Malam ni kes baru, katanya dah lama follow saya dan yakin
kemampuan saya untuk mengatasi masalah gangguannya yang menguasainya sekian
lama.
Untuk datang sahaja bermacam dugaan, terutama dari si suami
yang mungkin fed up dengan cara dan kegagalan ustaz2 terdahulu.Janjinya pagi
tetapi suaminya terpaksa masuk kerja dahulu dan tiba2 terpaksa masuk mesyuarat.
Lalu saya tetapkan sebelah malam pula sebab ada urusan anak-anak2.
Masa di bacakan Doa Pembuka sahaja, pesakit dah semacam
yakni jin2 badannya terus bangkit. Meraung menjerit sakit dan buat macam2 gaya
.....saya melihat dengan perasaan tidak senang, firasat hati mengatakan ia
adalah lakonan semata.
Pelbagai tempat saya cucuk dengan jari , dia menjerit dan
marah2 dengan kuat. Risau saya kot jiran2 datang menjenguk tengah2 malam
ni.....
" Kau jangan berlakon la..." kataku.
"Kau ni memang tau ye, dah ramai ustaz2 terpedaya
dengan lakonan ku. Mereka ingat aku dah keluar ha ha"
"Aku memang degil, takkan keluar, ko nak buat apa?
" Kau bunuh je aku, kalau aku keluar pun kena marah
dengan tuan aku" katanya.
"Siapa tuan kau" aku bertanya.
" .......... kerja setempat dengan dia. Dah ada bini,
anak tapi bodah nakkan bini orang"
Pelbagai kenyataan jin2 ni berkenaan penyihir, suami dan
keadaan pesakit yang di ceritakannya. Pasal penyihir tu saya nampak
kebenarannya kerana walau pesakit isteri orang namun kecantikannya memang
mempersonakan lelaki gatal. Tentang suaminya, sama sahaja dengan orang lain,
kadang2 fed up dan tak percaya kerana situasi yg sama dan kadang-kadang buat
pasangan marah dengan keadaan sakit dan mood nya yang tak menentu.
Pasal saya pun di ceritakannya. Pesakit dah baca dan follow
artikel saya dah lama. Di mohonnya petunjuk dan di yakini saya lah jalan
penyelesaian untuk belenggu masalahnya ni. Pesakit rajin membaca Quran, rajin
Solat Tahajud dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan orang di sekelilingnya,
iaitu suami, anak-anak dan ibunya. Si jin ni memuji ketaatannya pada si suami
dan kesabarannya menghadapi situasi sakit dan mood suaminya yang tak menentu.
Dan lakonannya seolah sakit dan membuat gaya mcm terseksa
buat saya rasa nak marah pun ada. Firasat saya kuat mengatakan semuanya lakonan
semata.
"Kau memang tak tahu putus asa ya dan tau aku berlakon
ya. Kau nak tunggu sampai bila...bunuh je aku" katanya." Ustaz2 lain
mudah je aku tipu pastu suruh balik, datang hari lain"
"Aku tunggu bantuan Allah swt. Kau pun Islam juga, tak
terkesan dengan zikir dan bacaan ayat2 suci. Bantuan Allah pasti datang untuk
menangkap dan mengurung kau" kataku." Tak payah la berlakon dengan
aku....."
" Kau berundur lah dahulu, biar pesakit ni balik
dahulu. Dia ada anak kecil yg di jaga orang. Mlm esok kita jumpa lagi, aku pun
nak tengok sejauh mana kau dapat bertahan" kataku.
Sekejapan pesakit sedar dan normal. Arahan ku yg ni dia ikut
pula. Pesakit sedar dan senyum dan berkata mendengar segalanya. Mereka akan
datang lagi dan terus berusaha....
Ini lah cabaran merawat kes-kes sihir, cabaran dan
dugaannya. Tetapi kalau pergantungan hati takde pada Allah Azzawajalla, nescaya
akan gagal . Bersandar pada ayat-ayat dan benda2 yg mempunyai kuasa. Konon kayu
ranting nona, garam, kayu kokka , air bidara dan bagai " berkuasa"
melumpuhkan makhluk2 halus. Halusnya syirik yg tersembunyi.
Jangan kemana-mana , ikuti sambungan kes ini nanti