Monday, May 29, 2017

Merawat pesakit yg di serang dan di tawan guru sendiri( 18/5/17 - hari ke 3)


Banyak kes-kes sebegini ku terima. Guru sesat bila di datangi sang murid, terus di cekup secara rohani. Berulang lah murid ini mengunjungi gurunya, yg asalnya mahu berubat di cekup jadi murid then di peras hartabenda.
Bila dapat lari dan berubat di tempat lain, serangan demi serangan di hantar. Samada untuk menarik kembali atau mati. Guru2 ini tersohor di internet. Bercakap ilmu hebat2 dan menonjol2 kan kehebatan ilmu baik persilatan mahupun perubatan.
Aku byk mendapat aduan tentang kesesatan ilmu silat dan perubatan malah kesesatan aqidah para2 ustaz yg meminta pertolongan jin2 direct or indirectly. Bukan semua pesakit tu sakit akibat dosa2nya sendiri tetapi ada juga ujian buat penyucian rohani. Di sini hijab matanya di buka dan di perlihatkan kebatilan ilmu tok guru perawat2 tersebut.
Pesakit dari Brunei keturunan kerabat di raja, di perlihatkan kpdnya 3 gambar guru2 perubatan Islam yg tersohor disini bertanduk 2 di pusat rawatan cawangan Brunei. Malah di bukakan screen hijab dan di perlihatkan akan daku dan di suruh dtg menemuiku. Screen gambarku didepan rumahku. Bila sampai, gambaran itu tepat dan rawatan hari ke tiga di perlihat Allah SWT kpd pesakit isteriku yg memandikannya, ular naga didalam badannya gugur berkepingan.
Pesakit terus sihat dan bila di susul beberapa bulan kemudian...gangguan itu sudah tiada. Malah kepulangannya ke Brunei di datangi seseorang yg tidak dikenali, di suruh ziarah makam Sultan Brunei yg pertama.
Tok2guru tersohor ada juga kesesatannya terutama dari segi aqidah. Bila dah meninggal ada mursyid lagi arif bermimpikan keadaan mereka di neraka. Hidup mereka menyesatkan dan memecahbelahkan ummah, pastinya matinya menerima balasan setimpal. Akhir hayatnya dia sudah di nampakkan dosa2nya nsmun terlambat kerana dia tak mampu membawa umat yg di sesatkannya kembali ke jalan benar.
Guru2 silat lagi la banyak. Amalan2 yg byk membawa kpd dampingan khadam2 jin terutama Silat2 Kebatinan. Secara tidak di sedari, amalan2 yg di bawa membawa pengamal lagi jauh dari Allah SWT bukan mendekatkan. Lihat sahaja yg berlaku depan mata kita terpampang di dada akhbar.
Ku lihat ada budak hingusan mencabar pulak. Umur baharu setahun jagung merasa diri cukup hebat. Ramai pengikut belum tentu hebat, 1000 tentera Mekah pun kalah dgn 313 tentera Badar yg lemah fizikalnya. Apa yg penting tauhid dan hati yg di bersihkan , bantuan dari langit datang tidak di duga. Ramai pengikut yg bergelumang dosa akan memusnahkan kumpulan itu sendiri.
Tidak ia sedar langsung bahawa 2 bekas murid kanan gurunya berguru dgnku. Murid terawal yg menyusun silibus yg ia dok ajar kini. Murid tua yg nampak kesesatan gurunya dah lari, dia pulak berlagak samseng. Malah ada syeikh tariqat yg di iktiraf orang2 politik dan bergurukannya pun mengesahkan pengamalan mereka menggunakan jin2.
Cuba cermin lah diri dan pergi lah mengadap para2 ulama tauhid dan para Arifbillah.....yg dpt melihat terus ke hatimu. Ramai ustaz2 tersohor dan para tokguru yg mengadap Arifbillah ini, kena smash direct dihadapan pengikut2 mereka. Di situ baru kau tahu langit tinggi mana.
Malah nasihatku kepada para2 guru baik ilmu silat, perubatan apatah lagi guru2 agama, jumpalah para Arifbillah yg boleh menilik hatimu, agar di yakini ajaranmu benar dan tidak menyesatkan.
Murid2 ku yg ku tarik balik ijazah dan putuskan sanad ilmu bukan di buat sesuka hati. Kami di pantau yg ghaib malah ramai pun di kalangan kami yg terbuka hijab utk membenarkannya. Kebenaran terbukti sejurus terbuang dari perguruan....kesesatan aqidah mereka yg tak dpt di perbetulkan kerana niat yg tidak ikhlas dan kemaksiatan yg terpapar secara di sedari atau tidak.
Guru yg mengajar silat dan perubatan shj....mungkin tidak rasa perlu bimbingan mursid Arifbillah tetapi pembimbing rohani perlu pengiktirafan 3 wali hidup dan 3 wali ghaib sekurang2nya. So....bercakap biar beradab.
Jgn sampai kata2 biadap itu memakan diri sendiri kerana kejahilan . Menyesal kemudian tiada gunanya.