Monday, December 19, 2016

JIN CABUT LANGKAH SERIBU

2/12/2016 -DI datangi pesakit gangguan sihir berumur 50an bersama keluarganya yg di bawa oleh pelajar saya seorang guru Quran ( sanad tertinggi ke 28 ) lulusan Sarjana dari Tanta Mesir.

Pesakit kelihatan di ganggu semasa berada di rumahnya malah setelah di rawat pun nyata gangguan tu masih ada. Diganggu masa Solat dan masa di rawat jin2 itu memalingkan muka shj sambil tersenyum. Setelah bertanya, dpt di kenal pasti puncanya dari mana iaitu hasad dengki manusia. 

Bermula pertemuan itu asalnya pesakit nak berubat dgn orang lain tetapi memandangkan pelajar saya dpt merawatnya , niatnya mencari perawat itu terhenti.

Namun bila pulang gangguan itu datang kembali , pelajar saya mencadangkan dtg berjumpa saya utk rawatan susulan dan dia setuju. Bila saya memberi persetujuan dan dia memaklumkan kpd isteri pesakit, pesakit berkata dia melihat jin2 itu terus pecut langkah seribu, nampak jin2 itu memasuki gua yg gelap di ikuti asap hitam yg tebal di belakangnya.

Baru diberitahu nak jumpa saya dah buka langkah seribu. Sebelumnya bukan main lagi mengugut pesakit dgn mengatakan " engkau takkan dapat beribadah dan baca Quran lagi". Pesakit rupanya seorang Imam dan Pengerusi Pasar Tani....dan nyata gangguan ini ada kena mengena dgn jawatannya.

Dtg kerumah saya memang dah kosong tubuhnya dari jin2 itu. Lari sambil terkincit gamaknya. Saya terapi zikir membersihkan salur darahnya dari bekas2 kotoran jin dan apa shj kotoran makanan yg berlebihan di dlm uratsarafnya.

Kata isterinya, tapak pasar tani tempat perniagaannya pun spt berpuaka kerana setiap kali dtg berniaga dia pasti sakit. Kebetulan pasar tani tu pada keesokkannya dan saya menyuruhnya berniaga semula, kalau sakit lagi terus datang jumpa.

Sekarang sudah menghampiri waktu Asar, tempoh berniaga hanya sampai tengahari. Mudah2an ...jin2 itu tidak memunculkan diri lagi kalau enggak mau nahas di bakarin dan di penjara.