Sunday, May 19, 2019

1 Mei 2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI ( SIRI 12)



Selepas asar,pesakit dari Trengganu sampai agak lewat kerana bertolak lewat dari sana dan sampai Gombak kena hadap kesesakan lalulintas.

Rupanya pesakit STROKE , lelaki berusia 57 tahun. Si isteri selepas masuk kebilik rawatan rasa teragak-agak kerana mungkin silap orang dan rumah. Saya tanya jumpa saya di mana? Di tunjukkan gambar saya, “ tak serupa ke?” Bila melihat pada penampilan, memang silap besar la……saya takkan berlakon dengan memakai jubah serban, kerana itu “pakaian taqwa” orang yg riak. Ayat2 Quran di perniagakan….di jadikan senjata membunuh jin sedang jin juga menjunjung AL Quran.

Selepas isyak pula, pesakit sihir ulangan kali kedua, yg di sihir keluarga terdekat. Hari ni dah tak sakit katanya cuma masih semput sikit. Saya persilakan mereka suami isteri tunggu dan lihat pesakit ke 3 ni iaitu anak yg di sihir bapa, untuk saksikan bagaimana “tiada mantera ruqyah sakti di baca, hanya berhadapan sahaja dengan sentuhan “tangan berkaran” membakar jin2 didalam tubuh pesakit.

Pesakit kelihatan tersenyum ceria, saya jemput masuk. Kata ibunya, ada tu kita tengok la.
Lepas baca Doa Pembuka saya duduk di sininya, melihatkannya tersenyum sinis, saya tau ada penunggu rupanya. Saya tekan perutnya dengan ibu jari…..

“Ishhh…jangan kacau la” katanya. “Aku duduk situ, jangan la sentuh situ, aku nak makan dia ampai mati”

“Engkau ni siapa, makhluk baru ya, kau tak kenal aku, berani datang sini”

Dalam diam-diam dia membaca manteranya bila di lihat tangannya bergerak-gerak….” Macam gaya Iko dalam Filem Miles 22 pun ada”.

“Kau ni siapa hah” bila manteranya tak mendatangkan kesan padaku.

“Aku tau dah kau ni baru datang, tak tau menda, ikut bodoh je arahan tuan kau”

“Aku ada tugasan besar untuk bunuh budak ni” katanya.

“Aku juga bertugas menjaga budak ini dari di bunuh jin upahan, kau degil kau yg akan mati”

“Kau jangan la bunuh aku, aku ada tugas besar ni…….imbuhan besar” katanya. Aku gelakkannya, mahu membunuh tapi takut pula terbunuh, yelah sebelum ni cuma berhadapan dengan peruqyah yg takde otak….kena main je dengan nya.

Ini jin Sabah mungkin upahan dari kawannya di Sabah kata ibunya. Namun hanya dlm 10 minit sahaja mampu bertahan, terbakar dia kalau tunggu lama-lama dengan renjatan elektrik dari tanganku.

Selepas dia kelihatan tenang, ku tenung lama2…lihat pula jarinya bergerak lagi. Ku seru…”siapa pulak ni?”

Jin Siamang menunjukkan gaya nya, ibunya gelak sambil ambil gambar. “Kalau adiknya ada ni, dah kena ejek ni” kata ibunya. Tak sampai 5 minit pun, tak mampu siamang ni bertahan dengan renjatan karan ku, muncul pula jin harimau…pun sama, sekejap sangat muncul diri terus blah.

Aku seru bapa pesakit ni ….” Kamal………….datang engkau ke sini”

“ Kau siapa nak ganggu kerja aku, dia anak aku”

“Patutnya kalau anak kau jaga dia bukan nak bunuh dia, jadi biar aku jaga dia daripada engkau” sergahku.

“Dia makin kuat dengan engkau dan ada penjaga pula…” “ Jaga engkau…aku takkan putus asa, aku akan datang lagi….tunggu! “ katanya.

“Aku tak kemana, selagi kau ganggu selagi tu aku akan ada di sisi anakmu”

Lari terus si penyihir ni, tak tau lah aku, Rohnya yg datang atau jin khadamnya atau qarinnya, segala tak mustahil bagi yg beraqal menyaksikan Kebesaran Ilahi, tetapi mustahil bagi ulama yg takde otak dan pengikutnya yg baghal.

Macam kes Bunian yg membawa bala tentera menyerangku, selama ni aku ingat Bunian ni manusia baik2 sahaja, baru ku tahu ada bunian jahat dan berdepan dengan mereka terang2an….nak berdepan denganku secara zahir, takut, maka dengan ilmu pawangnya menyerangku secara ghaib. Bunian pesakit ku yg ku minta ia panggil untuk bersama, menyeru sekalian bunian yg ada datang membantu mengawal setiap penjuru rumahku luar dan dalam. Bunian jahat ni turut nak mempergunakan pesakit ku ini untuk merampas batu di dadamiliknya yg berkuasa …macam movie Avengers, Infinity War di mana THANOS mencari 6 batu berkuasa .

Aku tidak melihat apa-apa yg ghaib, hanya mendengar sahaja percakapannya dengan bunian2 yang mendatangi termasuk leluhurku dan para wali-wali ghaib. Kalau aku keseorangan pun, biasanya 10 wali2 songo hadir memberi bantuan.

Bila si pesakit sedar dan pesakit sebelum pun ada menyaksikan perbualan aku dan jin2 serta penyihir itu sendiri, mcm biasa wajahnya nampak sugul kerana dia turut mendengar setiap perbualan tadi. 

Takde bacaan ruqyah hanya sentuhan jejari dan tapak tanganku membakar jin2 di dalam tubuh pesakit, tiada yg mampu bertahan setakat ni hatta berumur beratus-ratus tahun.

Pesakit memberitahu siang tadi,bapanya datang cuba menumbuknya tapi gagal. “Engkau makin kuat ya dengan ada penjaga lagi”. Dia melihat dan dapat mendengar samar2 perbualan bapanya dengan yg ghaib yg tak kelihatan pada matanya….”wali2 ghaib” di sebut bapanya. Saya tanya, “datang secara nyata atau dalam mimpi ni ?” Dia pun tak tau……mungkin sebab dia dalam pengaruh sihir dah , kerana itu ia kelihatan seperti nyata.

Kata ibunya, no wonder dah 2 hari tak bercakap dengannya tapi tetap datang ambil nya dari tempat kerja tapi takde sepatah pun kata-kata dalam 2 hari ni. Nampak kebencian bapanya pada si ibu yg menguasai separuh mindanya dan separuh lagi kesedaran sehingga masih ingat tanggungjawabnya mengambil ibunya dari tempat kerja.

Selagi malaun ini mengganggu kami tetap akan datang jumpa Haji, insyaaAllah.