Sunday, December 18, 2016

PESAKIT KES SIHIR PEMISAH – RAWATAN ULANGAN

27/8/2016 –Pesakit mengadu masih sakit di tangan dan bahagian abdomen. Sebelum dapat datang pun pesakit mengadu kesakitan yang amat sangat pada tangannya sehingga sesak dada. Semasa di terapi dahulu, tumpuan hanya pada bahagian kepala sahaja dan jin-jin yang duduk di situ semuanya keluar dan badan pun dah rasa ringan menurut pesakit.

Pesakit berbaring seperti biasa , rawatan di mulakan dengan di kepala dahulu. Tiada apa-apa kesan dan tempoh terapi pun sekejap sahaja di bahagian kepala. Ku suruh pesakit duduk dan tangan ku bergerak ke kedua belah tangannya dari belakang. Tiada apa-apa juga kesan yang membuat pesakit sakit atau rimas.
Ku tempelkan kedua tapak tanganku ke pinggangnya. Dia mula resah……

“ Bakpo mung toksir ceraikan dia nya…”

“Aku buak mace-mace doh….bagi perut kembung, muka hitam dan gatal-gatal”

“Mung marghi mano ni …?” tanya suami pesakit!

“Aku marghi kuil…”

Menurut suami pesakit, isterinya orang trengganu dan di sihir bekas kekasihnya orang trengganu juga.
Jin itu mula melakukan gerakan seperti si sami yang sedang menyusun gerak nya sambil membaca mantera-manteranya tetapi tidak kedengaran. Ku lihat gerak awal pembukaannya adalah gerakan ular , 2 tapak tangan di rapat dan di goyang-goyang…seperti kerasukan ular gitu.

Gerakan seterusnya seperti gerakan kebatinan para samai-sami atau ahli-ahli kebatinan seperti dalam filem seram Cina@ Thailand.

Takde hal pun padaku , aku terus berzikir tanpa henti dengan doa dan harapan yang tidak putus-putus mengharapkan pertolongan Ilahi dan syafaat Baginda agar di bantu memerangi jin-jin ini. Jin-jin ini mula menjerit kesakitan, gerak dan manteranya sikit tak memberi bekas padaku dan tak menjadi baginya.

Aku baringkan pesakit dan mula menekan bawah dadanya, kesakitannya makin terasa dengan rengekannya. Seketika aku beralih pula menampalkan kedua tanganku ke bahagian perutnya. Disini badan pesakit menggigil sekujur badan. Raungannya kuat, menanggung sakit yang tiada tara.

Aku beralih pula ke bahagian atas dan bawah abdomen….mengigil lagi. Di sinilah duduknya jin-jin yang selama ini mengganggu hubungan suami isteri. Tiada dah komunikasi, dan tiada kompromi lagi “bagiku buatmu. “ RUN or DIE

Hanya tapak tangan menyentuh bahagian yang sakit dan hati berzikir. Mulut diam tiada membaca apa-apa pun. Kenapa jin-jin itu tak mampu melawan sedikit pun. Aliran arus elektrik dari tubuhku (Nur Ilahiah) masuk mengalir ke dalam urat saraf di mana duduknya jin-jin itu membakar sekalian racun bisa2 dan rumah-rumah mereka yg terdiri sekian lama. Sekiranya penyakit kronik (medic) seperti kanser, gout,jantung, slip disk , patah tulang dan lain-lainnya arus Ilahiah ini mengisi kekurangan tenaga dan zat-zat yang di perlukan bagi menyembuhkan penyakit-penyakit itu dari dalam.

Sesiapa yang pernah melihat di dalam filem-filem Cina, bagaimana Sifu-sifu itu menyembuhkan dengan meletakkan tapak tangan dan kelihatan di dalam filem cahaya yg memancar dari tapak tangan memulihkan sakit dan penyakit-penyakit tersebut. Ini lah Ilmu Sihir Reiki yang di bawa Pendita-Pendita Tibet yang di pelopori oleh Doktor Usui Reiki yang berkembang di seluruh dunia . tetapi ilmu tapak tanganku adalah yang asli berbentul Al Maunnah dan Kekeramatan Leluhurku seperti Sunan Kalijaga dan Tokku Paloh.

Gerak Faqir Sunan Kalijaga dan Ilmu Syahadah Tokku Paloh ku warisi dari dlm aliran darah dan pada hakikatnya kedua leluhurku ini sudah mengijazahkannya kepada keturunannya ini yang mampu menguasai dan membawa ilmu ini dalam medan dakwah mengajak umat kembali mentauhidkanNya. Pengesahan demi pengesahan di terima dari masa ke semasa bagi yang di tunjuki kepada sesiapa yang di kehendakiNya.
Pesakit semakin lama semakin lemah dan semakin diam menunjukkan jin-jin itu mula keluar satu persatu.

Akhirnya pesakit kelihatan seperti tidur dan tenang. Ku tamatkan sesi terapi dan tutup dengan selawat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.