalam perasaan,
Inilah dalam khayalan,
Orang sufi orang ruhani,
Merenung jauh ke dalam diri,
Berbagai ilham mereka perolehi,
Orang bukan sufi sukar mempercayai,
Bukan senang menjadi sufi,
Perlu latihan secara ruhani,
Mereka bersembahyang mereka berpuasa,
Mereka berzikir segenap masa,
Bersihkan hati hingga bergilap,
Bercahaya bersinar tiada lagi gelap,
Hati dicuci dengan zikrullah,
Jiwa yang kembali mengadap Allah,
Guru itu sebagai pembimbing,
Menuju ma'rifat yang hening,
Ma'rifat itu pengenalan,
Mengenal Allah mengenal insan,
Apabila sampai ke ma'rifat suci,
Terasalah ia hampirnya rabbi,
Terlalu hampir terlalu nyata,
Lidah kelu hendak berkata,
Tidak dapat dikatakan,
Hanya terasa dalam khayalan,
Orang sufi hampir dengan rabbi,
Mereka kosong dari ego sendiri,
Mereka menjadi cermin Allah,
Mereka menjadi tanda tanda Allah,
Mereka itu sudah kembali,
Kembali ke hadrat ilahi,
Badan didunia tapi ruh disisi Allah,
Mati pada diri..tapi hidup dalam Allah,
Mereka itu hamba Allah sejati,
Mereka itu hanya menifestasi,
Kalau kau perangi wali Allah,
Kau sebenarnya memerangi Allah,
Kalau kau wali Allah,
Lontaranmu lontaran Allah,
Pukulanmu pukulan Allah,
Bukan kau yang membunuh...sebenarnya Allah,
Wali Allah sufi sejati,
Doa nya makbul di restui ilahi,
Mereka menjadi khalifah Allah,
Mereka hanya ayat ayat Allah,
Belajarlah pada syekh sufi,
Agar kau diberkati ilahi,
Terlalu hampir sekali,
Terasa diri tiada lagi,
Matilah diri hiduplah Allah,
Semata mata yang ada hanya dzat Allah.
PANDANGAN JIWA KESUFIAN.

JALAN KAMI -GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA.


MEMBUANG KEAKUAN MU (ANANIYAH) KUNCI ILMU LADUNNI

Imam Ghazali seorang Ulama besar dalam sejarah Islam, hujjatul islam yang banyak hafal hadist Nabi SAW. Beliau dikenal pula sebagai ahli dalam filsafat dan tasawuf yang banyak mengarang kitab-kitab.
Suatu ketika Imam Al Ghazali menjadi imam disebuah masjid . Tetapi saudaranya yang bernama Ahmad tidak mahu berjamaah bersama Imam Al Ghazali lalu berkata kepadanya ibunya :

“Wahai ibu, perintahkan saudaraku Ahmad agar solat mengikutiku, supaya orang-orang tidak menuduhku selalu bersikap buruk terhadapnya“.

Ibu Al Ghazali lalu memerintahkan puteranya Ahmad agar solat makmum kepada saudaranya Al Ghazali. Ahmad pun melaksanakan perintah sang ibu, solat bermakmum kepada Al Ghazali.Namun ditengah-tengah shalat, Ahmad melihat darah membasahi belakang Imam. Tentu saja Ahmad memisahkan diri.

Setelah solat Imam Al Ghazali bertanya kepada Ahmad, saudaranya itu : “Mengapa engkau memisahkan diri (mufaraqah) dalam solat yang saya imami ? “. Saudaranya menjawab : “Aku memisahkan diri, kerana aku melihat belakangmu berlumuran darah “.

Mendengar jawapan saudaranya itu, Imam Ali Ghazali mengakui, hal itu mungkin kerana dia ketika solat hatinya sedang tergikir-fikir masalah fiqih yang berhubungan haid seorang wanita yang mutahayyirah.
Al Ghazali lalu bertanya kepada saudara : “Dari manakah engkau belajar ilmu pengetahuan seperti itu ?” Saudaranya menjawab, “Aku belajar Ilmu dari Syeikh Al Utaqy AL-Khurazy yaitu seorang tukang jahit sepatu-sepatu bekas (tukang sepatu) . ” Al Ghazali lalu pergi kepadanya.

