Sunday, December 18, 2016

RAWATAN PESAKIT SIHIR MEMBUNUH DAN SIHIR PEMISAH


15/9/2015 – Jam 9 pm, temujanji dengan pesakit dari Batu Kurau, Perak. Menurut anaknya, ibu mereka (60an) kemungkinan di sihir. Sudah 3 hari lembik dan tidak sedarkan diri serta tidak makan.

Setelah pesakit dibaringkan dan terapi zikir di mulakan, sepertimana biasa pesakit mula keresahan. Tangannya mula menggapai tanganku yang di letakkan di kepalanya untuk mengalirkan arus gelombang pembakar Jin. Lama kelamaan ia meronta untuk melepaskan diri dari genggaman dan cengkaman tanganku. Anak-anaknya mula datang memegang tangan dan kaki ibunya, walaupun sudah berusia dan tidak makan beberapa hari tetapi kekuatannya seperti biasa sahaja kerana bukan lagi dirinya yang sedang bertindak tetapi Jin-Jin di dalam badannya yang sudah mula ketakutan dan gelisah kerana tidak sanggup menghadapi arus gelombang pemusnah yang ternyata memberi impak yg dasyat kepada mereka.

Mulut pesakit seperti membaca mentera……dalam bahasa Siam. Memang benar kerana Batu Kurau berhampiran sempadan Siam dan ini menunjukkan punca utama gangguan pesakit adalah sihir yang dihantar. Mulutnya tersebut minyak tetapi bahasa lain adalah mentera Siam yang kedengaran. Anak-anaknya sendiri pun tak faham bahasa Siam itu.


Pesakit meronta dan terus dengan bacaan menteranya, namun aku mencabar jin-jin ini, “bacalah mentera apa pun, tidak akan ada kesannya padaku” Bunyinya riak tetapi ia bertujuan menyakiti hati jin-jin ini yang makin tersiksa dengan gelombang dari tapak tanganku ini. Aku cuma menyombong dengan orang atau jin yang berlagak pandai dan hebat namun orang atau jin yang merendah diri, aku akan muliakan”.


Aku tekan tempat tertentu untuk menyiksa dan mereka (jin-jin) meraung kesakitan, tidak berdaya melawan dan bertindak balas tidak sepertimana pesakit yg di terapi ruqyah syariiyyah yang bangkit melawan perawat dan tiada langsung tanda ketakutan. Aku tekan dan lepas bagi memberi ruang untuk pesakit bernafas, rupa-rupanya pada masa itulah mereka melarikan diri keluar dari tubuh pesakit. Terdengar perkataan “Jom” dari mulut pesakit, rupanya mereka dah berpakat melarikan diri.


Pesakit mula reda dan melihat kiri kanan pada anaknya dan mula berborak, selepas 3 hari tidak sedarkan diri mungkin ada hilang sedikit ingatan menyebabkan anak-anaknya bertanya “kenal ni sapa”. Bila di angkat, pesakit sudah boleh berdiri dengan di bantu anak-anaknya, dan mereka pulang dengan hati yang puas, tidak sia-sia datang dari jauh untuk merawat ibu yang di kasihi.