Monday, December 19, 2016

PESAKIT DI RASUK JIN YG SUKA PADANYA

30/10/2016 -Ketika pesakit sampai, nampak mcm takde apa2 sakit cuma lemah tidak bermaya tetapi mulutnya terkunci, di kunci oleh jin jantan untuk menutup tindakannya. Namun sebelum pengsan pada siangnya, pesakit sempat message kawannya akan keadaannya yg sakit dsn tak boleh buka mulut.

Seperti biasa pesakit di suruh baring dan di beri selimut. Tiada bantahan darinya dan pesakit seolah tidur lena. Selepas berdoa dan berzikir, pesakit mula seperti sedu tetapi perlahan sangat. Tiada effect apa2 pada pesakit. Rehat sekejap.

Rawatan kedua...saya bacakan surah Al.Mulk dan As Sajdah. Kakak pesakit mula tiba bersama tunangnya selepas di maklumkan rakan pesakit, terus datang kerumah saya. Di sini Allah SWT datangkan ilham bahawa pesakit di rasuki jin yg bukan sihir dan bukan saka.
Saya bertanya pada rakan2nya, adakah dia ada boyfriend? Pesakit dan rakan2nya adalah pelajar University berdekatan dan di bawa oleh pelajar saya jurusan Syariah yg sentiasa mendapat perhatian kes2 sebegini setelah perawat2 dari kumpulan lain sering gagal menangani kes2 kronik mcm ni. Rakan2nya tersenyum2 simpul malu nak menyatakan.

Saya menerangkan tapak University tu dahulunya tempat tinggal jin2 dan kini juga dan firasat saya mengatakan jin yg merasukinya tidak berniat jahat tetapi menyukainya. Baharu kawan2nya mengerti dan mengatakan tak pasti sebab pesakit tak byk cakap. Tetapi mereka ingat ketika pesakit di rasuk pada tahun lepas, jin dlm badannya mengatakan dia menyukai pesakit.

Kakak pesakit menyatakan dahulu ada kawan, sekarang tak tahu sejak belajar di University ini. Pesakit orang Kelantan Pasir Mas , bernama Wan dihadapan namanya bermakna dia ni kerabat Sayyid Hussin Jamadil Kubra. Menurut kakaknya mereka adik beradik semua kena tetapi adiknya ni yg paling teruk, saka katanya.

Saya mula menyentuh telinganya dan ada tindakbalas. Nampaknya jin2 ni nak kena usir cara keras. Saya tidak menyentuh badannya pada awal dan cuba mengelak kerana pesakit wanita malah keadaannya lemah juga kerana di rasuk dari pagi sehingga asar.

Setelah memberi tindakbalas, saya munajat dan di beri firasat tempat duduknya dimana. Dengan hanya menggunakan jari dan tapak tangan menekan pada tempat2 tertentu, bukan guna KARATE-DO seperti sesetengah perawat yg malu alah pada orang sekeliling yg menonton bila jin2 itu asyik memaki hamunnya, tiada effect apa2 pada jin dengan bacaan ruqyahnya.

Menekan pada perut....jin itu mula menangis lebih kuat dari sedunya tadi. Mulutnya yg terkunci bersuara secara tidak jelas..." taknak tinggalkan dia". Tekanan di teruskan...jin2 itu hanya menangis2, takde le kena maki2 de. Tiba2 isteri ( Umi) bersuara dari dalam rumah, " tekan dadanya abe". Umi keluar sejurus anak balik dari syif kerjanya (syif petang ke malam) setelah menyerahkan cucu ...tugas memanggil.
Umi pula menekan2 di bahagian kepala, saya tekan di bhgn abdomen. Menangis merintih aje lah jin2 ni..." tak nak tinggal dia, nak jaga dia". Begitulah berlarutan sehingga pesakit semakin lemah dan diam. Rehat lagi....

Pesakit sedu lagi....." ado lagi"...kali ni ku sorang duduk di hujung kepala dan menyucuk2 belakang telinga dahi, mata dan tepi mulutnya. Ku suap air yg di doakan dgn sudu...mulut terbuka menandakan dia dah sedar dan barangkali kuncian mulutnya dah terlerai. Semasa penyiksaan terhadap jin2 itu tiada lah kami berkumat kumit membaca mantera atau ruqyah...hanya tusuk jari dan tekanan dgn tapak tgn shj...tiada bacaan apa2, hanya iktiqad bhw Allah SWT shj yg berkuasa memudaratkannya

Ku panggil kakaknya utk beri minum dan sapukan mukanya. Di bangunkan pesakit, dan tiba2 pesakit nak muntah. Muntahnya pesakit dlm sedar tanda sudah pulih sepenuhnya.

Rawatan berlangsung dlm 2 jam lebih. Bila berdepan dgn jin2 Islam, tiada masalah bagiku cuma mereka dapat bertahan lama tak seperti jin2 kafir...yg totally blank blur bila berdepan dgn ilmu haq..Sihir takkan mampu bila berdepan dgn Ilmu Haq, tiada perlawanan pun, tiada maki hamun pun malah mereka terpinga kehairanan, berapa ramai dah kononnya perawat Islam mereka permainkan.

Alhamdulillah setakat ni tiada lagi kes2 sihir dan saka yg tak dapat di selesaikan bila berdepan denganku. Tanda jelas perjalanan ku benar, ilmu ku benar warisan Pendita Adi Putra, sanadku benar kpd Rasulullah SAW dan faham ku benar faham dari Allah Azzawajalla.

Sesungguhnya utk meraih keredhaan dan pertolongan dari Nya, bantuan dari bala tenteraNya, kena berlepas dari syirik dgn iktiqad dan perbuatan. Jgn hanya pandai berkata2 mcm burung kakaktua...hakikatnya bila berdepan dgn jin2....kena maki hamun lalu penamat malu keluar jurus2 KARATE-DO ke tengkuk pesakit.