Setelah berjumpa, Ia berkata kepada Syeikh Al Khurazy : “Saya ingin belajar kepada Tuan “. Syeikh itu berkata : Mungkin saja engkau tidak kuat menuruti perintah-perintahku “.
Al Ghazali menjawab : “Insya Allah, saya kuat “.
Syeikh Al Khurazy berkata : “Bersihkanlah lantai ini “.

Al Ghazali kemudian hendak melakukannya dengan penyapu. Tetapi Syeikh itu berkata : “Sapulah (bersihkanlah) dengan tanganmu“. Al Ghazali menyapunya lantai dengan tangannya, kemudian dia melihat kotoran yang banyak dan bermaksud menghindari kotoran itu.

Namun Syeikh berkata : “Bersihkan pula kotoran itu dengan tanganmu“.

Al Ghazali lalu bersiap membersihkan dengan menyisingkan pakaiannya. Melihat keadaan yang demikian itu Syekh berkata : “Nah bersìhkan kotoran itu dengan pakaian seperti itu”.

Al Ghazali menuruti perintah Syeikh Al Khurazy dengan redha dan tulus.

Namun ketika Al Ghazali hendak akan mulai melaksanakan perintah Syeikh tersebut, Syeikh langsung mencegahnya dan memerintahkan agar pulang.

Al Ghazali pulang dan setibanya di rumah beliau merasakan mendapat ilmu pengetahuan luar biasa. Dan Allah telah memberikan Ilmu Ladunni atau ilmu Kasyaf yang diperoleh dari tasawuf atau kebersihan qalbu kepadanya.

Imam Ghazali telah menanggalkan pakaian kebesarannya lalu memakai pakaian orang kebanyakan, lalu diambilnya penyapu untuk membersihkan kawasan gurunya berbulan lamanya.. bila ditanya pada gurunya bila dia nak ajar saya 'ilmu'?, gurunya pesan..sudahlah, kamu sudah tamat pengajian (iaitu ilmu merendah diri dan membuang sifat sombong dari hati) Lalu beliau didoakan oleh gurunya (Aulia yang mustajab doanya) agar dikurniakan ilmu-ilmu tersembunyi buat Imam Al Ghazali).

Setelah hari itu, Imam Ghazali merasa pelik pada saat setiap kali beliau ingin mengarang kitab, "Bilakah masanya aku belajar ilmu ini?" Rupanya barulah dia sedar bahawa ilmu yang dipelajarinya dari gurunya itu bukanlah ilmu lisan dan ilmu tulisan, tetapi ia ilmu buah hasil dari sifat 'ikhlas' yang dicampakkan Allah ke dalam hatinya - laduni ...

Beliau mengikhlaskan dirinya pada saat beliau menuntut ilmu serta melaksanakan amanah amanah Allah yang 'tertinggi' iaitu merendah diri untuk menjadi 'hamba' Allah yang sebenar benarnya di sisi-Nya.

Buangkanlah pakaian keakuanmu... khidmatlah kpd keAKUan Allah dgn memandang kpd setiap martabat wujud pada dirimu dan sekelilingmu adalah hak2 Allah dan berakhlak dengan Akhlak Allah yang Allah tunjukkan melalui Shuroh(rupa) , Siroh(perjalanan hidup) dan Sariroh(suasana hati) Rasulullah saw. Selagi ada dirimu... tiada Allah dihatimu. Tinggalkan keakuanmu.. baru engkau akan bertauhid!

FIGHTER MMA INGIN BELAJAR SILAT GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA.


Minggu lepas di hubungi oleh seorang pemandu teksi untuk membawa seorang Arab Tunisia warga Perancis untuk berguru. Katanya Arab ini datang ke sini untuk belajar 2 jenis Martial Arts iaitu Judo dan Ju Jitsu kalau tak silap. Pemandu teksi berbangsa melayu ini seorang ahli Nasrul Haq dan memperkenalkan Silat GFSK ini kepada beliau. Katanya kenapa tidak mempelajari Ilmu Silat yang lebih kepada Islam daripada Martial Arts lain yang hanya menekankan latihan fizikal semata.

