Tuesday, August 28, 2018

6/08/2018 - KES KERASUKAN PUTERI JIN ISLAM


Malam ni susulan rawatan ke3 dimana pesakit sudah di rawat 2 x sebelumnya selang sehari.
Kisahnya bermula di pejabat di mana pesakit di nasihatkan oleh kawannya utk dirawat oleh murid saya teman sepejabatnya. Di mana kawannya telah sembuh dari penyakitnya pada tahun lepas.

Bila berdepan dengan murid saya, pesakit menunjukkan tangannya yg naik gatal2 dan secara tiba2 pesakit di rasuki " Puteri" yg menggerakkan tangannya menari2. Kebetulan juga murid saya yg juga seorang guru Quran yg mengajar di pejabat itu juga ada lalu dipanggil.

Mereka berdua merawat pesakit ini dan nampaknya jin2 itu tak mampu melawan. Namun degilnya ketara dan main2 pun ada...bila disebut, " kami panggil guru kami Hj.Wan Zul al Qubra" jika kamu masih berdegil, jelas jin2 itu ketakutan.

Lalu muridku menasihati suaminya agar berjumpa denganku utk rawatan seterusnya.

2/8/2018....
Hari pertama pertemuan, salam perkenalan, samseng2 jin tu tunjuk taiko juga. Namun tak mampu menangkis seranganku dgn hanya tekan di tempat2 tertentu.

Menjerit lah jin2 Islam tu dengan tekanan yg agak kuat ke tempat duduknya. Di cubanya juga membuka jurus tetapi gagal..." kuat betul engkau ya".

Puteri jin tu melihat kpd gambar gambaran datuk2ku yg dilukis...." engkau memang keturunan yg hebat" katanya.

Namun temberangnya diulang2.

" Aku pun tak tahu asal usulku. Akudiarahkan jaga dia shj"

" Siapa yg arahkan?"

" Siapa pun tuanmu, keluar aje dari tubuh ini" kataku.

" Atoknya yg suruh jaganya".....

Aku bertanya kedua ibubapanya yg turut ada bersama. Mereka asal orang Putrajaya dan atoknya memang ada sesuatu yg mereka tidak tahu. Nampaknya cucu ini yg terpilih utk mewarisi "saka" ini.

Aku tekan pula di belakang tubuhnya setelah lakonannya tak dapat di tutup lagi. Walau bersyahadah dan membaca Ayatul Kursi, namun ketakutan tak dapat di bendung utk tidak melihat wajahku.

Sehingga suara jeritannya hilang dan pesakit lemah tidak sedarkan diri, baharu ku berhenti. Setelah dia mampu memandangku dan tersenyum, ku yakin semuanya telah keluar.

4/8/2018 ....
Susulan rawatan kedua, ketakutannya masih ketara kerana masih tak mampu memandangku. Kali ni ku tekan di bahagian lain badannya kerana tempat yg terdahulu luka dgn cengkaman kukuku.

Begitu lah lakonannya di ulang2...namun tidak dapat memperdayakanku. Gerak tanganku seolah tahu dimana ia berpindah dan meraung menerima tusukan jejari ku.

Lakonan terakhir ia kata "takde dah " dan mengajak suaminya pulang tetapi tidak berani menatap wajahku.
Ku tak bagi peluang terus menyerang, terduduk ia menyandar kpd ku kesakitan dan terus pengsan. Bila ia sedar....ia memandang wajahku dgn senyum dan tak berkedip. Udah aku pula yg tersipu2😆.
Kita tengok pula hari ketiga nanti.

6/8/2018.....
Datangnya dengan senyum dan tidak lagi di temani ibubapanya, hanya suaminya bersama. Kali ini memang clear dah....takde dah jin2 ty berani masuk lagi.

Tanya mereka tentang pertahanan diri, amalan2 surah yg patut di baca. Kataku....tak perlu baca surah2 al Quran utk benteng diri, hanya beramal soleh. Hidupkan amalan2 sunat yg mendekatkan diri padaNya.
Jangan mensyirikkanNya dgn amalan2 bacaan surah2 tertentu utk pelbagai hajat. Hanya DIA tempat meminta....berdoa lah di waktu tahajudmu dan sempitkan urat sarafmu dgn berpuasa. Kosongkan poketmu dgn sedekah