Sunday, May 19, 2019

2 Mac. 2019 - SYAITAN BERSARUNG MANUSIA MENYIHIR ISTERI DAN ANAK SENDIRI (3)



PERBUALAN DGN IBLIS LANGIT KE 7

Malam ni sambungan rawatan kali ke 3 anak gadis dari Perak ni, di temani abangnya. Pada sesi lepas, kehadiran 10 wali songo yg menemani saya membuatkan jin2 dlm badannya surrender tanpa melawan, "bangkit" utk mengenalkan diri dan keluar mengikut arahan saya tanpa soal. Malam ni 10 iblis, jin2 dan siluman bangkit dengan bantuan Syeikh Siti Jenar yang amat di takuti para makhluk halus ini dan ke 9 Wali2 Songo.

Setelah Doa pembuka di baca....ku teruskan dengan membaca Surah AL Mulk. Aku penat dah melayan makhluk2 halus ni berborak dan bercadang menyeksanya terus dengan aliran gelombang Nur Syifa ( tenaga Ilahiyyah) yg berkuasa voltan tinggi membakar dan menyeksa makhluk2 halus di dalam tubuhnya. Bukan ayat-ayat ruqyah yang membakar jin2 kafir tu tetapi Saintis telah membuktikan gelombang bacaan ayat-ayat suci Al Quran mempunyai pengaruh untuk "restructured" atau membina atau membaikpulih sel-sel yang rosak secara fizikalnya dan secara hakikatnya , penyakit2 ini adalah di sebabkan duduknya jin2 di tempat2 yang berpenyakit dan bila ayat-ayat suci AL Quran yg "khusus" di baca kepada pesakit , gelombang bacaan itu menyerap masuk dan kepanasannya membakar penyakit dan mengusir jin2 tersebut dan seterusnya sel2 tubuh sendiri memulihkan tempat2 tersebut dengan keajaiban sistem yg telah di cipta oleh Maha Pencipta.

Ku lihat perutnya makin membesar. Pesakit ada cakap kemudianya bahawa perut mula membusung. Ku bangkit dan duduk di sisinya dan menekan bahagian perut tersebut.

(1) Lantas bangkit makhluk pertama berupa siluman babi.

Memek mukanya dan hengusan nafasnya memang seperti babi. Hanya meraung kesakitan yg amat. Ku bertanya tak nak jawab lalu ku suruh keluar je. Tak sampai 5 minit, keluar.

(2) Bangkit yang kedua , siluman juga. Tak lama keluar juga.

(3) Ku mula tekan bahagian sensitif dengan siku. Bangkit yang ganas betul. Meraungnya sakit teramat sakit, bukan seperti jin semalam yang berlakon sakit memperdaya setiap perawat sebelum. Dengan ambo, dah boleh beza antara lakonan dan realiti insyaaAllah.
"Bakriiiiiiiii...mana kau. Kau yang letak aku di sini....mana kau" katnya.
"Kau tak habis kacau aku. Aku dah duduk dengan budak ni dari darah merah lagi" katanya.
"Kau siapa?" tanyaku
"Aku iblis.......pengikut dajjal" katanya
"Aaahhhh...sakit Syeikh Siti Jenar...."katanya.

Pesakit memberitahu kemudiannya bahawa dia nampak dan merasa tangan S.Siti Jenar masuk ke dalam badannya merentap dan menarik makhluk ni keluar.

(4) Keluar si iblis ni...bangkit pula yang lain di bahagian ni juga. " Kerja aku merosakkan bahagian ini. Bapak budak ni nak rogol anak dia ni"
"Bapak dia masa hidup lagi dah amal ilmu perosak perempuan ni. Anak sendiri pun jadi mangsa" katanya.
"Kome lihat dia ni alim, pergi surau dan solat, ngaji , pakai songkok bagai tetapi akulah tu. "
"Bapak budak ni dah lama mati. Sekarang ni dok memerhatikan ko."
"Aku tengok jasad dia dah mula membusuk" katanya.

Nah...bila datang yg haq, maka musnahlah yg batil.

" Budak ni sorang yang tak pernah was-was dengan setiap kebenaran yang datang padanya. Memang Allah SWT jaga budak ni dan bawa pada engkau yang di jaga 10 wali-wali songo yang banyak membantu mcm budak ini juga, di bantu oleh wali-wali keturunannya. Itu sebab dia di bawa kepada engkau, Allah SWT menjaganya dan menyelamatkannya dari tipudaya aku, tak seperti 3 abang2nya yg dah dalam genggaman aku.

Akhirnya ia keluar dengan arahan aku. SSJenar amat di takutinya, yang di tuduh sesat oleh masyarakat Jawa ( sebenarnya fitnah penjajah) sedang SSJenar punya ilmu yang lebih tinggi dari wali lainnya.

(5) Aku tanya bahagian mana lagi yang sakit. Katanya di pinggang. Ku picit2 pinggangnya...
"Sakit lah......aku duduk sini nak rosakkan buah pinggangnya dan hampir berjaya dah kalau ko tak kacau"
Ku tekan2 bagi menyeksanya dan menyuruhnya keluar. Tak sampai 5 minit keluar.

(6) Aku tanya bahagian mana lagi, katanya di tulang belakang. Ku tekan tulang belakangnya.
Bangkit sakanya dari Gajah Putih, keluar juga tak mampu bertahan.

(7) Katanya ada lagi....ku tekan lagi bahagian tulang belakangnya. Bangkit pula siluman babi , memek mukanya menyerupai babi. Keluar juga sekejapan.

(8) Bahagian bawah leher.
"Aku lah Iblis yg duduk dalam jasadnya berlakon sebagai Bakri. Dia dah lama mati, aku lah yang duduk dengan jasadnya yang pergi surau solat dan ngaji." katanya .

Saya agak lupa perbualan dengan Iblis ni, dia marah2 juga dan mencabar aku. Dia mencabar akan memusnahkan budak ini bukan aku, dia tahu tak mampu nak apa-apakan aku namun dia cuba juga nak musnah budak ini walau di jaga wali-wali keturunannya.

Aku suruh keluar dengan pelbagai cabaran, keluar juga. Cakap je besar Iblis ni.....

(9) Bahagian leher. Tak lama keluar tak dapat bertahan.

(10) Bahagian ubun-ubun.
Kata pesakit nampak macam wali-wali songo jolok dan tolak makhluk ni keluar. Sekejapan sahaja.

Pesakit rasa nak muntah dan ku suruhnya ke tandas. Muntah sikit je , sisa-sisa yang ada. Kami dah keluar dari bilik dan cucu perempuan aku pun ada melayan adiknya yg di dukung ayahnya.
Ku tanya cucuku, " Aqish, tengok kakak ni, ada lagi tak hantu tadi?"
Cucu buat gaya simbol "takde" pusing2 tangannya. 3 kali ku tanya jawapan cucuku sama "takde dah".

Ku pesan kepada pesakit, kembali susulan rawatan pada malam sabtu depan. Ku invite pelajar2 ku untuk menyaksikan rawatan ini sebagai saksi ku dan melihat bagaimana Iblis dan Jin dapat di kalahkan dengan Rohani yg dah sedia "kuat" dan "bertenaga" bukan dengan bacaan ruqyah yang tidak memberi bekas dan mensyirikkanNya dengan benda2 yang dianggap berkuasa.