Hati saya berat untuk menerima kerana pertamanya masalah komunikasi dan keduanya takut-takut dia akan menyebarkan ilmu ini ke negaranya tanpa izin.

Walaubagaimana pun si pemandu teksi ini memujuk juga untuk bertemu dan semoga dapat beri penerangan kerana beliau sudah berjanji dengan kawannya itu. Hari di janjikan namun hampir sejam mendekati waktu, pemandu teksi tersebut memaklumkan bahawa Flight delay dan beliau mungkin lambat akan membawa kawannya itu kawannya kerumah. Oleh kerana lewat malam maka saya cadangkan beliau datang pada hari kami adakan pertemuan (jemaah Gerak Faqir).

Esoknya pemandu ini memujuk untuk membawa kawannya pada malamnya namun saya tolak kerana pesakit pada malam itu ramai sekali. Beliau meminta saya cadangkan nama murid saya yg boleh beliau berhubung untuk penerangan.namun sempat saya bagi sedikit penerangan syarat-syarat utama untuk mempelajari Ilmu Gerak Faqir Sunan Kalijaga ini sekiranya ingin menguasainya :

1/ Mahar perguruan seumur hidup.
2/ Meninggalkan perbuatan dosa dan bertaubat akannya.
3/ Mengamalkan dan menghidupkan amal ibadah sunnah dalam
kehidupan seharian.......setakat mampu terutama :
* Solat Malam.
* Puasa sunat
* Banyakkan bersedekah.
4/ Meninggalkan amalan ilmu-ilmu terdahulu , jangan di campur-
campur. Ini menjadi kepantangan di mana-mana perguruan.
5/ Sebaiknya kosongkan diri , jangan dicampur dan jangan di
banding kan dengan ilmu-ilmu terdahulu. Ilmu Gerak Faqir
Sunan Kalijaga adalah ilmu amalan Mbah Sunan selepas
beliau di angkat sebagai Wali Songo. Lalu untuk
menguasainya bukan semudah latihan Silat Fizikal yang
memerlukan stamina yang tinggi tetapi memerlukan jiwa yang
telah di sucikan. Fizikal lemah tidak mengapa (kerana
berpuasa) tetapi Rohani akan meningkat kekuatan
Cahayanya.
6/ Kerap datang perjumpaan kerana di sini tazkirah kefahaman
Tauhid Tasauf akan di berikan dan kefahaman bagaimana
kaedah dan teknik Gerak Silat serta kaedah perawatan di
lakukan.

Rupa-rupanya si pemandu teksi ini tidak pun menghubungi murid kanan saya kerana beliau faham benar dan jelas akan keterangan itu.

3 hari selepas itu saya pula di hubungi seorang Guru Silat lain yang juga seorang perawat ingin bersahabat, memulakan perkenalan dengan cerita si pemandu teksi dan Fighter MMA ini yang di beritahu kepadanya.Dia mengaku takkan mampu bawa ilmu saya kerana Solatnya pun tertinggal-tinggal manakala di pihak guru tersebut, banyak soalan asas dari segi syariat pun gagal di jawab.

Wahai jiwa, sekiranya masih ada dunia di hatimu, lupakan lah hasratmu. Ilmu ini bukan boleh di gunakan di dalam pertandingan tempur MMA, Ia Ilmu untuk Mengenal Allah SWT dan mendekatkan dirimu padaNya.

ORANG MUDA SUDAH PAKAI TONGKAT...


Kalam Habib Hassan Bin Muhammad bin Salim Al-Attas, (Imam Masjid Ba' Alawi), ini saya kongsikan ketika ziarah ke Singapura baru-baru ini:

1- Zaman sekarang, ramai Ustaz muda yang balik timur tengah tidak membawa ilmu tetapi membawa budaya timur tengah, mengenepikan budaya dan adat setempat. Sehingga dilihat mereka ingin memperketengahkan budaya disana.

