Tuesday, August 28, 2018

Fidyah itu ibarat saman undang2 dunia.


Bila kena saman berkali-kali, tetapi buat keras kepala taknak bayar saman, akhirnya sampai notis utk naik "court".
Bila dibicara dan ngaku salah, Sang Hakim menjatuhkan hukuman penjara atau denda atau kedua2nya sekali.

Kalau dapat bayar denda lepaslah hukuman penjara. Kalau hukuman berjalan atau keduanya , nasib la.

Itu hal undang-undang dunia. Hal urusan undang-undang Allah SWT pula yg mana di akhirat pula pemutusnya.........

Bila buat dosa berkali-kali, dosa bertimbun terkumpul sehingga menimbulkan titik-titik hitam dihati dan akhirnya seluruh hati menjadi gelap. Hilang sirnanya...cahaya Ruh malap malah padam akibat kegelapan hati.
Bila hati gelap hitam pekat, ia merupakan tempat duduk jin dan syaitan. Ruhnya menjadi lemah tidak bermaya...ibarat mcm manusia yg dikurung dibilik gelap.

Dah la Ruhnya tidak diberi makan dgn berzikir, disuap pula dgn dosa2 kecil dan besar. Maka .....ibaratnya saman berkali2 yg tidak dipedulikan , maka sampai masa utk "naik court" dibicarakan atas kesalahannya.
Diberi musibah2 kecil, tidak berupaya membuka pintu hatinya, kerana kegelapan hati yg meliputi setiap ruang dan sudut terutama kesyirikan2 yg telah bersarang dlm diri.

Lalu dgn Rahmat Kasih Sayang Nya, untuk menghapuskan dosa2 saman tadi, dosa2 selama hidup yg disedari atau tidak, Allah SWT timpakan hukuman penjara selama 2 tahun guna menyucikan saman2 yg tidak berbayar tadi iaitu.....penyakit kronik dan berat sehingga tudak mampu bekerja. Bertahun- tahun hamba itu sakit , puas berubat merata dgn bomoh dan ustaz, tak baik2. Mana nak baik nya , denda atas hukuman penjara tu rm 2,000 tetapi hulur kat tokmoh ngan ustaz tu rm20 je, ikhlas katanya.

Lalu meratalah berubat habis beribu2 baharu Allah SWT kasi baik penyakitnya. Udah dendanya beribu, tunggu cukup nisab baru boleh lepas. Tidak pun tunggu cukup haulnya, kalau tak baik penyakitnya, dijemput ke Rahmatullah dgn RahmatNya. Terhapus segala dosa , matinya dalam IMAN ...kerana sepanjang masa sakiit sentiasa MengingatiNya.

Besarnya Rahmat Allah SWT yg manusia tidak menyedarinya, diberi nikmat sakit tetapi tidak mensyukuri malah merungut2 pula. Mensyirikkannya pula dgn berubat cara haram dan bertuhankan Tuhan selainNya.
Ini lah dunia akhir zaman.