Monday, May 29, 2017

ORANG MUDA SUDAH PAKAI TONGKAT...


Kalam Habib Hassan Bin Muhammad bin Salim Al-Attas, (Imam Masjid Ba' Alawi), ini saya kongsikan ketika ziarah ke Singapura baru-baru ini:

1- Zaman sekarang, ramai Ustaz muda yang balik timur tengah tidak membawa ilmu tetapi membawa budaya timur tengah, mengenepikan budaya dan adat setempat. Sehingga dilihat mereka ingin memperketengahkan budaya disana.

2- Pada usia yang muda, sudah mula memakai serban yg besar, tongkat dan pakaian-pakaian Ulama yang lain, dengan alasan mengikut Sunnah. Ia bagus. Walhal yg disitu membuahkan kibir (bangga diri), sedangkan kibir itu bukan dari agama. Dan Sunnah yang paling besar adalah akhlak.

3- Fenomena ini juga membawa suatu budaya yang suka menghukum. Di mana mereka suka menghukum ini haram, ini bid'ah, tiada asal dan sebagainya.

4- Al-Habib menyatakan bahawa fenomena golongan ini adalah kerana memahami agama hanya satu sisi sahaja. Tidak memahami agama secara keseluruhan. Misalnya, mereka memahami hadis itu hanya pada satu sisi saja, dan mengenepikan aspek sirah dan sejarah di dalam mengimbangi dan mengeluarkan hukum. Ini membawa maksud perkembangan zaman membawa kepada perkembangan hukum yang berbeza.

5- Soalan daripada Habib Hasan: "adakah kita lebih alim dari nenek moyang kita dulu? mereka orang tua2 dahulu (perempuan)/ nenek2 kita hanya memakai selendang saja ketika itu, tidak di tegur oleh ulamak ketika itu, kerana mereka lebih memahami keadaan suasana ketika itu. Dan mempunyai adab yang sangat halus.

6- Agama itu membawa tauhid dan akhlak. Akhlak orang dulu walaupun bukan satu agama, tetapi mereka menunjukkan akhlak yg baik.

7. Dahulu, orang Melayu , Cina dan India boleh duduk bersama tanpa bergaduh. Orang India boleh hantar anaknya di didik oleh orang Melayu kerana percayakan Melayu. Dan orang Melayu boleh makan makanan cina di kantin ketika itu dengan yakin kerana orang Cina faham dan hormat agama kita.
8. Sekarang bagaimana? Yang ada hanyalah pakaian dan penampilan yang indah tetapi kosong dengan akhlak dan adab. Umat sekarang kalah dan tewas pada akhlak dan adab.

Copy atas copy....