2- Pada usia yang muda, sudah mula memakai serban yg besar, tongkat dan pakaian-pakaian Ulama yang lain, dengan alasan mengikut Sunnah. Ia bagus. Walhal yg disitu membuahkan kibir (bangga diri), sedangkan kibir itu bukan dari agama. Dan Sunnah yang paling besar adalah akhlak.

3- Fenomena ini juga membawa suatu budaya yang suka menghukum. Di mana mereka suka menghukum ini haram, ini bid'ah, tiada asal dan sebagainya.

4- Al-Habib menyatakan bahawa fenomena golongan ini adalah kerana memahami agama hanya satu sisi sahaja. Tidak memahami agama secara keseluruhan. Misalnya, mereka memahami hadis itu hanya pada satu sisi saja, dan mengenepikan aspek sirah dan sejarah di dalam mengimbangi dan mengeluarkan hukum. Ini membawa maksud perkembangan zaman membawa kepada perkembangan hukum yang berbeza.

5- Soalan daripada Habib Hasan: "adakah kita lebih alim dari nenek moyang kita dulu? mereka orang tua2 dahulu (perempuan)/ nenek2 kita hanya memakai selendang saja ketika itu, tidak di tegur oleh ulamak ketika itu, kerana mereka lebih memahami keadaan suasana ketika itu. Dan mempunyai adab yang sangat halus.

6- Agama itu membawa tauhid dan akhlak. Akhlak orang dulu walaupun bukan satu agama, tetapi mereka menunjukkan akhlak yg baik.

7. Dahulu, orang Melayu , Cina dan India boleh duduk bersama tanpa bergaduh. Orang India boleh hantar anaknya di didik oleh orang Melayu kerana percayakan Melayu. Dan orang Melayu boleh makan makanan cina di kantin ketika itu dengan yakin kerana orang Cina faham dan hormat agama kita.
8. Sekarang bagaimana? Yang ada hanyalah pakaian dan penampilan yang indah tetapi kosong dengan akhlak dan adab. Umat sekarang kalah dan tewas pada akhlak dan adab.

Copy atas copy....

Merawat pesakit yg di serang dan di tawan guru sendiri( 18/5/17 - hari ke 3)


