Monday, December 19, 2016

IMAM DI SERANG SIHIR VOODOO

3/12/2016 -Mendapat panggilan bahawa Imam yg di ganggu Jin tu dalam perjalanan datang kerana mengalami badan panas yg melampau. Katanya gangguan2 jin tu dah takde tetapi selepas makan dan Solat isyak tetiba badannya panas macam di bakar .

Sampai je pesakit, saya menyuruhnya berbaring dan terus memulai terapi zikir. Bila pesakit mula kelihatan semacam merengek memanggil isterinya, saya mula menekan point2 tempat duduknya jin2 itu. Nyatanya dia terdiam sekejap tetapi jin2 tidak bangkit. Jelas tiada lagi jin2 dalam badannya.

Saya mulai membaca Surah Yaasin dengan tenang sehingga selesai, pesakit masih macam tu. Pesakit kata nak muntah tetapi tak boleh keluar lalu saya doakan air utk minum. Beliau ada muntah tetapi tiada isi perut keluar. Beliau akhirnya ke bilik air bila merasakan mcm muntah yg byk ingin di keluarkan tetapi masih sama. Namun panasnya dah berkurangan.

Saya.minta baring semula utk di terapi zikir sekali lagi. Keadaan sama juga, akhirnya dia bangun dan duduk mengadap bertanya, " apa benda ni ustaz?"

"Mengikut pengalaman saya, ini sihir voodoo? Dia membuat patung dan membakar patung itu dgn mengibaratkan tuan lah patung itu yg di bakarnya." Kataku. "Apa yg tuan nampak sekarang?"

"Seorang lelaki berkemeja sedang membakar sesuatu" katanya. " Lihat lagi selanjutnya" kataku. "Saya masih di sana ustaz". Tambahnya.

"Baik. Sekarang bertawasul dan panggil saya kesana." Kami sama2 diam seketika , saya membayangkan pergi kesana dan menyerang penyihir itu".

" Ustaz datang dan menyerang dia sampai terduduk dia ustaz".

" Sekarang panas lagi?" Tanyaku.

" Takde dah ustaz".

Selesai...kami pun bersembang bab2 kefahaman dalam agama dan salahlaku ajk masjid sepertimana yg saya post di tulisan terdahulu. Dia menyetujui segalanya kerana selaku Imam Masjid, tidak lah dia perlakukan jemaah spt mana yg saya nyatakan.

Bab2 ulama suuk juga dia menyetujui pendapat saya kerana ada pernah penceramah yg di panggilnya bercerita tentang pelajar2 kita di University Islam di Timur Tengah bergurukan perempuan Yahudi berskirt pendek mengajar Ilmu Hadis.

Akhirnya sebelum pulang, dia bertanya, " kelas ustaz jumaat malam kan?". Saya tersenyum, " ambil nombor saya dan tanya dahulu, adakala saya ingin berehat juga".

Jam menunjukkan pukul 12.30 mlm. Seluruh ahli keluargaku dah tido...aku pening2 lalat menunjukkan bp 180/100 mcm selalu. Rehat.