Tuesday, August 28, 2018

16/8/2018 - PESAKIT SIHIR PEMISAH SEMAKIN PULIH


Alhamdulillah, baru dapat panggilan dari seorang pesakit wanita dari Kedah yg mengadu terkena sihir pemisah utk ia dan suaminya.

Katanya, perubahan pada suaminya semakin ketara. Kemesraan makin terjalin dan barannya makin menurun, tidak lagi "kepanasan" selalunya.

Pesakit sudah melaporkan seminggu yg lepas akan perubahannya dan saya terus merawat dari jauh utk kepuasan diri juga.

Rawatan secara jarak jauh ni biasanya berlangsung selama 7 hari, saya rawat biasanya tiap kali selepas solat. Dan bila pesakit memberi laporan, samada ada perkembangan baik atau pun tiada, saya akan meneruskan juga rawatan kerana IKHLAS perawat juga main peranan dalam kesembuhan walau janji nya dlm tempohmasa 7 hari shj.

Alhamdulillah, pesakit berpuashati dgn perkembangan baik yg berlaku dan menyatakan ingin meneruskan rawatan utk segmen lain pula.

LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.