Banyak kes-kes sebegini ku terima. Guru sesat bila di datangi sang murid, terus di cekup secara rohani. Berulang lah murid ini mengunjungi gurunya, yg asalnya mahu berubat di cekup jadi murid then di peras hartabenda.
Bila dapat lari dan berubat di tempat lain, serangan demi serangan di hantar. Samada untuk menarik kembali atau mati. Guru2 ini tersohor di internet. Bercakap ilmu hebat2 dan menonjol2 kan kehebatan ilmu baik persilatan mahupun perubatan.
Aku byk mendapat aduan tentang kesesatan ilmu silat dan perubatan malah kesesatan aqidah para2 ustaz yg meminta pertolongan jin2 direct or indirectly. Bukan semua pesakit tu sakit akibat dosa2nya sendiri tetapi ada juga ujian buat penyucian rohani. Di sini hijab matanya di buka dan di perlihatkan kebatilan ilmu tok guru perawat2 tersebut.
Pesakit dari Brunei keturunan kerabat di raja, di perlihatkan kpdnya 3 gambar guru2 perubatan Islam yg tersohor disini bertanduk 2 di pusat rawatan cawangan Brunei. Malah di bukakan screen hijab dan di perlihatkan akan daku dan di suruh dtg menemuiku. Screen gambarku didepan rumahku. Bila sampai, gambaran itu tepat dan rawatan hari ke tiga di perlihat Allah SWT kpd pesakit isteriku yg memandikannya, ular naga didalam badannya gugur berkepingan.
Pesakit terus sihat dan bila di susul beberapa bulan kemudian...gangguan itu sudah tiada. Malah kepulangannya ke Brunei di datangi seseorang yg tidak dikenali, di suruh ziarah makam Sultan Brunei yg pertama.
Tok2guru tersohor ada juga kesesatannya terutama dari segi aqidah. Bila dah meninggal ada mursyid lagi arif bermimpikan keadaan mereka di neraka. Hidup mereka menyesatkan dan memecahbelahkan ummah, pastinya matinya menerima balasan setimpal. Akhir hayatnya dia sudah di nampakkan dosa2nya nsmun terlambat kerana dia tak mampu membawa umat yg di sesatkannya kembali ke jalan benar.
Guru2 silat lagi la banyak. Amalan2 yg byk membawa kpd dampingan khadam2 jin terutama Silat2 Kebatinan. Secara tidak di sedari, amalan2 yg di bawa membawa pengamal lagi jauh dari Allah SWT bukan mendekatkan. Lihat sahaja yg berlaku depan mata kita terpampang di dada akhbar.
Ku lihat ada budak hingusan mencabar pulak. Umur baharu setahun jagung merasa diri cukup hebat. Ramai pengikut belum tentu hebat, 1000 tentera Mekah pun kalah dgn 313 tentera Badar yg lemah fizikalnya. Apa yg penting tauhid dan hati yg di bersihkan , bantuan dari langit datang tidak di duga. Ramai pengikut yg bergelumang dosa akan memusnahkan kumpulan itu sendiri.
Tidak ia sedar langsung bahawa 2 bekas murid kanan gurunya berguru dgnku. Murid terawal yg menyusun silibus yg ia dok ajar kini. Murid tua yg nampak kesesatan gurunya dah lari, dia pulak berlagak samseng. Malah ada syeikh tariqat yg di iktiraf orang2 politik dan bergurukannya pun mengesahkan pengamalan mereka menggunakan jin2.
Cuba cermin lah diri dan pergi lah mengadap para2 ulama tauhid dan para Arifbillah.....yg dpt melihat terus ke hatimu. Ramai ustaz2 tersohor dan para tokguru yg mengadap Arifbillah ini, kena smash direct dihadapan pengikut2 mereka. Di situ baru kau tahu langit tinggi mana.
Malah nasihatku kepada para2 guru baik ilmu silat, perubatan apatah lagi guru2 agama, jumpalah para Arifbillah yg boleh menilik hatimu, agar di yakini ajaranmu benar dan tidak menyesatkan.
Murid2 ku yg ku tarik balik ijazah dan putuskan sanad ilmu bukan di buat sesuka hati. Kami di pantau yg ghaib malah ramai pun di kalangan kami yg terbuka hijab utk membenarkannya. Kebenaran terbukti sejurus terbuang dari perguruan....kesesatan aqidah mereka yg tak dpt di perbetulkan kerana niat yg tidak ikhlas dan kemaksiatan yg terpapar secara di sedari atau tidak.
Guru yg mengajar silat dan perubatan shj....mungkin tidak rasa perlu bimbingan mursid Arifbillah tetapi pembimbing rohani perlu pengiktirafan 3 wali hidup dan 3 wali ghaib sekurang2nya. So....bercakap biar beradab.
Jgn sampai kata2 biadap itu memakan diri sendiri kerana kejahilan . Menyesal kemudian tiada gunanya.

