Sunday, May 19, 2019

Mei 2019 – PESAKIT DI SIHIR BAPA SENDIRI ( SIRI 13 ) :

KEDATANGAN RATU RORO KIDUL DAN TOKKU PALOH.
Ibu pesakit message pada petangnya memberitahu mahu datang pada malamnya, katanya anaknya di serang lagi. Malamnya mereka datang seperti di janjikan . Kelihatan pesakit kemurungan dan tunduk sahaja pandangannya.
Selepas di baca Doa Pembuka, saya beralih duduk di sisinya. Menyeru jin mana yang merasuk pesakit ini. Pesakit( jin) kelihatan seolah memandang rendah pada saya dengan memek muka yang menyindir.
“Aku tau kau ni jin yg baru datang, tak tau apa-apa. Kau jangan cari pasal dengan aku la…baik kau keluar sekarang”. Aku menekan ulu hati dan membuatkan jin itu kesakitan tetapi menahan2. Kelihatan tangannya membentuk tangan harimau…” Ooooo..harimau. Handal sangat ke nak lawan aku?” Dia cuba juga menahan sakit malah cuba juga melawan namun…..akhirnya keluar dengan senyap bila di lihat raut wajah pesakit tenang kembali.
AKu tak baca apa-apa ruqyah atau mantera sakti bagai. Cukup Doa Pembuka meminta pertolongan Ilahi dan seterusnya berbicara dengan jin sekiranya ia mahu dan alirkan arus ellektrik berjuta voltan dari jejariku, menyiksa pendudukan jin2 di dalam tubuh dan membakar penempatan mereka.
Saya seru lagi jin2 yg ada….pesakit ketawa lalu saya tekan bahagian perutnya.

“Kau jangan kacau aku la,aku ada tugas besar ni, mahu bunuh budak ini” kata jin yang baru muncul .

“Kau pun baru kan….taktahu ke apa jadi pada jin2 sebelum ni…bodohnya kau datang mengadap aku”.

“Kau ni siapa haah….jangan la kacau kerja aku. Upahnya besar, aku harus kerjakan”. Kan…dia dah tanya siapa aku bila dah tergugat kerjanya dan mula kesakitan.

“WOoiiii….itu siapa dengan engkau . Itu Ratu mana tu….aduhh. Dia sudah musnahkan racun2 aku dalam tubuh budak ini, kalau tidak budak ini akan mati dalam 3 hari sahaja”.

“ Ratu ?” tanyaku. “ Itu lah Ratu Roro Kidul yg bertugas menyerang kembali sesiapa sahaja yang berniat jahat terhadap ku dan pesakit ku”. 

“Waduhh….itu sorang lagi orang tua dengan kau, siapa dia?” 

“ Tanya lah sendiri….mungkin sahaja Datok Pendita “ kataku.

“Woii…kau mahu bakar aku ke ? Aku panas ni, tanganku sudah terbakar ni”

“ Kali ini aku tidak mahu bagi peluang, ku suruh keluar kau berdegil mahu teruskan kerja jahat kau. Kau tak tahu aku siapa sebab tuan kau akan hantar jin2 baru setiap kali menyerang agar kalian tak ada rasa takut padaku……. Sedang takde sekor pun dari kalian termasuk tuan kau mampu melawan aku”
“Inai….tolong inai. Datang la tolong aku. Panggil datok kita bantu aku” katanya menyeru bantuan dari puaknya. Kata adik pesakit, “inai” adalah panggilan “ibu” dari kalangan penduduk Dusun Sabah. 

“Celaka kau inai…kau pun takut mahu datang. Semua takut mahu datang ni….”

“Wooii…kau bakar muka aku nih….jangan la bakar aku, aku ada tugas ni”

“Kali ini aku tak mahu beri peluang lagi, semua yg datang aku akan bakar hidup…mati lah kau” kataku.
Aku sengaja membiarkan bapa pesakit ini dengan tidak menyerang nya terus agar sempat dia bertaubat. Kataku pada pesakit, ia bapamu, bagaimana harus ku membunuhnya. 

Akhirnya ia mengalah juga….daripada mati terbakar dan bantuan pun tidak kunjung tiba. Jin sihir dari Sabah ini berulang dihantar , mungkin dari kawan2nya , kata ibu pesakit. 

Ku seru lagi jin2 yg ada….

Jin ke 3 yg merasuk adalah jin yg di dalam keretanya. Namun tak sampai 5 minit keluar….kepanasan terbakar.

Jin ke 4….” AKu ni penjaga tuannya….tuannya hantar aku untuk membunuh budak ini”. 

“ Kau di perbodohkan tuanmu , menghantar engkau untuk ku bunuh “ kataku. 

“ Umurku sudah beratus tahun, sudah beberapa keturunannya ku jaga, engkau siapa?”

“ AKu menjaga budak ini dari kejahatan tuankau juga bapak budak ni yg dah jadi syaitan” “ Aku takkan bagi peluang lagi, tuan kau tahu aku akan memusnahkannya dan kau yg jadi mangsa muslihatnya”.

“ Cilaka kau Kamal…..kau biar aku di bunuh di sini dan kau cari lain pengganti aku” 

Kami senyum ketawa….jin sakanya pun di permainkannya agar dia terselamat dari serangan aku. Jin ini pun ku “niat” bakar sehingga mati….dia tunggu akan hangus, kalau dia keluar bala tentera Allah Azzawajalla menunggu untuk membawanya ke penjara.

Sesudah sedar, pesakit memberitahu Ratu Roro Kidul yang datang selepas Zohor membisikkan ke telinganya memperkenalkan diri. Dan selepas Asar , Tokku Paloh yang datang membantu menarik bisa2 di tapak kakinya sehingga lega sudah sebelum sampai kerumah ku.

Aku tidak akan merakam video rawatan pesakit ku. Adab dan aib pesakit ku, ku jaga rapi seperti sepatutnya etika seorang doctor. Dan rawatan ku di bantu wali2 ghaib yang DIA datangkan atas perintahNya bukan dari seruanku. Aku tidak pernah menyeru selain Allah SWT….”Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi” ijazah Baginda SAW sendiri di MLM QADR 2007 membuktikan bahawa “Pintu Langit sentiasa terbuka untuk mendengar doa dan panggilanku”. 

PERTOLONGAN DARI ALLAH AZZAWAJALLA BUKAN DENGAN MEMBACA RUQYAH ATAU MANTERA SAKTI BAGAI……IA DATANG DARI HATI YG IKHLAS DAN TULUS DAN ISTIQAMAH BERAMAL SOLEH UNTUK MENDEKATINYA…………