Mlm ni susulan kedua. Pesakit membawa anak-anaknya sekali,
tidur di dalam kereta, manakala suaminya duduk di luar bilik memerhati
keduanya.
Mlm ni saya tak sembang dan tak bagi peluang. Niat seksa
sehingga tak mampu bertahan dan keluar. Memang takde lakonan dah malam ni,
sakitnya nampak sungguh sampai muntah2.
Pesakit ni dan yang sebelum juga memberitahu semasa di tekan
tu memang jin2 tu sakit dan mengalah tetapi selepas sedar takde pun sakit2.
Saya dah tak layan apa-apa dah dengan Jin Islam perasuk ni,
lu langsi lu mati. Lagi la ketakutan dia bila saya kata nak seksa sampai mati.
Tapi jeritnya buat kami risau, sampai suaminya tutup pintu bilik kerana
jeritannya kuat sangat.
Akhirnya, keluar juga. Saya tanya suaminya berapa lama sejak
datang tadi? Katanya dalam sejam 20 minit.
Susulan ketiga nanti untuk pastikan tiada lagi dan bersihkan
bekas-bekas yang ada. Alhamdulillah DIA belaka.