Sunday, May 14, 2017

2/5/2017 - Kes sihir hasad dengki bekas makcik


Mlm tadi di datangi pesakit mengadu di sihir sudah 5 tahun. Sudah tak tahan menanggung seksanya sebab anak2 dan suami turut menanggung akibat sikapnya yg berubah menjadi panas baran dan sakit2.
Mulanya semasa bertanya, saya kenakan syarat ada fidyah dan di rawat 3x berturut. Beliau keberatan kerana dah puas berubat baik yg mengenakan bayaran mahu pun yg tidak, tidak mampu memulihkannya. Habis kuat bertahan 3 minggu sahaja.
MOU tidak di persetujui maka tiada urusan berlaku. Hampir sebulan beliau menghubungi semula , setuju dgn syarat dan ingin terus datang berubat.
Duduk sahaja berhadapan kami bercerita. Saya bertanya berubat di mana sebelum ni, lalu di ceritakan pusat rawatan itu dan ini. Hmmm...tempat2 yg mengamalkan ruqyah, guna garam, lada hitam dan kepit ibu jari. Kenapa tak baik dan pulih? Tanya saya dan tak boleh di jawab.
Saya pun beri tazkirah kefahaman bab tauhid dan iktiqad. Pesakit menunjukkan tangannya menggigil. Kataku....cakap banyak tak guna, ku buktikan cara dan kaedah yg di redhai.
Pesakit berbaring.....baru letak tangan tak sampai seminit. Baru bersyahadah belum berdoa, Jin sihir dah bangkit.
" Adoiii...saaakiiit..."
" Aku keluar...aku keluaaaaarrrrrr".
Aku diam je meneruskan zikir dan melihat resksinya dan suami.
"Aku tak boleh keluar.....tuan aku tak bagi...."
"Sapa tuan kau.........?"
" Ma........... bekas makcik...?"
"Bekas makcik? " tanyaku dan suaminya mengangguk.
" Aku tak boleh keluar....tak nampak jalan".
" Jangan temberang, kau boleh masuk mesti boleh keluar".
" Aku tak boleh.....roh aku di kapankan di Sumatera, kena pergi sana".
" Jangan dok temberang dgn aku......tak keluar kau sakit".
Pesakit muntah dan batuk berkali2....ku angkat badannya duduk dan ku sandarkan lutut di belakangnya. Penyiksaan di teruskan...pesakit ( jin2) nak gelak pun tak berdaya, nak temberang lagi...ku tekan lagi...meraung melolong macam pesalah di ikat di kerusi dan di alirkan arus elektrik. Kalau tak keluar, mati la. Pesalah zaman kini pun hukumannya di alirkan arus elektrik sampai mati di Negara Barat sana.
Nak temberang bagai jin2 ni...dengan Hj.Wan Zul Al Qubra, " don't play play". Lu langsi lu mati ma......
Akhirnya......suaranya bertukat lembut....." sakit sakit ustaz". Ku lepaskan , ku suruh bersyahadah 3 kali. Lancar....jelas....jin2 itu ambil lsngkah seribu.
" Tak sampai 5 minit pun kan?" Kataku.....pesakit dan suaminya mengangguk. Lihatlah....kesaksian kamu terhadap kata2 dan tulisanku selama ini. Ilmu haq mampu mengatasi apa shj...baik penyakit medik apatah lagi gangguan sihir dan saka.
Kamu bandingkan kaedah ini dgn mana2 kaedah "Rawatan Islam" yg di dakwa dakwi sana sini yg kamu pernah kunjungi. Al Quran yg kamu dok baca hari2.....apatah lagi yg mengajar sana sini.....buktikan ia meresap ke hati dan memberi kekuatan kepada jantungmu.
Jantungmu yg berisi khasiat zikir itu menjana kekuatan tenaga elekrik dan solar(aura) yg mampu kamu " jumper" kepada pesakit medik dan gangguan2 jin dgn mudah sahaja...menyembuhkan dan mengusir makhluk2 halus yg duduk dlm urat saraf.
Macam bateri kereta kong. " Kaedah Jumper" tak sampai seminit pun bateri itu hidup semula.
Tak perlu pembedahan yg memutusksn urat saraf yg mengeluarkan darah yg byk yg boleh mengakibatkan kematian ( mati sebelum ajal - roh gentayangan).
Tak perlu jampi mantera/ ruqyah syirik. Tak perlu support bahan2 alami apatah lagi dadah ciptaan Yahudi.
Pelajar baharu, baru tiba. Bekas perawat dari pertubuhan yg di sahkan haram dan sesat oleh mufti n.sembilan. " Kamu terlambat utk menyaksikan kaedah saya yg ingin kamu saksikan dan yakini....hanya 5 minit shj tadi".
Berbaiah dan mengambil ijazah amalan pelajar ini dan turut ku tazkirah kan kefahaman Tauhid dan Sifat 20 pegangan ahlulssunnah wal jamaah.