Monday, May 29, 2017

FIGHTER MMA INGIN BELAJAR SILAT GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA.


Minggu lepas di hubungi oleh seorang pemandu teksi untuk membawa seorang Arab Tunisia warga Perancis untuk berguru. Katanya Arab ini datang ke sini untuk belajar 2 jenis Martial Arts iaitu Judo dan Ju Jitsu kalau tak silap. Pemandu teksi berbangsa melayu ini seorang ahli Nasrul Haq dan memperkenalkan Silat GFSK ini kepada beliau. Katanya kenapa tidak mempelajari Ilmu Silat yang lebih kepada Islam daripada Martial Arts lain yang hanya menekankan latihan fizikal semata.

Hati saya berat untuk menerima kerana pertamanya masalah komunikasi dan keduanya takut-takut dia akan menyebarkan ilmu ini ke negaranya tanpa izin.

Walaubagaimana pun si pemandu teksi ini memujuk juga untuk bertemu dan semoga dapat beri penerangan kerana beliau sudah berjanji dengan kawannya itu. Hari di janjikan namun hampir sejam mendekati waktu, pemandu teksi tersebut memaklumkan bahawa Flight delay dan beliau mungkin lambat akan membawa kawannya itu kawannya kerumah. Oleh kerana lewat malam maka saya cadangkan beliau datang pada hari kami adakan pertemuan (jemaah Gerak Faqir).

Esoknya pemandu ini memujuk untuk membawa kawannya pada malamnya namun saya tolak kerana pesakit pada malam itu ramai sekali. Beliau meminta saya cadangkan nama murid saya yg boleh beliau berhubung untuk penerangan.namun sempat saya bagi sedikit penerangan syarat-syarat utama untuk mempelajari Ilmu Gerak Faqir Sunan Kalijaga ini sekiranya ingin menguasainya :

1/ Mahar perguruan seumur hidup.
2/ Meninggalkan perbuatan dosa dan bertaubat akannya.
3/ Mengamalkan dan menghidupkan amal ibadah sunnah dalam
kehidupan seharian.......setakat mampu terutama :
* Solat Malam.
* Puasa sunat
* Banyakkan bersedekah.
4/ Meninggalkan amalan ilmu-ilmu terdahulu , jangan di campur-
campur. Ini menjadi kepantangan di mana-mana perguruan.
5/ Sebaiknya kosongkan diri , jangan dicampur dan jangan di
banding kan dengan ilmu-ilmu terdahulu. Ilmu Gerak Faqir
Sunan Kalijaga adalah ilmu amalan Mbah Sunan selepas
beliau di angkat sebagai Wali Songo. Lalu untuk
menguasainya bukan semudah latihan Silat Fizikal yang
memerlukan stamina yang tinggi tetapi memerlukan jiwa yang
telah di sucikan. Fizikal lemah tidak mengapa (kerana
berpuasa) tetapi Rohani akan meningkat kekuatan
Cahayanya.
6/ Kerap datang perjumpaan kerana di sini tazkirah kefahaman
Tauhid Tasauf akan di berikan dan kefahaman bagaimana
kaedah dan teknik Gerak Silat serta kaedah perawatan di
lakukan.

Rupa-rupanya si pemandu teksi ini tidak pun menghubungi murid kanan saya kerana beliau faham benar dan jelas akan keterangan itu.

3 hari selepas itu saya pula di hubungi seorang Guru Silat lain yang juga seorang perawat ingin bersahabat, memulakan perkenalan dengan cerita si pemandu teksi dan Fighter MMA ini yang di beritahu kepadanya.Dia mengaku takkan mampu bawa ilmu saya kerana Solatnya pun tertinggal-tinggal manakala di pihak guru tersebut, banyak soalan asas dari segi syariat pun gagal di jawab.

Wahai jiwa, sekiranya masih ada dunia di hatimu, lupakan lah hasratmu. Ilmu ini bukan boleh di gunakan di dalam pertandingan tempur MMA, Ia Ilmu untuk Mengenal Allah SWT dan mendekatkan dirimu padaNya.