Monday, May 29, 2017

Kes sihir tamat 15 minit ( 25/5/2017)


Pesakit wanita yg membuat temujanji awal datang seperti dijanjikan. Suaminya bercerita bila ia di "rasuki" bukan setakat dia (suami) malah anak2 juga jadi mangsa di marahi.

Pernah berubat di tempat tersohor di Bangi, di kata saka bagai. Namun tiada perubahan. Berubat di tempat tersohor kedua di Gombak , rakan seperguruan yg di tarik ijazah oleh guru kerana " lupa diri" dan mengambil artis tersohor jadi pembantu, pun tiada perubahan. Hanya di jual2 ayat2 Quran shj.

Tanpa berlengah masa dan malas nak cakap banyak dah...dah puas membebel di fb, kini masa utk penyaksian. Pesakit baring dan ambo di kepala....berdoa dan berzikir. Ambo bermunajat je, dgn Tuhan ambo yg Maha Berkuasa dan menyebut Nama2Nya Yg Agung.

Dlm 3 minit tiada reaksi, ambo mula membaca Al Mulk. Dlm minit ke 5 baharu nampak kesan. Pesakit kesakitan dan mula muntah. Ambo bangunkan dulu pesakit agar muntahkan dahulu apa2 yg ingin dikeluarkannya.

Selesai muntah, ambo baringkan kembali. Pesakit kesakitan dgn tangannya terangkat dan kejang. Pesakit tak boleh bergerak pun...hanya menampakkan tangan yg kekejangan. Menjerit pun suara tak kedengaran. Suami pesakit dan pesakit2 lain yg cukup ramai malam tu menjadi saksi betapa jin2 didlm badan pesakit tak mampu melawan, menjerit tak keluar suara dan tidak meroyan seperti di tempat2 ruqyah di mana 3 orang memegangnya dan badan sakit2 selepas itu di pegang kemas oleh lelaki2.

Selepas pesakit kelihatan tenang, ambo menamatkan sesi rawatan. Pesakit pun bangun dgn tenang dan ceria. Ambo tanya suami pesakit, "ada tgk jam berapa minit?". " 15 minit ustaz".

Pesakit kedua : Mangsa serangan guru dan penggantinya....Syeikh Toriqat dan Imam Masjid.

Gara2 ingin memegang dan mengambil kesempatan di atas kemewahan si murid, guru2 sesat ini menyerangnya bertalu2. Walaupun gurunya yg tersohor itu dah meninggal dunia di usia muda, penggantinya meneruskan. Di tempat mereka kerajaan jin yg besar bersama mereka. Puak2 ni selain pakar scan juga menggunakan sarung ( tubuh orang lain) bagi tujuan komunikasi.

Dia pernah di arahkan utk membuat pinjaman pembelian Mercedes utk guru dan dgn plat khas. Sepanjang rawatan pesakit merasa ikatan terlerai dibhgn kepalanya tetapi esoknya, mereka top up kembali. Pesakit dtg atas kerelaan kerana yakin dgn ambo dan ambo pula tidak memaksa sesiapa utk terus dtg. Jika yakin dgn ambo, ambo usahakan yg terbaik agar pesakit benar2 sembuh.

Pesakit ke tiga : Gara-gara menuntut ilmu silat sesat aqidah yg dok cari pasal dgn ambo.

Rawatannya mudah shj...di terapi zikir dan berdoa agar ikatan khadam2 jin ini putus dan di dihukum dipenjara ghaib Sunan Kalijaga. Tiada kesan apa2 kerana jin2 tersebut melarikan diri awal2 lagi. Mana tidaknya sudah menyaksikan jin2 sihir tadi disiksa secukupnya sehingga keluar dlm 15 minit shj. Ambo tazkirah kannya agar buat Solat Taubat dan perbanyakkan istighfar dan selawat. Solat malam dan puasa sunat buat semampunya dan istiqamah agar diampuni dan disembuhkanNya.

Pesakit ke empat : Anak dara sunti di resapi jin asyik

Selepas berkhemah di sekolah, anak gadis ini gelisah dan sukar tidor malam. Sudah berlarutan sekian lama dan puas berubat di klinik dan hospital.

Dari awal firasatku sudah dinyatakan gangguannya. Terapi dlm 10 minit , selesai. Ku nasihati bapanya usah risau, di sekolah2 yg berbukit dan di IPT byk kes2 sebegini. Hanya kerana jin2 jantan sukakan dia kerana hatinya baik.

Pesakit ke lima : Nenek tua punya saka

Di datangi anaknya utk meminta nasihat kerana pesakit tidak mahu berubat. Mereka meminta di doakan air utk lembutkan hati neneknya.

Pesakit ke enam : Pasangan suami isteri yg belum punya zuriat setelah 8 tahun berumahtangga.

Kedatangan kali kedua rawatan, mudah2an Allah SWT izinkan pasangan ini utk memperolehi cahaya mata. Ini pasangan kedua yg agak lama berumahtangga belum ada rezeki di beri zuriat. Pesakit terakhir ambo rawat selama 3 hari berturut, 2 minggu lepas tu melekat setelah 2 bulan kemudiannya doktor sahkan mengandung.

Catatan ini bukan shj utk ingatan ambo tetapi juga buat pengajaran murid2 ambo serta pengajaran buat kalian.
LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH.