Dlm tubuh ada seketul organ. Baik organ itu baik lah seluruh tubuhnya. Buruk organ itu buruk lah segalanya. Ia adalah "hati"(jantung).
Jantung tempat duduknya RohKu. Zat Tuhanmu ( Aku tiupkan RohKu) bukan di ciptakan tetapi dari Zat Ilahi. Kekuatan Cahaya Roh sekuat tenaga halilintar, berjuta voltan. Itu yang di ibaratkan apabila Allah SWT memperlihatkan ZatNya di Bukit Tursina ( Ibarat penceritaan) , meletup bukit tersebut. Kekuatan voltannya direndahkan dengan balutan di tiga alam Lahut, Jabarut dan Malakut sebelum masuk ke rahim si ibu.
Balutan ini yg akan di buka oleh sang mursyid yg menyerlahkan sinarnya kembali yg mampu membakar jin dan syaitan . Duduknya Roh (Cahaya) tadi di jantung yg kemudiannya bertukar menjadi darah. Dlm tubuh Roh adalah darah kita. Yg mengalir di setiap kabel dan wayar ( urat saraf) yg menghidupkan setiap alatan elektronik di dlm tubuh yakni organ agar berfungsi sptmana program asalnya di Loh Mahfuz.
Sepertimana jasad, RohKu juga memerlukan makanan utk terus subur dan bertenaga. Jasad terus menerus di suburkan dan di bajai dgn makanan yg akhirnya membawa penyakit yg memudaratkan tubuh.
Makanan RohKu di biarkan, di lupakan malah di nafikan kewujudanNya. RohKu semakin hari semakin lemah .....Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Basar dan Kalam terus lemah dan tenggelam dan di ungguli oleh nafsu serakah yg semakin subur dan semakin memudaratkan tubuh. Makanan RohKu ialah Zikir....satu iktiqad dan perasaan yg sentiasa mengingati Tuannya. Bukan sebutan tetapi igauan.....ia sentiasa mengingati dari mana datangnya dan bakal kembali. Tetapi jasad sarungnya menafikan malah ber iktiqad aku lah segala.
Ibaratnya kereta yg di pakai setiap hari sudah beribu2 km tetapi tidak pernah di servis. Owner hanya tahu mencantikkan body kereta shj, modified sana sini dan sticker keliling....anggun bergaya.
Akhirnya enjinnya berkeladak, kotor dan tak mampu lagi berfungsi dengan normal . Tersumbat sana sini. 2-3 injap tersumbat sudah cukup membuatkan kereta itu tersadai di workshop. Akhirnya kecantikan dan kesohoran kereta mercedes itu tidak lagi berharga. Enjinnya rosak teruk.....kata mekanik kena overhaul, buka semua tukar mana2 spare parts yg patut.
Akhirnya, ia membuat keputusan utk "overhaul". Namun kerana ia kereta mewah mercedes, ia rasa lebih baik ia buat servis di Lamborghini Servis Centre. Maklumlah kereta mahal, mewah dan terkenal dah tentu lah kena jumpa pakar2 yg terkenal di mata dunia.
Setelah di godek2 oleh mekanik Lamborghini, habis terbarai spare parts dan tak boleh di pasang semula. Al maklum kereta mercedes dan Lamborgini bukan di buat oleh pencipta dan dipasang di kilang berbeza. Maka terbarai lah....tak boleh di baik pulih dah ...jahanam. Utk menipu pelanggan atas kelemahan diri yg tak tahu menahu tentang enjin yg di luar pemikirannya, ia bergantung kpd " life support". Hiduplah ia seketika dgn teknologi canggih itu sementara menunggu masuk bengkel besi buruk.
Sementara orang2 mukmin sentiasa berzikir mengIngati Tuhannya. Mulutnya sentiasa basah berwirid, hatinya sentiasa Ingat akan asal usulnya, dari mana ia dtg dan bakal kembali. Owner bukan sekadar membaca manual dan menghafalnya malah mempraktikkannya. Sekian km ia sentiasa servis...tukar minyak hitam, isi oil dan disk brake. Tukar air, isi coolant baru. Tukar bateri setiap tahun dan sebagainya. Setiap perjalanan keretanya lancar...kuasa enjin dan bateri mampu memancarkan cahaya lampu dan sportlight dgn kuat. Bukan sahaja enjinnya kuat, cahayanya juga mampu menembus jarak jauh perjalanan dgn baik.
Membaca dan menghafal manual shj ( Al Quran dan Hadis) tidak memberi menafaat jika tidak di praktik dalam hidup. Pemakanan dan rawatan sunnah tidak pernah di abaikan, sentiasa gi servis on time dgn rawatan sunnah yg halal seperti tercatat dlm manual Quran dan Hadis.
Akhirnya Cahaya dan Kekuatan Jantung bukan shj membuatkan diri sendiri sihat malah mampu menolong orang lain yg memerlukan pertolongan dgn kekuatan SILAT GERAK DAN PERUBATANNYA. Ia mampu menarik kereta yg mati enjin dan ia juga mampu " JUMPER" kuasa baterinya kpd bateri kong tadi. Dapat lah kereta itu bergerak dan di hantar ke hospital utk di overhaul oleh pakar2 yg di iktiraf kepala hotaknya.
Sunnah Nabinya dan Peraturan Tuhannya di lupakan terus kerana workshop ada.....hantor je janji ada duit.
Hmmmm...dunia dunia akhir zaman.